Friday 28 August 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 12) Amarapura U-Bein Bridge

Amarapura U-Bein Bridge

Jambatan kedua untuk hari ni. Sambung dari Sagaing Hill.

Dengan slow dan terhegeh, akhirnya sampai jugak aku, Koko dan kapcainya di U-Bein Bridge yang terletak di daerah Amarapura. U-Bein bridge ni dibina untuk menyeberangi Tasik Taungthaman yang berkepanjangan 1.2 km.

1.2 km ni mendatar takpe lah lagi, takde daki mendaki. Kak Limah tak makan lagi satu hari ni. Lampu oltromen dah merah!

Jambatan teakwood U-Bein yang dibina bermula 1849 dan siap pada 1851 dipercayai adalah yang tertua dan terpanjang di doniya!

Untuk jambatan kayu la..

Kami sampai sini dalam pukul 4.30 petang. Memang ngam sangat sebab mula-mula aku nak tengok la jugak cerahnya macam mana kan kat sini. Kalau sampai elok-elok sunset nanti gelap. Nak tengok apa..

Mula-mula tu ingat kat sini macam agak scary jugak lah. Almaklum lah jauh dari Mandalay sket pastu kawasan kampung plak tu. Tambahan si Koko ni bawak ikut kawasan kampung, maybe shortcut kot tapi tak membantu pon shortcutnya. Eh, terbebel plak.

Sekali sampai haa, penuh orang! Orang-orang depa dan ofkos lah pelancong datang berbas-bas. Ada pelancong dari mainland tu aku rasa macam nak tolak dengan kaki je biar jatuh tasik..

Ramai gile org hokeh.
Tapi dasar orang ikut tour naik bas ekon ni takde lah dorang nak jalan sepanjang 1.2km tu kan. Jadi yang semak ramai-ramai tu kat depan jambatan je lah. Lagi pun kat situ banyak kedai. 

Aku perasan kat sini ada polis jaga. Jadi tak takut sangat lah sebab memang dorang tak kacau orang. Maybe dorang guard kat situ kot. Almaklum la tempat pelancongan.

Orang-orang kat bawah.
Koko tunggu kat motor dia je. Aku jalan straight je atas jambatan tu biar jauh sket dengan pelancong-pelancong mainland dan ahjuma ahjusi kat depan jambatan tu. Dah macam ada riot dah dorang ni. Kecoh!

Kat bawah ni orang menjala ikan
Dah jauh sket, baru aman rasanya. Yang tinggal cuma mat/minah saleh dan local yang crossing tasik ni mahupun yang datang berekrasi mahupun berdatingan.

Kat tengah-tengah ni nyaman sket takde orang, view pun cantik

Layan view sementara tunggu matahari terbenam

Matahari belum nak terbenam. Pokok tu memang selalu ada dalam poskad. Kira pokok legend la nih.
Aku jumpa lagi plak dengan couple American-Swiss yang aku jumpa dalam bot ke Mingun. Dorang ajak aku makan kat kedai bawah jambatan tu. Mintak diri jelah cakap aku kejar masa tanak balik gelap-gelap sangat. Wahal nak mengelat :)

Banyak kedai makan kat bawah ni sambil melayan sunset
Pastu aku jalan lagi kedepan.

Jambatan U-Bein ni dibina melengkung untuk menahan tiupan angin dan juga air. Tu yang bertambah panjang kot.

Aku ambik masa sejam untuk habiskan 1.2km tu. Jalan slow-slow pastu lepak tepi tengok famili anjing beramah mesra kat bawah jambatan.

Anjing dan keluarganya
Pastu teringat aku ada roti beli kat kedai tadi. Sekali bukak, macam kering je roti ni.

Tak jadi makan. 

Mampu demand lagi tu kan..

Ada pakcik tua tengah duduk kat satu pondok jambatan tu. Uzur sangat dah dia. Aku pelawa roti tu kat dia, terus senyum lebar. 

Pakcik ni berbakat gila melukis. Siap lukisan tu dalam 5 minit je.

Dah sampai hujung jambatan, tengok kat belah sana memang kawasan kampung orang. Kat bawah tu banyak kedai makan. 

Aku pun patah balik. 

Dah sampai hujung jambatan
Masa ni matahari dah hampir nak jatuh. Perjalanan patah balik ni memang aku gantung kamera kat leher, pastu tangan pegang monopod yang aku letak kamera compact (kamera selfie aku :p ). Memang sakan lah click sana sini. Persis profesional..hahaha

Tapi gegambar semua kelaut.

Ok nak terbenam dah.
Aku siap turun bawah lagi sebab nak masukkan gambar jambatan dan sunset sekali. Almaklumlah nak sewa sampan, takde budget :(

View adalah OHSEM!

View dari bawah jambatan, tempat yang takde air.

View dari bawah jambatan

Lagi

Dan lagi

Budak-budak local ni dah tak pakai longyi lagi dah. Moden dah kot.

Lagi

Lagi

Selfie satu. Kak Limah sangat!
Sewa sampan untuk ambil gambar sunset (boleh masukkan view jambatan sekali)

Jom balik. Dah nak gelap nih
Dah macam nak gelap aku pun pegi cari Koko. Moh balik la Koko. Penat dah ni, lapo pun yea jugak.

Gambar kat tshirt  dan material memang out terus.
Koko singgah jap tepi jalan otw balik utk view ni.

Jenis tak reti masuk rumah maghrib ni, betulkan jalan tepi jalan.

Kenderaan banyak menjelang maghrib. Risau jugak.

Si Koko yang fasih english

Wednesday 26 August 2015

Mana nak makan di Sokcho, South Korea

Entry cepat dan malas...

Since aku selalu dapat emel orang tanya mana nak makan (yelah aku yang suh emelkan kalau ada sesapa nak tahu), disini aku nak bagi tau kat mana boleh nak makan kat Sokcho ni since kedai halal yang previously dulu-dulu pergi dah tutup.

Direction berpandukan gambar sahaja..hehehe

Pergi ke Sokcho Town kemudian carik Jungan market. Betul-betul tengah town tu, dekat-dekat dengan statue kerbau (new york :p )

Carik gate ni tapi jangan masuk yang ini. Jalan depan sket lagi.


Masuk yang dekat gate ni


Mesti jumpa pasar Jungan ni. Belah kanan carik tangga ke undergroud floor
Tangga ni kat tengah-tengah pintu masuk Jungan market. Jangan masuk Market (pergi bawah)


Bawah ni pasar basah dan banyak jual seafood. Kat tengah2 ada banyak tempat makan. Pilih mana suka. Aku suka makan kat kedai makcik jual ikan masin ni.


Ni kedai makcik yg aku suka singgah sebab dorg tak pandai english. Ada ahkak make up 3 inci tu je berani tegur aku, yg lain buat dono je..
Mula-mula pilih ikan pastu  ti dia tanya nak makan shashimi ke nak soup. Yang ni contoh soup. macam masak asam pedas. Rege ikut la boleh nego.

Side dish. Nasi kena extra 1k won. Aku tak order pun nasik ni sbb mcm lain mcm sket (read tekak melayu)

Model mesti ada..hehe

Tank2 yang ada. Aku lupa nak ambik gambar keliling market


Pakcik belakang photoboom :) Dorang ni ramah2. Cuma tak blh nak communicate je. Aku penah dapat free sotong pedas dari kedai sebelah :p

Second time makan sini.


Order ni extra tak ingat harga tapi kawan korean yg tolong order.

Boleh refer blog ahkaklong kpop jugak untuk makan kat Sokcho.

Sunday 23 August 2015

Superstar Libra Cruise ke Krabi dan Phuket bersama Geng Secubit Garam ~ Hari Ketiga (Krabi) & Hari terakhir

Intro dulu.

Aku ada join photo challege by Group Travelholicawesome sebelum raya aritu. Sekali memang hadiah jury plak. Hahahaha

Aku ingat nak join suka-suka nak support kawan-kawan blogger je, sekali dapat hadiah ko!


Tadi aku pegi pos laju collect hadiah. Yea aku pegi claim kat kaunter pos laju sendiri. Rasa nak bagi anugerah khidmat cemerlang hokeh kat dorang ni ****nanges..

Dapat apa?  Boleh terjah Blog Biqque. Hadiah hebat-hebat!!

Nanti aku blogkan yea apa yang aku dapat, dah pakai baru syok. Kalau nak suruh pose2 memang segan, eh...

Hadiah ni akan digunapakai untuk next travel. Pasti!

Terima kasih Biqque dan ahli-ahli TA yang lain. 

Sambung dari 


Trip 4 hari pon susah gila nak abeskan...

Pagi ni bangun, tak mandi terus pegi bilik sebelah. Nak tengok view Krabi.

Rise and sunshine di Krabi
Sekali tengok luar nampak landmark fames si Chicken Island tu.

Krabi
Confirm Krabi!

Tak backpacker la kalau tak pegi Krabi kekdahnya.

Kalau pegi Krabi naik cruise? Backpacker hapakah..

Dah siap-siap semua tak mandi, kami pon pegi breakfast. Lepas breakfast kami singgah depan pool tengok orang berzumba.

Tolak-tolak kawan aku sorang tu yang nak berzumba semalam tapi terzumba atas katil. Tengok makcik Normah dan makcik Sal yang sama-sama tour Phuket semalam pon ada dok join.

Tapi arini dorang tak berzumba. Arini cha-cha dance class. Kiranya dorang ajar step pastu menari la sama-sama.

Kami yang lain? Tengok pon dah letih, memang idak ler nak join..

Lepas layan view Krabi kat deck 10, kami pon balik bilik, mandi dan bersiap untuk naik tender boat ke Krabi. Harini kami dapat tender boat pukul 11 pagi.

Deck 9 basah. Tak tahulah sebab hujan ke sebab wash overboard
Pukul 10.50 pagi kami pergi ke Stardust Lounge. Rupanya harini ada delay, penuh sesak orang kat Stardust Lounge tu. Mula-mula tu kami tunggu kat pintu keluar tapi lepas tunggu plak kat luar. Staff situ suruh masuk tunggu kat dalam, tapi kami degil, cakap panas kat dalam, sesak!

Penat tunggu tender boat
Makcik Normah & makcik Sal yang cakap nak join kami harini pon tak nampak muka. 

Delay dalam 30 minit, akhirnya dapat jugak kami naik tender boat ke Krabi. Kali ni jarak cruise dengan port agak jauh. Hampir sejam jugak naik tender boat. Siap boleh tido lagi kat dalam boat.

Dalam tender boat yang panas, tapi aku berjaya tido
Port di Krabi. jauh dari Aonang

Dah sampai kat port yang kat mana celah ntah, kami keluar carik teksi untuk ke Aonang. Kasar hokeh orang-orang teksi sini. Wahal bukan bawak teksi pon. Prebet sapu je.

Kalau sorang dah approach ko jangan harap la dia nak bagi ko survey harga orang lain lagi. Antara dorang pon takut sesama sendiri.

Akhirnya kami naik keta apa ntah sumbat ramai-ramai ke Aonang. Dah la letak harga 200 bath sorang pastu ada hati lagi suh kitaorang tepon dia bila nak balik nanti.

Hogah hang!

Semoga cepat naik haji pakcik!

Dah sampai Aonang kami carik restaurant untuk lunch. Harini makan takdelah sehebat semalam di Phuket. 

Lunch

Aktiviti kami di Krabi harini dihabiskan dengan melepak kat Aonang beach yang bapak panas tu sambil makan pancake nuttela dan minum air kelapa. Shopping di area Aonang dan aku sempat gunting rambut :)

Memang tak sempat nak buat apa-apa lagi dah sebab masa dah suntuk.

Pandai dorang arrange kalau ambik pakej dorang, dapat tender boat pukul 8.30 pagi lagi. Memang bestlah dia bawak pusing Krabi.

Kami yang dapat tender boat pukul 11 pagi yang delay setengah jam ni, pastu kena balik ke tender boat before 5 petang memang takde lah angan-angan nak pegi jauh.

Sebab memang dah tak tahu lagi nak buat apa. Nak pegi cecah air kat pantai Aonang pon malas sebab panas sangat. 

Lepak bawah pokok je makan pancake dan air kelapa

Aonang Beach yang panas menggila
Pukul 3.30 petang kami pun naik tuktuk ke port. Mula-mula tuktuk tu cakap 40 bath sorang, pastu halfway dia ketuk plak 60 bath.

Nanti boleh join pakcik prebet sapu tu naik haji, okeh..

Masa tengah beratur yang super panjang untuk naik tender boat tu, boleh plak kami beratur belakang orang-orang India ni. Cruise ni memang ramai India mari. 

Berlagak lahai.

Ada tag airline kat beg yg tulis business class tu tak tanggal pon. Dok la bawak kehulu kehilir.

Ada mangkuk Indian mari ni tau lah dia lepas island hopping, terus pegi mintak air kat staff cruise yang jaga line tu.

"Hey hey! water! water!"

Biadap sangat. Ko ingat staff tu memang keja dia ke nak serve ko di mana jua anda berada ke??

Nasib la staff tu buat bodo je..

Pastu ada satu couple Indian ni datang potong line kitaorang. Tahu la kaum dia kat depan kitaorang.

Memang hamok la kawan aku sorang ni. 

Indian ni argue la kawan dia tu kat depan kitaorang.

"I dont care, go que at the back!"

Sambil tunjuk line kat belakang-belakang sanun.

Hahaha!!

Pelik tapi nya, Indian-Indian depan kitaorang ni yang di claim 'kawan dia' tu buat dont know je.

Golongan ada-ada dari tanah kari
Dah sampai di tender boat, kami ambik open deck plak. 

Panas habaq hang!

Budget puteh la memasing #weekkkkk
Sesekali tu dapat la tempias air laut mercik ke muka.

Akhirnya dapat jugak sentuh air laut selama bercruise ni, walaupun hakikatnya air yang terpercik tu je :p

Kwangsoo dan cruise (maybe yang pertama dan terakhir :p )

Scan card dan beg dulu. Safety first kekdahnya
Dah sampai kami pon balik bilik. Bersiap ala kadar nak ke Gala dinner kekdahnya. Walaupon kami ambik slot kedua untuk gala dinner ni tapi pukul 7.30 malam ada Gala Showtime : Simply the Best di Stardust Lounge.

Sebab siap awal, kami pegi deck 4 untuk ke kedai souvenir. Bagi aku memang mahal nak mampos barang-barang cenderahati cruise ni tapi kalau nak beli buat kenangan tu tak salah kot. 

Aku idak le beli, jadi la gegambar aku yang beribu selama 4 hari tu sebagai ingatan sudah..

Monolog golongan marhaen..

Depan kedai ni ada saloon. Jadi ramai la yang serbu kenkonon nak glamer di gala dinner. Maybe dorang dapat invitation dinner dengan captain kot..

Pukul 7.15 kami gerak ke Stardust Lounge untuk Gala Showtime. Dok depan ko..hahaha

Stage malam tu, yang rabun2 memang nak dok depan je :p


Entertainer malam ni.
Habis Gala Showtime, ada slot game show : The Game of Love.

Host mintak couples untuk volunteer. Couple yg dah kawen more than 40 years, 20 years, 10 years dan baru kawen seminggu (honeymoon la kekdahnya).

4 couples ni semuanya import India mari.

Memang penuh dorang je dalam cruise ni. Tensen!

Semuanya budget diraja, biadap plak tu. Ingat semua orang kuli dia je.

Kalau host tak mintak naik pentas pon dorang beriya-iya naik pentas (macam stage tu bapak dia punya), menari-nari. Bayangkan kalau dimintak naik pentas??

Kami tak tunggu pon game tu sebab dah 8.30 malam, kami gerak ke Spices Restaurant di Deck 10.

Makan adalah sedap walawey!

Ini je yang sempat bergambar. Sedap sungguh. Bertambah2 makan :p

Secubit Garam berpoyos :p
Dah abes dinner, aku balik bilik nak memerut. Yang lain semua melepak di depan pool sebab malam ni pukul 11.15 malam ada Viva De Libra Farewell Party. 

Berhibur sepanjang masa kekdahnya kot atas cruise ni.

Staff ikut dept buat persembahan
Staff menari Bangra pon hadoo
Berhibur secara jemaah kekdahnya. Pada yang sporting tu boleh join, kami yg pasif ni dok melepak makan dan makan lagi

Staff menari semua pinoys dan sorang chinese girl dari tanah besar. Group duduk belah sana tu pinoys tengah mabuk2
Farewell party abes pukul 12.15 malam. Kemudian ada lagi live band, Class of Six. Memula tu ok la dorang nyanyi english songs. Pastu ada yenna yenni datang request lagu. 

Lagu dia lah. 

Kudos untuk pinoy singers ni dorang boleh nyanyi semua bahasa. Lagu melayu, cina, spanish, tamil semua pon boleh.

Conquer abes kaum tanah kari ni. Ni baru sket, belum dorang grouping lagi..

Orang kita pun tanak kalah :p


Makcik baju merah ni siang jd Yuna malam jd Yoona :)

See, aku pun pandai selfie sedepa :p
Pastu dah abes satu lagu tamil ni, datang lagi yenna lain plak, selak buku lagu macam band tu mak mertua dia yang bayar.

Dah masuk lagu ke 5 semua lagu dia ja, kami pon beransur balik ke bilik. 

Pandai sungguh pinoys ni membodek ek..

Class of Six dari Philippines. Katanya ada album sendiri.
Hari ke 4 - Hari untuk kembali ke realiti, kau bukan pisau cukur..eh

Hari last cruise

Harini memang takde aktiviti apa-apa, untuk kamilah. Pagi tu lepas breakfast di deck 9 ada sesi excercise tapi takde participant. So dorang cancelkan. Agaknya semua orang pon busy packing.

Kami ni pon dok lepak-lepak tepi pastu tawaf kapal lagi untuk kesekian kalinya.

Terjumpa dengan Vincent (Stage Manager) yang kelako itu.
Dari berlima tinggallah aku berdua je sambung explore lagi. Yang lain dah balik  bilik nak mengemas.

Ok last gambo syok sendiri
Tadi kami berlima sempat pegi Stardust Lounge untuk collect balik passport kami. Time ni bagi sapa yang tak sempat nak settlekan bill dorang check dulu access card tu kalau clear baru dorang bagi passport balik. Kalau ada yang belum bayar lagi pegi langsaikan bill tu dulu baru boleh dapat balik passport.

Kami apa pon tak guna access card tu, memang follow apa yang ada dalam pakej je. Jadi takdelah bill nak kena bayar.

Sepatutnya kami plan nak check out paling last lah kenkononnya (last check out pukul 1 tgh hari). Tapi boring ya amat dok melepet je dalam bilik, last-last kami keluar jugak check out awal. 

Sapa malas nak angkat beg boleh tinggal kat luar pintu bilik (ada certain waktu yang dibagi), nanti dorang akan angkat bawak keluar.

Kami angkut je beg sendiri..

Kemudian kami pergi carik tempat nak lunch. Menapak lah dalam kepanasan Malaysia itu. Kami lunch kat Kapitan Cafe sambil buang masa. Kawan-kawan aku flight balik KL pukul 6 petang.

Aku tak kisah pun nak balik pukul berapa, naik bas kekdahnya.

Dah abes buang masa, lepas salam-salam, aku pun menapaklah ke Jetty. Naik ferry pastu naik bas balik Tepen.

Bye-bye Penang & Star Cruise
Kawan-kawan aku niat nak mintak balik awal kat Firefly tu :p

Mana nak dapatnya, so melepetlah plak dorang kat epot tu, tapi katanya dorang jumpa top designer :)