Tuesday, 15 March 2016

Itinerary dan budget ke Singapura untuk 2 hari 1 malam

Travelog 2D1N Singapore

Day 1

- 5pagi naik ERL dari Putrajaya ke KLIA2 RM9.40
- Breakfast dimana-mana yang ada kerusi otw tu (bawak bekal)
- Flight JetStar KLIA2 to Changi Airport RM54 (9Pagi)
- Baru nak pejam mata, ejas kerusi, pilot umum prepare for landing..
- Ambik train dari airport ke Bugis.
- Cari makan di Arab street. Jumpa restoren tapi sana jenis nak ambik lauk kena bagitau/tunjuk. nanti dorang sendukkan dan air milo (kureng, maybe kena order milo dino untuk lebih sedap) $6.50
- Check in di Hawaii Hotel, Bugis ($66 untuk triple room, book dari booking.com)
- Naik train ke Harbourfront untuk ke Vivo city. Dari Vivo city keluar kearah boardwalk untuk ke Sentosa Island (jalan kaki)
- Sentosa Island - Free
- Jalan lintas USS sampai ke atas untuk naik skyride (chairlift or whatever nama kat tempat lain) - $11
- Skyride stop di Siliso Beach (nama tanak kalah). Selain skyride boleh jugak naik Luge.
- Since matahari terik dan beach pun so-so je kami patah balik naik shuttle bus no.2 ke USS (free)
- Dari USS tu kami naik Sentosa Express (macam monorel tapi dalam Sentosa je (free) sampai ke Vivo city
- Balik ke Bugis untuk dinner di Arab Street. Mula-mula masuk kedai mamak (penuh sampai keluar dia pasang meja), sekali dia boolayan je kami kat hujung sanun. Pindah masuk plak kedai ayam penyet. Siap request wifi password (satu2nya internet kami sepanjang di Singapore). Duduk la lepak situ 3 jam. Dinner - Free (ada brader dari Brunei yang belanja. Terima kasih belanja walaupun tak tahu siapa & kenapa dia blanja. Semoga beliau murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, Aamiiin..)
- Kemudian kami ke Muzaffar Center di Little India.
- Balik hotel (ke rumah tumpangan..hehe)



Sebelum subuh lagi kami dah kat sini.
Thanks Dzuli yang bagitau ada promo Jetstar ke Singapore
Feeling2 naik Emirates..


Wefie di Changi Airport


Masjid Sultan, Arab Street


Makcik2 Jepun ni request nak bergambar dgn kitaorg..feeling 2 retis gitu.


Street artis


Jalan kaki tengah panas berdenting. Memang mencabar!
Seb baik kekadang tu ada travelator jugak
Mencarik keseronokan
Akhirnya sampai jugak


Lalu depan je


Jalan sampai atas


Since tak pegi Merlion kat Marina Bay tu dapat Merlion Sentosa jadi la kan


Otw ke puncak paling atas Sentosa


Finally, sampai dah


Ada 2 pilihan untuk turun ke beach bawah belah sanun. Luge & skyride
Harga
Kami pilih naik ni
Humang aih, gayat gila tau naik ni. 2 weeks before, aku naik di Great Wall China pun tak gayat camni.
 Day 2

- Keluar pagi-pagi. Since harini hari ahad, Hawaii Hotel tak provide breakfast. Kalau provide pun takdenya berani nak pegi berbreakfast. Jadi kami breakfast sendiri dalam bilik.
- Keluar memang awal gile, gelap lagi sebab nak elak matahari terik (bulehh..)
- Naik train ke Habourfront kali ni destinasi Mt Faber.
- Start dari Marang trail - free
- Trekking route Marang trail --> Henderson Waves --> Forest Walk --> Alexandra Arch --> Floral Walk --> HortPark --> Canopy Walk --> Keluar di Sciene Park (4 jam)
- Since dah malas nak tunggu bas di Sciene Park tu kami tahan teksi ke Buona Vista MRT station $5
- Naik train ke Kranji station
- Naik bas Causeway Link untuk lintas immigration both countries $1.50
- Sampai di Immigration Malaysia, salah tempat carik bas, kami naik bas lain ke Larkin RM2
- Late lunch di Larkin Sentral RM14
- Naik bas dari Larkin ke TBS (KKKL) RM35
- Naik ERL ke Putrajaya RM8
- Bayar parking di Putrajaya untuk 2 hari RM12

Bangun awal gila di hari kedua. Di Bugis Street pun sunyi sepi lagi.
Dalam train pun takde orang sangat
Map Mt Faber. Kami guna Marang Trail.


Map


Route dan estimation time 
Mendaki (saja carik pasal)
Kat Faber Peak ni ada station untuk cable car ke Sentosa.
Jumpa tangga cantik
Selisih dengan ramai yang sedang excercise

Henderson Wave
Forest walk

Forest walk

Alexandria Arch
Hortpark
Hortpark
Hortpark
Mencari jalan pulang ke arah Canopy Walk tapi tak larat dah nak snap canopy walk tu
Naik bas balik ke TBS dari Larkin
 Budget

Day 1
Flight RM54
ERL =RM9.40
Hotel $66 (bahagi 3 = $22) 
Lunch =$6.50
Skyride =$11

Day 2
Causewaylink bus =$1.50
Teksi (bahagi 3 orang) =$1.70
Bas ke Larkin =RM2
Lunch =RM14
Bas Express =RM35
ERL =RM8
Parking (bahagi 3 orang) =RM4
MRT =$13.30~

SG Dollar $56 (rate 2.92 = RM163.52)
Ringgit RM126.40

Total RM289.92

Transport

Kami guna train 7 kali. Kad train tu max boleh ulang2 guna sebanyak 6 kali, nanti dia bagi diskaun/rebet 10 sen camtu la. Jadik la kan.
Tak ingat exact fare tapi let say max $1.90 setiap kali naik darab 7 kali = $13.30 (tolak diskaun/rebet & hilang ingatan exact fare, lagi kurang dari jumlah ni)

Penginapan - Hawaii Hotel, Bugis

- Ada apek tua jaga kaunter. Bagi tuala & sabun. Tapi tualanya kecik dan berlubang-lubang koyak, ntahapaapantah..
- lokasi strategik, dekat dengan Bugis Street & Junction dan Albert Centre (ada gerai-gerai Halal di Albert Centre). Nak pegi Arab Street (Masjid Sultan) boleh jalan kaki je dari sini
- Seberang jalan ada 7e
- Mungkin kurang selesa & ada jugak isu keselamatan disini. Masa kami sampai ada 3 polis tengah soalsiasat dengan sorang guest (warga Malaysia) pasal beg hilang (dipercayai ada something illegal dalam tu). Disebabkan takut sangat kami tak jadi patah balik ke kaunter untuk request selipar dan password wifi.
- Kami ambik bilik triple dan share bathroom. Since bilik kami kedua dari bathroom jadi kami selesa je share kat situ dan takde selisih pun dengan guest lain di floor tu.
- Tilam keras, lantai agak kotor. Solat atas katil je lah.
- Rasanya dah dinding batu takde saluran udara tapi malam-malam ada dengar bunyik2 dari bilik sebelah (takde unsur makhluk halus). Nasib la aku jenis tidur tak sedar diri. Kesian kawan-kawan lain #gelakjahat
- Masa nak keluar lalu kat kaunter ada lagi guest yang kena soal polis tu kat situ. Dia duduk je kat kerusi tepi kaunter. Apek tua tu ada je kat kaunter tu. Guest tu pun nampak macam berada dekat alam lain je.
- Pendek kata cuba elakkan kalau boleh nak menginap kat sini, tapi kalau on budget dan jenis tak kisah, ok je.

Hawaii Hotel, Bugis aka rumah tmpangan kokmeng..huhu
Notes:

Kami pergi Singapore ni kejap je lahai, 2 hari 1 malam je. Jadi ni lah apa yang kami sempat buat kat negara jiran ni.

 Since kami semua penah dah masuk Singapore dan dah pernah pegi USS, jadi kami skip je USS tu. Tapi kami masuk jugak Pulau Sentosa tu sebab nak naik skyride. Masuk Pulau Sentosa jalan kaki je, saja ambik angin. Guna laluan boardwalk dari Vivo City. Dulu nak masuk Sentosa kena bayar (tak ingat berapa) tapi since last year bayaran masuk Sentosa dah dimansuhkan. Tak tahu lah berapa lama.

Lepas naik skyride (boleh jugak naik Luge) untuk pergi ke pantai (Siloso & Palawan). Tapi since pukul 4 petang panas menyalai terus kami naik bas percuma ke depan USS dan dari situ naik tram keluar ke Vivo city (percuma). Tak larat dah nak jalan, lapar lagi somemore.

Cari dinner kat Arab Street (free, sebab ada hamba Allah yang baik tolong bayarkan makanan)

Lepas dinner kami pergi cuci mata kat Muzafar Center, Little India.

Hari kedua kami bangun awal sebab nak trekking di Mt Faber (percuma). Ini kali kedua aku trekking kat sini, dulu datang pakai jeans dan selipar je jadi tak cover abes. Kali kedua ni siap dah sport shoes dan seluar track (busuk-busuk lintas immigration pastu :p ). Trek cantik dan selamat. Alhamdulillah dapat dah cover habis trek situ. Terima kasih, saya takkan datang lagi. Berpeluh ketiak..

Tengahhari terus gerak ke Immigration dan singgah Larkin Sentral (beli tiket bas ke TBS, makan dan solat). 

4 comments:

  1. Aku singapore pun xsmpi lagi. uwaaa nk p uss. gigih jgk korg 2d1n pon boleh. malaysia boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pasti boleh!

      penat weh, flight pagi2 pastu mcm zombie ha jalan

      Delete
  2. Next time roger aku... he he he...

    ReplyDelete