Tuesday, 21 March 2017

3 bulan di South Korea (2016)

Since this week adalah cuti sekolah aku tetiba teringat last year time gini la aku fly ke Korea untuk jangka paling lama aku travel dalam hidup aku.

3 bulan..

Selalu travel 5 hari pun dah rindu nasi lemak.

Aku stay sana dari musim bunga sampai la ke musim panas.

Ye aku p sorang dan kalau nak tau berapa budget travel lelama kat korea ni haruslah tepuk dada tanya poket sendiri.

Aku jadi guide untuk pelancong dari Malaysia dan aku buat volunteering untuk penginapan bila aku takde customer.

Kenkadang bila aku rindu tanah air, aku jalan sana sini pegi tegur semua orang Malaysia mahupun Indonesia. Eh aku pernah tegur orang Philippines jugak.. hahaha Dah muka serumpun kan, aku tanya la, tak tanya tak tahu.

Alhamdulillah aku dapat pengalaman baru, kawan kawan baru pun dapat. Bahasa baru masih tungganglanggang lagi mengeja..hehe

Bila aku free aku suka trekking atau berjalan kaki pergi memana. Jarang aku naik public transport. Biasa sebelum gerak tu aku tengok map dulu. Rekod aku selalu at least 10 kilometer sehari dan max 20 kilometer. Hari hujan aku layan selimut la. Aku hilang banyak kilo jugak, kering jadinya tapi balik Malaysia dua minggu je aku balik ke size normal.

Sempat jugak jumpa ex opismate yang datang under company trip (hebat hoi sampai korea company sanggup hantar kan), aku ambik kesempatan itu suh dia jadi supplier aku bawak makanan dari tanah air plus dengan travel cooker yang kawan aku belikan dari Lazada..hahahaha Sesungguhnya aku bersyukur dapat kawan kawan gini. Peaceeeeeeee hahahahaha

Kakak Bibie pun aku jumpa, dia dengan gang dari Busan ke Seoul. Tolong bawakkan kamera lagi (aku beli sjcam dari dia, harga istimewa. Tengkiu kakak!) Sadly, kamera tu tahan 2 minggu je dengan aku, pastu aku jatuhkan. Benda apa la yang tahan dengan aku ni..hahaha

Aku bawak slr tapi tak bawak charger, sedihnya. Jadi beban je aku nak mengusung selama 3 bulan tu, boleh pakainya 3 hari pertama je.

Takde banyak pun gambar nak share sebab malas nak cari aku simpan kat folder mana. Bersepah sepah.

forever alone be like...

eh i'm not alone ok
hehehe
Rindu dengan makanan ruji aku kat korea ni terutama kat Busan. Spageti sotong. Sotong depa murah lahai.

11 comments:

  1. Amboiiiii jea...lamanya sampai 3 bulan. Merajuk ke atau dah sangkut pakwe korea. Dalam 3 bulan cerita lah apa yang di buat kat situ sampai terjebak 3 bulan dok bertapa kat sanun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takde saja je cr pengalaman baru..

      Delete
  2. waqhhh lamanya kat Korea..x lama lagi silap2 tukar kewarganegaraan dah tu.. hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha mmg idol ler.. belacan nak cr mana

      Delete
  3. adakah kulit sudah semulus mereka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha hampeh tak sempat masuk klinik mancungkan hidung

      Delete
  4. bestnya..baru puas travel..

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaa.....

    lama ko dok sana mak x bising ke :)

    tak pernah jejak koreaaaaaa hehehe

    ReplyDelete
  6. Lamanya...tak bosan ke ..K wa gi jalan2 10 hari pun rasa tak sabar nak balik tidur kat rumah sendiri..
    Tapi bila anak autism akak dah besar,,,akak dah tak boleh gi mana2..ngeeee....

    ReplyDelete