Tuesday, 27 October 2015

Itinerary Medan untuk 5 hari

Pintas entry Myanmar untuk entry Medan ni. Tapi yang ni itinerary semata lah. Full story kalau dah siap cite Myanmar yang aku target 2020 nanti baru siap :p

Ada yang request nak tau pasal Medan ni, mintak itinerary, tapi aku rasa better buat sendiri plan tu kalau nak shopping di Medan. Bagi aku tak heaven pun shopping kat sini, ke sebab aku pun jenis tak enjoy shopping kalau bertravel ni. Hampunnn yea ahli trip...

Trip kali ni memang menyakitkan hati. 

Mula-mula tu aku ingat nak turun naik bas je kat Medan, pastu pikir keselesaan ahli trip, takpelah kita ambik supir je senang. Naseblah ambik supir sebab ahli trip pun bawak beg troli. Tak terbayang aku kalau ngan beg troli tu nak naik bas kan..

Dari segi ahli setrip, dorang memang sporting walaupun aku heret panjat Gunung Sibayak sekali.. Hahahahaha

Apa barang pegi Indonesia kalau tak tengok kawah gunung berapi, ye dok??

Lainlah kalau memang ada satu kat belakang umah korang. #silainviteaku

Yang macam sadis @!#$#%%Y^&**(U* - mencarut nih

SUPIRnya!!!!

Yea supirnya...

Aku sebelum pergi banyak baca blog yang pegi Medan ni dapat Supir from hell. Jadi aku pun berhati-hati nak memilih supir di Medan.

Sekali dapat contact kat FB, pakcik tua nampak kat FB tu. So aku yang budget inesen nih pikir kalau tua mestilah akhlak mulia sket kan..

Nightmare hokeyyyy...

Nasib ambik 3 hari je untuk diluar Medan. Lagi 2 hari tu kami gerak sendiri. Gerak sendiri lebih aman....

Ini itinerary 5 hari Medan

Day 0

kawan bawak makan char keaw tiau kg baru..sedap!!!

Day 1

Walaupun naik Firefly yang dapat luggage 20kg free masih nak minimisekan beg. I hangkut dari Tepen dengan bas, ok.
Sampai di Medan. stop tepi jalan ambik gambo nih
Dolok tinggi bukit raja. Start sini Supir tunjuk perangai suster ngesot dia.
.
Day 2
Lepak Danau Toba ni sekejap je. Kalau singgah lama sket nanti supir jerit macam kuntilanak
Sipiso piso waterfall. Aku request nak turun bawah awal2 lagi sbb supir macam haram. Dia kata ok. Tapi bila dah sampai dia ckp tak boleh.. Bab*

Day 3
Highlight trip kali ni (utk aku lah, org lain kena redha..hahaha)
Sandal supir putus kat sini, dia salahkan kitaorg sebab nak dtg sini.
Alhamdulillah ahli trip suka bila dah sampai atas. Siap korek2 sulfur lagi.
Pandai-pandai sendiri panjat sampat puncak sebab supir sibuk kejar group mat/minah saleh

Rasa lega dah bid farawel kepada supir, malam tengok wayang plak. bukan tengok jokowi..

Day 4
Hari ni gerak sendiri ke Istana Maimon. Semalam dah goodbye forever kat supir tu sambil block segala fb yang dia ada.

Singgah solat di Masjid Raya. Kat dalam Masjid ni pun boleh tengok macam2 orang buat untuk kelangsungan hidup..

Aku mmg faberet gila kedai ni. Hari pertama lagi aku dah request kat supir nak makan sini. Hada dia nak bawak? dia bawak makan kat kedai kroni dia pastu ckp jauh. Naik teksi pegi sendiri lagi bagus, atleast tak payah byrkan makanan utk dia kan.. Kedekut me like that bila dah marah...

Nanges tengok..huhu


Malam menkedarah lagi kat Merdeka Walk.

Day 5

Beg aku naik sekilo, walaupun aku tak beli apa2 pun.

Bye2 Medan. Akan aku ban untuk 5 tahun, demi supirnya..
tapi tempat wisatanya memang best!

22 comments:

  1. ko guna supir mana Jea? haru biru sungguhlah kalau supir buat hal huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada banyak nama kat fb, dan byk fb. yang aku deal dia ckp nama dia Ryan.

      memang hantu raya sangat supir tu (walaupun tua), kitaorg req nak singgah solat dia suh kami jamak 4 waktu kat hotel malam karang.. mampuu??

      Delete
    2. patutnya ko bagi berdas Jea biar dia sedar sikit...kalau sampai nak solat pun jadi masalah buat dia mmg tk patut sgtlah...kalau tak nak cari masjid pun, berhenti je kat mana2 pandailah korang nak cari tmpt bersih utk solat kan?

      so far aku tak pnh lagi kena macam ne..tapi ada sorang supir kat medan cari pasal ngan aku lepas aku share last trip aku ke sana kat BBM..aku tak tau kenapa dia meroyan dgn aku;siap pm sindir2 & marah aku...naik anginlah aku..berdas aku bagi..poyo nak mampus..walhal aku dah siap korek perihal dia kat kwn2 aku kat sana...

      Delete
    3. supir ni pun aku ambik kat bbm, tgk dah ada org msia yg guna dia, bdk tu tak komplen pun, aku ingt ok la.

      mula2 tu takut jugak sbb kitaorg syak dia org batak, pastu bila dah lama sket, masing2 pun mulut puaka jugak yg keluar..

      Delete
  2. Wow jea... kalau akak pun rasa nak hempuk je... hehehehe. Ada gambar tak? kasi viral lah. Supaya orang malaysia tidak tertipu kerana dia. Yg tempat warna biru tu cantiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah notie, sbb sakit ati asal ada gamba dia terselit terus delete on the dot. kena tanya kwn2 kot2 dorg ada simpan lagi gambo supir tersohor tu.

      tempat biru tu mmg lawa tp pendalaman sket. supir tu tanak pegi, siap tipu kata journey 10 jam pegi 10 jam balik.. naseb kami degil nak pegi jugak.

      Delete
  3. aku tazabar nak baca story "supir dari neraka" ko nih..kamon jea...cepat2 hupdate hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tumbuh tanduk la ko nak menunggu.

      Delete
  4. Mesti supir tua kebangka ko tu tak sehensem Jokowi... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. supir tu layak dok umah mengisi masa senja beliau je. ni sibuk nak blagak gangster..

      Delete
  5. salam kenal Jea!!! ehh ahahah...salam ziarah..lama x singgah sini..i is BZ kih kih kih

    ReplyDelete
  6. siap entri myanmar 2020? konpem time tu JM dah rabun so dh x leh baca entri tu keh keh keh

    dlm berhati2 tu pun kena gak eh Jea..adusss geram kan

    ya Ampun..mendidih plak darah ni bila baca perangai supir tu...asyik nak salahkan orang pastu menjerit2, gatal ngan minah salleh...aduss..geram...dah kasut ko tu dah buruk itu sbb putus...kita byr kot Supir oi...bukan FREE memang PANGKAH 100x...nanti ko share Jea nama supir ni biar semua org tlg pangkah...geram tul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM busy around the world kan..hehe

      tu lah, kesian jugak ngn kwn2 setrip sbb supir ni sy yg carik dan deal. bila pm baik budi bahasa, sekali jumpa br 5 minit mcm2 putar belit keluar..

      Delete
  7. Supir buat hal mmg spoilt la the whole journey. Sbb dia yang bawak kita pergi mana2. Tapi kalau dah buat perangai gitu, mmg menyakitkan hati jugak!

    *entry myanmar apa citer wei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, dah perangai ntah apa2. bab sesat tak payah cite la, semua tmpt pun sesat, kat bandar medan yg dia ckp tu area rumah dia pun sesat. buleh??..

      entry myanmar terkandas..huhu

      Delete
  8. nice entry...tak sabar nak baca lagi..teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ngarut camni pun nice ke En Din..

      Delete
  9. Hehehe.. Medan memang hantu sikit pak supir dia.. kena bekeras .. tapi better kata stop kalau x sesuai.. yg penting kita happy kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. supir di medan ni something sangat..

      Delete
  10. moigod. aku pun suka wong solo tu. teringat sambal dia yang bikin nanges kat bali.

    supir kuntilanak kau pun jelma lah jadi lampir. fightinggg!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwn2 aku kalau nak umpan aku dtg kl mesti nak mention wong solo, mentang2 takde kat tepen :(

      haha tak payah menjelma, mmg ada bau2 bacang ngn mak lampir dah pun..

      Delete
  11. Salam..tengah mencari blog ke Melbourne..Tak pergi lagi ye..

    ReplyDelete