Wednesday, 30 September 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 14) Mandalay ke Bagan dengan OK Minibus & Shwezigon Paya.

Mandalay ke Bagan dengan OK Minibus & Shwezigon Paya.

Kat luar ada minibus 20 seater menunggu. Aku first customer yang dorang datang pick up. Patutlah datang awal. Aku ingat dorang datang ambik aku pastu bawak pegi hub bus ke, rupanya minibus ni yang pusing town pegi pick up customer terus. 

Tiket bas. Harga OK Minibus dari Mandalay ke Bagan adalah USD 9
20 seater OK minibus. Selesa bangat kecuali bila driver tutup ekon 
seat 1-2 dalam minibus
Takde ruang letak beg so memang dorang letak je mana muat
Jadilah sejam pertama tu dok pusing-pusing bandar Mandalay tu dari hotel ke hotel untuk ambik customer. Dapatlah aku tengok view Bandar Mandalay ni secara tidak sengaja.

Paling tak syok ada 2 couple dari Malaysia yang duduk hotel 5 stars takde kat hotel dorang. Sebab dorang tengah sightseeing lagi. Mampuuu????

Lama hokeh tunggu dorang, driver dan sorang staf OK Minibus ni dok keluar masuk carik dorang. Last-last tak lama tu ada kereta berenti depan minibus ni pastu keluar la dorang-dorang ni.

"Is this the bus to Bagan?" Pastu buat muka macam kita plak yang hutang dia.

Aku yang terbakar tunggu korang woi!

Yang best tu nak kena tunggu dorang masuk hotel ambik beg dulu. Lama plak tu. Diraja sangat kan...

Sekali ko yang datang beg tu, beg roda yang size paling besar tu, 2 bijik!

Dengan minibus yang sempit ni..

Aku tengok pakai baju seluar paling minima je apa yang besar sangat beg dorang ni. Dok sebulan ke kat Myanmar nih.

Kenapa lah time ni takde mat/minah saleh yang bermulut puaka dalam minibus ni..

Stop jap isi minyak
Dah setel ambik pelancong-pelancong, aku tengok minibus tak penuh pun.

Fasa kedua pun bermula, minibus ni masuk plak ke terminal bus. Kali ni dorang pick up local plak. Local with barang-barang hasil belian nak bawak balik kampung.

Terus minibus tu penuh dan sendat. Nasib la aku duduk kat single seat paling depan. Yang kat belakang tu selesa je rasanya kalau tanpa barang-barang yang memenuhi aisle dan bawah kerusi semua tu.

Tol

Tol gate girls
Dari Mandalay mula-mula tu jalan cantik la.  Highway.
Ni keadaan jalan dalam 80% dari Mandalay ke Bagan
5 jam perjalan dari Mandalay ke Bagan tu minibus ni berenti 2 kali. Sekali berenti lunch. 

RNR tapi aku tak masuk pun

Aku g tandas kat belakang. Mula-mula tu aku tak tak mana satu nak masuk, tapi main tibai je nasib betul. Yang sign bulat kat dinding tu tandas wanita.
Lepak bg roti kat anak-anak anjing super cute nih
Kemudian berenti kat satu town ni which is aku tak tahu nama. Berenti di office OK Minibus. Ada toilet dan boleh pow mineral botol kat sini.

OK office, aku turun pegi toilet
Eh lupa nak bagitau, masa mula-mula naik minibus ni dorang bagi air mineral satu botol dan wet tissue.

Kadang-kadang tu minibus ni berenti jugak pick up penumpang yang tunggu tepi jalan.

Musim bunga matahari jugak di Myanmar
Lelembu balik kandang

Tanah kering kontang di bulan Jan. Tapi banyak dah pembangunan dorg dok buat kat sini.

Ada game bola sepak. Satu kampung turun nih. Ramai benau
Dah sampai Bagan.. Nyaung Oo Town
Pukul 5 lebih petang kami pun sampai di pekan kecil Nyaung Oo di Bagan.

Yang bestnya kalau naik OK minibus ni adalah nanti dorang hantar terus ke tempat penginapan. Dah jimat duit teksi..hehe

Yang paling jimat sekali ialah (illegal ofkos lah :p ), adalah kitaorang dah skip bayar entrance fee Bagan!

Yeay!! 

Tahun ni dah naik jadi usd20 hokeh.

Mula-mula tu dia berenti dulu kat kedai makan banyak-banyak aka office OK Minibus di Nyaung Oo. Kat sini ada la 2 traveler yang tak tahu English turun. Wahal jenuh driver tu bagitau duduk je dalam minibus ni nanti dia hantarkan. Driver minibus tu cakap english memang clear boleh paham. Tapi masalahnya si penumpang plak tak paham. Dah tak paham sudah la pastu buat scene plak. 

Dasar sangat tanah besar ni.

Kalau buat scene tempat lain takpe lah. Ni kat atas tangga minibus betul-betul depan aku. Nak buat-buat tak nampak pun tak boleh!

Aku pun tak paham apa yang dorang nak. Sorang ni nak blah tapi kawan dia tahan.

Elok je pastu ada sorang local ni naik. Dia tanya sorang-sorang duduk mana, aku ingat dia yang nak anta kitaorang nanti. Rupa-rupanya dia ni driver kereta kuda.

Dia buat promosi la kiranya tu.

Tak ingat harga dia letak berapa (maybe dalam usd15 or more sebab ada banyak pakej - sunrise & sunset dll).

Ada sorang mamat kat belakang ni tetiba cuit bahu aku. Dia ajak share kereta kuda dengan dia. Maybe dia sorang-sorang jugak kot.

Mintak maap la, aku lebih rela jalan kaki dari naik kereta kuda nih. Lagipun aku plan nak naik beskal je esok nanti. Aku malas nak stuck dengan orang sebab aku ni bukanlah rajin sangat nak explore. Karang aku mintak balik je half day nanti mesti ko sakit hati kan..hehe

Pastu mamat kereta kuda ni pun turun, tak tahu lah dapat customer ke tak sebab aku malas nak layan, aku cucuk earphone (tips mengelak dari terjebak :p ).

Driver minibus pun mula operasi menghantar para pelanggan ke hotel masing-masing. Dari pekan Nyaung Oo kami masuk ke  Old Bagan. 

Dapat aku gambaran sikit-sikit keadaan Old Bagan ni, almaklum la esok sorang-sorang kot. Since dah nampak keadaan Nyaung Oo ke Old Bagan macam mana, aku buat keputusan untuk tidak keluar awal esok untuk tengok sunrise. Walaupun keputusan tu termasuklah skip tengok Hot Air Ballon.

Nak buat macam mana, aku sorang. Penakut plak tu. Unless aku jumpa sesapa untuk join esok pagi-pagi. Tapi aku pikir takpelah, takde rezeki.

Jadilah kejadian aku orang first naik minibus ni, aku lah orang last dia hantar. Turn out guesthouse aku kat Nyaung Oo tu dah lepas. Kiranya kena patah balik la. Wahal boleh je dia drop aku dulu tadi sebelum singgah office dia tu. Bukannya aku nak ambik pakej kereta kuda dia tu. Buang masa aku je. Hampeh..

Dah sampai guesthouse Pyinsa Rupa ni (staff Garden Hotel di Mandalay yang book kan untuk aku, since aku nak yang murah untuk private room). Guesthouse/hostel lain semua naikkan harga sebab dorang kata ni peak season.

Nanti aku up kan entry untuk Guesthouse Pyinsa Rupa ni.

Since baru pukul 6 something, adalah tidak praktikal untuk aku duduk je lepak dalam bilik. Sebabnya bilik takde tv! Internet pun takde kat bilik. Kalau nak kena pegi ke lobi. Tu pun kalau dapat connect. Ikut nasiblah labu..

Disebabkan tadi masa dok menghantar penumpang minibus tu aku nampak Shwezigon pagoda, jadi aku pikir nak pegilah tengok. Dari dok melangut je dalam bilik ni.

Lagipun sebabkan dah skip bayar entrance fee bermakna aku ada extra $20! Hoyeh hoyeh!!

Aku nak makan sedap untuk dinner malam ni. 

Sebelum tu jom kita pegi first pagoda di Bagan ni dulu.

Since naik minibus tadi nampak macam dekat je jadi aku pikir pun nak jalan kaki je. Wahal banyak je tempat sewa basikal dan e-bike kat kiri kanan jalan. 

Map ni aku save dari blog Supermeng.
Dah jalan ni tetiba jauh plak rasanya. Dah la jalan tu tetiba je Maghrib, eh tetiba ke..

Jalan pun dah suram, orang di jalan pun dah berkurang. Tapi kalau tengok kat kedai-kedai makan penuh dengan orang nak dinner.

Dari jauh nampak dah pagoda ni dari tepi jalan, jadi aku ambik short cut. Malas nak pegi ke jalan utama ke pagoda ni. Letih!

Shortcut to Shwezigon Pagoda di kala maghrib.Pagoda tu ke belah kanan lagi.
Kejap je aku kat sini. Memang betul-betul kejap..hehe

Maghrib-maghrib gini ko pegi pagoda kan..

Snap je terus keluar. 
Since takut gelap sangat nanti aku terus keluar dan berjalan balik ke guesthouse. Dah dekat-dekat dengan guesthouse aku singgah kedai makan. Kat luar tu ada menu dia tulis specialty dorang ikan tiga rasa. Aku masuk mintak buku menu penuh dengan pork je.

Lagi buat hilang selera aku bila sekumpulan travellers duk tengah suka kutuk Malaysia. Tapi masa dok pasang telinga tu aku nak tergelak je sebabnya dorang kutuk Malaysia tu panas teruk, wahal sekarang tengah winter!

Rasa macam nak tutup telinga berlari keluar dari kedai makan tu pastu guling-guling atas tanah!

Last-last malam tu aku makan megi je kat bilik..

Pas mandi aku turun kat lobi sebab nak mencarik wifi. Cubaan adalah fail. Tapi aku sempat borak dengan sekumpulan travellers yang agak berumur. 

Bila aku tanya pasal entrance fee Bagan ni, mostly dorang tak bayar pun dan dorang nasihatkan aku pun tak payah serah diri bayar. Ada sorang pakcik mat saleh ni dah 3 hari kat Bagan ni takde orang datang check pun katanya. Tips nya adalah elakkan pegi famous pagoda time sunrise or sunset. Sebab situ je ada checkers.

Nak pegi pagoda tu semua boleh cuma jangan dalam 2 masa tu je.

Ok noted. 

Sunday, 13 September 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 13) Pagi di Mandalay

Sebelum tu nak tunjuk dulu mcm mn duit kyat ni. Main puluh2 ribu je sini :p

Pagi tu bangun super awal. Mostly sebab semalam pun tido super awal. Lepas sampai bilik semalam, aku terus request air panas kat lobby. Sekali dorang anta satu termos besar tu.  

Makan megi dengan cili yang dibawak dari Tepen adalah nikmat :)

Lepas solat subuh aku siap siaga pastu keluar bilik nak lepak kat balkoni yang bapak kecik kat luar tu. Koridor masih gelap. 

Kat luar pun masih gelap. Bila dah cerah sket, aku nampak ada lah beberapa jemaah baru balik dari Masjid. Jadi aku saspek Masjid adalah dekat-dekat Garden Hostel ni je.

Dah terang sket, aku pun masuk bilik ambik beg, nak meronda-ronda, bak kata orang utara :)

Kat bawah ada staff kat lobby tu suruh aku breakfast dulu. Takde orang pun lagi kat area makan hostel tu. Refer SINI.

Lepas breakfast tu aku tanya kat staff situ mana patut aku pegi kalau just nak jalan-jalan situ sebelum check out hostel since transport aku ke Bagan pun akan datang pick up pukul 12 tgh hari nanti.

Staff Garden Hostel tu cakap aku boleh pegi ke Mandalay Palace. 

Aku cakap tanak lah pegi. 

Hahaha nampak tak degil aku tuh.

Bukan apa, aku concern bab kena bayar je. Bayar transport nak pegi dan bayar entrance fees. Kalau tak silap aku around 10,000 - 15,000 kyat cenggitu. Aku tak sure harga fix sebab banyak version, tambahan plak time aku p tu peak season. Kebanyakkan tempat naik harga. Ada jugak version kata nak enter Mandalay ni pun kena bayar jugak macam kat Bagan tu, tapi takde lah plak ada orang yang mintak bayar. Hatta kat hostel pun takde orang mintak, takkan nak p tanya kot kan..hehe

Ada jugak yang tulis entrance fee tu untuk certain tempat di Mandalay, macam Mandalay Palace & Mandalay Hill dan fews temples sekitar Mandalay town. Kira macam bayar satu tiket dan boleh pegi banyak tempat di Mandalay.

Dan aku memang tanak pegi Mandalay Hill tu sebab aku dah bergolak gadai mendaki di Sagaing Hill semalam ( tengok kat SINI ) dan takde keinginan nak tengok temples sebab arini aku bakal ke Bagan yang ada temples beribu-ribu lemon tu.

Since aku ada separuh hari je arini tanak lah aku pegi semua tempat-tempat tu apatah lagi nak membayor nye..

Pendek kata Myanmar ni mahal lah serba-serbi. Jimat selagi boleh.

Pastu staff hostel tu cakap, 'dekat je lahai, jalan kaki depan ni je straight'


Aku pun jalan lah pepagi yang masih belum sesak dengan kenderaan di jalanan.

On the way jalan tu aku nampak ada tempat orang mandi tepi jalan. Maybe rumah dorang takde sumber air ataupun air kat situ free, jadi orang ramai ambik kesempatan mandi dan basuh kain.

Pagi di Mandalay

Sambil jalan-jalan sambil tengok kegiatan orang Mandalay pagi-pagi, ada sorang atok ni tegur aku. Dia cakap Myanmar.

Aku pun " Sorry, I don't understand. I'm not from here"

"Where are you from?"

Wah, speaking atok ni ngan aku.

"Malaysia"

"Malaysian girl but look like Myanmar"

Ada yang nak kena rejam pagi-pagi ni...

Jalan besar ni agak sibuk.  Susah sket nak lintas.
Memang betul cakap staff Garden Hostel tu, Mandalay Palace ni dekat je, atau lebih tepat, kawasan sekitar Mandalay Palace.

Luas yakmat!

Since pagi lagi jadi aku takde masalah nak lintas jalan. Traffic kat sini memang dahsyat. Tapi tak seteruk Vietnam kot.

Mula-mula aku sampai tepi tasik yang mengelilingi Mandalay Palace, aku tengok ke kiri jambatan lebih dekat compared yang belah kanan. Yang belah kanan tu nampak memang jauh betul.

Gate sebelah kiri, tepi tu ada pasar pagi
Lepas jambatan kat tepi gate masuk ada pasar pagi. 

Aku yang memang tanak masuk Palace ni ingat nak tengok-tengok pasar tu.

Elok je abes lintas jambatan tu ada sorang mamat ni beriya-iya berlari ke arah aku dari pintu masuk. Dia cuma nak bagitau yang pelancong tak boleh masuk ikut arah gate ni, aku kena pegi gate the other side.

Gate tu digunakan hanya untuk military katanya.

Aku tengok memang ada post pengawal dan askar-askar tengah guard gate tu. 

Aku bagitau dia aku memang tanak masuk pun, tapi boleh tak aku nak masuk pasar kat tepi tu.

Dia kata kalau pasar boleh la.

Pasar adalah pasar basah biasa dalam zaman P.Ramlee, eh..

Dari pasar basah tu, aku patah balik ke tempat aku sampai tadi. Since banyak lagi masa, aku pikir lebih baik aku jalan ke gate yang belah sana. Saja nak tengok-tengok.

Pasrah betul nak pegi other side. 
Jalan sket terserempak ngan sorang chinese ni tengah ambik gambar dengan kamera besar. Elok je selisih dengan dia, dia tegur aku dalam bahasa mandarin.

Atok tadi cakap aku Myanmar, macam mana ko boleh speaking Mandarin plak ngan aku.

"Meiyou pinyin"

Dia angguk-angguk.

Dia tunjuk gate yang aku pegi tadi. Maybe dia nampak aku patah balik kot.

"English?" 

Dia geleng-geleng.

Aku pun sambil tangan tunjuk gate yang aku pegi tadi "Ni meiyou aaaa, ni bu keyi aaaa...aaaa.. ni, ni aaaa" 

Sia-sia je layan Leon Lai selama ni :(

Last-last aku tunjuk gate aku pegi tadi pastu aku buat simbol ultraman (pangkah) pastu aku tunjuk arah gate yang di other side sambil tangan aku buat sign OK.

Hahaha

Chinese ni senyih je tapi dia pun angkat tangan tunjuk OK.

Kagum lah aku dengan dorang ni, tak pandai English pun boleh travel merata. Janji confident, yea dok??

View pagi
Yang ni lawak..
Jalan mengelilingi tasik di sekitar palace ni adalah sangat jauh. Nampak macam dekat tapi jauh!

Aku rasa dah dekat sejam aku menapak tapi masih lah belum sampai gate belah sana lagi. Matahari dah start naik. Local yang tengah excercise/jogging tepi tasik semua dah hilang.

Walau matahari memancar tapi still masih sejuk. Aku memang pakai sweater dari pagi tadi tak bukak-bukak. Memang lunyai sweater tu hari-hari aku belasah. Memang tak budget sejuk cenggini.

Tak sampai-sampai..
Aku pun fikir, baik aku pegi tempat lain, sebab pukul berapanya aku nak abes pusing ni. 

Aku patah balik.

Pastu selisih lagi dengan chinese tadi.

Sibuk nak cakap Mandarin lagi dengan aku.

Pas bye2 aku pun balik ke arah hostel. Tapi dah sampai simpang hostel instead ke kanan (ke hostel) aku ambik ke kiri pastu lintas jalan. Dari jauh aku dah nampak kedai Nylon Ice Cream. 

Katanya Nylon Ice Cream ni fames kat Mandalay.

Ko mampoo pukul 9 pagi lebih kurang nak makan ice cream. Dah la cuaca pun sejuk. 

Aku tunggu nak lintas jalan dgn anjing ni, tapi dia sampai dulu seberang jalan tinggal aku. Cerdik ya amat..
Elok masuk kedai memang aku sorang je customer dia. Ntah-ntah aku first customer kot sebab pekerja dia pun macam tak ready lagi. Tapi kedai memang dah bukak.

Aku order chocolate sundae. Dalam banner nampak mengjilat jari, tapi reality nya hampeh. 

Sepatutny ice cream mcm dalam gambar mangkuk kuning tu..
Sekali dok tenung ice cream tu, perut aku memulas-mulas. Macam mesin basuh tu. 

Aku pun tanpa sentuh ice cream tu, pegi kaunter bayar 1,500 kyat. 

Angkat beg terus berjalan laju balik hostel. Laju hokeh!

Sampai hostel kena panjat tangga plak ke tingkat 3. 

Setengah jam macam tu aku lepak kat bilik, layan toilet, aku pun yakin dan keluar balik. Aku pegi lobby tanya staff situ arah nak ke Zay Cho Market. 

Tempat sewa motor/basikal berhampiran Garden Hotel
Zay Cho Market ni kiranya macam Pasar Baru kat Bandung tu. Tapi kalau kat Pasar Baru tu jual kain kayan je, kat Zay Cho Market ni aku rasa semua ada. Tinggal nak mencarik je. Zay Cho Market ada 3,4 buildings jugak. Supermarket Zay Cho pun ada.

Tak jauh pun dari Garden Hostel. Tapi sempatlah aku masuk kedai emas tanya direction lagi.

Yang jadi lama nak sampai tu bila aku stop tengok orang dan kegiatan mereka-mereka itu di pagi hari. Ada banyak pick up truck dan sebenarnya pick up truck ni adalah sejenis public transport. Ada driver dan conductor.

Suasana jalan nak ke Zaycho market
Pastu aku memandai-mandai masuk dalam building kedai. Tapi banyak kedai tak bukak lagi.

Dah sampai di satu building ni aku tengok ramai orang keluar masuk dengan barang belian dan jualan. Jadi aku yakin betul dah sampai.

Dah masuk tu, crowded ya amat. Kemudian tengok banyak barang-barang macam pinggan mangkuk dan periuk belanga je situ. 

Aku keluar balik.

Sebenarnya aku tak plan pun nak beli apa-apa. Tapi tetap lah nak masuk building lain Zay Cho Market tu.

Second building ni baru nampak banyak orang jual baju-bajan dan kain-kayan.

Baru kena ngan jiwa kekdahnya.

Mcm pasar baru tapi suasana yg berbeza.
Aku ingat nak carik satu jacket sebab sejuk sangat pagi-pagi kat Myanmar ni. Pastu dari borak-borak dengan orang sejak sampai Myanmar ni dorang cakap Bagan dan Inle lagi sejuk. Mandalay ni sejuk manja-manja je katanya.

Aku dah la bawak satu ni je sweater.

Tapi mission adalah total fail. Jacket semua fashion ke laut. Jenis autumn jacket yang bulu-bulu tu pun banyak, tapi idak le aku nak membeli yang ittewww... 

Naik ke tingkat 2, situ semua jual kain longyi plak. Khas untuk perempuan punya longyi.

Aku ingat nak beli satu bagi mak aku. Mak aku ni kadang-kadang tanya jugak aku beli apa untuk dia. Beli jiwa kekdahnya, aku beli satu longyi bagi dia kat sini. 

Tapi longyi 2 meter je. Nak 4 meter darab dua la rege.

Takpelah, aku kedekut jadi aku beli 2 meter je nanti aku carik kain kosong tambah lagi 2 meter kat kamdar..hehe

Kat sini pun nak membeli kena bargain. Takde masalah komunikasi kat sini sebab boleh guna bahasa kalkulator. Tapi kat tempat yang aku beli ni, budak perempuan ni boleh speaking dengan baik. 

Lawa dak tukang jual?? hehe

Kiri kanan depan belakang Zaycho market. Pilih je nak masuk yg mana
On the way balik ke Hostel tu aku pegi carik kedai Halal. Wahal tak tahu kat mana. Jalan-jalan tu jumpa satu kedai hardware, ada pakcik tu pakai kopiah. Aku pun pegi bagi salam, pastu tanya kat mana kedai makan Halal.

Pakcik ni masuk dalam office dia, rupanya dia panggil anak dia, suruh cakap dengan anak dia. Pakcik ni tak pandai english.

Anak pakcik ni pun bagi la direction. Masa tengah bagi direction tu ada sorang atok lalu, dia pun join. Pastu dia cakap, jom follow dia.

Aku pun follow je lah atok ni. 

Nama kedai makan ni Min Min. Patutlah dari tadi aku dengar dorang sebut min-min je. Kedai ni kedai makan Halal masakan chinese.

Dah almost pukul 11 pun tapi masih tak ready. Ada staff tengah sapu sampah. Pastu dia jerit tanya dapur, dapur kata tak ready lagi.

Hampeh..

Aku tak ingat address tapi dari Garden Hotel tu dekat je boleh jalan kaki.
Tapi takpelah aku pun bukan ada masa sangat. Nanti pukul 12 dah kena ada kat hostel.

Sebabkan tak dapat makan, baru aku teringat tadi kata nak carik masjid..hahaha

Aku balik semua ke arah hostel dan tengok alahai dekat ya amat masjid ni dengan hostel. Tapi masjid ni kat belah dalam kawasan rumah orang. Kira bukan kat jalan besar lah. Kena masuk dalam.

Aku masuk melalui gate ni

Dalam gate
Masjid tutup, ada org cuci lantai
Aku buat sekali round kat dalam tu. Masjid macam biasa la tutup dan ada orang tengah cuci lantai perkarangan masjid. Pastu aku pusing-pusing kat area perumahan tepi masjid.

Agaknya situ memang penempatan orang Islam di Mandalay.

Tepi masjid banyak budak2 main-main.
Aku curik2 ambik gambar dalam rumah org :p

Tak boleh lama-lama, aku kena balik ke bilik untuk ambik beg dan check out.

Aku keluar dari gate ni. Sebelah kiri gambar Garden Hotel. Dekat sangat..
Lagi 10 minit pukul 12 aku dah ready kat lobby. Elok je aku duduk, staff Garden Hostel panggil aku sambil tunjuk sorang budak ala-ala baru abes sekolah/muda belia depan pintu hostel.

Transport aku ke Bagan dah sampai.

Terlebih punctual siot..

Besar tak besar palace ni dalam peta. Anak panah tu perjalanan aku pagi ni.