Wednesday, 27 April 2016

Mingalabar Myanmar ~ (Part 19) - Bagan to Nyaung Shwe (Inle Lake)


Alkisahnya aku pun dah tak ingat sangat dah, terpaksa aku bukak balik album trip Myanmar ni nak recall... 

Pagi tu aku bangun awal, hari-hari pun bangun awal. Aku turun ke lobi tengok staff dia dok tidur lagi kat kerusi kayu-kayu tu. Dah la sejuk lahai.

Kebanyakkan dorang keja kat Myanmar ni kalau yang biasa aku tengok tu memang dorang akan tidur kat tempat kerja dorang. Pekerja tol pun ramai yang tidur di tol gate booth je. Kalau korang lalu kat tol di Myanmar ni panjangkan leher tengok belakang tu siap ada tilam, beg AF dengan periuk belanga.

Pukul 6.30 pagi. Pintu tutup lagi, kemudian staff semalam datang dari belakang kaunter. Dia suruh aku pegi belakang dulu breakfast.

Since bas aku pukul 7.30 pagi, dari stesen bas kat mana pun aku tak tahu, aku macam berteka-teki. Sempat ke kalau aku pegi breakfast dulu? Nanti pick up datang pastu tengok aku takde, tak ke kena tinggal nanti..

Staff tu cakap sempat, jadi aku pegi la breakfast dulu.

Aku orang first pagi tu kat dapur. Ada pakcik tua ni tengah kemas-kemas meja. Kesian plak tengok dia kurus kering je, masih kuat bekerja.

Pakcik tu pun terkejut tengok aku tetiba datang dapur pagi-pagi gini.

Aku tanak kacau pakcik tu aku terus pegi dapur tempat dorang masak. Ada 2 budak perempuan tengah sibuk kat dapur.

Aku bagitau dorang aku nak toast je. Tak payah susah-susah, lagipun nasi dorang tu aku takleh terima..huhu

Kemudian aku cepat-cepat pegi depan guesthouse tunggu pick up.

Lama aku menunggu. Dalam tiket tulis bas pukul 7.30 pagi, tapi dah 7.40 pagi aku masih kat situ lagi. 

Resah, gundah gulana aku..

Nak kena tinggal dah ke ni aku nih..

Staff yang tadi tu tak berani dah tegur aku, sebab mata aku fixed ke arah sebelah kanan jalan. Tapi dia confirmkan yang pick up tu belum lepas lagi.

Tak lama kemudian ada satu lorry pick up berenti di guesthouse depan. Aku tengok staff guesthouse yang sama-sama teman aku tunggu pick up ni. 

"There. Your pick up"


Lorry tu berenti di seberang jalan. Aku pun lintas. Sekali pick up memang penuh. Penuh ngan mat/minah saleh. Atas bumbung pun penuh ngan beg-beg.

Sudah..

Macam mana aku nak naik nih. Nak hulur tangan pun tak muat. Since guesthouse aku stay ni kat starting Nyaung Oo town, nampaknya aku memang last la dorang pick up. Mesti pick up ni pergi ambik orang di New Bagan dulu pastu Old Bagan, last sekali baru datang ke Nyaung Oo.

Aku diam je kat situ, pastu ada sorang minah saleh ni bangun clearkan ruang aku nak panjat, pastu dia tarik kerusi kecik bawah seat pick up. Dia duduk kat tengah-tengah. Dia hulur satu kerusi kecik tu kat aku. Aku duduk sambil kepit beg celah-celah kaki. 

Memang sendat! Rasa macam sardin. Aku mengadap ke belakang pick up. Mengadap luar untuk oksigen.

Dah setel pastu, pick up pun gerak. 

Aku tengok jam dah dekat pukul 8pagi dah.

Aku tanya makcik saleh kat sebelah aku pukul berapa bas dia, since aku duduk pun berlanggar-langgar dengan lutut dia.

"We all very late" pastu dorang gelak-gelak.

Halfway tu pick up berenti lagi, kali ni local plak. Laki bini dan anak perempuan dorang. Plus karung guni lagi.

Bertabah jelah..


Dah sampai di stesen bas rupanya semua dalam pick up lori tadi akan naik satu bas yang sama. Aku simpan beg aku di bawah dan naik cari tempat duduk kosong. Jenis free seating bas ni dan tak secantik bas express yang lain.

Ada british 4 orang masa tengah bas berhenti tu dorang sempat lagi gaduh pasal trip dorang. Ingat kita je jenis sakit hati dengan travel buddies kan. Jenis omputeh ni sound direct je terus. Bertubi-tubi berbalas pantun. Tak sempat jua lagi dah disahut nak membeli. Elok je bas gerak dorang diam. Pastu baik terus siap offer-offer cookies lagi. Eh tak paham la aku..

Bas dari Bagan ke Nyaung Shwe ada 2. Satu perjalanan siang lagi satu perjalanan malam. Aku baca cakap condition jalan agak teruk jadi aku terus pilih perjalanan siang. Ada jugak aku dok usha-usah internet ada nampak news yang ada bas terjun gaung, jadi aku terus pilih perjalanan siang. 

Dari Bagan ke Nyaung Shwe (Inle Lake) mengambil masa 7-8 jam dengan kenderaan darat. 

Boleh tengok Zara & Fadh, dorang naik minibus. 

Aku naik bas express biasa dan keadaan pun takde lah rundown sangat. Selesa je bagi aku. Bas berhenti 2 kali, mula-mula tu stop lunch, yelah dah gerak pun lambat kan. Pastu berhenti kali kedua untuk pergi tandas. Tandas bersih. Ada satu restoren kat tempat bas berhenti lunch tu toilet dikhaskan untuk foreinger je. Bila aku pun join beratur kat situ mula la pakcik yang jaga tandas tu pandang semacam. Nak kata aku Myanmar tak sedar diri la tu, eh..

Layan gambar view sepanjang perjalanan 7-8 jam dalam bas saja..

masih dalam town
anak-anak homeless
toll. yang tu bukan toll gate boy, tu staff bas(konduktor) dia turun bayar manually :)
sunflower field

buat jambatan
datang time sejuk pun kering kontang tali air. kalau datang musim lain mesti lg dahsyat
kaum hawa tengah buat jalan. mereka memang gagah!
sekolah. sama macam sekolah kat kemboja je keaadaannya

budak sekolah
tanah kering
bukit batu kapur? kalau salah sila betulkan
Dari dalam bas boleh tengok ada kawasan yang korek batu kapur, jadi nampak la dorang process kat sungai pastu tengok keadaan berhabuk putih memenuhi segenap kawasan rumah. Atas bumbung, atas pokok semua putih-putih belaka. Mungkin sebab kenderaan yang lalu lalang di kawasan sini.

perusahaan batu kapur
kawasan dah start berbukit. aku terus jadi celik tengok gaung-gaung dan sungai kat bawah
sungai nun dibawah
tebing jalan pun sungguh tak membantu

gini je tembok penghalang terjun gaung dia 
kawasan tanah tinggi dah, semua orang kat sini dah berwinter jaket berbaju tebal
bas express yang aku naik, stop kat rnr pertama. lunch time. tapi aku lepak bawah pokok je
pastu datang beliau pow biskut tiger aku.
perjalanan disambung di kawasan tanah tinggi 
dupdapdupdap lalu sini

rnr kedua. semua turun cari toilet
sambung perjalanan lagi
view gunung ganang super cantik
teringat sabah bila lalu sini.
dah masuk area Kalaw
bas drop separuh penumpang di Kalaw. Aku nampak ada kedai makan halal kat sini.
toll Kalaw
Start dari Kalaw ni jalan dah start landai dan view pun dah ohsem sangat dah. Tengok keadaan muka bumi dia buat aku terpikir kenapa aku takde plan nak trekking kat sini?

Maybe trekking dia yang makan hari dan maybe agak susah bab-bab makan dan tido ni, aku belum cukup adventurous lagi.

Bila terpikir camping... hmm 

Mungkin tidak..

Tapi kalau ada kawan-kawan yang aura positif, mungkin one day aku nak jugak join!

jenuh aku telek menatang apa kat bukit tu..hehe
view ohsem 1
view ohsem 2
view ohsem 3
view ohsem 4
view ohsem 5
View semua dari dalam bas yang bergerak je. 

Ok sebenarnya masa lalu kat sini aku dah nekad one day aku nak ripit Myanmar, just untuk trekking Kalaw ke Nyaung Shwe je.

Ayuh kawan-kawan!

Kalau aku sorang memang tidak ler..

bila nampak sign ni aku yakin dah nak sampai dah ke Nyaung Shwe. Heho airport adalah airport terdekat kalau nak fly ke Inle Lake
nampak air ni aku speku tali air ke Inle Lake la apa lagi kan. kematu dah bontot dok dalam bas lama-lama nih
langit super clear, Alhamdulillah
Aku dah excited nak sampai, bas pun bergerak perlahan di kawasan pintu masuk Nyaung Shwe. Tetiba ada 2,3 orang budak lelaki naik atas bas.

Silalah bayar tiket Inle Zone yang berharga usd10 atau euro 10. Pilihan ditangan anda nak bayar ikut currency mana. Pandai la plak dorang guna currency luar nih.

Aku takde usd mahupun euro jadi aku bayar guna kyat jelah. Tapi kena top up extra la sikit.

Sedih takleh nak mengelat..

Pastu aku perhatikan memang takde sapa nak check dah tiket nih. Hampeh tol..

Kalau nak tau macam mana nak mengelat sila tanya Ustaz Afif. Tak tahulah dia dah update ke belum trip Myanmar dia. Aku tengok blog dia lama sangat dah cuti maternity leave, eh..

tiket masuk inle. punya la aku jaga siap letak dalam plastik lagi takut basah. nan hadoo nye orang nak check pastu..
Bas pun berhenti dan semua orang turun. Beg dorang dah siap keluarkan dan letak kat tepi. Aku orang last ambik beg. 

Sebenarnya aku tak tahu mana nak pegi ni. Staff guesthouse di Bagan dah bookkan untuk aku bilik di Remember Inn tapi celah mana Remember Inn pun aku tak tahu. Gitulah kalau dah dasar pemalas kan, rasain lorh..

Ada satu tuktuk yang penuh dengan pelancong turun bas tadi dah blah. Pastu ada brader ni approach aku tanya dah ada penginapan ke belum, kalau takde nanti dia bawak kan pegi cari.

Aku cakap kat dia aku dah book Remember Inn. Ok dia cakap nanti dia hantar. Aku tanya dia jauh ke? Tak best la jauh kan, aku nak yang dekat-dekat kawasan tali air ni je.

"Far"

Dem!

Aku percaya la dia cakap jauh, pastu dia cakap, naik tuktuk nanti dia hantar kan. Bayaran aku tak ingat, maybe around 1,000-1,500 kyat je.

Dalam tuktuk aku ada 4 omputeh bergaduh dalam bas tadi dan sorang pakcik dari Australia. Jauh dia bawak kitaorang masuk kedalam. Memula tu hantar 4 orang ompueth ni dulu. Resort dorang memang cantik dan besar dan jauh!

Aku syak aku punya lagi jauh la..

Pastu hantar pakcik Australia plak. Pakcik ni tak book memena lagi so driver tuktuk ni rekemen kat dia ngan tempat ni. Dia turun check dulu pastu suka, siap ajak aku stay situ jugak.

guesthouse untuk pakcik australia
beg aku ngn beg pakcik australia tu, rupanya bawah kerusi tu besar gila beg dia punya jugak.
Tinggallah aku sorang, macam tak biasa. Mesti aku last jugak kan..

Pastu dia pusing punya pusing, aku rasa, eh kenapa macam dekat tempat aku turun bas tadi??

'Far' kepala hanggok ko la kan, dekat-dekat tempat bas turun tadi je! Kiranya aku lah yang patut ko hantar dulu tadi kan.

Jauh ko pusing nak tunjuk punyalah 'far' kat aku kan.

Kesalahan newbies bila travel..haha

Padan muka aku...

3 comments:

  1. Baru update Inle Lake ek? Yeap, view dari Bagan ke Inle Lake mmg lawa! Especially passing through Kalaw area. Tak dinafikan! Since we all naik minibus, driver hantar semua passenger kat depan hotel yang kita book. Btw, Nyaung Shwe tue tak besar pun. We all pusing2 naik basikal hari tue sekejap jek. Lagipun tersusun jalan dia, senang nak pusing2.

    ReplyDelete
  2. omputeh marah marah tak simpan dalam hati ..
    kot ..

    ReplyDelete
  3. Patut la nk dtg sini.. nama ku di seru hahahaa.. aku dah update onwer sil dtg baca :P

    ReplyDelete