Tuesday 25 November 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam. Pagi di Pantai Boracay

Bersambung dari sini.

Bangun pagi macam orang tersampuk, lama sungguh tido semalam. Dari pukul 10 mlm pagi ni baru bangun. Memang nyenyak takde gangguan langsung. Faktor hujan lebat & keletihan.
Aku terus pegi bilik air, basuh muka dan seangkatan dengannya. Pastu ambik wuduk.

Mandi??

No..no..no..

Ayu dan Intan pon mamai2 terbangun. Aku cakap dorang aku nak keluar ambik angin pagi. Cari matahari terbit di subuh gajah ni.

Aku capai kamera dan terus keluar ke arah pantai.

Nyaman sungguh cuaca pagi ni. 

Rise and shine! (#quote Dean Winchester..hihi)

Boleh tahan ramai gak orang pagi ni. Ada yang berjoging, jalan-jalan bersama keluar/kawan-kawan/anak-anak yang aku suspek semua tak mandi pagi lagi...hahaha

Kita geng!

Pastu aku gerak ke arah Station 1. Macam semalam. Aku macam malas nak ke kiri ke arah Station 3. Macam takde apa. Lagi pon aku nak tengok air surut kat Willy's Rock.

Jalan-jalan lagi pastu jumpa team naik bot ni tengah siap-siap nak berkayuh.

Layan gambo lah sila. I is malas ya amat!









Lama minah tu kat atas, banyak nak betobat ke..

Ni dorang tanggap anjing liar.. Sadis tengok.

Balik hotel, Ayu & Intan dah siap balik dah berjalan-jalan tepi pantai. Tapi dorang pegi opposite dari arah aku pegi. Bayangkan betapa lama aku dah keluar. Tadi aku keluar tadi dorang masih diulit mimpi. Ni dah siap mandi & dah lawa2 pon.                        

Pastu dorang cakap nak g breakfast katgerai #74 tu. Ayu plak tunjuk gambar sand castle yang fames kat Boracay tu, So aku tak jadi ikot dorang breakfast. Aku nak pegi pantai belah sana plak.

Gigih kan..

Aku breakfast milo kotak je. Tu pon dah ok sangat dah, aku tak kisah sangat bab2 makan ni.


Tricycle yang bawak kami ke jetty nak ke darat (tetiba plak ada gambo ni)
Pastu aku tak jumpa pon sand castle ke hapa. Aku ada gak tanya guard hotel tepi2 pantai tu. Dia cakap sand castle ni akan diruntuhkan kalau ada sebab sand castle tu illegal kat Boracay ni. 

Eh yeke.. Gitu illegal sebab apa? Ada orang penah jalan-jalan tepi pantai pastu terlanggar sand castle ni pastu patah kaki & dia saman majlis bandaran? 

Tinggi imaginasi aku.

Tapi benda lain plak aku jumpa. Makcik-makcik tengah jual rantai & gelang dari seashell uoll!!

Meriah aku borong kat situ yang super duper murah lagi compared to kedai-kedai, sebab makcik2 tu bentang tikar je.

Dan menarik lagi makcik tu ada bakat lain!

Apakah???

Lama lah aku lepak kat tikar makcik tu..hahahaha

Alicia Keys jatuh telaga yo! Makcik jual gelang rantai punya hasil tangan...

Tuesday 18 November 2014

Korea Selatan - Musim luruh 2014

Kalau ikutkan tahap kerajinan aku, kemungkinan takde full story trip ke Korea Selatan ni. 

Trip kali ni aku dapat satu penyakit yakni alergik satu badan. Hari-hari menggaru, hari-hari makan ubat, belum kira ubat sapu satu badan lagi. Tapi nak buat macam mana, kerap sangat makan octopus..

Kisah kali ni bukan nak cerita pasal badan berparut gatal, tapi nak cerita trip musim luruh yang super cantik!

Almaklum la selama ni pegi pon negara-negara Asean je. Sesekali naik kapal terbang lebih 6 jam, mau crammed kaki ni. Tu belum kira setiap jam kena g toilet lagi tu (gamaknya tu yg Azra boleh terperasan aku tu kot)..

Entry ni meh aku kenalkan dengan Kwangsoo si patung zirafah (sehari sebelum trip aku baru patung ni patung zirafah, tu pon kawan aku si Lin tu yang cakap. Mati-mati 4 tahun patung ni dengan aku, aku ingat dia lembu!). 

Maka lahirlah nama Kwangsoo tersebut..

Kwangsoo di epot. Malam tu kami tido kat surau.
Mari kawan-kawan, kita ikuti pengembaraan Kwangsoo di bumi Korea.

Kwangsoo dan public transportation.
Naik bas dari Taiping ke KL
Turun naik subway di Seoul
Naik bas yg super selesa ke Sokcho 
Naik stroller kat Petite France.. Tak kuasa aku (sumbat dlm beg je)
Kwangsoo makan dan mengopi.

Nasik goreng Yoogane
Lepak dengan besfren si Kitty
Kwangsoo pergi jalan-jalan.

Masuk kampung orang carik pokok cantik. Tempat ni dekat dengan Daesung-ri (Daesung+seungri??) hehe
Carik girlfriend di Ehwa Women University
Tengok lalang di Haneul Park
Try Hanbok di Seoul Tourism Office
Kejar Autumn di Olympic Park (pokok pon tau sejuk)
Carik Peace Gate mcm dalam Running Man episode London Olympic with Idols
Main campak-campak daun di Nami Island


Jumpa Shaun the Sheep di Petite France

Berjimba riang jugak di Sokcho (Soraksan + Abai Village)







Layan Sunrise


Layan Sunset (both at Sokcho)


Layan Kpop & Kdrama jugak.


Twosome Place


Winter Sonata


Autumn in my heart


So Man..


GD

Niat di hati nak mencarik daun warna warni.




Hujung musim luruh katanya.
Bersama travel buddies yang happening!

backpackers & trolleypackers
Berakhirlah sudah perjalanan ke korea ke kita ni..


Korea, next time kita jumpa lagi..




 Kita bersama lagi next trip Kwangsoo.

In Shaa Allah..





hasttagforeveralone.. 

Sunday 12 October 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam. Dinner di kedai makan Halal #74 D'Talipapa (Boracay)

Bersambung dari sini.

Lepas dari berjalan-jalan sampai ke Station 1 kami naik tricycle untuk balik ke Station 2. Lebih tepat kami nak balik ke D'Talipapa market. Sebabnya, kami nak makan!

Tunggu tricycle pon tak lama sebab banyak. Siap pilih yang kosong lagi. Sebab macam tak yakin kami yang 3 orang besar-besar ni muat kalau ramai-ramai.

Sekali dah gerak tu, ramai la plak yang driver ni stop ambik orang. Muat plak tu. Terasa diri ini sangat kurus...

Sampai di D'Talipapa kami terus ke tengah market, ke pasar basah. Aktiviti membeli di pasar basah ni i'oll surrender awal-awal. Tunggu tepi je.

Ayu membeli udang sambil kami tengok dari jauh..hahaha
Adabiiii...melazatkan...
Adabiii....menyelerakan...
Dah dapat apa yang dihajati (apa yang dimakan), kami pon gerak mencari kedai Halal di D'Talipapa Market. 

Kedai #74.

Sebenarnya kedai ni kedai jual cenderahati, tapi masuk je kedai tu ada satu pintu kecik kat belakang tu bersambung terus ngan kedai makan tu. Kecik jelah ruangnya. Dari ruang kedai makan tu ada pintu lagi sambung ke belakang, tu rumah dia kot..hehe

Tak ingat dah kami suh dorang masak apa, tapi takde lah sedap mana. Kenyanglah bagi kami yang tengah lapar setelah penat beraktiviti harini.

Tapi ada yang best tu, tengah makan-makan tu tetiba bergelap. Blackout!

Semua dok diam-diam, seb baik ramai-ramai. Kalau tak aku memang takut...hahaha

Dok jap 5 minit camtu ada balik elektrik.

Sebelum blackout.
Selepas blackout. Magik sungguh.

Patutlah, ko yang mengabeskan...
Nasib la jadi kambing hitam plak ko kena tuduh.. hahahaha
Pastu aku tengok dorang kedai ni kumpul ramai-ramai depan tv. 

Macam serius, tapi sebab tak paham apa-apa pon kat tv tu, kami but don't know je la. Sambung makan.

Dah abes makan, kami keluar kedai. Tapi sebelum tu kami beli la dulu sebarang dua cenderahati nak dibawak balik.

Kedai #74. Masuk kedai ni utk ke kedai makan halal kat pintu belakang.
Tu pintu oren kat blkg tu kedai makan Halal. Yang mamat singlet hitam ni tukang jual kat kedai ni. Dia mcam lembut2 sket. Eh lembut ke mengada-ngada? Tak boleh nak beza la..huhu
Dari kedai #74 ni kami pegi kedai lain plak, pastu kedai lain plak.

Tetiba...

Prangggg!!!!

Hujan lebat ko..

Hujan...

Malas dah nak tunggu.
Mula-mula kami dok je lepak kat kedai t-shirt situ, tapi bila pikir hujan lebat sangat ni, pastu hostel pon dekat je, kami pon pandang-pandang, angguk-angguk sesama sendiri.

Rempuhhh!!!

Berlarik la kami dalam hujan lebat tu ke arah pintu belakang D'Talipapa ke arah hostel kami duduk malam tu. Sampai hostel dah basah lenjun.

Masuk bilik, mandi, keringkan baju, solat pastu tido.

Serius penat.

Tu je aktiviti malam kami. Ingat nak g pantai layan tarian api oleh ladyboy tu semua. Tapi ngan hujan lebat camni aku tak yakin pon ada.

Sesungguhnya setelah seharian berpenat-lelah, nak-nak time hujan lebat ni tido adalah lebih nikmat...

Ye dok??