Wednesday 29 January 2014

Surabaya (Penginapan) ~ Cemara Indah Hotel & Rest

Bilik paling murah di Cemara Indah Hotel & Rest adalah bilik ekonomi dengan harga IDR250,000 (rate pada Januari 2014).

Masa kami sampai di Cemara Indah, bilik ekonomi ni masih dalam pembikinan lagi. Tapi first floor dah siap. Ada 7 bilik di first floor dengan 2 bilik air (shared). Lokasi bilik ekonomi ni adalah paling dibelakang sekali. Masa pergi tengok bilik nampak macam tak logik betul lokasi pintu ke kawasan bilik ekonomi ni. Mungkin kawasan Cemara Indah pun dah tak cukup jadi dorang fully utilized tempat ni untuk buat banyak bilik lagi.
 
Yang berbumbung tu pintu depan ke bilik ekonomi. Nampak macam tak terurus sket jalan ke pintu masuk

Kami dapat bilik no. 2. Aku try check bilik no.1 je yang ada penghuni masa kami sampai tu (dalam pukul 2 petang). Tapi waktu malam masa kami dah tarik selimut dengar macam ramai dah check in masuk. Dengar ada sorang mamat jadi translator untuk arranged jeep kepada Korean. Tolong sembang kat luar boleh tak?


Satu bilik ada 2 katil. Katil single yang bagi aku boleh muat 2 orang.

View dari hallway

Yang tak bestnya kat sini adalah engineer lulusan mana yang pasang pintu kat sini. Fail!

Nampak tak setiap bilik, setiap pintu ada diapit oleh tingkap. Dalam 1 bilik ada 3 tingkap. 2 menghala ke hallway (kiri-kanan pintu masuk) dan 1 lagi menghala ke luar bilik (tapi takde view best pun). Tingkap kecik je.

Dan tingkap kiri-kanan pintu tu la aku kena panjat keluar setiap kali kami kunci bilik sebab bilik no. 2 tu kalau dah kunci pintu (pintu dikunci guna kunci yang sumbat dalam pintu tu, old fashion sket), pintunya cuma boleh dibuka dari luar saja. Aku rasa bilik kitaorang je macam tu. 

Jadi aku lah tukang panjat tingkap dan bukak pintu dari luar. Aku rasa 2 kali kot aku kena panjat tingkap tu. 

Niat hati memang nak report kat receptionist tapi boleh pulak lupa, time check out pun boleh lupa. Wahal siap ambik gambar bagai kat kawasan reception tu. 

Faktor umur ni..

Toilet/bilik mandi ada 2 dihujung bilik. Yang ni pun pintu fail jugak. Style kunci masih yang sumbat dalam pintu. Tapi memang dia tinggal kunci kat pintu tu (belah dalam). Jadi kalau dah masuk tu sila pulas kunci. 

Bilik air first kunci ok, tapi pintu ketat yakmat! Ko goyang-goyang ala-ala hulk baru terbukak. Suspen jugak mula-mula tu, ingat dah terkurung kat dalam bilik air tu.

Bilik air kedua, kunci tak berfungsi!

Suis lampu kat luar, kalau nak prank kawan kat dalam tu memang dialu-alukan.


Tapi jangan risau. Ada paip untuk air panas. Nak mandi air sejuk memang tak lah. Tapi bertabahlah nak tunggu air panas turun dari paip yang bagai tuan rumah terlupa bayar bil air tu.

Eh banyak songeh plak kan..



Kat kawasan depan Cemara Indah Hotel & Rest ni ramai orang dok lepak-lepak tengok view Bromo. Peniaga-peniaga pun boleh tahan jugak ramai kat sini. Driver ojek pun dok lepak sini jugak.

Ini Standard Room

Bagi sesiapa yang tanak naik jeep ke Penanjakan dan bercadang nak hiking, Penanjakan 2 adalah paling dekat dan trek ke Penanjakan 2 adalah depan Cemara Indah Hotel & Rest ni.

Dan yang paling best sekali kat Cemara Indah Hotel & Rest ni (selain nasi goreng & sambal yang sedap tu) adalah viewnya.

Ok tengok view ni sampai lupa komplen pasal pintu.

View dari tepi pagar kawasan Hotel

Siri Trip Surabaya:

1. Intro
2. Juanda International Airport ke Malang
3. Tumpang & Coban Pelangi
4. Savannah & Lautan Pasir 
5. Gunung Bromo

Tuesday 28 January 2014

Surabaya (Day 2) ~ Gunung Bromo

Drama nak cari homestay kat Cemoro Lawang ni yang paling tak best sekali aku rasa dalam trip ni. Aku ni mudah naik marah orangnya. Masa stop kat savannah tu kami tanya driver ojek tu dorang tau tak kat mana homestay murah di Cemoro Lawang tu. Dorang cakap dorang tau.

So bila dah sampai Cemoro Lawang dorang bawak kitaorang ke satu homestay ni. Homestay ni agak ke bawah, aku cakap kat Jaja, jauh ni nak menapak ti. Tapi sebab nak murah punya pasal kan. Kami yea kan jelah. 

Dorang stop kat depan Homestay Sinta Ndani Putri ni. Kat Cemoro Lawang ni selain hotel dan hostel, banyak jugak orang kampung ni buat rumah dorang sebagai homestay. Tapi kalau google memang susah nak jumpa. Kalau ada pun kat internet mungkin Yog Homestay dengan lagi satu Budi Homestay. Tapi serius banyaklah kat sini, berderet-deret.

Tunggu owner dalam 5 minit pastu datanglah ownernya dengan konco-konco 2,3 orang. Memang suka beramai-ramai agaknya dorang ni. Pakatlah dok tunggu depan pintu tu. Pastu dia suh masuk tengok billik. Dalam rumah ni memang ada 3,4 bilik camtu. Dalam bilik ada bilik air sendiri. Owner tu cakaplah sebab kami masuk kat ruang tamu je tak jenguk pun bilik tu walaupun dia dah bukak pintu suh masuk. Sebabnya? Rumah tu takde guest lain. Kami je kat situ. Keadaan pun gelap gelita je. Lokasi pun dah fail kan..


Pastu yang best sekali bila tanya harga, dia teragak-agak nak cakap. Mamat first ni pandang mamat second, sambil cakap "seratus berapa?" tapi macam bisik-bisik.

Pastu mamat second tu terus "empat ratus ribu".

Empat ratus apa??!! Tetiba rasa nak keluar je perkataan yang berupa seekor binatang kaki pendek takde tengkuk!

Bongok kan. Rumah ko ni dah la lokasi kat ceruk mana, jauh ke bawah, gelap gelita, orang pun takde.

Aku angkat beg pastu aku cakap kat driver ojek tu, "bapak kita tengok tempat lain", kemudian terus keluar.

Jaja pun dah tau aku marah dah so dia pun follow. Pastu mula mamat tu dok follow-follow. Dia cakap ada lagi bilik murah. Dekat area Cafe Lava. Jaja pegi tengok bilik tu tapi aku dah malas dah, nak pandang muka mamat tu pun dah meluat. Bila mamat tu panggil aku buat bodo je, Jaja yang tak sampai hati ni la pegi layan mamat tu pegi tengok bilik yang dia nak tunjuk tu sambil driver ojek tu ikut dia. Aku p survey Cafe Lava punya rate. 

Bilik paling murah dah sold out. Yang ada bilik IDR350,000. Ada hot shower & breakfast, hokey. Bukan rumah tumpangan. 

Pastu aku suh driver ojek bawak ke Bromo Permai. Rate situ memang awesome sangat! Aku suh driver ojek bawak ke Cemara Indah plak. Last year aku stay kat Cemara Indah. View memang sangat tip top. Kalau Cemara Indah takde bilik murah kami akan pilih Cafe Lava. 

Nasib baik Cemara Indah ada Ekonomi room rate semalam IDR250,000. Tahun lepas takde lagi bilik jenis ni. Yang paling lekeh pun Standard Room. 

Mamat yang jaga reception ni suh tengok bilik dulu. Rupanya Ekonomi Room ni tengah dok dalam pembikinan lagi. Tapi first floor dah siap. Lokasi bilik memang kat belakang sekali lah. Kalau second floor dah siap view mesti lagi best.

Kami terus setuju. Bayar kat situ jugak.

Siap-siap untuk next aktiviti plak. Masa dah banyak habis kat mencari bilik.

Kami suh driver ojek drop kami kat Gunung Bromo. Tapi dorang short cut abes terus ke kaki gunung bukan kat luar pagar tempat parking jeep. Ok la tu, tak payah menapak jauh sangat.

Kami bayar driver ojek tu dan say goodbye.

Gunung Bromo cedok Wiki : 

Mount Bromo, is an active valcano and part of the Tengger massif, in East Java, Indonesia. At 2,329 metres (7,641 ft) it is not the highest peak of the massif, but is the most well known.

The name of Bromo derived from Javanese pronounciation of Brahma, the Hindu creator god.

Kami daki slow-mo ke tangga Bromo. Sebenarnya kami tengah pilih gerai mana nak singgah. Jam dah pukul 3.15 petang (waktu tempatan, Indonesia lambat sejam dari Malaysia). 

Perut minta diisi.

Gerai kat bawah ni banyak tapi bau hasil kumbahan kuda-kuda pun boleh tahan jugak la. Jadi kami daki atas sket lagi. Dalam dok panjat tu nampak satu gerai kosong. Owner pun takde. Kami terus ambik seat sambil hilangkan penat mendaki.

Dah duduk pastu owner dia datang. Jaja order 2 bungkus mee Sedap. Kebulur katanya. Aku pun order dua jugak, tanak kalah..

Sambil makan sambil borak ngan owner gerai tu, Ibu Utin. Sesambil tu request cili..


Ibu Utin ni Islam. Aku ingat Cemoro Lawang ni semua agama Hindu. Ibu Utin cakap kat Cemoro Lawang tu memang majoriti Hindu tapi kat kampung bawah sket, area Yoshi Hotel katanya, majoriti Islam.

Sambil makan aku interview Ibu Utin.

"Ibu, macam mana nak berniaga kat sini?"

Jaja dah bantai gelak dah. Ko ni dengar soalan pun tak abes lagi. Aku cuma nak tau meniaga kat sini datang pasang meja, pasang khemah ke atau ada badan yang menjaga peniaga-peniaga kat sini.

Ibu Utin cakap kena apply lesen jugak. Dia dapat tapak tu dari kawan dia yang pindah meniaga kat atas sket.

Megi aku tak abes jugak...

Menapak lagi kearah tangga. Tengok kat atas ada pelancong lagi. Kami tunggu kejap sebab nampak gaya macam nak turun dah. 

Nak bolot Bromo untuk diri sendiri sahaja..

Untung datang petang ke Gunung Bromo ni. Sebab memang takde orang pun, yang ada cuma peniaga-peniaga dan kuda.

Takde orang lain dah kecuali peniaga-peniaga

Kalau selalu kita ambik pakej jeep dengan hotel/hostel lepas tengok sunrise kat Penanjakan, semua jeep tu akan seiring sekata ke Bromo. Masa tu macam kenduri kawen pun ada, traffic kat tangga tu tak payah cite la, nak stop ambik nafas pun boleh jem tangga tu. 

Petang macam ni, Bromo kami yang punya! hahaha

Sambil tunggu pelancong-pelancong tu turun tangga kami stop jap kat brader jual bunga ni. Lupa dah nama bunga tu. Brader tu dok promo bunga dia cakap untuk campak kat kawah sambil buat wish.


"Kami orang Islam"

Gitu lah jawapan Jaja. Pastu dia toleh aku, "Jea, boleh tak kita beli bunga ni tapi nak simpan buat kenangan?"

Ntah, boleh la kot tapi macam leceh je nak angkut kehulu kehilir.

Pastu brader ni sibuk nak tolong ambikkan gambar kitaorang. Berkeping-keping plak tu. 360 darjah view gitu. 

"Tengkiu mas"

Pelancong-pelancong kat atas tadi dah turun. Turn kami plak nak naik atas. Elok je selisih dorang tetiba, "foto bareng, mbak".

Kalau ikut bahasa jawa Jaja tahap sekolah menengah rendah dia tu, 'bareng' tu maksudnya 'bersama-sama'.

Agaknya dorang dengar kot kami dok sembang ngan brader bunga tadi jadi dorang tau kami orang luar.

Layankan je lah  sekeping dua gambar 'bareng'.

Mendaki Gunung Bromo ni takde lah susah sangat. Takde lah tinggi sangat. Kalau dah biasa naik Broga tu memang senang-senang je boleh daki Bromo ni. Nama je Gunung Bromo tapi takde lah tahap ketinggian sebuah gunung, lebih kepada daki bukit. Tapi kalau letak nama Bukit Bromo macam tak best pulak kan...hehe

Kalau anda datang dengan jeep, sila tengok gambar bawah ni, ada garisan pagar putih kan? Kat situ tempat parking jeep. Jadi kena la menapak sket, lintas sebuah pura (Hindu temple) lepas tu baru kena mendaki sket sampai ke tangga.

Meh aku unzoom jauh mana nak menapak kemudian mendaki hingga sampai ke tangga Gunung Bromo.


Semua dah jadik kecik-kecik. Gerai Ibu Utin kat tengah tu pun tak nampak dah. Kalau tanak guna kederat sendiri boleh jugak naik kuda-kuda ni. Nanti kalau korang turun je jeep mesti terus dorang offer. Harga boleh bargain. Nanti kuda ni bawak sampai ke kaki tangga. Tangga tu ko kena daki sendiri lah.

Kalau tanak/takut/gayat/geli naik kuda tu boleh je menapak slow-slow. In Shaa Allah sampai. Kalau pun naik kuda tu bukannya naik macam koboi tu. Kuda pun jalan slow-slow jugak sambil diiringi owner kuda. Save sket tenaga untuk panjat tangga sambil meningkatkan ekonomi pemilik kuda.

Ni view tangga plak.



Sambil mendaki tangga tu keluar tangga jap nak ambik gambar. 


Kat atas tu memang dah takde orang dah. Ada sorang pakcik jual bunga ni tapi kat tangga je selisih ngan dia pastu dah tak nampak dah. Maybe dah turun pastu.


Apakah?

Aku dan jurugambar je kat atas ni.

Kat atas ni pagar pun dah baru.

Aku ajak Jaja turun secara slide tanpa menggunakan tangga, macam dah ada trek untuk itu, tapi beliau takut/gayat. Macam tak syok je slide sensorang. Moh turun guna tangga. 

Sebenarnya kalau nak suh driver ojek tunggu pun boleh tanpa extra charges tapi kami nak ambik masa sendiri kat sini tanpa rushing. Lagipun macam tak elok plak nak suh dorang tunggu. 

Kami turun balik dan short-cut kat gerai Ibu Utin ke arah Cemoro Lawang melalui Lautan Pasir. Ibu Utin dan siap-siap kemas gerai dah. Anak pompuan dia pun dah datang nak jemput dia.

Pose-pose Kristine Hakim dalam Pasir Berbisik. Eh, aku tak tengok pun cerita tu. Aksi bebas please!



Boleh tahan penat jugak lah menapak kat situ walaupun jalan mendatar. Ada 3 orang lagi budak-budak local menapak kat situ. Tapi kami bagi dorang jalan dulu.

Abes lautan pasir, sampai kat jalan mendaki ke Cemoro Lawang tu yang pancit sket. Mula-mula ingat sempat nak singgah kedai jual FM jap tapi nampak macam dah nak masuk Maghrib dah ni. 

Solat pun belum ni. Daki bukit cepat-cepat. Patutnya tadi masa kat bilik dah Solat dulu. Tengah-tengah mendaki jalan ke Cemoro Lawang ada 2 motorsikal stop, dorang offer IDR10,000 each untuk hantar ke Cemara Indah. Kalau masa masih ada memang nak menapak sampai Cemara Indah tapi takut tak sempat Solat kami pun hop on.


Malam tu lepas mandi, kami keluar pegi makan. Noted pagi kat Malang aku makan megi goreng, kat gerai Ibu Utin makan megi lagi. 

Nasik please!

Aku ada terbaca kata Cafe Lava tu Halal. Sebab kat penduduk kat Cemoro Lawang ni majoriti Hindu, aku ajak Jaja survey Cafe Lava untuk dinner malam ni. Menapaklah malam-malam ni ke Cafe Lava. 

Malam yang sejuk!

Survey katanya, dah duduk bukak menu pilih makan semua dah. Pastu datang lah adik waitress ni. 

"Adik, sini Halal kan"

"Halal, mbak""

Nasi goreng Singapore yang tak abes ditapau plak..

Kualiti gambar kureng sket sebab tak bawak kamera, guna henpon je.

Lepas tu kami ke kedai sebelah untuk Jaja beli FM. Aku dah beli tahun lepas, jadi kali ni aku dah tak beli lagi.

Kedai ni ada jual banyak souvenir. Mug, jam, FM, poskad, topi, mafla, sarung tangan. Tapi satu je aku tak suka, staf ada 3 orang tapi sorang pun tak nak layan kami. Kalau panggil boleh jeling je pastu buat bodo. Kalau tak panggil 2,3 kali tak sah lah. Tahun lepas pun macam tu jugak. Aku sampai tinggi suara.

Untung 2 kupang dah eksen...

FM

Rak souvenir

Tunjuk FM yang clear sket, ni yang aku beli tahun lepas

Moh balik tidur. Esok nak bangun awal katanya.

Siri Trip Surabaya :

1. Intro
2. Juanda International Airport ke Malang
3. Pasar Tumpang & Coban Pelangi
4. Savannah & Lautan Pasir (Pasir Berbisik)

Saturday 25 January 2014

Surabaya (Day 2) ~ Savannah & Lautan Pasir (Pasir Berbisik)

Lepas selesai di pondok bayaran masuk ke Bromo Tengger Semeru National kami meneruskan perjalanan ke Cemoro Lawang, kami bakal melalui hutan savannah dan lautan pasir. Dari pondok tadi kami nampak pandangan atas savannah. Dah tak sabar-sabar nak tengok dengan lebih dekat hutan rumput/lalang ni. Tak suka rumput-rumput? Semak kepala otak dengan lalang? Takpe kat sini semua perasaan tu akan bertukar jadi' "Cantiknya!"

Tak percaya? Meh tengok nih..



Tu dia dah nampak sikit dah savannah. Pakcik ojek sila rempit!
Jalan pun kadang-kadang elok, kadang-kadang kurang elok.
Tu dia..cantik kan..


Meh kita pose kat padang rumput


Untong la kak ros bercuti nek jet, ada potographer, driver dok tgu kat kenderaan.


Jalan ke Cemoro Lawang. Driver ojek tu ada cakap pokok bunga kuning tu species terancam.


Nak pose ala-ala ambot-ah. tapi beliau selfie je and gambar dia awesome giler.
Aku punya hampeh, dengan muka tak mandi lagi.

Kami meneruskan perjalanan. Di savannah ni ada bukit-bukit yang di gelar Bukit Teletubby. Aku tak sure yang mana sebab aku tak ingat plak bentuk bukit dalam cite tu.

Ek oooo...(betul dak bunyi teletubbies ni..ahaks).

Di tengah perjalanan, Jaja yang tak puas hati lagi dengan Savannah ni mintak ojek dia berenti. Pose-pose Bromo Next Top Model lagi.





Sudah! Hentikan sandiwara ni. Jom kita ke Cemoro Lawang!

Ku jejak jalan yang berliku...
Lepas je kawasan Savannah, sekali lagi kami terpana, dengan lautan pasir. Seluas mata yang memandang. Kat sini pun kami berenti sekejap. Driver ojek pun mula bercerita berkenaan lautan pasir ni atau lebih dikenali dengan pasir berbisik.

Bromo dikiri & Batok di kanan gambar


Sekejap je sudah kat sini sebab hari dah nak ke petang ni tapi kami belum pun sampai Cemoro Lawang. Yang bestnya penginapan pun takde. Yilek, nada, non!

Ke Cemoro Lawang kita!

Jaja menuju ke Cemoro Lawang. Nampak pencawang tu? dan macam ada line putih ke atas tu laluan untuk ke Cemoro Lawang. Kalau ke Bromo sila pusing kiri.

Kalau tak puas tengok gambar Savannah dan lautan pasir, boleh jelajah blog ni Ambot-ah. Antara travel blog yang aku suka baca. Gambar-gambar dia memang super-awesome. Tambahan plak dia travel solo.

Bila nak travel solo ni..

Siri Trip Surabaya:

1. Intro
2. Juanda International Airport ke Malang
3. Pasar Tumpang & Coban Pelangi

Surabaya (Day 2) ~ Pasar Tumpang & Air Terjun Coban Pelangi

Dari terminal Anjosari, Pasar Tumpang adalah perhentian terakhir. Tapi bukan ada station, angkot cuma berhenti tepi jalan. Kalau tak sure boleh tanya pakcik driver. Cakap nak turun dekat Pasar Tumpang.

Dalam angkot

View dari dalam angkot ke Tumpang

Dalam angkot kami berkenalan dengan sorang student sekolah rendah. Lupa dah nama dia apa. Waktu angkot berenti depan sekolah rendah ni, Jaja tanya kenapa ada tulisan siam kat depan sekolah tu. Kami tanya adik ni dia cakap yang tu tulisan Jawa. Kami interview dia pasal sekolah dia, dia cakap sekolah dia abes pukul 2 petang (walaupun hari ni hari Sabtu). Tapi pelik bila tengok jam baru pukul 12 tengahhari.

Ko ponteng ek?

Sekolah dengan tulisan Jawa

Dia ada explain kenapa dia balik awal. Tapi tak paham sangat jadi kami yea kan jelah. Mungkin dia balik nak makan tengahhari dulu kot pastu pegi sekolah balik. Tapi beg sekolah semua ko dah angkut bawak balik dah.

Pastu dia plak interview kitaorang. Kemudian cakap kat sekolah dia ada belajar bahasa inggeris. Bila suh speaking dia bantai gelak plak.

Dah sampai pasar tumpang, sila lintas jalan untuk ke station ojek.

Ojek : Motorcycle to hire.

Pasar Tumpang. Gambar dari station ojek. Angkot akan berenti kat keta kuda banyak2 tu.

Kat situ bila dorang nampak ko bawak beg galas mesti dorang jerit "Bromo!". Pastu ramai plak tolong nak tunjukkan ke station ojek. Bukan jauh pun lintas jalan, 10 tapak camtu dah sampai.

Harga ojek dari Pasar Tumpang ke Cemoro Lawang kalau riki-riki kat internet harga IDR150,000 one-way. Kalau nak murah maybe kena bargain kot. Bila driver ojek cakap IDR150,000, kami terus setuju. Haa mudah kan kami?

Driver ojek menyiapkan kenderaan.

Kami mintak driver2 ojek tu untuk singgah ke air terjun Coban Pelangi dan savannah. Mereka setuju tanpa mengenakan apa-apa bayaran tambahan. Boleh jugak singgah di ladang epal & strawberry di sepanjang jalan. Tapi bagi kami cukuplah dengan air terjun dan savannah saja. Ada plan lain pulak untuk petang ti.

Dulu masa mula-mula plan dengan Jaja (kami komunikasi melalui whatsapp sajo), aku cakap kat dia maybe kita kena naik ojek dari Tumpang ke Cemoro Lawang sebab dari situ cuma ada 2 pilihan je, ojek atau shared jeep. Kalau naik jeep kena charter 1 jeep terus lah sebab kalau nak kongsi-kongsi dengan orang lain mungkin makan masa nak tunggu jeep tu penuh. Dan masa kami kat Tumpang tu kami je yang ada kat situ, jadi peluang nak tunggu orang tu mungkin makan 2,3 jam (aku baca ni kat tripadvisor). Dan lucky, Jaja ni reply "aku nak try naik ojek tu". Untunglah budak ni semua nak try. 

Kat tanah air pun tak pernah naik motor ngan lelaki, tetiba kat Indonesia mudah je kan.. 

Keadaan memaksa..huhu

Dari Malang ke Cemoro Lawang ni orang panggil 'jalan melalui pintu belakang Bromo'. Ade pun cakap dia tak pernah ke Bromo melalu Malang-Tumpang ni. Dia ikut Probolinggo. The truth is, jalan dia sedikit scary. Hutan kiri-kanan. Dan kalau naik kereta mungkin boleh pergi separuh jalan sahaja. Keadaan jalan tak mengizinkan untuk naik kereta. Hanya motorsikal dan jeep je yang boleh lalu kat sini.
 
Kat kg ni dorang jual epal depan rumah je

Naik ojek dalam 10 minit, dorang stop kat pertamina untuk isi minyak dulu. Aku ambik kesempatan ke tandas untuk tukar baju aku yang dipakai sejak pagi semalam. Sekarang dah almost pukul 1.Aku tak busuk ok, cuma aku sendiri yang tak selesa pakai baju selama tu.

Kereta masih boleh ikut jalan ni, ke Desa Gubugklakah
  
Dah start jalan dalam 20 minit camtu hujan pun menitik-nitik atas kepala. Kami stop jap berenti pakai baju hujan. Aku guna windbreaker yang aku bawak (lepas ni tanak bawak dah, makan space je baju ni). Dalam dok stop pakai baju hujan di boleh la ushar-ushar pokok epal yang ada di kiri dan kanan jalan. Sedikit jakun disitu. 

Petani-petani epal.

Ni dah masuk kawasan pendalaman dah, tapi masih ada perkampungan yang berbukit. Kabus pun tebal.

Tak lama perjalanan pastu hujan manja-manja tu pun berenti. Driver ojek kami stop kejap tepi jalan tunjuk sungai yang mengalir dari Coban Pelangi. Nun, jauh kat bawah gaung tu. Memang view sangat awesome. Ini menandakan kami dah nak hampir ke Coban Pelangi.

Anak sungai dari Coban Pelangi

Tak lama pastu kami pun sampai kat pintu masuk Coban Pelangi. Baru pintu masuk. Tiket IDR6,000. Lepas beli tiket tu aku tanya checker tiket. 

Coban Pelangi ni satu arah ke Bromo, so boleh stop, takde masalah.

Soalan pertama : Jauh tak nak trek?
Jawapan : Pergi mungkin dalam 15 minit, balik mungkin setengah jam. Tanpa henti.

Soalan kedua : Boleh mandi tak?
Jawapan : ... (pandang pelik)

Ok, boleh mandi. Tapi dekat sungai yang mengalir dari air terjun. Dekat jambatan. Nanti on the way ke air terjun nanti akan lalu dekat jambatan buluh. Situ boleh mandi.

Tapi checker tiket tu cakap boleh pergi dekat dalam 5 meter dengan air terjun.

Peta ke air terjun

Mari kita mulakan perjalanan. Patutlah pergi 15 minit balik setengah jam, sebab kita turun bukit ke arah air terjun. Tadi kan ojek tu berenti tepi jalan tunjuk sungai nun jauh di bawah cerun. Rupanya kena ke bawah. Nanti masaklah kau nak panjat balik.

Ada trek dan confirm tak sesat

Dalam perjalanan ada gerai jugak. Stop jap beli air oren botol. Kemudian kami join satu group dengan budak-budak nak piknik ramai-ramai kat situ.

Halfway jumpa jambatan ni. Kat sini boleh mandi. Nampak budak-budak tu stop piknik kat bawah tu?

Dalam 15 minit pastu kami sampailah ke air terjun. Gah sungguh bunyik air terjun. Ada satu tempat lapang boleh ambik gambar dari situ. Pastu aku cakap ngan Jaja aku nak p dekat sket. 

 Dari kejauhan

Dari kedekatan

Batu-batu kat situ licin dan berlumpur. Gigihlah nak panjat batu-batu ke air terjun. Sesekali tergelincir jugak. Baju seluar memang abes dah berlumpur. Lumpur hitam! Pandang belakang, Jaja takde plak. 

Tempias air terjun memang kuat. Abes basah baju. Kena cermin mata terus tak nampak dah. Bukak cermin mata. Nak dekat dah ngan board lagi satu depan air terjun tu. Tu kot penanda 5 meter dari air terjun..hehe 

Ambik gambar apa nya. Tempias air, angin kuat dari air terjun tu lagi. Moh patah balik. Mencabar jugak takut jatuh. Selipar pun dok tergeliat-geliat cam nak cabut. Sempatlah tergelincir. Abes dah baju ngan seluar.

Pastu mulalah perjalanan panjat balik ke atas. Bermulalah sesi rintihan mintak nyawa nak panjat naik balik ke atas.

Dah sampai kat ojek, siap-siap nak sambung perjalanan. Pakcik ojek tu dok tegur aku. "Jaket". Aku macam blur-blur. Pastu dia cakap lagi "jaket". Aku cakap takpe. Mungkin dalam hati dia cakap 'kulit biawak ke hapa pompuan ni'. haha

Jalan yang berkabus

Dari Coban Pelangi ke Cemoro Lawang, cuaca akan semakin lama semakin sejuk. Sejuk ok. Seb baik ada kardigan dalam beg sling aku tu, jadi atas motor tu jugak aku keluarkan dan pakai kardigan tu. Jadilah, sejuk sangat. Keadaan sekeliling pun dah berkabus tebal.

Welkam!

Welkam! Again..

Cukup 2 jam perjalanan (termasuk stop kat Coban Pelangi tadi), kami sampai dekat pos pengawal Bromo Tengger Semeru National Park. Kat sini nak masuk kena bayar entrance fee dulu. Kalau rakyat tempatan kena bayar IDR10,000. Kalau pelancong asing atau orang local panggil 'Mancanegara' kena bayar IDR75,000. 

Pondok pengawal. Kat sini kena bayar entrance fee. Dari sini jugak dah boleh nampak savannah kat bawah.

Di Coban Pelangi tadi driver ojek kami dah plan supaya kami hanya bayar IDR10,000 (yakni untuk bayaran rakyat tempatan). Caranya ialah dia park ojek dan kami tunggu je kat ojek tu biar dia yang pegi bayarkan. Katanya bulan lepas dia tolong 3 orang Malaysian yang guna ojek dia macam tu jugak. 

Terima kasih bapak!

Siri Trip Surabaya:

1. Intro