Tuesday, 29 March 2016

Jea ke Korea ~ TERnampak Eric Nam

Hahaha saja je aku tulis TERnampak tu, sebab nanti cakap aku kaki kpop plak, eh..

Kalau malam di hujung minggu aku suggestkan silalah ke Hongdae untuk tengok street performance. Memang happening giller lah kat situ. Kalau aku rajin nanti aku tulis post pasal Hongdae tapi kalau aku malas korang tengok jelah video salah satu group yang perform kat jalanan tu - Jea ke Korea (fb page)

Sambung balik, dari dalam bilik aku di J Guesthouse Sinchon ni aku dengar orang menjerit-jerit. Aku pun kebetulan masa tu ada roomate student Yonsei University yang terlepas flight nak balik Jepun. Aku tanya dia, apa yang bising-bising tu?

Dia jawab "festival'

Memang tak betul sungguh aku tengok minah ni...

Aku pun boring la hadap muka dia dan aku pun memang malam hujung minggu tu aku nak pegi Hongdae, jadi aku keluarlah awal sket, sesambil tu boleh la tengok 'festival' yang dok terjerit-jerit tu kat belakang guesthouse ni.

Keluar dari J Guesthouse aku ternampak banner Eric Nam fan signing. Hahahaha since aku tau Eric Nam sebab aku penah tengok dia dalam Runningman, aku rasa worth it nak usha beliau.

Selalu orang tanya kan, pegi Korea tak jumpa retis ke..

Sebenarnya aku tak tengok kdrama dan artis kpop aku tau Suju, Exo dan Beast je. Yang lain tu tahulah sket-sket asal lepas borak dengan kawan-kawan.

Aku pernah nampak scene kejar artis dekat Incheon Airport dan pernah jugak jumpa shooting artis bergames dijalanan dengan 2,3 kamera follow beliau. Tapi tu lah, aku tak kenal, jadi aku pandang sepi jelah..

Semalam pun ada artis buat show kat sini tapi artis yang kureng glamer la, aku dah lupa nama dia dan memang aku tak penah tau pun kewujudan beliau jadi aku tak snap pun gambar beliau.

Tapi sebab aku tau Eric Nam ni dalam Runningman jadi aku nak jugaklah tengok live. Dia baru je release album dan ni aku tak tahu kenapa ada fan signing secara outdoor.

Aku snap la beberapa keping gambar pastu aku beransur ke Hongdae. 

Sejuk pun yea..










Need a guide in Korea? Whatsapp +60143622157
Like this fb page - Jea ke Korea 

17 comments:

  1. Haihh sebaik bukan ERIC MUN!! Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eric mun kalu aku bersila kat depan stage :p

      Delete
  2. klu Song Joong-ki aku sanggup weiiii...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana kelas jongki nak fansigning kat luar sejuk beku ni..huhu

      Delete
  3. Replies
    1. eric leong busy ok, pegi carik dia kat yun nam..haha

      Delete
  4. Replies
    1. Takde minat pun. 5 minit je saya tgk..

      Delete
  5. Ok laa eric nam..glamer gakk
    Tp jea, meh kite doakan, semoga bibie karim x jumpe sape2 nanti kt korea!
    *gelak jahatt! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tu mata hawk ok.. hahaha

      Delete
    2. Memang xjumpa sesape pun!! Aku jumpa rerupis Jea je.

      Delete
  6. Eric Nam sapo plak? Gang Nam hair care kah?

    ReplyDelete