Wednesday 29 April 2015

Makan Restaurant & Ibu Ari, Itaewon Korea Selatan

Sekarang ni nak kisahkan aku hari ketiga demam, hari keberapa di Korea, aku dah tak ingat.
Itinerary kami untuk hari tersebut salah satunya adalah ke Masjid Seoul.

Tapi sebelum tu kami nak pegi cari makan dulu di salah sebuah restoren halal kat Itaewon ni. Cadangnya nak makan di Eid Restoren tapi tutup pulak hari tu, jadi kami tukar makan di Makan Restaurant  yang berhampiran. Kebetulan di sebelah Makan Restaurant ni ada satu team dari KBS tengah shooting apa ntah kat dalam kedai di seberang Makan Restaurant.

Aku jengok jugak tengok sapa kat dalam (budget kenallah kan), tapi memang tak kenal pun. Tambah plak tengok crew2 dorang muka ganas-ganas takde lah aku aku berani nak jengok lebih-lebih.

Muka demam beribu batu dari katil sendirik kat umah :(
Menu Makan Restaurant 
Samgyetang. Aku walaupun prefer bulgogi tapi nak makan ni sebab demam+selsema. Alhamdulillah selsema aku hilang ajaibnya pas makan ni.

Bulgogi.

Lunch kami. Sebelum

Selepas 
Alhamdulillah berkat makan Samgyetang yang panas-panas tu, hilang selsema aku. Demam tu masih ada tapi memang aku ni kalau travel mesti nak demam tapi selalu tak jadi masalah besar sangat pun.
Kemudian kami pegi ke Masjid untuk solat.

Lokasi Makan Restaurant ni, Station Itaewon, Exit 3. Jalan sampai nampak entrance ke Masjid (macam gambar di bawah), ambik lorong jalan ke kanan tu, nanti akan nampak Makan Restaurant sebelah kanan. Kalau nak ke Eid Restaurant jalan depan lagi melepasi Makan Restaurant. Eid di sebelah kiri.

Jom ke Masjid!
Masa kat dalam masjid tu lepas solat kami duduk lah kat tepi dulu sambil lipat telekung. Kemudian ada satu group student melayu nak simpan sejadah jadi kami bersalamanlah memasing. Masa salam tu, tetiba rasa minah yang last salam ni, lain benar dialeknya.

Kemudian datang satu makcik datang salam dengan kami jugak. Kemudian makcik ni tanya, dah makan ke? Jom pegi rumah makcik makan-makan dulu.

"Eh, takpelah. kami baru je makan tadi".

Dah berborak kejap tu makcik tu ulang lagi dah kali ke-3 ajak pegi rumah dia.

"Dekat di sini aja".

Kawan-kawan aku dah pandang aku, sebab masing-masing dah tak daya lagi nak menolak sebab makcik ni memang ajak bersungguh-sungguh. Bukan ajak-ajak ayam lagi dah.

"Jomlah, bukan ada benda nak dikejar pun"

Kami pun cepat-cepat lah lipat telekung semua, tak dan nak berbedak lagi dah.

Dalam perjalanan baru tahu yang budak last yang salam dengan kami tu dari Indonesia. Dia baru je habis kerja sebab customer dia dah balik. Nama dia Nurul. Dia freelance tour.

Rupanya rumah Ibu Ari ni memang dekat je dengan Masjid. Elok dia bukak pintu pagar rumah dia, aku yang batak ni pon.

"Wah, rumah Ibu ni macam dalam drama lah!"

Bajet tengok drama lah ko kan..

Serius hokeh macam dalam drama. Macam rumah Im Siwan dalam drama Misaeng (hahaha nak mention jugak aku tgk Misaeng 3 episode :p)

Dalam pagar tu ada rumah lain lagi, yang pintu rumah tu kecik-kecik je. Pastu ada jugak rumah yang bilik airnya pintu lain. Takde lah aku nak ambik gambar kawasan rumah. Marah orang tu nanti.

Kami masuk ke dalam rumah Ibu Ari. Ruang tamu rumah ni terus bersambung dengan living room. Pastu ada bilik, dalam bilik ada bilik air.

Kami bersila di meja tengah ruang tamu.

Mula-mula Ibu Ari hidangkan kami dengan kek Tiramisu.

Presentation memang marvelous!

Rasa lah hebat, baq hang!

Kek tiramisu Ibu Ari yang super sedap!
Mula-mula tu si Nurul yang potongkan kek tu untuk semua, last-last masing-masing tambah sendirik :p

Kemudian Ibu Ari hidangkan kami dengan nasi berlaukkan rendang!

Nasi dia macam nasi ayam biasa kita tu, which is i like it sooooo much!

Dah seminggu lebih makan nasi melekit korea.

Makan sambil menangis.. Syahdu, akhirnya dapat makan makanan yang kena dengan tekak Melayu!

Sedap ya amat!
Si Nurul ni dok la bersyukur dia pegi Solat dulu sebelum cari makan, akhirnya berjumpa Ibu Ari ni ajak dia makan.

Yang kami ni sampai awal sebelum masuk waktu Zohor jadi kami pegi makan dulu.

Ibu Ari yang beriya-iya suruh makan sebab mula-mula tu asyik la cakap dah kenyang sebab dah makan tadi.

Sekali ko kena hidang nasi ayam rendang, terus tak tengok kiri kanan dah!

Kemudian Ibu Ari dapat call, ada sorang student Malaysia call dia. Rupanya dia pun dapat offer makan dari Ibu Ari jugak. Tapi Ibu Ari tapaukan untuk dia. Tapi dia pon tergoda dengan kek tiramisu Ibu Ari tu. Layan diri kekdahnya :)
Student jpa bersama Ibu Ari. Terpaksa di blurkan
Nikmat!

Freelance tour guide from Jakarta - Nurul yang super chomel.

Bisnes kad Ibu Ari. Tapi aku add kat fb sampai sekarang tak approve lagi.

Ibu Ari ni ada buat servis penginapan dan jugak katering. Jadi sesapa nak mengoder dengan Ibu Ari ni boleh lah contact dia, cuma Ibu Ari ni tak pandai sangat fesbuk ni semua. Dia harapkan kawan dia yang tolong.

Ibu Ari ni berasal dari Bali. Dia duduk sensorang je kat situ. Dari Ibu Ari ni lah aku tau the dark side tourist from Malaysia yang datang nak buat pelestik surgeri kat korea ni. In fact, si Nurul pun baru je bawak customer from Indonesia yang nak buat 'upgrade' ;p

Friday 10 April 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 9) Mingun

Entry kali ni tetiba banyak gambar2. Jadi aku combine kan sesetengah gambar.

Sampai hotel je pagi pukul 6 tu, aku lega gila dapat check in terus walaupun bayar untuk satu malam je. Ni lah best hotel-hotel di Myanmar ni. Kalau ada bilik kosong dorang terus bagi masuk, walaupun datang pukul 2 pagi pon (hari sebelum).

Kes dengan Garden Hotel ni sebab aku dah book melalui email, dalam email tu aku mention aku naik overnight bus from Yangon jadi dorang memang spare 1 bilik untuk aku (fenomena ni di sah kan oleh KoKo si driver motortaxi aku tadi sebab aku tak yakin masa turun bas subuh tu yang Garden Hotel akan benarkan aku check in super early cenggitu).

Sampai kat lobi hotel, aku setelkan payment single room (boleh jadi double room jugak sebab queen bed) yang berharga 20,000 kyat. Dorang state harga bilik ikut usd, since aku bayar dalam matawang kyat, ada la sikit aku kena top up.

Pas setel bayar tu aku suruh mamat yang jaga kaunter tu tolong tempahkan OK minibus untuk ke Bagan hari esoknya plak. Dengan penginapan sekali kat sana. 

Hahaha senangkan keja aku si pemalas ni...

Sebelum naik ke bilik aku yang kat tingkat 3 tu (takde lift), aku tengok kat board pasal tempat-tempat menarik di Mandalay ni. 

Eh baru nak study ke? 

Memang la...

Aku cuma setkan pagi tu aku nak naik ferry ke Mingun pukul 9. Pastu dah tak tahu nak pegi mana lagi dah.

Jadi si Koko yang dari tadi teman aku tu brief la kat aku. Pegi sini sinun semua pas aku balik dari Mingun nanti.

Koko cakap kalau nak g Mingun melalui jalan darat pun boleh, tak payah naik bot. Aku tolak la sebab aku nak tengok Sungai Irrawaddy yang famous amos tu. 

Pastu ada jugak tempat-tempat yang Koko suggest aku tolak, sebab aku ni time tu tak lah ambitious sangat. 

Jadi dengan bantuan Koko aku decided hari ni aku nak pegi Mingun, Sagaing Hill dan Amarapura (U Bein Bridge).  

Nampak macam lahai sikitnya lah kan tempat kau nak cover kat Mandalay sanun tu. Tapi 3 tempat ni je dah makan 1 full day sebab jarak antara satu sama lain tu agak jauh. Pastu aku naik plak motor si Koko ni yang macam mat rempit bertaubat. 

Selooowwww....

Kemudian aku naik ke bilik dan solat subuh.

Pastu tido!

Macam tak cukup je tido atas bas tadi kan..

Si mamat kaunter kata since bot pukul 9pagi, aku boleh gerak jalan kaki dari Garden hotel tu pukul 8.30pagi ke jeti.

Bila aku bangun dari tido pagi tu, siap-siap turun ke lobi tepat pukul 8.30pg, mamat subuh tadi dah takde, dah ganti dengan staf perempuan plak.

Dia cakap, tak sempat dah ni kalau aku nak jalan ke jeti.

Pulak..

Jadi aku pun keluar hotel, depan pintu hotel tu banyak driver motortaxi dan taxi. Aku pilih satu dan suruh dia anta aku  ke Mayanchan jeti.

Harga 1,000 kyat.

Kejap sangatlah dah sampai kat jeti. Pakcik ni cakap nanti balik dia tunggu, aku tolak sebab dah janji dengan si Koko pagi tadi.

Tepi tebing jetty dan sekumpulan pelancong yang akan naik bot ke Mingun
Orang panggil bot ni local boat tapi only foreigner je boleh naik. Local naik bot lain kot, banyak bot lain kat situ. Yang penting mesti lagi murah kan..

Kaunter tiket & tiket ke Mingun
Harga local bot for foreigner ni 5,000 kyat (harga Jan 2015). Ni harga pergi balik. Dari Mayanchan jeti pukul 9pagi, balik nanti dari Mingun pukul 1 tgh hari.

Perjalanan one way dengan bot adalah selama 1 jam.

Gambar atas family Myanmar yang kaya dorang charter 1 bot. Bawah bot yang aku naik.
Dalam perjalanan pergi ni aku duduk depan, sebab seat kat belakang-belakang tu penuh dah dengan mat/minah saleh. Aku malas nak berebut naik bot tu, tapi best gila kot duduk depan tu. Duduk dengan couple ni si perempuan from US, lelaki Swiss. Pas Myanmar ni dorang pegi fly ke KL plak. Sibuk dok bukak buka nota dorang tanya aku itu ini.

Photo bomba dari tukang bawak bot :p
Dalam perjalanan
Dah nak dekat sampai Mingun tu dah boleh nampak Temple besar dia tu. Pastu kat tepi Mingun Pagoda tu ada nampak kaler putih tu Hsinbyume atau nama lain Myantheindan Pagoda.

Boleh nampak dari jauh. Mingun pagoda

Menghampiri jetty di Mingun
Dah sampai tu, bot parking tepi bot /kapal lain, jadi kena turun melalui bot/kapal yang tepi-tepi tu.

Nak sampai ke Mingun Pagoda tu mula-mula tu haruslah melalui barisan peniaga-peniaga dulu. Tapi jalan straight jelah kalau tanak beli. Memang sekangkang kera je Mingun Pagoda tu ngan tempat bot berenti.

Kena melintas melalui kapal lain. Titi meniti lah masa ni.

Kesian...
Aku tak terus masuk ikut depan pagoda tu sebabnya aku ada baca kata ada entrance fee usd3. Sebab aku ada nampak pondok pengawal kat depan pagoda tu jadi aku jalan terus ke kanan.

Mingun pagoda

Depan Mingun pagoda
Aku ceduk wiki:

The Mingun temple is a monumental uncompleted stupa began by King Bodawpaya in 1790. It was not completed, due to anastrologer claiming that, once the temple was finished, the king would die.The completed stupa would have been the largest in the world at 150 metres (490 ft). Huge cracks are visible on the structure from the earthquake of 23 March 1839. Like many large pagodas in Myanmar, a pondaw paya or working model of the stupa can be seen nearby.

Kat kanan tu ada tangga kalau-kalau ada yang nak mendaki keatas pagoda. Memang dorang tak galakkan tapi takde pulak orang menghalang. Aku tengok semua orang naik, aku pun naik jugaklah. Lagipun memang dah berhajat nak naik tengok view dari atas. Bukannya ada pagar ke apa, semua tu own risk lah.
Mendaki ke atas Mingun pagoda. Signboard merah cakap tak boleh naik ;p
Tangga nak naik
View cantik katanya..hahaha

Ramai kat atas ni jadi tak takut sangat
Arah lain. Belakang tu pagoda putih

Boleh naik lagi tinggi kat atas ni

Tapi kena panjat ni, dah gaya wall climbing dah. Ada mat saleh tu cakap kat aku view dia sama je. So aku takde lah gagahkan diri nak panjat.
Dah turun dari Mingun Pagoda ni aku pegi ke tepi-tepi nak berselfie katanya..hehe

Gambar tannga nak turun. Takut jugak lah. Gambar bawah mat barcelona.
Mingun pagoda
Takde orang pun kat sini. Yang ada anjing-anjing je. Aku bagi roti Gardenia coklat yang penyek aku bawak dari tanahair tu. Takde selera dah nak makan, mampat gitu.

Dah kenyang, anjing-anjing tu pun blah, jadi lah tempat tu aku yang punya..hahaha

Selfie kat belah tepi

Set 10 saat nak buat pose duduk tak sempat. dapat la pose mencangkung.
Dah abes selfie, aku gerak lagi straight. Aku tengok semua orang ke arah tu, aku pun follow the crowd. 

Dekat-dekat situ jugak ada tempat yang dorang letak Mingun Bell. Tapi nak masuk dalam tu ada pondok pengawal, aku pun jalan straight lah takde singgah :p

Kemudian nampak satu lorong ke kiri. Aku ambik lorong tu sampailah ke Hsinphyumae/Myatheindan Pagoda atau nama senangnya pagoda putih di Mingun :p 

Lorong ketepi pagoda putih. dan gerai-gerai menjual.
Ceduk wiki lagi :

Just a couple of hundred yards from the great stupa and bell lies the beautiful white Hsinbyume or Myatheindan Pagoda with a distinctive architectural style modelled after the mythical Mount Meru (Myinmo taung), built in 1816 by Bodawpaya's grandson and successor Bagyidaw and dedicated to the memory of his first consort Princess Hsinbyume (Lady of the White Elephant, granddaughter of Bodawpaya, 1789–1812) who died in childbirth.

Kalau jalan straight lagi dapatlah masuk ikut pintu depan pagoda putih ni tapi tema aku kali ni semua guna pintu belakang agaknya.

Pagoda putih. Aku lepak sini jelah. Tu group photographer mat/minah saleh dan model mereka.
Kat sini pun aku tak masuk dalam pagoda tu, aku just lepak-lepak luar kat tepi. Pastu ada nampak monk budak-budak pegang payung jadi model kepada sekumpulan omputeh dengan kamera besar. 

Pelik sungguh tengok mat/minah saleh ni kejap suruh budak-budak tu pose cengitu cengini. Pastu suruh dorang lari-lari. Macam-macam pose lah. Ada kat tepi tu monk budak-budak jugak tapi pakai kain maroon biasa tu je tengah main dengan anak-anak anjing. 

Monk budak-budak yang jadi model tu pakai kain cantik sket lah.

Pastu jadilah kejadian yang tidak diingini. Mak anjing tu kecik je datang berlari-lari kearah aku yang tengah duduk kat kerusi kayu kat luar pagoda. Terus aku angkat kaki bersila atas kerusi tu. Kesian kat mak anjing tu anak sampai 3, 4 ekor aku pun bukak la beg carik roti yang JJ Express kasik tu. Bagi kat anjing tu. Baru aku tau roti tu ada hotdog dalamnya. Jadi lah dog makan hot dog :p

Budak-budak monk main ngan anak anjing plus gambo mak anjing.
Pastu anak-anak anjing tu nampak plak mak dorang makan kat aku, dorang pun datang ramai-ramai. Aku bahagi kan roti tu bagi adil..Haa nampak?? hahaha

Masa aku sibuk nak rendahkan tangan aku bagi roti kat anak-anak, si mak nya tanpa segan silu p cium tangan aku!

No, i dont want to touch a dog!

Masa tu ligat kepala aku nak recall balik ilmu yang pernah aku belajar zaman sekolah rendah dulu.

Macam mana nak samak!

Kat area tu depan tu ada orang meniaga. Aku pegi mintak izin basuh tangan katanya. Sebabkan tokeh kedai tu nampak aku bagi makan anjing-anjing tu (maybe dia punya kot), dia bagi aku masuk basuh tangan. Sebelum tu aku g corner belakang-belakang sket, ambik tanah letak dalam beg plastik. Aku kumpul lebih sket untuk bekalan masa depan :p

Pastu aku pon jadi boring, aku gerak lah ke Mingun pagoda balik. Ada sejam lebih lagi untuk masa naik bot balik ke Mandalay.

Sampai kat pagar Mingun Bell tu aku rasa aku nak masuk lah, sebab banyak lagi masa kan. 

Bangunan yang terletaknya Mingun Bell
Ceduk wiki:

King Bodawpaya also had a gigantic bell cast to go with his huge stupa, the Mingun Bell weighing 90 tons, and is today the largest ringing bell in the world. The weight of the bell in Burmese measurement, is 55,555 viss or peiktha (1 viss = 1.63 kg), handed down as a mnemonic "Min Hpyu Hman Hman Pyaw", with the consonants representing the number 5 in Burmese astronomy andnumerology




Short versionnya, loceng ni patutnya nak letak kat Mingun pagoda tu tapi disebabkan pagoda tu tak sempat siap, dah crack disebabkan earthquake, jadinya tersadailah loceng ni kat sini.

Sekitar jalan

Antara kedai yang ada kat sini
Keluar dari tengok loceng, aku jumpa mat saleh satu bot ngan aku ni. Aku double confirm dengan dia pukul berapa bot bergerak. Pastu dia ajak makan plak kat gerai tepi jalan tu.

Gerai tepi-tepi jalan.
Aku temankan jelah tapi tak makan. Aku bagi alasan dah janji nak makan dengan kawan pasni :p

Budget ada kawan kat Myanmar kan..

Pastu macam dah nak time kami pun gerak ke jeti depan Mingun pagoda.

Ada yang tanya Mingun pagoda ni dah jadi temple ke sebab kalau ikut sejarahnya tak sempat pun siap dah kena earthquake. Jawapannya aku tak tahu sebab aku pegi panjat kat atas je. Tak masuk pun dalam. Tapi tengok gaya kat pintu depan tu macam dah jadi temple.

Depan Mingun pagoda ke arah jetty
Si mat saleh yang aku teman makan ni dari Barcelona sibuk suruh aku masuk temple baru kat tepi sungai. Aku malas lah nak masuk, tapi terpaksa pegi jugak. 

Temple baru tepi sungai. Gambar bawah jalan kecik ke temple baru.
Kat depan temple baru yang aku tak tahu nama tu nampak lagi group pelancong mat/minah saleh photographer dengan novice monk yang jadi model tu. 

Macam-macam gaya lah pose dorang kali ni, pose berlari-lari sambil bawak payung pun ada.

Si mat barcelona ni pun cakap 'i find this too weird'.

hahaha

Kumpulan si pelik
Asyik tengok dorang ni, pastu masa pun dah time. Hahahaha tak sempat lah nak masuk dalam temple tu sebab kena bukak kasut. Kasut dialah, aku pakai selipar je.

Mat barcelona pegi check telaga depan temple baru. Aku tak join dia lah sebab takut lubang jamban ke ;p
Gambar bawah temple baru tepi sungai.

Pastu kami pun naik bot. Kali ni pun aku duduk depan lagi.

Sejam kemudian sampailah bot kami kat Mayanchan jetty. Dah sampai dekat baru nampak si Koko melambai-lambai kat tepi tebing.

Dah sampai Mayanchan jetty. Yang anak panah merah tu tempat kaunter tiket

Friday 3 April 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 8) Garden hostel Mandalay - Review

Aku carik website Garden Hotel ni memang takde. Ke aku tak pandai carik..

Hotel ni memang aku tempah siap-siap dari Malaya untuk second night aku di Myanmar ni. Kenapa tetiba yang ni aku tempah awal? Sebab refer to previous entry here, aku naik overnight bus dari Yangon. So expected aku akan sampai awal-awal pagi gila baban kat Mandalay ni. Udah tu kemana lah nak pegi subuh-subuh tu, ye dak..

Kalau ikut trend kat Myanmar ni kalau korang sampai awal pagi pun and kalau dorang ada free room memang dorang terus bagi ko check in. Pahe dok? 

Macam kes aku ni, aku sampai pagi kul 5.30 pagi kat mandalay, memang gelap gelita weh. Pastu si driver motortaxi yang aku jumpa kat Terminal Bus Mandalay tu cakap jom pegi hotel je. Kalau ada bilik kosong boleh masuk terus!

Aku masa tu terkebil-kebil, jom lah labu. Kalau tak dapat bilik pun aku lepak la lobi. Sebab masa tu aku turun bas (walaupun ramai driver motortaxi dok carik customer yang baru turun bas), aku lepak kat opis JJ Express Terminal Bus Mandalay.

Rupanya jauh weh terminal bas tu ngan Garden hotel. Dalam 20 minit gak la naik motor gelap-gelap tu. Dah la si KoKo (driver motortaxi aku, budak muda maybe teenager lagi) bawak selowwww...

30 ke 40 kmpj. Aku yang resah kat belakang tu. Dah la nampak orang berak tepi jalan!

Sampai Garden Hotel staf tu tanya aku ada buat reservation tak? Pastu dorang check dan aku dapat bilik!

Padan muka mat saleh pas aku tu, dia tak buat reservation, dia dapat bilik pukul 10 pagi (not bad jugak kan).

Garden Hotel dari seberang jalan
Lobby. Pintu kat sebelah kiri tu tempat breakfast. Belah kanan tu ada tangga. Takde lift yea, sila bertabah.

Aku dapat bilik tingkat 3 sebab aku ambik yang berekon, tapi tak guna pon sebab sejuk. Kalau bilik murah lagi tinggi ko kena naik. Ada kes tu aku sakit perut, berlari aku balik hotel pastu panjat tangga ni lagi.
Bilik aku agak hujung.
Kat luar bilik nak tengok view sila keluar.

Bilik aku. Lantai dia tak berapa nak bersih. jadi aku solat atas tilam je. Takde masalah sebab tilam keras macam kayu!



Side lain. Malam-malam aku tarik meja tu sendal pintu. Dok sorang kan..


Bilik air ok,


Tv kat bilik. Mula-mula aku ingat dorang tak byr bil, rupanya ada je channel lain. Tv ni on 24 hours..hehe
View dari tingkat 3 di awal pagi

View pandang ke bawah. Depan hotel ni senang dapat taxi or motortaxi

Tak tahu la apa bangunan ni tapi Masjid memang sebelah kiri hotel ni je.

Ada orang baru balik masjid

Breakfast

Map yang aku snap.
hijau- Garden hotel
merah- zaycho market
kuning-Mayanchan Jetty
Yang petak besar tu Mandalay Palace. Semua nya boleh jalan kaki je

  1. Garden Hotel
  2. Address: No.174, 83rd Street, bet: 24th and 25th Street, Mandalay, Myanmar (Burma)

Email them at: gardenhotelmdy@gmail.com

Boleh jugak rujuk Travelfish