Tuesday, 3 November 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 17) - Menjelajah New Bagan dengan kawan baru.


Bersambung dari Part 16 - Old Bagan

Sampai guesthouse aku makan megi dalam bilik. Pastu solat. Lepas solat tengok dapat satu bar wifi. Maybe sebab tak ramai orang time ni kot kat guesthouse, tu yang boleh dapat connection wifi kat bilik. Tapi on off jugak la.

Since loading internet pun lambat, aku lepak je atas katil.

Boring dah sebab aku fikir kalau aku tidur petang ni, ada karang aku terjengil je tengah-tengah malam karang, naya je..

Akhirnya aku angkat beg jugak keluar. Lepak depan jalan besar. Makcik sewa e-bike dok melambai, mesti dia ingat aku nak ambik e-bike lagi.

Aku lambai je balik tapi masih tak gerak-gerak.

Dok mencongak mana nak pegi petang nih.

Nak ke New Bagan tu macam jauh sangat dah, kalau dari Nyaung Oo ni naik e-bike mau dalam 40 minit ke sejam jugak, tengok kadar berhati-hati aku nih.

Dan kalau aku pegi New Bagan tu, mesti nak balik nanti gelap dah sebab sekarang pun dah pukul 3 lebih. Kalau ikut aku menapak malam tadi, jalan sini agak gelap tanpa lampu jalan.

Aku ialah si penakut kegelapan..

Tapi macam tak best plak kalau tak pegi New Bagan. Old Bagan dah, Nyaung Oo dah. New Bagan, terkandas..

Sesambil duduk berfikir tu nampak sorang minah saleh singgah kat makcik e-bike seberang jalan. Tapi dia tak jadi sewa, pastu dia jalan lagi ke depan. Kat depan sikit ada beberapa tempat yang sewa e-bike jugak. Tapi kat makcik depan guesthouse ni so far yang paling murah aku riki di Nyaung Oo town ni.

Dah minah saleh tu hilang dari pandangan, aku sambung balik mencongak.

Aku teringat ada beberapa blog yang pegi menyusuri sungai Irawaddy, naik boat/cruise.

Tapi aku dah naik ferry ke Mingun masa di Mandalay tempoh hari. Sejam pergi sejam balik kot atas ferry tu.

Pastu teringat plak, ada map yang aku tengok semalam kat lobby ada mark 'cinema'. Jenis kaki movie ni memang kalau boleh nak hadap jugak walau dimana anda berada..

Tapi bila fikir balik, tak ingat map tu aku tengok kat mana. Ke map kepunyaan salah sorang pakcik mat saleh semalam.

Hampeh..

Tapi aku nekad! Cinema here i come!!

Aku lintas jalan nak ambik e-bike. Aku nak carik panggung wayang!

Ko mampuu??

Aku tanya makcik e-bike. Dia pun confius dengan soalan aku, tapi masih la gigih bagi direction.

Saya pegang direction makcik!

Sudahnya pusing-pusing tak jumpa pun yang nampak macam panggung wayang.

Ke wayang kulit tapi dorang mark cinema? Kat Myanmar ni fames jugaklah wayang kulit / puppets cenggini. Setakat wayang macam tu kat rumah pun dorang buat jadi stage.

Hampa tak jumpa, aku berkeputusan nak balik lepak tengok tv kat lobby. Walau hakikatnya tv kecik tu tak penah pun terpasang. Ntah-ntah rosak.

Sedih betul dalam bilik takde tv.

Elok je aku keluar simpang ke jalan besar nak patah balik aku selisih ngan minah saleh tadi yang dok riki-riki e-bike depan guesthouse.

Aku tegur dia. Tanya dia nak pegi mana.

Dia cakap dia nak pusing Bagan, tengok pagodas.

Jalan kaki??

Rare sangat ni..

Tetiba, ting!! (mentol lampu keluar atas kepala)

Aku usulkan, aku boleh bagi tumpang dia, kalau dia teman aku pegi New Bagan. Hahaha

Carik geng kekdahnya. Aku bagitau gini-gitu pasal Bagan ni dan mengaku terus aku takut kalau balik gelap sensorang.

Dia cakap ok, dia ikut je cakap aku sebab dia pun baru je sampai Bagan subuh tadi, dan dia baru je bangun tido tengah hari ni.

Ok dah ada geng. Jom pegi New Bagan!

Minah saleh ni nama dia aku dengar sekali, tak reti sebut. Pastu aku tanya lagi sekali. Dua kali dah dia ulang tapi aku masih tak dapat tangkap. Jadi aku dah tak tanya lagi...

Tapi bunyik macam Gegeli gitu la nama dia :p

Dia ni French. Dia dalam misi jelajah dunia. Dah 2 tahun on the road.

Dulu kat France dia nurse.

Aku tanya dia kenapa tak sewa je e-bike or basikal? Dia bagitau, dia kalau boleh nak jimat cermat sebab kalau ikutkan fund dia dah nak abes, jadi dia kena low budget supaya dapat panjangkan lagi travelling period.

Kat Myanmar ni je dia stay sebulan. Kemudian dia akan fly to India for second time. Dia suka India katanya sebab tu nak pegi lagi. Siap bagi tips untuk ke India lagi.

Since dia solo female jelajah dunia, aku tanya macam mana dia jaga safety diri sendiri.

Dia cakap, yang penting sekali dia tak keluar malam kalau sorang. Then dia tak party. Tak minum2 sebab dia memang nak jimat je.

Dia naik flight dari Bangkok ke Yangon, befora Thailand dia pegi Malaysia. Di Malaysia dia pegi KL, Penang & Sarawak.

Aku tanya kenapa pegi Sarawak? Sebab kalau pelancong luar kan biasanya pergi Sabah. Eh kita pelancong domestik pun mesti dulukan Sabah, kan..

Dia cakap dia nak pegi Borneo tapi masa tu Airasia yang paling murah ke Borneo adalah ke Sarawak.

Aku tanya best tak Sarawak tu, since aku pun tak penah sampai #pandanglangit

Dia terus tanpa selindung cakap..

"I hate it".

Krik..krik..krik...

Dia rasa macam kena conned kat Sarawak. Ada local bagitau dia tak boleh DIY tour kat situ. Kena hired guide. Dan since dia yang berjimat cermat tu kena bayar agak mahal, dia rasa tertipu.

Dia tanya aku balik, betul ke memang kena hired guide di Sarawak.

Aku memang tak penah ke Sarawak tapi aku rasa takde kot regulation wajib hired guide.

Tapi aku pernah riki pasal Mulu dulu masa trip aku ke Brunei, memang kena ambik tour sebab kalau nak pergi sendiri agak impossible.

Tapi since harga tour tu pun macam kelangit aku cancel nak ke Sawarak dari Brunei, just stay Brunei diam-diam.

Maybe someone here boleh bagi tips macam mana nak pergi Mulu tanpa guna tour?? Pleeeaaasseee...

Aku tetiba segan plak ngan Gegeli ni, aku ubah topik..hahahaa

Gegeli ni lagi best, dia langsung tak tahu apa-apa pun pasal Bagan. Dia berulang kali cakap, dia follow je memana aku nak pergi. Dia tak kisah.

Lorong-lorong belakang. Pasir tebal sini, kadang-kadang campak je e-bike, jalan kaki.
Tapi Gegeli ni jenis nak menghayati.

Aku plak jenis malas..

Jadi setiap pagoda yang kami pegi, kami pisah. Nanti jumpa kat tempat park e-bike je.

Memperkenalkan Gegeli

Back to the past rasanya. Kereta kuda
Menapak ke sini. E-bike tgl bawah pokok mana ntah. Susah nak kayuh kat sini.
View dari tempat tinggi

View lagi

Bersepah pagoda yang ada. Memang tak mampu pergi semua. Kalau yang kecik-kecik tu buat tak nampak je..
Authorities Bagan pun letak no je kat pagodas dorang. Ingatkan aku sorang je tak tahu nama pagoda :p
Manusia pelik nak ambik gambar monk.
Kat satu pagoda ni aku malas nak masuk, jadi aku lepak kat tempat simpan kasut je kat luar. Kat dalam tu ramainya tengah buat hajat/praying.

Malas aku nak pose2 pelancong kat situ. Sesambil lepak tu ada mat saleh tengah pakai kasut. Dia racun aku suruh masuk. Ada lorong kat dalam pusing pagoda tu.

Teracun jugak la aku.

Lepak luar sebelum kena racun suh masuk tengok.
Aku masuk jugak carik lorong yang di maksudkan mat saleh tadi. Bukan lorong apa pun tapi macam something lain jugak la, selalu aku nak panjat atas je.

Donation si prayers
Dah masuk lorong ni, ada sekor anjing dok follow aku. Aku jalan dia jalan, aku berenti dia berenti. Dalam ramai-ramai orang kat dalam ni, aku jugak la yang dia nak follow.

Adakah kejadian Sagaing Hill bakal ada episode 2?

Hujung sana aku nampak Gegeli tengah sengih je tengok aku.

"This dog fancy you"

Aku ada 'bodyguard', ko hadoo??

View dari dalam
Lorong dalam pagoda

Dapat escort lagi
Aku tak perasan mana aku hilangkan anjing tadi, maybe dia yang menghilangkan diri sendiri.

Pastu kami pergi lain-lain pagoda. Dengan adanya geng ni aku taklah takut sangat ikut je jalan-jalan belukar. Ada satu masa tu kami tinggal je e-bike bawah pokok pastu jalan kaki sebab selalu sangat sangkut kat pasir.

Kat atas satu pagoda ni ada group budak-budak lelaki umur dalam 10 tahun gitu jual poskad time aku dok melepak malas nak bergerak. Aku tolak cakap dah beli dah tadi poskad.

View sebelum didatangi budak-budak jual poskad

Zoom sket
"Buy more"

Maaf la adek, ahkak kawan tak ramai..

"Where do you come from?"

Berbasa-basi dah start untuk episod 2, kisah - kalau tanak beli poskad, sila bagi something pada kami, si penjual poskad.

"Malaysia"

"Do you have Ringgit? As sourvenir for us"

Aku speechless, ramai sangat ke Malaysian datang sini sampai budak-budak ni tau matawang Ringgit tu??

"No"

Masa ni aku husnudzon, lagi sekali. Hampeh, memang tak reti blaja dari pengalaman langsung.

Tapi memang aku takde Ringgit pun. Since Ringgit tak diterima kat sini, aku buat emergency fund aku dalam US Dollar.

Aku teringat aku ada 'fake wallet' yang dalam tu aku isi Rupiah.

"But, I have Indonesian Rupiah"

Aku bukak beg keluarkan 'fake wallet' tu. Aku ambik Rupiah tu, ada 10 keping jugak note 1,000 Rupiah. Jadi aku niat baekkkk gile ni nak bagi sorang satu.

First budak terima, yang lain tanak!

Terus dalam benak aku nih berfikir, dorang ni mesti dah expert dalam currency. Dorang tau berapa rate 1,000 Rupiah tu.

Cis, bedebah!

Bukan nak buat sorvenir, nak buat side income ek..

Teringat aku suster ngesot kat Pasar Baru Bandung dulu, ingat lagi kisah aku kena tipu hidup-hidup kat Pasar Baru dulu? Mangkuk hayun tu mintak duit Malaysia, nak buat kenang-kenangan, mintak rm10 ko! Kulit biawak punya manusia..

Naseb Gegeli datang masa tu ajak aku beredar carik port untuk sunset.

Gegeli cakap ada budak yang jual poskad tu fasih cakap French.

Wow, budak-budak jual poskad ni macam-macam kelas dorang ambik untuk dapat lesen jual poskad. Kelas bahasa asing, kelas ekonomi, peras ugut tu mungkin aktiviti luar kelas kot..

Budak pompuan ni jual poskad. Dia fluent cakap korea. Mampuu??

Annoying British tourists. Cakap jerit-jerit, semua nak komplen. Si Gegeli ajak pergi tempat lain, tak jadi duduk sini untuk tengok sunset.
View sisi lain sebab elak cahaya matahari.
Aku dan Gegeli pergi carik port untuk tengok sunset. Pagoda kedua lepas tu baru kami settle untuk tengok sunset.

Nak tengok sunset panjat tangga horror nih. Tingkat paling atas dah full.
Curam nyah..Gayat.

Nampak tu bas berdoyon-doyon..

Otang ramai kat atas sekali. Aku turun satu tingkat lagi.

Semua orang menanti sunset.
Domestic tourists pun tanak kalah.

Get ready..
Get set..
Go! Dah jom balik..
Dari New Bagan kami tinggalkan, masih cerah lagi tapi bila dah sampai Nyaung Oo dah gelap gulita.

Sejuk toksah cita la..

Beku hingus aku!

Aku drop Gegeli tepi jalan pastu aku pulang kan e-bike since kalau makcik e-bike tu tau aku bawak passanger nanti ada extra charges.

Kendian kami pun carik kedai makan.

Untung la jimat cermat si Gegeli ni dia carik yang murah punya local kedai makan. Since situ takde menu yang mencurigakan aku order nasi goreng telur mata. Sedap lahai, maybe sebab dah 2 hari tak jumpa nasik.

Harga pun 1,000 kyat je.

Gegeli cakap dia tak budget Bagan ni luas macam ni, sebab mula-mula dia ingat boleh jalan kaki je nak cover. Dia cakap, esok dia sewa e-bike or basikal untuk jelajah Old Bagan plak.

Aku bye2 kan si Gegeli pas makan tu. Lepas tu memang lost contact terus, since dia pun takde fb or sewaktu dengannya. Travel in peace katanya..

Dia ada bagi emel address dia, tapi haruslah aku dah hilangkan. Teringat emel address si Mamat Barcelona suruh aku add dia kat fb, tu pun aku hilangkan jugak. Kena hired assistant nih..

Aku jalan kaki balik guesthouse cepat-cepat. Rasa macam semua orang pandang aku, wahal takde sapa pun nak pedulik.

Imaginasi aku memang menggunung...

12 comments:

  1. hahaha Gegeli...

    kau imaginasi pun tinggi tu. kau berapa hari kat bagan ni jea?

    ReplyDelete
  2. ya allah tangga tu ... seramm aku tengok
    seb baik view dari atas cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih jugklh panjat tngga demi keriangan berganda..

      Delete
  3. fuh kelas kan si penjual poskad. Terer bahasa antarabangsa. Pagoda banyak-banyak tu buat apa ya...l hehehe sebab nampak banyak tapi orang bukannya ada cuma pelancong je. Kalau di kira agak-agak ada berapa semuanya ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah terer gila bebudak nih.. kalau pegi sekolah mesti bright future kan :)

      ntah la kenapa buat byk2 pagoda/temple ni. Ada lebih 2000 jugalah seluruh Bagan. Tu belum kira daerah lain lg tu.

      Delete
  4. gegeli ni ke yg ko cerita tak berapa nak bergambar smpai ko segan tu? kalau aku jadi pegi sini, masakla nak memanjat temple tu...gayat ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, dia la. Rare sgt tgk dia pegang kamera. Dalam beberapa jam tu ada la 2 kali dia keluarkan kamera, pastu tak ambik gambar sendiri pun. Lebihnya dia menung je tgk view.

      Yg jenis ni daki tangga kat luar, kalau yg daki tangga belah dalam tu takut dia lain mcm plak

      Delete
  5. aku rasa gegeli mmg kena tipu ngn org sarawak...sian ah dia kannn...aku tak dpt byg kalo aku jd dia...mmg aku banned the whole country sbb kan setitik nila tu jer...hehehe

    wehhh stress tgk sunset ko tau....bila laaa haku nak sampei di bagan nih...hehuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..

      ce ko bayangkan terkujat2 aku nak respon..hahaha dem betul

      seb baik la aku ada geng petang tu, kalau tak terjun tingkap aku kat guesthouse tu kebosanan

      Delete
  6. travel in peace..hihi..Bagan ni..sunrise pun cantik, sunset pun cun giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah untung la dia travel lama2 kan

      Delete