Saturday, 30 April 2016

Mingalabar Myanmar ~ (Part 20) - Penginapan di Inle Lake, Remember Inn, Nyaung Shwe

12 Jan 2015


Bangunan utama Remember Inn. bilik aku kat belah taman sana. paling atas tempat breakfast
Remember Inn, Nyaung Shwe

Address:
Haw Street, Nandawon quarter,
Nyangshwe (Inle Lake),
Southern Shan State,
Myanmar

Phone: +95 081 209257, 09 521 4070 , 09 49 360044
Fax:    +95 081 209257


map. dari yang bulat oren tu tempat bas dropkan aku tadi. yang kaler biru tu tali air ke Inle Lake. Remember Inn yang no,4 tu.


directori
remember inn sebelah kanan dari main road
(bus station)
Since today birthday aku, jadi aku ingat kat Nyaung Shwe ni aku nak up la sket penginapan aku. Treat diri sendiri kekdahnya.

Aku tak tahu jenis bilik aku ni apa. Superior kot. Dapat harga 30,000 kyat pernight. Oklah tak lari sangat budget since hari-hari sebelum ni aku dah dapat bilik murah je.

Dah sampai Remember Inn aku pergi ke lobby untuk check in. Aku di check in kan oleh bini owner. Selalu tengok orang Myanmar ni kurus-kurus je tapi bini owner ni sihat plak orangnya. Belum tengok anak-anak lagi. Tapi jenis anak-anak orang kaya ni spoil abes. Jenis membuli je. Rasa macam nak tangankan anak orang je time tu, eh..

lobby check in. tangga ke atas untuk ke tempat breakfast.
Staff Remember Inn ni aku rasa 90% budak-budak perempuan. Ada la aku nampak sorang dua lelaki. Yang budak-budak perempuan ni la yang mengangkut beg guests dan buat itu ini. Yang nak kena dibuli dek anak-anak sehat owner pun dorang jugak la.. eh ter emo plak..

Masa check in tu aku dapat segelas air betik. Tapi sebab aku overdose penat naik bas dan diperkotak-katikkan oleh si driver tuktuk, aku mintak bawak ke bilik je air betik tu. 

On the way tu tumpah plak kat kasut separuh gelas. Dem sungguh!

dari lobby keluar lintas taman untuk ke bilik aku
Bilik aku ni jenis lot gitu. Dan aku dapat corner lot depan taman. Terkejut aku dapat bilik gini dengan harga 30,000 kyat.

bilik aku pintu belah kanan
Siap ada chandelier sebijik. Terkejut omak, omai aku mampu duduk bilik gini dengan duit sendiri..hahaha

katil yang besau
tv wajib on 24 hours
belah kanan pintu masuk, belah kiri pintu toilet
toilet & shower
Lepas settledown buat yang wajib, aku gerak keluar balik. Saja nak tengok keliling dan usharin bot untuk tour Inle Lake esok.

Yang pastinya sejak sampai tadi aku takde idea kat mana Inle Lake ni. Kata besau nau, mana ni aku tak nampak pun.

Pastu nak pegi claim tiket bas balik ke Yangon esok yang telah dibeli di Guesthouse di Bagan tempoh hari.

Aku pegi main building pastu nampak map kat tepi building ni. Ok lah nampak gambaran kasar sket. Tapi masihlah takde lake..

map Nyaung Shwe
Aku masuk dalam jumpa bini owner guesthouse, aku bagitau dia aku nak pergi Odyssey office untuk ambik tiket bas aku. 

Bini owner  tu pun bagitau macam mana nak ke Odyssey office tu, dia cakap jalan kaki pun ok, since kalau nak sewa basikal pun dah lewat sangat dah ni, rugi je.

Kemudian aku nampak pasal sharing boat untuk Inle Tour kat board. Dia bagitau kalau aku nak join aku tulis nama kat situ atau esok pagi aku tunggu kat situ kul 9pagi. Satu bot kos dia 18,500 kyat. Aku tengok dah ada 2 nama Korean kat board tu. Jadi kalau aku join, 3 orang bahagi la 18,500 kyat tu kepada 3 orang.

Tapi aku tak tulis pun lagi sebab aku tak tahu apa yang aku nak lagi masa tu, maybe aku nak mencarik sendiri bot di Inle Lake nanti. Masa tu tak tetap pedoman lagi...hahaha

keluar dari Remember Inn belok kiri jalan straight je mesti terus sampai ke tempat bas turunkan aku tadi.
tapi aku saja belok kiri, sebab dari map tu nampak lebih dekat
ada wat di dalam perjalanan
gini je jalan tak bertar. ni dah masuk bandar sket. aku jalan kaki je ni
Odyssey office. ambik tiket kat sini. esoknya pun naik bas kat sini
Aku jalan kaki ikut direction bini owner Remember Inn tu. Berjumpa jugaklah aku dengan Odessey Office ni. Dapat tiket pastu dia offer pick up plak. Kena bayar 1,500 kyat.

Aku pun terima jelah, sebab takdelah dekat sangat pun dari Remember Inn pastu pikir nak angkut beg lagi.

Dah bayar duit pick up aku tengok map, jumpa tali air tu aku ingt nak p situ dulu lah. 

gini lah rupa tali air nak ke Inle lake. Inle lake nun disana seteraight lagi, naik bot..haha tak boleh nampak Inle lake dari sini yea, Jea..
hotel betul2 depan tali air
Sampai kat tali air tu baru aku tau yang itu laluan kalau nak ke Inle Lake. Inle Lake nun jauh kesana. Naik bot dari tali air tu dulu untuk ke tasik sebenar.

Hahaha gitulah kalau dah bengong abadi...

Ada makcik-makcik kat situ yang dok promote bot untuk tour esok. Satu bot dia charge 21,000 kyat. Boleh share la berapa orang max to 6 people.

Bot pun cantik ada kerusi dan life jacket.

Aku tanya dia adatak tour sekarang ni untuk sunset.

Sunset hogah ko makcik tu jawab. Dah maghrib ni lagi mau tanya sunset kan..hahaha

sign pasar malam
pasar malam yg mengecewakan sebab aku takleh beli apa2..hehe
Sudahnya aku pun patah balik ke jalan yang benar. Dah gelap dah, pastu nampak plak sign pasar malam. Pasar malam yang membuli. Banyak sangat makanan yang dijual buat aku teringat aku tak makan apa pun for today. Nak makan biskut tiger kat rnr tadi pun dah kena pow. Nak minum air betik pun dapat separuh je.

dapat ice cream je today
Aku singgah kedai runcit beli ais krim milo, makan sambil balik Remember Inn. Walaupun dah gelap aku rasa ok je selamat sebab ramai je orang lalu-lalang dalam perjalanan balik.

Since Myanmar ni birthday trip aku, sapa yang whatsapp aku wish birthday aku mntak address dorg dan poskan poskad ni. since memang dah ada kan..


Esok pagi-pagi aku bangkit terus pegi dapur. Lapar yang membuak-buak tak makan seharian semalam. Sekali dapat menu rasa nak semua je, tapi dia bagi pilih satu je. Sedih!


pilih menu mana nak. Aku pilih no 5. nak nasik, please, Burmese style.


lepas ambik order aku dia bagi jus strawberi ni. aku nampak kat dapur tu dorang blend strawberi ni. segar dari ladang!


nasi goreng yang bapak lahai sedapnya. tengok jus strawberi aku dah abes sekelip mata


p/s : jeles ngan Fida Jacob yang dekat Myanmar sekarang.

10 comments:

  1. Apasal lah pisang macam dah lisut je. hehehehe Wah bestnya celebrate birthday di obersea. Hapey belated birth day jea.

    Jus betik sedap tak? Tak pernah pulak minum jus betik mesti rasa betik kan bukan rasa oren. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah-buahan sedap sentiasa kat sini.

      confirm rasa betik! hahahaha

      Delete
    2. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Hahaha jeaaa. Jenuh la hai duk browse one by one semua entry mynamar tapi mmg tanampak pasal inle lake! Sobs. Ni baru balikkk and mmg sedap tol kopi JJ express tu...Smpai p tanya diorang pakai kopi ape. Bleh. Then diorg bawak beli instant coffee tu. Dap err!! Hahaha... Thanks for your tips and tricks bebeh!

    ReplyDelete
  3. mewahnya nampak bilik..
    ko bukak tv 24 jam.. takut ehhh??! :)

    ReplyDelete
  4. Apa pasal aku komen tak kuar apa2 hahaha... Ke aku dh kene block dri kene komen kat sini? Hahaha..

    ReplyDelete
  5. Mewah makanan pagi ko tu.. dpt nasi .. aku dpt telur goreng dgn roti bakar dgn jem je.. ada teh dgn jus pastu pisang warna merah hahaha

    ReplyDelete