Sunday, 13 September 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 13) Pagi di Mandalay

Sebelum tu nak tunjuk dulu mcm mn duit kyat ni. Main puluh2 ribu je sini :p

Pagi tu bangun super awal. Mostly sebab semalam pun tido super awal. Lepas sampai bilik semalam, aku terus request air panas kat lobby. Sekali dorang anta satu termos besar tu.  

Makan megi dengan cili yang dibawak dari Tepen adalah nikmat :)

Lepas solat subuh aku siap siaga pastu keluar bilik nak lepak kat balkoni yang bapak kecik kat luar tu. Koridor masih gelap. 

Kat luar pun masih gelap. Bila dah cerah sket, aku nampak ada lah beberapa jemaah baru balik dari Masjid. Jadi aku saspek Masjid adalah dekat-dekat Garden Hostel ni je.

Dah terang sket, aku pun masuk bilik ambik beg, nak meronda-ronda, bak kata orang utara :)

Kat bawah ada staff kat lobby tu suruh aku breakfast dulu. Takde orang pun lagi kat area makan hostel tu. Refer SINI.

Lepas breakfast tu aku tanya kat staff situ mana patut aku pegi kalau just nak jalan-jalan situ sebelum check out hostel since transport aku ke Bagan pun akan datang pick up pukul 12 tgh hari nanti.

Staff Garden Hostel tu cakap aku boleh pegi ke Mandalay Palace. 

Aku cakap tanak lah pegi. 

Hahaha nampak tak degil aku tuh.

Bukan apa, aku concern bab kena bayar je. Bayar transport nak pegi dan bayar entrance fees. Kalau tak silap aku around 10,000 - 15,000 kyat cenggitu. Aku tak sure harga fix sebab banyak version, tambahan plak time aku p tu peak season. Kebanyakkan tempat naik harga. Ada jugak version kata nak enter Mandalay ni pun kena bayar jugak macam kat Bagan tu, tapi takde lah plak ada orang yang mintak bayar. Hatta kat hostel pun takde orang mintak, takkan nak p tanya kot kan..hehe

Ada jugak yang tulis entrance fee tu untuk certain tempat di Mandalay, macam Mandalay Palace & Mandalay Hill dan fews temples sekitar Mandalay town. Kira macam bayar satu tiket dan boleh pegi banyak tempat di Mandalay.

Dan aku memang tanak pegi Mandalay Hill tu sebab aku dah bergolak gadai mendaki di Sagaing Hill semalam ( tengok kat SINI ) dan takde keinginan nak tengok temples sebab arini aku bakal ke Bagan yang ada temples beribu-ribu lemon tu.

Since aku ada separuh hari je arini tanak lah aku pegi semua tempat-tempat tu apatah lagi nak membayor nye..

Pendek kata Myanmar ni mahal lah serba-serbi. Jimat selagi boleh.

Pastu staff hostel tu cakap, 'dekat je lahai, jalan kaki depan ni je straight'


Aku pun jalan lah pepagi yang masih belum sesak dengan kenderaan di jalanan.

On the way jalan tu aku nampak ada tempat orang mandi tepi jalan. Maybe rumah dorang takde sumber air ataupun air kat situ free, jadi orang ramai ambik kesempatan mandi dan basuh kain.

Pagi di Mandalay

Sambil jalan-jalan sambil tengok kegiatan orang Mandalay pagi-pagi, ada sorang atok ni tegur aku. Dia cakap Myanmar.

Aku pun " Sorry, I don't understand. I'm not from here"

"Where are you from?"

Wah, speaking atok ni ngan aku.

"Malaysia"

"Malaysian girl but look like Myanmar"

Ada yang nak kena rejam pagi-pagi ni...

Jalan besar ni agak sibuk.  Susah sket nak lintas.
Memang betul cakap staff Garden Hostel tu, Mandalay Palace ni dekat je, atau lebih tepat, kawasan sekitar Mandalay Palace.

Luas yakmat!

Since pagi lagi jadi aku takde masalah nak lintas jalan. Traffic kat sini memang dahsyat. Tapi tak seteruk Vietnam kot.

Mula-mula aku sampai tepi tasik yang mengelilingi Mandalay Palace, aku tengok ke kiri jambatan lebih dekat compared yang belah kanan. Yang belah kanan tu nampak memang jauh betul.

Gate sebelah kiri, tepi tu ada pasar pagi
Lepas jambatan kat tepi gate masuk ada pasar pagi. 

Aku yang memang tanak masuk Palace ni ingat nak tengok-tengok pasar tu.

Elok je abes lintas jambatan tu ada sorang mamat ni beriya-iya berlari ke arah aku dari pintu masuk. Dia cuma nak bagitau yang pelancong tak boleh masuk ikut arah gate ni, aku kena pegi gate the other side.

Gate tu digunakan hanya untuk military katanya.

Aku tengok memang ada post pengawal dan askar-askar tengah guard gate tu. 

Aku bagitau dia aku memang tanak masuk pun, tapi boleh tak aku nak masuk pasar kat tepi tu.

Dia kata kalau pasar boleh la.

Pasar adalah pasar basah biasa dalam zaman P.Ramlee, eh..

Dari pasar basah tu, aku patah balik ke tempat aku sampai tadi. Since banyak lagi masa, aku pikir lebih baik aku jalan ke gate yang belah sana. Saja nak tengok-tengok.

Pasrah betul nak pegi other side. 
Jalan sket terserempak ngan sorang chinese ni tengah ambik gambar dengan kamera besar. Elok je selisih dengan dia, dia tegur aku dalam bahasa mandarin.

Atok tadi cakap aku Myanmar, macam mana ko boleh speaking Mandarin plak ngan aku.

"Meiyou pinyin"

Dia angguk-angguk.

Dia tunjuk gate yang aku pegi tadi. Maybe dia nampak aku patah balik kot.

"English?" 

Dia geleng-geleng.

Aku pun sambil tangan tunjuk gate yang aku pegi tadi "Ni meiyou aaaa, ni bu keyi aaaa...aaaa.. ni, ni aaaa" 

Sia-sia je layan Leon Lai selama ni :(

Last-last aku tunjuk gate aku pegi tadi pastu aku buat simbol ultraman (pangkah) pastu aku tunjuk arah gate yang di other side sambil tangan aku buat sign OK.

Hahaha

Chinese ni senyih je tapi dia pun angkat tangan tunjuk OK.

Kagum lah aku dengan dorang ni, tak pandai English pun boleh travel merata. Janji confident, yea dok??

View pagi
Yang ni lawak..
Jalan mengelilingi tasik di sekitar palace ni adalah sangat jauh. Nampak macam dekat tapi jauh!

Aku rasa dah dekat sejam aku menapak tapi masih lah belum sampai gate belah sana lagi. Matahari dah start naik. Local yang tengah excercise/jogging tepi tasik semua dah hilang.

Walau matahari memancar tapi still masih sejuk. Aku memang pakai sweater dari pagi tadi tak bukak-bukak. Memang lunyai sweater tu hari-hari aku belasah. Memang tak budget sejuk cenggini.

Tak sampai-sampai..
Aku pun fikir, baik aku pegi tempat lain, sebab pukul berapanya aku nak abes pusing ni. 

Aku patah balik.

Pastu selisih lagi dengan chinese tadi.

Sibuk nak cakap Mandarin lagi dengan aku.

Pas bye2 aku pun balik ke arah hostel. Tapi dah sampai simpang hostel instead ke kanan (ke hostel) aku ambik ke kiri pastu lintas jalan. Dari jauh aku dah nampak kedai Nylon Ice Cream. 

Katanya Nylon Ice Cream ni fames kat Mandalay.

Ko mampoo pukul 9 pagi lebih kurang nak makan ice cream. Dah la cuaca pun sejuk. 

Aku tunggu nak lintas jalan dgn anjing ni, tapi dia sampai dulu seberang jalan tinggal aku. Cerdik ya amat..
Elok masuk kedai memang aku sorang je customer dia. Ntah-ntah aku first customer kot sebab pekerja dia pun macam tak ready lagi. Tapi kedai memang dah bukak.

Aku order chocolate sundae. Dalam banner nampak mengjilat jari, tapi reality nya hampeh. 

Sepatutny ice cream mcm dalam gambar mangkuk kuning tu..
Sekali dok tenung ice cream tu, perut aku memulas-mulas. Macam mesin basuh tu. 

Aku pun tanpa sentuh ice cream tu, pegi kaunter bayar 1,500 kyat. 

Angkat beg terus berjalan laju balik hostel. Laju hokeh!

Sampai hostel kena panjat tangga plak ke tingkat 3. 

Setengah jam macam tu aku lepak kat bilik, layan toilet, aku pun yakin dan keluar balik. Aku pegi lobby tanya staff situ arah nak ke Zay Cho Market. 

Tempat sewa motor/basikal berhampiran Garden Hotel
Zay Cho Market ni kiranya macam Pasar Baru kat Bandung tu. Tapi kalau kat Pasar Baru tu jual kain kayan je, kat Zay Cho Market ni aku rasa semua ada. Tinggal nak mencarik je. Zay Cho Market ada 3,4 buildings jugak. Supermarket Zay Cho pun ada.

Tak jauh pun dari Garden Hostel. Tapi sempatlah aku masuk kedai emas tanya direction lagi.

Yang jadi lama nak sampai tu bila aku stop tengok orang dan kegiatan mereka-mereka itu di pagi hari. Ada banyak pick up truck dan sebenarnya pick up truck ni adalah sejenis public transport. Ada driver dan conductor.

Suasana jalan nak ke Zaycho market
Pastu aku memandai-mandai masuk dalam building kedai. Tapi banyak kedai tak bukak lagi.

Dah sampai di satu building ni aku tengok ramai orang keluar masuk dengan barang belian dan jualan. Jadi aku yakin betul dah sampai.

Dah masuk tu, crowded ya amat. Kemudian tengok banyak barang-barang macam pinggan mangkuk dan periuk belanga je situ. 

Aku keluar balik.

Sebenarnya aku tak plan pun nak beli apa-apa. Tapi tetap lah nak masuk building lain Zay Cho Market tu.

Second building ni baru nampak banyak orang jual baju-bajan dan kain-kayan.

Baru kena ngan jiwa kekdahnya.

Mcm pasar baru tapi suasana yg berbeza.
Aku ingat nak carik satu jacket sebab sejuk sangat pagi-pagi kat Myanmar ni. Pastu dari borak-borak dengan orang sejak sampai Myanmar ni dorang cakap Bagan dan Inle lagi sejuk. Mandalay ni sejuk manja-manja je katanya.

Aku dah la bawak satu ni je sweater.

Tapi mission adalah total fail. Jacket semua fashion ke laut. Jenis autumn jacket yang bulu-bulu tu pun banyak, tapi idak le aku nak membeli yang ittewww... 

Naik ke tingkat 2, situ semua jual kain longyi plak. Khas untuk perempuan punya longyi.

Aku ingat nak beli satu bagi mak aku. Mak aku ni kadang-kadang tanya jugak aku beli apa untuk dia. Beli jiwa kekdahnya, aku beli satu longyi bagi dia kat sini. 

Tapi longyi 2 meter je. Nak 4 meter darab dua la rege.

Takpelah, aku kedekut jadi aku beli 2 meter je nanti aku carik kain kosong tambah lagi 2 meter kat kamdar..hehe

Kat sini pun nak membeli kena bargain. Takde masalah komunikasi kat sini sebab boleh guna bahasa kalkulator. Tapi kat tempat yang aku beli ni, budak perempuan ni boleh speaking dengan baik. 

Lawa dak tukang jual?? hehe

Kiri kanan depan belakang Zaycho market. Pilih je nak masuk yg mana
On the way balik ke Hostel tu aku pegi carik kedai Halal. Wahal tak tahu kat mana. Jalan-jalan tu jumpa satu kedai hardware, ada pakcik tu pakai kopiah. Aku pun pegi bagi salam, pastu tanya kat mana kedai makan Halal.

Pakcik ni masuk dalam office dia, rupanya dia panggil anak dia, suruh cakap dengan anak dia. Pakcik ni tak pandai english.

Anak pakcik ni pun bagi la direction. Masa tengah bagi direction tu ada sorang atok lalu, dia pun join. Pastu dia cakap, jom follow dia.

Aku pun follow je lah atok ni. 

Nama kedai makan ni Min Min. Patutlah dari tadi aku dengar dorang sebut min-min je. Kedai ni kedai makan Halal masakan chinese.

Dah almost pukul 11 pun tapi masih tak ready. Ada staff tengah sapu sampah. Pastu dia jerit tanya dapur, dapur kata tak ready lagi.

Hampeh..

Aku tak ingat address tapi dari Garden Hotel tu dekat je boleh jalan kaki.
Tapi takpelah aku pun bukan ada masa sangat. Nanti pukul 12 dah kena ada kat hostel.

Sebabkan tak dapat makan, baru aku teringat tadi kata nak carik masjid..hahaha

Aku balik semua ke arah hostel dan tengok alahai dekat ya amat masjid ni dengan hostel. Tapi masjid ni kat belah dalam kawasan rumah orang. Kira bukan kat jalan besar lah. Kena masuk dalam.

Aku masuk melalui gate ni

Dalam gate
Masjid tutup, ada org cuci lantai
Aku buat sekali round kat dalam tu. Masjid macam biasa la tutup dan ada orang tengah cuci lantai perkarangan masjid. Pastu aku pusing-pusing kat area perumahan tepi masjid.

Agaknya situ memang penempatan orang Islam di Mandalay.

Tepi masjid banyak budak2 main-main.
Aku curik2 ambik gambar dalam rumah org :p

Tak boleh lama-lama, aku kena balik ke bilik untuk ambik beg dan check out.

Aku keluar dari gate ni. Sebelah kiri gambar Garden Hotel. Dekat sangat..
Lagi 10 minit pukul 12 aku dah ready kat lobby. Elok je aku duduk, staff Garden Hostel panggil aku sambil tunjuk sorang budak ala-ala baru abes sekolah/muda belia depan pintu hostel.

Transport aku ke Bagan dah sampai.

Terlebih punctual siot..

Besar tak besar palace ni dalam peta. Anak panah tu perjalanan aku pagi ni.

12 comments:

  1. JM pakai bedak tanaka ke... sampai diaorang sangka orang Myanmar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna kulit sama kot :p tp ofkoslah sy gelap lg..

      Delete
  2. Jea kt sini rmai org ckp tagalog ngn ktorg.ingt kitorg filipino.yg sbnanya asean ni serumpun...sama je mukanyaaaa...kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kan..... ada can la aku ngn jericho rosales nih :p

      Delete
  3. Jea kt sini rmai org ckp tagalog ngn ktorg.ingt kitorg filipino.yg sbnanya asean ni serumpun...sama je mukanyaaaa...kuikuikui

    ReplyDelete
  4. berani dia kata muka ko muka myanmmar, rejam je dia haha
    masa aku p Thailand pun org cakap thai ngan kitaorg. aku rasa betul ckp Dj, kita serumpun, muka lebih kurang style tudung je beza hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha layan kan jelah, nak marah pun org tua..

      Delete