Wednesday, 23 March 2016

Jea ke Korea ~ Sogang University


Alkisahnya aku pergi Sogang University ni sesaja jenjalan je lagipun dekat dengan guesthouse aku duduk di Sinchon ni. Jalan kaki je.

Tapi ada jugak la niat nak tengok padang Sogang University ni yang ada dalam Runningman episode 147. Episode Flowerboy athletic competition, guests Kim Soo Hyun dan Lee Hyun Woo.

Alah yang last sekali dorang main tarik tali 3 penjuru dengan 300 students dari Sogang University ni.

Terkesan jugak la tengok Runningman ni kan. Kadang-kadang tengok cerita-cerita gini boleh bagi idea untuk plan trip kita kan.

Apatah lagi kalau tengok 2 days 1 night.

Main entrance Sogang University

Be as proud of Sogang as Sogang is proud of you

Map 

Albatross Tower

Aku gugel maksud Albatross. Tak tahu kenapa tower ni dinamakan Albatross.


albatross

 (ˈælbəˌtrɒs)

1. (Animals) any large oceanic bird of the genera Diomedea and Phoebetria, family Diomedeidae, of cool southernoceans: order Procellariiformes (petrels). They have long narrow wings and are noted for a powerful gliding flight. Seealso wandering albatross
2. constant and inescapable burden or handicap: an albatross of debt.
3. (Golf) golf a score of three strokes under par for a hole

Sombong gila aku panggil buat derk je..
Berbalik ke cerita Sogang University ni, dah masuk tengok lahai keciknya University ni.

Tak sampai 10 minit jalan aku dah sampai hujung-hujung dah.

Dalam kawasan university

Dan tentunya berjumpa la padang tersebut yang diberi nama Sport Ground.
Sport Ground

Aku nampak ada building di sebelah padang ni aku pun masuk sebab nak ambik gambar dari atas, biar semua pun nampak.

Tetiba time tu dalam pukul 10 pagi, students baru habis kelas kot jadi penuh la tangga situ. Aku sorang je nak naik yang lain semua pun turun.

Jalan sambil tunduk..haha
View dari tingkat 2. Nak naik sampai bumbung macam cameraman Runningman tak boleh la plak..haha
View tepi

Dah turun tu aku jalan ke Gonzaga Hall. Kat sini macam center tempat lepak-lepak, cafes dan kedai buku. Kecik lahai, aku rasa Menara kat Uitm Shah Alam tu lagi besar.
Gonzaga Plaza
Disebabkan dah sampai hujung aku pun fikir baik aku baliklah. Jadi aku tengok balik kat kamera map yang aku snap di main gate tadi. Nak tengok route lain ke boleh balik, tak payah aku patah balik ikut route yang sama ke main gate.

Tengah godek-godek kamera tepi pintu kaca kat Gonzaga Plaza ni, ada student nak keluar tapi aku block pintu. Hehe

Dia cakap Korea pastu aku tengok dia, baru aku perasan aku tak sengaja block pintu tu.

"Oh, sorry"

Beralih la sikit bagi dia keluar.

Dia stop depan aku, tengok aku pegang kamera dia mesti dah syak aku bukan student sini. Warna kulit pun tak sama, eh..

"You're not student here?"

Aku cakap la aku jalan-jalan tengok university orang je.

Pastu dia pun offer naik jadi guide aku. Baik gila la budak ni. Nama macam biasa la aku tak dapat tangkap, tapi dia suh panggil dia Joon.

Bagus ni ada guide plak tetiba. Masalahnya aku dah nak balik.

Aku cakap kat dia aku dah nak keluar dah pun. Dia cakap ok, dia escort aku keluar..hahaha

Suka hati ko lah labu..

Dah terborak dengan dia aku pun tercerita pasal episode Runningman kat Sogang University ni. Aku tanya la dia kot-kot ada termasuk dalam tv ke..hihi

Dia cakap dia tak masuk pun lagi Sogang University masa tu. Episode Runningman tu tahun 2013.

Eh, dah lama dah ek..hahaha

Statue ibu bapa dan anak. Si Joon ni awal-awal mengaku tak tahu apa2 pasal statue ni. Aku pun tanak tahu..hehe
Si Joon bawak aku ke bangunan kelas dia. Kat tepi Gonzala Plaza ni tapi bukan building yang aku naik tadi. Ada students dalam kelas tu jadi aku tak ambik gambar pun. Segan Ya Rabbana. Rasa nak berlari keluar pun ada.

Pastu si Joon ni cakap jom ikut dia, dia tunjuk view cantik ambik gambar Sport Ground, katanya. Aku pun ikut jelah.

Sekali kena panjat kat hutan belukar ni.

Shortcut katanya
Aku ni naik Achasan Mountain lagi ke..
Ok lah dapat view padang..hahaha
Statue Founder Fr Theodor Geppert, S.J. 
Administration Building
Joon cakap jom ikut dia, ada satu tempat lagi dia nak tunjuk. Wajib pergi tengok katanya. Aku pun follow beliau.

Bila sampai sini dia pun, "welcome to Rio!" hahaha

Tinggi tangga nak kena daki nak sampai Brazil nih..
Youth Plaza. Ni dah kat main gate dah.
Aku berpisah dengan Joon kat gate. Dia ada kelas lagi pasni. Sebelum berpisah aku tanya kenapa english dia bagus sangat, rupanya dia pernah duduk kat US dulu 2 tahun.

Sogang University
Direction : Sinchon Station Exit 6 pastu jalan straight je sampai jumpa main gate.
Otw balik ke GH ni aku dah tak guna jalan kat underground subway lagi dah. Aku lintas jalan je sebab dah nampak building Hyundai Dept Store tu. J Guesthouse kat belakang tu je. 
Seberang jalan Hyundai Dept Store ada Spao. Saja je lalu nak tengok anak-anak ikan aku, eh..
Aku duduk di J Guesthouse Sinchon
Perlukan guide di Seoul dan sekitar boleh whatsapp 0143622157
Like facebook page ni for more interesting place in Seoul and around.

Tadi aku pergi cari Halal Mart di Mapo. Berpeluh gak la ketiak mencarik.. Will update about that tomorrow.

                       



6 comments:

  1. hebat sungguh penangan Runningman, kan Jea? Aku sendiri pun suka list tmpt2 menarik yang derang singgah pastu pasang angan2 nak singgah sama...btw, ne berapa lama ko kat korea? kotlah tetiba kegilaan aku datang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu nama dia pengaruh tv. aku suka lagi tmpt2 2days1night tp tu ceruk mana dorg pegi..

      Aku takde tiket balik pun lg. tgk la rs nak balik, aku balik la. moh le weh. boring dah aku usha mamat2 kat gh ni sensorg je..hahaha

      Delete
    2. hahaha

      2d1n tak semua episod aku boleh layan..kekadang rasa mcm bosan pun ada hehehe..cuma satu pengaruh 2d1n yang aku nak cuba, glamping..jom, jea kita try hehehe...

      Delete
    3. glamping tu benda alah apa? aku ok je (wlaupun tak tahu) haha

      Delete
  2. Awat tak selfie dgn Joon jea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selfie kat henpon dia. Aku takde henpon.

      Delete