Tuesday, 27 October 2015

Itinerary Medan untuk 5 hari

Pintas entry Myanmar untuk entry Medan ni. Tapi yang ni itinerary semata lah. Full story kalau dah siap cite Myanmar yang aku target 2020 nanti baru siap :p

Ada yang request nak tau pasal Medan ni, mintak itinerary, tapi aku rasa better buat sendiri plan tu kalau nak shopping di Medan. Bagi aku tak heaven pun shopping kat sini, ke sebab aku pun jenis tak enjoy shopping kalau bertravel ni. Hampunnn yea ahli trip...

Trip kali ni memang menyakitkan hati. 

Mula-mula tu aku ingat nak turun naik bas je kat Medan, pastu pikir keselesaan ahli trip, takpelah kita ambik supir je senang. Naseblah ambik supir sebab ahli trip pun bawak beg troli. Tak terbayang aku kalau ngan beg troli tu nak naik bas kan..

Dari segi ahli setrip, dorang memang sporting walaupun aku heret panjat Gunung Sibayak sekali.. Hahahahaha

Apa barang pegi Indonesia kalau tak tengok kawah gunung berapi, ye dok??

Lainlah kalau memang ada satu kat belakang umah korang. #silainviteaku

Yang macam sadis @!#$#%%Y^&**(U* - mencarut nih

SUPIRnya!!!!

Yea supirnya...

Aku sebelum pergi banyak baca blog yang pegi Medan ni dapat Supir from hell. Jadi aku pun berhati-hati nak memilih supir di Medan.

Sekali dapat contact kat FB, pakcik tua nampak kat FB tu. So aku yang budget inesen nih pikir kalau tua mestilah akhlak mulia sket kan..

Nightmare hokeyyyy...

Nasib ambik 3 hari je untuk diluar Medan. Lagi 2 hari tu kami gerak sendiri. Gerak sendiri lebih aman....

Ini itinerary 5 hari Medan

Day 0

kawan bawak makan char keaw tiau kg baru..sedap!!!

Day 1

Walaupun naik Firefly yang dapat luggage 20kg free masih nak minimisekan beg. I hangkut dari Tepen dengan bas, ok.
Sampai di Medan. stop tepi jalan ambik gambo nih
Dolok tinggi bukit raja. Start sini Supir tunjuk perangai suster ngesot dia.
.
Day 2
Lepak Danau Toba ni sekejap je. Kalau singgah lama sket nanti supir jerit macam kuntilanak
Sipiso piso waterfall. Aku request nak turun bawah awal2 lagi sbb supir macam haram. Dia kata ok. Tapi bila dah sampai dia ckp tak boleh.. Bab*

Day 3
Highlight trip kali ni (utk aku lah, org lain kena redha..hahaha)
Sandal supir putus kat sini, dia salahkan kitaorg sebab nak dtg sini.
Alhamdulillah ahli trip suka bila dah sampai atas. Siap korek2 sulfur lagi.
Pandai-pandai sendiri panjat sampat puncak sebab supir sibuk kejar group mat/minah saleh

Rasa lega dah bid farawel kepada supir, malam tengok wayang plak. bukan tengok jokowi..

Day 4
Hari ni gerak sendiri ke Istana Maimon. Semalam dah goodbye forever kat supir tu sambil block segala fb yang dia ada.

Singgah solat di Masjid Raya. Kat dalam Masjid ni pun boleh tengok macam2 orang buat untuk kelangsungan hidup..

Aku mmg faberet gila kedai ni. Hari pertama lagi aku dah request kat supir nak makan sini. Hada dia nak bawak? dia bawak makan kat kedai kroni dia pastu ckp jauh. Naik teksi pegi sendiri lagi bagus, atleast tak payah byrkan makanan utk dia kan.. Kedekut me like that bila dah marah...

Nanges tengok..huhu


Malam menkedarah lagi kat Merdeka Walk.

Day 5

Beg aku naik sekilo, walaupun aku tak beli apa2 pun.

Bye2 Medan. Akan aku ban untuk 5 tahun, demi supirnya..
tapi tempat wisatanya memang best!

Sunday, 4 October 2015

Mingalabar Myanmar ~ ( Part 15 ) Sunrise dan hot air balloon di Bagan

Pagi di Bagan

Pagi-pagi macam biasalah aku mesti bangun awal. Bukan sebab rajin ke hapa tapi memang sebab aku tidur super early since takde benda nak dibuat.

Lepas solat subuh aku keluar bilik ke ruang terbuka kat hujung tingkat 2 arah jalan besar Nyaung Oo. Masih gelap lagi tp ada lampu jalan. Jadi aku nampak la ada je yang berbasikal dipagi hari.

Kebanyakkan adalah pelancong yang nak mengejar sunrise di Bagan. Rajin benau dorang ni bangun pagi. 

Tetiba aku teringat couple American-Swiss dekat Mingun itu hari. Dorang bagi tips & advise kat aku pasal Bagan since sebelum tu dorang dari Bagan. Pastu tunjuk gambar-gambar dorang kat Bagan termasuk gambar sunset. 3 hari kat Bagan, dorang tengok 3 kali sunset di tempat yang berbeza. 

Aku tanya sunset je ke? Mana sunrise?

"You know.. Sunrise.. Early morning.." Pastu dorang gelak-gelak..

Sebenarnya aku tak paham pun maksud lawak dorang tu, tapi aku sengih jelah..

Since gelap lagi dan aku memang dari semalam dah plan nak skip sunrise ni sebab aku takut nak keluar sorang-sorang pagi tu, aku pun masuk bilik balik, nak sambung tidur pun dah terlebih tidur sangat dah. Jadi aku menung jelah hadap syiling tu sambil layan lagu dengan earphone. Tak boleh nak buat loudspeaker sebab takut orang bilik lain terganggu plak, almaklum la dinding bilik di tahap minima..

Pastu aku tengok luar dah nampak dah suasana cerah. Aku capai sweater dan beg pegi balik kat hujung tingkat 2 tu.

Jalan masih tak sibuk. Ada sorang makcik kedai depan guesthouse ni lambai kat aku. Aku pun lambai balik, kemudian turun tangga keluar dari guesthouse untuk ke kedai makcik tadi.

Sebenarnya semalam lepas aku lepak kat lobby, aku lepak plak kat luar tepi jalan kejap. Pastu ada staff kat guesthouse ni cari aku. Staff ni kata dia tunggu aku arini (semalam) tapi masa aku check in tu dia balik rumah nak mandi.

Berdebor jugak aku masa tu, pehal dia ni carik aku plak. Mau tidur malam ni mata sebelah bukak :p

Rupanya masa staff Garden Hotel Mandalay telefon nak booking guesthouse ni onbehalf aku, dia ni lah yang jawab. Pastu excited plak dia nak jumpa Malaysian katanya.

Yang tak boleh blah tu dia siap tanya "are you sure you not Myanmar?".. 

Buat muka tak bersalah.

Aku tanya serba sedikit pasal Bagan ni dan macam mana nak bergerak. Aku tanya jugak mana nak sewa basikal. Since aku ni kedekut plus takdelah nak explore sangat pun, aku nak ambik basikal je.

Lagipun American-Swiss couple tu pun cakap dorang naik basikal je 3 hari. Katanya banyak yang dorang jumpa naik e-bike tersadai tepi jalan rosak la, abes bateri la.

Staff tu ajak aku ke seberang jalan kedai makcik ni, dia kata tu kakak dia. Kakak dia ni buat khidmat sewa basikal dan e-bike. Jadi aku booking la siap-siap untuk pagi ni.

Makcik tu bawak keluar basikal. Basikal biasa je bukan jenis mountain bike pun. Aku pun bayar 1,500 kyat untuk sehari kat makcik tu.

Dah start kayuh dalam 100 meter aku patah balik.

Penat!

Gitulah kalau dah gaya takde stamina..

Lagipun jalan jenis berpasir. Jalan tar pun penuh pasir, belum yang takde tar lagi. Letih nak mengayuh.

Aku mintak tukar kepada e-bike. Aku bayar lagi 5,000 kyat kat makcik tu sebab sewa e-bike dengan dia 6,000 kyat dan sepatutnya dia pulang la balik 500 kyat kan.. 

Takdenya, sampai la dia tak pulang balik..

Itu lah aku jenis tak reti nak alert benda-benda macam ni.. Padan muka, 500 kyat tu boleh buat masuk toilet 2x #ehh

Aku curik gambar ni dari blog supermeng. Gambar ni memang aku buat wallpaper utk tab aku masa trip ke Myanmar tempoh hari.
Mula-mula tu aku macam ragu-ragu sket nak bawak e-bike ni, tapi dah naik tu senang la plak rasanya. Aku bawak slow-slow je, cuma takut kalau atas jalan yang sama ada kereta. Sebab jalan kecik, kalau aku turun dari jalan tar tu, e-bike mesti melelong-lelong atas jalan pasir. 

Memang agak bahaya. Lagi stress kalau ada kereta kuda. Yang ni memang aku serender awal-awal berenti terus kat tepi sampai dorang blah.

Dah bawak e-bike tu dalam 10 minit, aku rasa macam nak beku kena angin. Sejuk gile babasss!

Muka ngan tangan aku dah macam kena cucuk botoq. Dah tak rasa hidung dah.

Dah keluar sket dari Nyaung Oo aku nampak ada small temple. Kat atas temple tu ada nampak orang dok melepak. Aku pun fikir baik aku usha kawasan dulu. Tengok macam mana keadaan Bagan ni lepas tu decide nak pegi mana.

Tengah dok menung kat tepi jalan tu ada pakcik local tegur.

"Here ok, see sunrise"

Sunrise lagi ke dah terang benderang ni..

Pastu dia jalan dulu, aku ikut. Nak masuk ke temple ni apa lagi, jalan berpasir. Kadang-kadang tersangkut jugak terpaksa aku tolak e-bike tu.

E-bike yang aku sewa untuk sunrise ni. Nampak tag keychain gajah warna hijau kat beg aku tu? Nanti next entry aku cite :)
Walaupun temple ni kecik je aku tak jumpa tangga nak naik atas. Ke dorang-dorang ni jenis panjat gitu je??

Ada mat saleh datang selepas aku pun dia tak jumpa tangga. Dok pusing-pusing jap luar jap masuk balik. 

Aku tunggu je kat dalam tu, pastu nampak pakcik tadi. Aku tanya dia..

"Up??" 

Dia tunjuk belakang dinding batu tu ada satu ruang pintu. 

Gila hidden betul! Depan aku je, wahal aku berdiri kat situ dari tadi tak nampak pun.

Pakcik tu pun blah. Aku pegi hulur kepala kat ruang pintu tu, sempit..gelap.. 

Aku bukak beg nak ambik tab aku. Dalam tab aku ada apps yang boleh buat lampu suluh. Mat saleh tadi nampak aku berdiri situ sibuk-sibuk la nak masuk dulu. 

Aku bagi je dia pegi dulu. Tapi dia patah balik sebab gelap sangat.

Lepas bukak lampu dekat tab aku, aku masuk plak. Mat saleh tadi tumpang lampu aku. Aku siap suluhkan kebelakang lagi tanak bagi dia meraba pijak tangga.

Pastu bukan nak terima kasih pun. Bwekkk!!

Dah sampai atas, sempit sangat kat atas ni. Nasib lah crowd tak ramai. Aku berdiri je kat laluan jalan tu tapi bila ada orang nak selisih aku adalah super takut!

Jadi aku pun carik ruang kat atas sket. Aku tengok ada mat saleh ni duduk kat satu tebing kat atas ni, pastu dia nak pindah naik tinggi lagi. Dah rupa spiderman dah panjat gitu je.

Aku pun apa lagi, ambik tempat dia. Masa nak panjat tu sila jangan tengok belakang atau bawah. Tengok tempat tujuan je..

Nampak tak kecerunan temple ni, masih la gigih nak naik tinggi2 untuk best spot. Yang seluar hitam tu kaki aku. Memang tergantung macam tu, bertabahlah walau takut jatuh.
Elok je boleh letak bontot aku pun keluarkan kamera. Ambik gambar belah kanan dulu. Ambik je lah gambar temple apa yang ada. Nama temple jangan tanya aku. Satu apa pun aku tak ingat. Yang besar dan famous pun aku tak ingat apatah lagi yang kecik-kecik. Bagan ni je beribu temple dorang ada. Dapat plak jenis yang tak suka sejarah macam aku ni, haruslah masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

View sekitar kawasan
Temple lain
View lain lagi
Tetiba dengar orang bersorak siap tepuk tangan excited.

Apakah??

Aku pun pandang arah dorang semua pandang.

Wahh!!!

Sekali nampak ni, eh baru nak naik ke..
Aku tengok semua orang excited nampak ni. Memang sah dorang baru nak start naik.
Nampak hot air balloon tengah menaikkan diri. 

Sekumpulan naik bersama-sama. Aku kira ada lebih dari 20 hot air balloon ni. Gile banyak duit pelancong-pelancong kat Bagan ni.

Semalam masa kat lobby dorang borak pasal rege naik hot air ballon ni adalah $320 for 40 minutes.  

Mampooo??

Aku bawak ke Myanmar ni pun tak sebanyak tu.. ***nanges

P/s, kabornya hot air balloon di Bagan ni ada on winter je. Waktu lain takde, harap maklum (as per Jan 2015).

Masa tengah belon panas menaikkan diri tetiba nampak plak matahari menunjukkan rupa beliau.

Rezeki sangat. Matahari baru nak menampakkan diri.
Sepatutnya aku check pukul berapa sunrise ye dok, tapi since aku ingat nak skip je sunrise di Bagan ni demi faktor keselamatan, jadi takdelah aku check beriya..

Alhamdulillah, rezeki aku dapat jugak tengok walaupun time aku keluar tadi memang dah cerah, pasti siap patah balik tukar e-bike lagi, sempat juga aku menikmati view yang super ohsem ni:)

Tempat aku lepak ni tak strategik untuk tengok both sunrise & hot air balloon. Sebab sunrise belah kiri, belon belah kanan. Kalau nak masukkan dua-dua view ni kena pegi dalam sket ke Old Bagan. Tapi aku sipi-sipi je pegi first temple yang aku jumpa, tu pun dah rasa jauh dah..

Belon
Belon di udara

Up and above
Nak tempek jugak muka kat sini. Hot air ballon yang tak mampu nak naik tu. Tengok dari bawah jelah :) Nampak tak sempit gila tempat aku duduk ni. Muat-muat bontot je.
Bagi can Kwangsoo pose2 jugak.
Keadaan aku duduk macam mamat ni tapi dia tinggi lagi dari aku. Belon panas tu memang nampak dekat gila sebab maybe kami pun antara yg dekat dengan tempat dorang naik.
Tengah sibuk tengok belon dan matahari, aku dengar macam ada orang panggil aku kat bawah. 

Ada sorang minah korean ni, lambai-lambai sambil cakap korea. 

Motif sungguh la dorang kat sini macam-macam bahasa nak speaking ngan aku.. 

Dari gayanya macam minah ni nak naik atas jugak, dia mintak aku tolong tarik dia, gitu la aku translate sendiri since Korean ni takde inisiatif nak belajar bahasa antarabangsa.

Aku pun simpan kamera dalam beg dulu. Bukan boleh main letak je kat atas ni, jatuh karang maha naya! Menangis tak berlagu..

Pastu aku pun hulur tangan. Tapi dalam pada tu aku terpikir jugak, mana minah ni nak duduk. Dah sempit sangat kot kat tempat aku duduk tu. Unless dia nak berdiri je sebelah aku which is aku rasa sangat bahaya.

Dah aku tarik dia sampai atas, dia suruh aku turun plak! 

Dia nak duduk tempat aku tu!!!

Hey, ko ni dah rupa belanda dapat tanah!!!

Yoona, talk to the hand..hokeh

Aku buat muka habis kelat pastu keluarkan balik kamera and buat dono je.

Yoona turun balik sambil hempas-hempas kaki.

Kesian ko Yoona, sakit mental rupanya..

Abes dah show. Almost 20 jugak la belon udara yang ada. Banyak duit betol dorang nih..
Ada satu belon ni terbang rendah gila ngn kami kat sini. Yang kat bawah ni pakat-pakat jerit seriau, apatah lagi yang kat atas tu..haha
Belon-belon lain semua dah berlalu tetiba tertinggal plak yang ni.
Run forest run! Nak catch up dengan yang lain.
Aku tunggu sampai abes semua hot air ballon hilang dari pandangan baru aku turun. 

Jom turun, matahari dan memancar.
Sampai kat e-bike yang aku park kat luar tu aku pun pikir mana nak pegi from here.

Lantas aku pun berkeputusan nak balik guesthouse je dulu. Pekena breakfast kat guesthouse, pastu mandi..

Ehh, lupa nak bagitau pagi tu aku tak mandi... 

Sejukkkkk :p