Wednesday, 13 April 2016

Winter in China ~ Ringkasan perjalanan selama 2 minggu


takdelah nak update sangat trip ke china kami berdua pada januari yang lepas. trip selama 2 minggu, fly on 11 januari dari klia2 ke beijing dan balik melalui changsha pada 25 januari 2016.

route yang kami ambik adalah gabungan antara travel buddy aku dan route aku sendiri. travel buddy aku nak beijing dan harbin. aku nak zhangjiajie dan fenghuang. 

jadi bila digabungkan dapatlah transit sekejap di xian dan kami jugak dapat pusing-pusing bandar changsha on the last day. kaklimah memang suka sangat la dapat p changsha nih..hihihihi

maka wujudlah perjalanan kami 

BEIJING - HARBIN - BEIJING - XIAN - ZHANGJIAJIE - FENGHUANG - CHANGSHA

Route perjalaanan kami.
sebenarnya malas nak tulis panjang-panjang (macam tak biasa kan..) jadilah cerita melalui gambar jelah yea..

laptop aku tang keypad shift tu rosak so aku guna semua huruf kecik lah sebab tak biasa nak pakai shift belah kanan tu. janggal..

kami fly dari klia2 on 11th januari 2016 dan touchdown beijing airport pada pukul 1 pagi 12th januari. jadinya pada malam tersebut bergelandanganlah kami di epot beijing yang kedekut taik idung masin nak pasang heater tu.

hari kedua

summer palace - hari ketiga

hari ketiga tu malamnya kami bergelandangan lagi, kali ni di beijing railway station plak. malas nak up gambar gelandangan kalah rakyat tempatan, biar up yang lawa-lawa jelah..hahaha

alkisahnya kami ni bercadang nak beli tiket tren secara walk in saja di beijing railway station. pastu bila ahkak syieda aka blogger cantik update masa dia kat china (dia pegi awal sebulan dari kami), dia berjaya beli secara walk in saja. kami pun syok lah percaya semua itu tidak mustahil. tapi bila si travel buddy check 2 weeks before fly, banyak yang sold out. pastu bila memasing diserang panik, kami rembat je mana yang masih available. jadi dapatlah kami test semua jenis kelas penumpang dalam sistem china railway..hahaha

tren kami ke harbin adalah pada awal pagi keempat. kami dapat hard sleeper. tapi dapat coach berlainan. selesa je bagi aku. sebab aku tak tahan sejuk dan memang kebiasan bagi aku untuk demam everytime masa travel, aku tido dengan nyenyaknya. kalau berdengkur tu buat-buat lupa dah la..

cukup 3 jam tido aku pegi coach sebelah cari travel buddy ajak makan megi. haa ko jangan tak tahu, instant noodle adalah makanan paling hip kat china. siap bekas besar lagi ok, megi kami bawak dari malaysia bungkusan kecik-kecik je memang takleh lawan la dengan bekas megi dorang tu. jumbo size.

pastu makan tu mesti nak top up sosej la, telur la, timun la, carot la. macam makan kat umah plak kan..

frozen songhua river

harbin ice festival

aku lost track dah hari keberapa, tapi kami stay kat harbin selama 3 hari 2 malam. kat harbin ni sejuk melampaui batas! suhu semua main negatif je.



first day kat harbin ni la aku dapat rasa salji turun. seumur hidup tak penah tengok salji. rasa jakun tu lebih sket. panjat tingkap hotel nak ambik gambar salji! 

korang batak macam aku tak? hahaha

dari harbin ke beijing kami dapat tiket tren overnight soft seat. pun duduk asing-asing. tapi biasalah aku, tido mana-mana pun lelap je. tapi mamat depan aku tu lagi dahsyat lelap dia. sampai kat beijing dah aku kejut dia 2,3 kali sampai kena goyang badan dia baru bangun. hahaha aku kesian kat dia tu pasal aku sungguh-sungguh kejut dia takut nanti dia bangun nanti sampai kat ulaan bator...


mutianyu great wall
kami transit sekejap di beijing, malam tu plak kami kena naik tren ke xian. jadi kami ambik kesempatan ni dengan pegi ke mutianyu great wall.

kali ni beijing bersalji!

aritu takde salji. dengan great wall semua bersalut didalam kesejukkan salji.

petang tu kami gerak ke railway station untuk naik tren ke xian. kali ni kami dapat tiket soft sleeper. feeling-feeling orang kaya kejap. selesa ya amat. aku macam biasa la tido tak sedar diri, tau-tau sampai dah.

city wall
masjid di xian

muslim quaters

bell tower
kat xian ni kami berjalan dari hotel kami vienna hotel sebelah xian railway station tu ke muslim quaters. sampai tersesat-sesat ke hujung city wall.

dapat lah melawat masjid di xian dan mendengar alunan azan asar. di muslim quaters ni banyak la makanan halal yang korang boleh try. aku masa ni ofkos la lapar. sejuk kot. tapi takde selera nak makan. semua aku tengok macam gitu je. travel buddy aku plak lain lah kisahnya..hihi

masa kami settledown nak makan tu, aku rasa mee dia rasa pelik. rasa sabun pun ada gak. esoknya aku bangun dengan rasa nak menangis. sakit kepala, sakit badan-badan. mulut rasa pahit. badan seram sejuk.

akhirnya aku tewas jugak. 

aku suruh travel buddy aku gerak sorang ke terracotta warriors sebab aku tau dia boleh p sorang. dia travel solo merata-rata dah.

aku dok kat bilik sambil layan runningman china. pastu rasa nak muntah, aku telah segala pil yang aku ada. pastu aku rasa, kritikal sangat dah ni aku pun turun ke lobby. seb baik staff vienna hotel tu baik (yang lelaki lah, yang pompuan 2 orang tu buat derk je). staff lelaki tu je boleh speaking engish, yang lain semua hampeh. staff tu suruh aku balik bilik nanti dia antakan ubat kat aku. 
aku pikir, aku pun takde dayanya nak keluar cari pharmacy sejuk beku cenggitu. tapi aku tanak la plak staff tu pegi bilik aku, jadi aku tunggu je dia ambik ubat kat lobby tu. 

dah dapat ubat dan air suam, aku naik bilik sambung layan luhan, eh layan runningman china.. tunggu travel buddy aku balik dari terracotta warriors museum. best vienna hotel ni. check out dia pukul 2 ptg. dah pukul 2 aku dah siap dan kami pun gerak ke xian railway station. petang ni kami ada tren hard sleeper ke jingmen.

haa nak pegi mana jingmen tu? kami sampai jingmen pukul 4 pagi dan kemudian kami tunggu another tren pukul 8 pagi ke zhangjiajie. kenapa transit di jingmen? sebab dari xian takde direct tren ke zhangjiajie, so pandai-pandailah carik transit sendiri.

dari jingmen kami naik 4 hours tren hard seat ke zhangjiajie. dalam tren ni kami dapat saksikan pasukan polis buat spotcheck. mana lucky passenger kalau polis tu tunjuk beg ko, kenalah bukak tunjuk kat dia apa ada kat dalam beg tu.

semuanya beku di tianmenshan

laluan lantai berkaca ditutup sebab ais dan salji. visual memang tarak. alhamdulillah jugak sebab tak nampak apa ada kat bwh tu
di zhangjiajie kami target nak ke tianmenshan (shan - mountain). nak ke zhangjiajie national park jauh sangat ke pendalaman. jadi kami usha tianmenshan jelah sebab gunungnya boleh di acces dengan cable car dari town.

kat sini memang magical sangat aku rasa. kat town takde apa pun, kat atas gunung macam masuk ke dunia lain. memutih dek salji dan ais. nak jalan kat sini pun agak bahaya sebab berais jadi kami terpaksa beli claw yang pasang kat kasut tu.

bilik hotel tak payah cakap la, sejuk gila!

alhamdulillah walaupun takde info pasal halal food di zhangjiajie dalam internet tapi kami terjumpa satu restoren halal depan terminal bas.

di zhangjiajie railway station kami beli tiket tren ke jishou. ini jelah yang kami beli walk in sebab perjalan 2 jam je. dan kalau tiket tren takde kami boleh naik bas. tapi kami beli sehari sebelum la.

dari jisou kami naik bas ke fenghuang ancient city.

pagi esoknya tengok luar bersalji!

bandar tepi sungai

tuojiang river fenghuang

bilik kitaorang di fenghuang ni memang kategori membunh la sejuknya. dah la kena bayar untuk dapatkan remote ekon tu. tapi sendu je haba yang keluar pun. sudahnya kami tarik katil betul-betul bawah ekon tu. tapi memang takde beza pun..



dari fenghuang, kami naik bas ke changsha. perjalanan selama 5 jam. cuaca di changsha adalah amat nyaman sekali, sebab dia dah kategori selatan dah. kat sini takde salji.

mak limah berbunga-bunga dah jejak changsha, nyah!!

haaa buat apa kat kampung i tu???
orange island. ada muka mao zedong ms muda

dari changsha kami fly out ke klia2. alhamdulillah berakhirlah sudah perjalanan kami selama 2 minggu di china. trip ni amat bermakna pada aku sebab ini adalah birthday trip aku. birthday trip ni aku cipta sendiri sebab nak menidakkan kebenaran...hahaha

siapa travel buddy aku??

travel buddy aku tidak lain dan tidak bukan adalah princess elsa!!!

gila ko travel ngan elsa ni time winter. salji ikut dia weh.. semua tempat kitaorang jejak, time tu lah salji turun. 

mau tak frozen demam kura-kura aku dapat...hahaha

so kalau yang tak penah tengok salji macam aku nih, elok lah bertrip ngan elsa ni time winter. gerenti tak kecewa punya.

beijing

harbin

xian

fenghuang

p/s : separuh gambar dalam entry ni from bibie 3 kamera. yea, dia bwk 3 kamera sanggih. i is tumpang posing sajo..hehe

aku ada edit video baru separuh. kalau nak tengok video versi parkinson ni sila click sini. cari video tajuk china trip.

19 comments:

  1. nice entry! seronok baca.. terasa terbang ke china sekejap ☺️☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kisah 3 bulan lepas br nak update..hihi

      Delete
  2. waaaa....gi ngan bibie...best best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa mmg ikut bontot bibie je sepanjang trip nih..

      Delete
  3. princess elsa ya Jea..hahaha
    bibie mmg tahan gilak dgn suhu bersalji2 ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. mmg kebal beliau. aku yg rs nak menanges..

      Delete
  4. Assalamualaikum Jea!
    Princess Elsa yg suh saya datang cari Jea, lepas saya dok tanya sapa travel buddy dia yang nak sangat ke Changsha tu! hihi Sangat jeles Jea dah sampai Changsha!
    Oh, salam kenal, saya Kay :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha changsha dihatiku gitewww ;p

      salam kenal kay!

      Delete
  5. Replies
    1. china ni byk tmpt2 best tapi semua mahal2 kan..

      Delete
  6. Hebat jea..2 weeks summary in 1 page jer. Fuhh
    Princess elsa lupa bawak lipstic kot masa trip ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..aku pun kagum dengan kerajinan aku..

      haha lipstik beku kot time tu.

      Delete
  7. rajinnya berjalan...seronok teman membaca coretan anda.

    ReplyDelete
  8. Princess Elsa sangat. Muntah darah bila tengok muka sebenar. Hampas niL sempat ngata aku. Bawa lah lipstick merah tapi sebab sejuk, rajinlah aku makan lipstick tu.

    Btw, aku pun x tahan sejuk ah. Ko ingat aku komplen siap cakap I cannot brain. Tapi bab snow tu memang. Aku pelik apesal tetiba rajin snowing lak walhal forecast kata cerah. Rezeki tu wei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko dah biasa snow pun cannot brain, aku pestimer ni lagi lah frozen brain..haha

      Delete
  9. Untunglah bawak elsa. Merasa salji..
    Kagum aku entry ni utk 2 minggu punya trip. Clap..clap..

    ReplyDelete
  10. Kalau ke china lagi.. nak menumpang trip korang boleh tak.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang sangat2 menarik...

    ReplyDelete