Tuesday 17 March 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 7) Perjalanan Yangon ke Mandalay dengan JJ Express

8 Januari 2015

Masih di hari pertama, jadi bertabahlah.

Aku yang hilang sabar nih..

Sampai kat kaunter aku pun bagitau yang aku ada booking melalui FB JJ Express dan dorang check nama aku then aku buat payment. Sesambil tu ada sorang staf kat luar kaunter ni tetiba lekatkan sticker kat lengan kiri sweater aku. Kenkonon mesra sangat la kan sampai guna 2 belah tangan tampal sticker. 

Sepantas kilat aku terus toleh.

Tekezut jugak lah masa tu ingat dia buat apa kan..hahaha

Kopi dan sticker 
Then dorang cakap awal lagi ni, masa tu belum pun pukul 8 malam. Jadi dorang suruh aku duduk dulu tunggu. Haa tunggu la kau sampai pukul 9.30 malam.

Couple mat saleh ni dengan kain pelikat tu je kehulu kehilir macam orang tak betul je nengok.
Sebab aku penat, jadi aku memang duduk lah kat situ tak gerak-gerak. Dekat Aung Mingalar Terminal ni ada satu pagoda/temple berhampiran. Kat seberang jalan. Ada mat & minah saleh yang pegi melawat untuk kill the time. Tapi aku pandang sepi jelah. Lagipun malam kan, bukak lagi ke. Cuma nak ambik gambar tu lawa lah warna gold pagoda tu kena cahaya lampu.

Pagoda ni boleh jugak jadi landmark kalau nak tau dah sampai ke Aung Mingalar bus terminal. Serius aku tak ingat apa nama pagoda ni, kat sana tu ingat lagi. Dah balik memang harus ku lupakan lah..

Bas JJ Express berbackground pagoda di seberang jalan
Agak ramai orang jugak malam ni kat office JJ Express ni. Belum tengok customer dengan syarikat bas lain plak yang kat dalam area terminal ni. Tapi aku memang tak pegi tengok pon. Mode malas on..

Kat belakang aku ada sorang minah local ni. Dia pun tunggu bas jugak. Kami jadi kawan jaga beg untuk malam tu. Bila aku nak pegi toilet, aku bagi isyarat suruh dia tengokkan beg aku, kalau turn dia nak pegi toilet, nanti dia cuitkan bahu aku suruh tengokkan beg dia plak. 2 trip each to the toilet..hahaha

Minah ni aku tak tahu la nak pegi mana, sebab dia tak pandai speaking so tak leh nak beramah mesra. Pastu aku dah naik bas pun dia masih kat situ lagi.

Lepas tu ada sorang staf ni bancuh kopi dan edarkan kat semua orang dalam tempat menunggu. Terbaik sungguh service dorang ni.

Staff2 JJ Express ni semua. Yang bagi belakang tu stewardess bas yang aku naik.
Kemudian bas pun sampai, sapa-sapa nak letak beg kat bahagian bawah korang kena cakap siap-siap masa kat kaunter tu. Nanti dia tag beg tu dan bagi satu copy untuk simpanan. Kemudian nanti dorang yang akan load beg tersebut. Dah sampai destinasi bagi copy tag tu baru boleh claim beg anda. 

Sebab beg aku kecik je (tetiba kecik plak kan, wahal macam nak terbalik mengangkut ke seluruh Yangon arini), aku bawak naik atas je.

Sekali tengok bas, walawey!!

Hebat sangat!

Seat yang luas dan selesa. Dapat selimut lagi.
Seat 2-1, each seat ada selimut (yang bersih, takde bau), dan yang paling best, setiap seat ada screen tv kecik. Ada 6 saluran! 3 saluran movie sahaja! Mula-mula tu aku ingat nak tido bila naik bas, tapi aku layan movie dulu. 3 movie serentak! hahaha

aku masuk tv!
Aku guna earphone sendiri. Kalau tak bawak boleh mintak headphone kat stewardess bertugas. Eh, lupa nak cakap, setiap bas ada stewardess!

Awesome sangat kan.

Bila bas bergerak stewardess ni pegang mic buat ucapan alu alukan, dalam bahasa dia. Kemudian baru cakap in english. tapi yang peliknya bahasa dia berjela-jela panjang. Bahasa Inggeris dia sebaris je, pastu thank you.

Sebahagian penumpang adalah rakyat Myanmar itu sendiri. Jangan main-main dorang ni, kalau dah kaya sangat tu dia beli 2 seat terus!

Dah abes movie aku baru lelap. Tetiba dalam pukul 12 tu bas berenti kat satu kawasan rnr. Luas kawasan tu dan banyak bas park kat situ. So takde lah takut pun sebab ada berderet restoren dan orang pun boleh tahan ramai. 

Kawasan parking bas
Toilet kat lorong tengah tu.
Aku pun turun ikut orang dalam mamai-mamai tu. Nak pegi toilet. On the way ke toilet tu aku perasan restoren belah kiri nak masuk lorong ke toilet tu ada ramai muslimin & muslimah tengah makan. Kat meja luar pun ada jugak. Jadi aku assume situ boleh makan la kot.

Kedai makan di area rnr (gambar dari arah toilet). Yang perempuan pakai sweater hitam tu stewardess JJ Express jugak tapi bas lain.
Tapi aku tak makan pun walaupun bas berenti agak lama kat situ. Aku cuma pegi toilet je. Dan seperti biasa kebersihan toilet tak mengecewakan.
Ni bas aku naik. Ni aku cover ambik gambar sebab silap pintu nak naik. Biasalah pintu kat tempat kita belah kanan kan..hehe
budget nak ganti driver kot aku nih..
Lampu neon tu sign toilet tapi aku tak perasan pun mula2 tu. Jenis follow je crowd dalam mamai2 tu.
Kemudian aku terus naik bas. Bukak tv tengok semua saluran macam tak best je. Kemudian stewardess datang kat sorang-sorang tanya nak air oren ke kopi.

Rasa macam kat kedai makan, wahal aku masa tu dah siap berbungkus ngan selimut nak sambung tido.

Disebabkan kopi tadi aku minum sedap aku request kopi lagi. Ada orang kalau minum kopi tak boleh tido kan. Tapi aku kalau nak tido, takde apa yang dapat menghalang..hehe

Kopi atas bas
Dah abes minum aku pulangkan balik cawan kertas tu dan bergelumang dalam selimut. Tapi tak lama lepas tu stewardess tu edarkan satu kotak bersama air botol mineral. Dalam kotak tu ada satu cheese cake dan satu roti. Dalam roti tu ada sosej. Tapi aku tak perasan masa tu, esok pagi masa kat Mingun (Mandalay) baru aku nampak sosej dalam roti tu.

Bekalan dari JJ Express

cheese cake & roti
Aku simpan je kotak dan air botol tu dalam beg sebab aku nak sambung tido. 

Tak lama kemudian bas pun bergerak menuju destinasi.

Bas ada berhenti lagi di satu lagi rnr tapi aku tak turun pun kat sini sebab tido yang tak dapat dikawal lagi. Jadi aku tak tahu apa jadi kat sini.

Tau-tau pukul 5.30 pagi, bas pun bergerak perlahan memasuki kawasan parking. 

Akhirnya, hari KEDUA!

--------------------------

Info bagi sapa yang bercadang nak menggunakan perkhidmatan JJ Express, anda boleh pm dorang directly ke facebook JJ Express

Nah jadual bas.


Bas yang aku naik Yangon ke Mandalay - 9.30 malam (First class).

Harga 18,500 kyat. 

Kalau business class murah sikit (11,000 kyat).

Bila pm kat facebook dorang jangan expect direct reply. Maybe esoknya baru dia reply, atau lusa..hehe

Bersabarlah yea, jadi sila book awal. Aku book sebulan awal, jadi dapat seat no 3. Selesa bangat!

Bayar kat kaunter once dah sampai pastu ti dorang bagi tiket.

Cover tiket & tiket
Rules & regulation
Later baru aku tahu, half harga tiket tu adalah bayaran service tip top yang kau terima sepanjang perjalanan tu.

Memang berbaloi-baloi!

Jangan salah gugel..hehe

Monday 16 March 2015

Mingalar Myanmar ~ (Part 6) Sebening petang di Yangon & dari Sule Pagoda ke Aung Mingalar Bus Terminal


8 Januari 2015

Dah turun dari Circular train ni aku terus keluar dari stesen keretapi, jalan ke arah jalan besar. Mulanya aku nak ambik ke kiri sebab aku ada aim satu hotel kat Yangon yang aku bakal nak duduk di hari terakhir sebelum flight balik nanti. Tapi bila dah sampai Yangon ni baru aku sedar kedudukan hotel tu jauh dari centre Yangon ni. Hotel tu katanya dekat dengan Masjid dan senang dapat makanan halal. Tapi masalahnya bila nak cari hotel pun susah, lagu mana..

Jadi aku buat keputusan tak jadi nak cari hotel tu, jom cari yang senang kat 'tengah-tengah' Yangon ni. Patah balik ke kanan jalan ikut tepi-tepi jalan flyover ni. Tadi kami datang dari bawah (kena naik tangga untuk guna sidewalk flyover ni).

Kemudian aku berenti jap kat atas flyover tu, pandang jalan kat bawah, tengok arah kami menyusur tadi. Nampak stesen keretapi yang kami salah masuk mula-mula tadi. Nampak Sakura Tower. Tadi kami datang dari arah Sakura Tower.

Pasti termenung sensorang kat situ..

Takde lagi Zara..

Takde lagi Fahd..

Mesti dorang tengah beronok-ronok dalam cabin train menuju Bagan.

Takde lagi orang nak bincang-bincang nak pegi mana, buat apa, jalan mana, arah mana. 

Sekarang ni baru betul-betul aku solo kat Myanmar. 

Mampukah?

Tepi jalan tu jugak la kau sibuk dok layan perasaan. Nak pegang pengadang jalan tu tapi bila pikir faktor-faktor anti sireh, tangan simpan dalam poket. Keta pun banyak, nak kata orang balik keja tapi baru pukul 4.30 petang. Agaknya orang gomen yang balik dulu kot, yang ambik opsyen 7.30 pg-4.30ptg, eh..

Agak-agak bahu dah sakit galas beg, aku pun gerak. Jalan straight turun dari flyover tu. Ikut common sense dari arah kami datang tadi dan jugak ikut orang. Orang lain lintas jalan, aku pun lintas.

Tepi-tepi kaki lima ada sorang minah ni melepak.

"Suley?"

Dia pun conceng-conceng bunyik hangul tunjuk tangan straight pastu turn kanan. Pastu aku pun jalan je straight then sesuka hati aku je kona kanan ntah kat mana-mana ntah.

"Suley?"

Tanya kat brader jual dvd tepi jalan. Sempat jugak aku tengok-tengok dvd tapi movie hollywood zaman Dolly Parton rambut kembang-kembang dulu.

Dah sampai di area Sule Pagoda. Aku pusing-pusing arah lorong-lorong kecik belakang Masjid Bengali Sunni untuk cari Hostel tapi takde. Pastu masuk lorong lain plak. Takde jugak. Jalan lagi, carik. Keluar masuk lorong-lorong di sekeliling Sule Pagoda tapi masih tak jumpa. 

Kemudian jumpa Hotel (lupa dah nama Hote tu), nampak macam separa mewah je. Ada orang tolong bukakkan pintu untuk aku. Sekali tanya harga 30,000 kyat untuk single room. Kelat je muka minah kaunter ni so aku pun memblahkan diri sebab aku budget under 25,000 kyat je semalam untuk penginapan.

Aku kena cepat cari bilik ni sebab nak cari tempat untuk solat lagi pasni. Pastu aku terasa macam nak pusing satu blok bangunan je sebab malas nak patah balik. Tetiba jumpa Okinawa Guesthouse 1! Dalam banyak-banyak lorong tu ni lah satu aku jumpa. Nasib la lorong-lorong kat Yangon ni ramai orang lalu-lalang so takde la ada perasaan takut tu.

Masuk dalam tanya ada tak bilik kosong on 14 Jan.

Takde..

Pasrah, aku pun jalan keluar ke arah Sule. Jalan 10 tapak jumpa plak Okinawa Guesthouse 2!

Masuk tanya ada bilik tak on 14 Jan. Ada!

Sampai hati Okinawa 1 tadi tanak refer pun aku kat Okinawa 2 ni.

Pastu tanya harga untuk single room. 20,000 kyat untuk satu malam. Ok sudah bagus.

Pastu aku mintak tengok bilik, budak lelaki jaga kaunter di pun bawak la aku tunjuk kat tingkat 2. Bilik ni ada tilam & cermin dinding je. Semua based kayu. Pintu sliding. Jangan kata boleh dengar orang sebelah, orang kat floor bawah pun boleh! Bilik air sharing each floor.

Aku terus setuju, buat bayaran, mintak resit. Kemudian mintak tinggal beg kat kaunter. Aku tanya budak yang jaga kaunter tu macam mana nak pergi ke Terminal bas Aung Mingalar sebab nanti aku akan naik bas kat situ. Budak tu suruh aku naik teksi 8,000 kyat. Kemudian budak tu suruh aku share ngan ada sorang mamat Jepun ni nak pegi situ jugak. Aku tolak sebab mamat tu dah nak gerak sekarang, bas aku pukul 9.30 malam. Lagipun aku pikir nak naik bas je sebab aku banyak lagi masa, plus nak berjimat cermat.

Keluar dari Guesthouse tu misi aku adalah nak carik tempat nak solat plak.

Aku aim Masjid Bengali Sunni tadi. Tapi masa tu ada sorang pakcik kat luar pintu macam tak bagi aku masuk. Pastu bila interview dua tiga soklan dia bagi aku naik atas tapi sebelum tu dia tanya aku ada bawak telekung tak sebab situ takde telekung. Telekung aku plak ada dalam beg kat Guesthouse. 

Aku cakap kat pakcik tu "takpelah saya solat kat guesthouse jelah". Kau macam ada bilik je kat guesthouse tu kan..

Walaupun kecewa tapi percaya lah apa yang kita cakap tu adalah doa :)

Pakcik tu angguk. Aku pun pusing cari tempat lain plak. Boleh je aku berlari balik ambik telekung kat guesthouse tapi aku nampak pakcik tu macam tak rela je aku solat kat situ. Tapi sebab orang nak solat kan takkan dia nak halang plak. Kira macam separa rela camtu la. 

Pastu jalan-jalan jumpa masjid shiah. Jalan straight jelah.

Dahaga gila masa ni, cari kedai nak beli air tapi tak jumpa wahal banyak gila kedai. Ada satu kedai ni aku masuk mintak air mineral pun kelam kabut cakap takde, wahal dia tak paham pun aku nak apa.

Kemudian jumpa satu pintu rumah ni, nampak orang tengah solat kat dalam tu. Kat luar ada tong air. Ini sudah bagus! 2 dalam 1!

Aku berdiri kat depan pintu tu, kat dalam rumah tu kat dinding ada tulis something 'Follow the life of Ali', kalau tak silap aku lah. Tengah dok usha dari luar tu ada sorang pakcik ni keluar, aku mintak nak refill air dalam botol air yang memang aku bawak dalam beg. Dia angguk suh isi.

Sambil isi air tu aku tanya pakcik tu, ni tempat apa?

"This is the house of Iran", mendabik dada betul time pakcik tu jawab.

Aku rasa tak sedap hati. Aku mintak diri dulu kat pakcik tu. Masuk corner lain aku kosongkan balik botol air aku. 

Tengok seberang jalan, nampak cafe Tokyo Donut. Dahaga!

Kaunter
Terus aku lintas jalan masuk. Order air oren je segelas pastu mintak password wifi..hehe

Lepak layan tenet.
Lepak sini dulu.
Kat tv cafe ni ada dorang tengah pasang video hip hop versi Myanmar. Fames agaknya penyanyi ni sebab semua staf kat kaunter Tokyo Donut ni tengok tak berkelip. Yang si rapper tu plak ala-ala Korean je muka & dressing dia. Tapi bila dengar-dengar bahasa Myanmar ni macam bunyi korea pun ada jugak ;) 

Interior Tokyo Donut
Dah abes air segelas aku keluar jalan lagi dengan misi tak tercapai aku ni. 

Kemudian nampak satu famili Muslim ni dok borak tepi jalan. Aku yang desperado ni tetiba bagi salam tanya tempat untuk solat!

Lucky masa ni sebab walaupun famili tu tak pandai cakap english tapi dorang gigih pegi panggil sorang mamat ni tengah repair henpon dia kat gerai tepi jalan. Mamat ni pandai cakap Melayu!

Pastu dia jadi translator. Famili tu cakap aku boleh solat kat umah dorang tapi rumah dorang agak jauh, takut by the time sampai, dah masuk Maghrib.

"Takpelah saya solat kat guesthouse jelah". Ulang lagi benda yang sama.

Kemudian borak-borak ngan mamat tadi tu dia pandai cakap melayu sebab dia penah keja kat pasar Selayang. Katanya abang dia masih keja kat situ lagi.

Aku tanya dia mana nak ambik bas ke Aung Mingalar Terminal. Dia tanya kat famili tadi, kemudian ada brader ni explain dalam bahasa dorang pastu mamat tu cakap, "jom kami tunjuk".

Untung lahai..

Kami jalan sama-sama ke depan Masjid Bengali Sunni tadi. Sambil berjalan tu si mamat ni bagitau aku pasal solat kat masjid di Myanmar ni untuk perempuan adalah tidak digalakkan. Kaum hawa solat kat rumah sahaja. Pastu masuk plak bab mazhab-mazhab ni.

Lintas jalan ke depan city hall. Depan city hall tu (yang mengadap Masjid & Sule Pagoda) ada banyak bas tapi kat belakang bas-bas tu ada minivan warna hijau. Nama minivan tu Aung Mahar. Setaip minivan ni ada 1 staf, driver & konduktor. Nanti konduktor tu jerit "Aung Mingalar!Aung Mingalar!" (bunyik lain sket). Tambang 1,000 kyat sajo. Jangan bagi lebih, pesan mamat & brader tadi sebelum berpisah.

Aku jalan balik ke guesthouse. Aku tekad!

Disebabkan dorang tengah ada free bilik (bilik yang aku tengok tadi), aku mintak kat budak kaunter tadi untuk sewa 1 jam. Aku bagi alasan nak mandi & bersiap untuk naik bas malam nanti.

Budak tu cakap tak payah bayar, guna je.

Yes! Dok mengulang ayat sama kan, nak balik solat kat guesthouse! Akhirnya solat kat guesthouse.

Aku tunggu sampai boleh jama' untuk Maghrib+Isya' sekali, tak mandi pun..hahahaha

Aku rasa kalau boss budak tu ada (perempuan berusia, ala-ala jepung sket), mesti aku tak dapat guna bilik tu. Tapi untung la masa aku mintak nak guna bilik tadi takde sapa-sapa pun kat lobby tu. Budak laki yang jaga kaunter tu pun macam cakap slow-slow je wahal dia tu jenis cakap menjerit-jerit. Rezeki aku kot..huhu

Dah setel semua, aku angkat beg dan pegi ke tempat nak tunggu Aung Mahar tadi. Penuh yakin hokeh!

Sebab dah tahu..

Dah penuh baru minivan tu bergerak. Tapi dia sentiasa berhenti ambik dan turunkan penumpang di sepanjang jalan. Agak jauh nak ke Aung Mingalar Terminal dari Sule pagoda. Maybe dalam 40 minit jugak. Naik boring aku, dari sepenuh-penuh orang sampai tinggal aku sorang dalam tu. Masa aku naik minivan tadi boleh nampak siang lagi, sekarang dah gelap. Dengan jalan jem lagi.

Sibuk nau jalan kat Yangon ni.
Sampai satu tahap tu tergerak plak aku nak tanya budak konduktor tu (sebab dia asyik tengok aku dengan gundah gulana 'bila la makhluk ni nak turun'). 

"JJ Express?"

Terus budak konduktor tu jerit suruh stop kat driver. Kebetulan sangat masa aku tanya tu memang kami betul-betul kat Aung Mingalar Terminal. Lepas terminal bas tu baru terimal untuk minivan Aung Mahar ni.

Budak konduktor tu pointkan aku kat sorang driver bas JJ Express parking tepi jalan.

"You go ask that guy"

Aku terus turun dan ikut cakap budak konduktor tu. Driver JJ Express ni suruh aku ikut dia masuk dalam kawasan Terminal. Banyak bas parking kat situ. Aung Mingalar Terminal ni bulan macam puduraya ke apa, lebih kepada macam office Sani Express kat Klang tu. Each company ada building dia sendiri, pastu bas parking depan buiding tu. Semua company bas ada kat situ kot.

Bangunan JJ Express
Sampai kat office/kaunter JJ Express, driver bas tadi suh aku pegi kaunter.

Lega!

Akhirnya sampai jugak kat office JJ Express

Monday 9 March 2015

Minglabar Myanmar ~ (Part 5) Circular Train, Yangon

8 Jan 2015

Bila la nak abes first day aku ni. Panjang benor!

Dengan beg depan dan belakang, aku pun pergi ke kaunter nak beli tiket Circular train. Depan aku ada sorang minah saleh ni beli tiket.

Aku tanya dia nak beli tiket kat sini ke?

Dia iyakan sambil cakap "its freaking cheap!"

Tiket berharga 300 kyat. Memang freaking cheap..haha

Kemudian aku kebelakang kaunter nak ke platform (lah sangat), aku carik seat (beg berat hokeh). Ramai foreigner kat platform tu jadi aku tak risau sangat sebab aku budget dorang ni pun mesti nak naik train yang sama.

Platform belakang kaunter tiket
Anjing pun banyak. Tapi tak payah risau anjing-anjing kat Myanmar ni tak kacau orang. Serius tak tipu..

Anjing banyak tapi jenis tak kacau orang. Couple belakang tu jenis cium molot 24 jam, kacau pemandangan. Tengok anjing best lagi.
Orang meniaga kat platform. Layan tengok orang sambil tunggu train datang.
Berbalik di kejadian circular train, bila train datang semua orang pun naik. Aku yang tak sure betul ke tak ni trainnya pun naik sekali. Dalam gerabak aku tengok ada map circular ni kat dinding, jadi aku yakin betul. Aku duduk di seat panjang yang mengadap satu sama lain tu. Beg berat aku kat sebelah kanan. Beg kecik aku pegang atas riba. Local yang naik train ni siap bersila mengadap tingkat (luar). Perlu ke aku buat perkara yang sama? Sakit belakang, leher aku kalau nak senget mengadap tingkap dengan kerusi macam ni.

Dorang ni naik terus bersila panggung. Dah tu takkan aku kena hadap belakang dorang..
Sebelah aku ni ada family from Australia. Mak bapak dah tua tapi masih sihat. Dorang cakap nak habiskan full circle (3 jam). Hebat sangat makcik pakcik saleh ni.

Map circular train kat dinding.
Train masih belum bergerak. Sekali nampak muka-muka mat saleh bergerak ke gerabak belakang. Anak makcik pakcik Australia ni dah risau. Dia turun pergi usha.

Kemudian ada staf keretapi datang suruh foreigner ke gerabak paling belakang. Aku yang malas nak gerak-gerak ni sebab aku yakin dah betul ni trainnya dan perlu ke aku remind beg aku berat??

Tetiba nak menyamar jadi Myanmar..

Staf tu tengok aku, aku tengok dia.

"Miss you need to move to the foreigner coach, its more comfortable there".

Malas nak argue aku dengan susah payah angkat beg, turun dari gerabak tadi dan berjalan ke gerabak paling belakang.

Dalam gerabak tu memang 80% muka mat saleh je. Ada jugak local tapi boleh kira ngan jari. Seat kat sini tak macam gerabak yang mula-mula tadi. Seat 2-2 mengadap muka masing-masing. Di satu ruang ni ada 2 orang budak perempuan local. Depan dorang kosong. Jadi aku mintak nak duduk situ.

2 sekawan depan aku. 
Beg aku mula-mula aku letak sebelah aku atas seat, tak lama pastu ada staf datang nak letakkan kat atas kepala (bahagian ruangan beg). Kejap je kat situ sebab aku asyik usha beg atas kepala tu je, dah bila train start bergerak, tak boleh jadi ni aku pun panjat kerusi ambik balik beg tu letak kat tepi aku.

Bukannya aku risau beg tu hilang kena curi, tapi aku risau beg tu jatuh hempap kepala aku! beg tu 8 kilo kot. Mau patah leher kalau jatuh atas kepala.

Kalau jatuh atas kepala aku takpe la, maunya jatuh atas kepala orang lain?

Orang meniaga di stesen
Awal perjalanan circular train ni masih dalam bandar Yangon lagi jadi kita boleh tengok kehidupan disekitar laluan rel keretapi. Banyak golongon tak bernasib baik yang menjadikan rel ni kawasan kejiranan dorang. Lagi kesian bila tengok anak-anak kecil yang homeless. Rumah dorang hanyalah kain rentang (banner) iklan jadi atap, tanpa dinding. Boleh nampak ada yang tengah tidur dalam 'rumah' tersebut.

Punca pendapatan dorang ada macam-macam, kebanyakkannya sampah-sarap yang dorang asing-asingkan untuk dijual.

Tak lama pastu aku belit beg galas aku kat tangan, pastu tarik beg galas aku yang super berat tu rapat-rapat, selitkan tangan aku kat tempat galas tu. Ikat mana yang boleh ikat, kemudian aku tido!

hahaha...

Penat weh.. Memang tu lah tujuan aku nak naik circular train ni pun. Dari tanah air lagi aku plan nak kena naik jugak circular train ni untuk first day sebab aku takde hotel for today jadi aku yakin aku akan super penat sebab malam tadi tunggu flight pun aku tak tido.

Jadi nilah dia..

Masih dalam bandar Yangon
***********************************************************************************

Semangat nak abeskan hari pertama, jom layan gambo2 yang banyak..

Aku bangun tido nampak masih dalam bandar lagi aku sambung tido balik.
Ntah la dorang jemur apa kat landasan ni.
Memang banyak jemuran kat landasan.. 
Banyak je ruang kosong kat dalam gerabak, tapi maybe budak ni takde tiket kot.
Meniaga kat stesen2
Aku tak sure yang ni meniga ke memang rumah dorang sini.
Makcik ni recycle plastik
Ni pon recycle plastik
Plastik jugak
Yang ni botol2 yang dipotong tapi aku tak sure kenapa dorang jemur

Lepas tu aku sambung tidur balik. Lama jugak lah. Aku terjaga bila tengok dah masuk kawasan kampung. Ingatkan sawah padi menghijau depan mata, rupanya tanaman sayur-sayuran (buta sayur aku ni tak tahu sayur apa)..
Percaya la yang bawah tu cik vavi..hehe
Petani.
Stesen ketapi lagi, sampai sini aku tido balik. Sesungguhnya aku ni Nobita, tutup mata je terus lelap.
Terjaga sebab bunyik bising orang kat pasar.
Kat sini la fenomena hulur barang-barang ikut tingkap tu tapi sebab aku dok gerabak pelancong jadi hanya yg takde muatan je boleh masuk gerabak ni.
Dapat orang lain plak duduk depan aku. Moga kulit Nora Danish la pakai tanaka kan..haha
Pasar tadi, berenti agak lama sini tapi tak sampai 5 minit pun, selalu stesen lain seminit camtu je dia brenti.
Bekas air tu boleh nampak diseluruh Myanmar. Air free, kalau berani minum la.
Tanaman lagi. Aku dah tak tido dah pasni.
Pondok kecil tepi kolam
Dah takde kampung lagi dah, aku syak nak sampai Yangon balik dah.
Mamat ni datang satu group ramai2. Tu diam sebab aku tegur kenapa perangai macam monyet (takde lah, aku ckp elok2), pastu dia pergi berdiri kat pintu. Dia orang Myanmar, ntah kenapa layan circular train jugak.
Pastu family ni duduk ngan aku. Tu kat belakang makbapak dia. Yang pegang beg ni kakak dia,
Lepas tu train pon sampai stesen Yangon. Ad a staf datang inform, pastu orang lain sibuk turun aku pun sibuk nak ambik gambar sampai tren tu dah nak gerak balik baru nak turun. 
Tengok jam tu! Aku start pukul 1.20 tgh hari sampai 4.20 ptg. cukup 3 jam!
Turun dari train, aku nak pergi centre Yangon nak cari penginapan untuk hari last. Pastu nak carik tempat solat.

Mencabar hokeh nak carik tempat solat kat sini.