Wednesday, 15 March 2017

Laos Part 1 - Itinerary ke Laos selama seminggu (9 - 15 Feb 2017)

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat merealisasikan impian nak menjelajah ke 10 negara Asean. 

Disini aku nak share itinerary ke Laos (sementara masih ada ingatan). Untuk full story maybe lambat sikit la, macam tak paham kan...hehe


Hari pertama

Since flight esok pagi pukul 6.40am, malam tu aku dah siap parking dekat Lcct. Lepak surau besar tu sesambil tunggu travel buddy aku sampai, Kak Nor.

Suruh Kaknor jaga beg, aku merayap pusing epot pukul 3pagi.

Flight mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Vientiane. Dari airport kami menapak keluar ke jalan besar. Ingat nak menapak terus ke hostel since dari airport ke downtown cuma 4 km sahaja, tapi panas lahai (alasan semata..)

Tahan tuktuk ke Mixay Wat dah check in, dapat upgrade dari hostel rumah tumpangan ke hotel baru sebulan operasi. Rezeki. 

Dah setel check in kami menapak pusing town. Target kami hari ni nak pegi Patuxay dan seangkatan dengannya.

Flight ke Vientiane dari KL mengambil masa selama 3jam.


Masjid Jama Vientiane di area hotel Ibis

That Dam tengah roundabout. Banyak plak keta parking.

Patuxai 
 Sebelum balik hostel kami jalan tepi Mekong river nak cari makan sebenarnya. Sekali tengok Restoren Nazim Vientiane tu kat seberang hotel kami duduk tu je. Apasal la dari mula tak nampak.

Malam tu kami keluar balik nak tengok sunset tapi awan tebal sangat sunset terlindung. Tapi tak kisah la boleh je lepak situ layan orang senam erobik dengan pusing pasar malam. Tapi pasar malam pun boring je..hahaha

Pegi tepi sungai nak tengok sunset, nanhadoo 
Tempat yang menarik boleh dilawati di Vientiane

Lao National Museum
Patuxai (Victory Gate)
Wat Si Saket 
Black Stupa (That Dam)
Pha That Luang
Buddha Park (Xieng Khuan)


Aku memang tak pegi semua wat wat ni, sebab tak minat. Tambah plak nak masuk kena bayo, harus lah tak pegi..hahaha

Lain orang lain citarasa dan nasib baik travel buddy pun sekepala jugak.

Hari kedua

Pagi lepas breakfast kami pergi lagi ke Mekong river, kali ni kami terus turun sampai ke sungai. Semalam kami lepak kat dataran je.
ini tanah kering disusun macam batu bata



Mekong
Kemudian kami balik ke hotel untuk tunggu pick up datang. Semalam kami survey cari minivan ke Vang Vieng. Pick up datang lewat setengah jam,naik cuak jugak la.

Ini minivan, kalau pilih vip tu naik bas.
Sampai di Vang Vieng kami check in letak beg dulu. Lepas tu pegi cari makan di Restoren Nazim. Takde plan untuk arini tapi bila kami dok pusing pusing town sampailah kami ke Pha Poak Mountain. Takde idea pun tempat ni apa tapi tengok ada jalan ada tangga kami pun ikut panjat..hahaha

Dahsyat ok bukit bukau Laos ni, batu tajam tajam.

Blkg sana PhaPoak Mt

Mesti menyumpah Kaknor dengan aku. Heret dia sampai panjat tangga dan batu tajam tajam ni..hahaha

Kami tak tunggu sampai sunset sebab takut nak turun nanti gelap dengan laluan mendaki yang seksa dan gayat tangga kayu gitu. Pastu nak kena menapak balik town lagi.

Sunset dekat ladang bunga matahari lagi cantik.

restoren tepi sungai. Rakyat jelata je ramai. 
 Hari ketiga

Pagi ni kami pusing pusing cari penginapan lain, sebab yolah trip main terjah je, hostel yang kami duduk malam pertama di VangVieng ni full untuk next day. Tapi senang je nak cari, banyak giles. Cuma kalau on weekend tu better book ahead la sebab aku tengok ramai yang baru sampai dok pusing mencari sampai hujung town.

Lepas pindah hostel kami pun menapak ke Tham Chang Cave. Dekat je dalam setengah jam jalan santai.


pagi ni aku tak mandi sebab aku plan nak mandi sini..hahaha
Balik dari Chang cave kami pegi lunch dekat Nazim. Lepas tu kami pegi check out old airport runway tapi dah takde apa sangat dah kat sini. Tempat orang main atv je kawasan batu kerikir.

old airport runway
 Lepas tu kami sewa motor. Hahaha rugi kan baik la sewa awal awal tadi takde la nak menapak sana sini. Ingat nak naik beskal je tapi Kaknor tak pandai bawak beskal plak, gayat katanya. Padahnya kami tergolek kat tengah jalan depan hotel mana ntah...hahaha Takde kecederaan parah dan kami bantai gelak ada la. Tapi tragedi tu tak mematahkan semangat kami nak menuruskan aktiviti arini.

Phangern Mountain.

Walaupun Kaknor macam dok ulang ulang tanya nak kena hiking lagi ke...hahaha bertabah la ye kak.
Sekali sejam mendaki dalam hutan plus batu tajam tajam tu. Lagi dahsyat dari Pha Poak semalam. Tapi degil me, tetap nak teruskan. Cuma kami pegi peak House 1 je. Ada lagi satu peak House 2 tapi lagi 300 meter. Tapi rasa macam takpelah jom balik...hehe



Tu dia batu tajam okeh. nak kena lalu ni. sabo jelah
Malam tu kami pusing lagi jalan jalan town dan singgah makan roti canai di Nazim. Bestnya malam ni tengah makan boleh blackout plak satu town. Tapi kejap je la dalam sepuluh minit gitu.

aku rasa sebab cite ni la Vang Vieng jadi Koreatown. Merata ceruk weh depa ja..haha
Tempat yang menarik boleh dilawati di Vang Vieng

Tham Poukham - Blue Lagoon (aku tak p pon)
Padeng cave and Ring cave
Tubing (pon tak buat)
Hot Air Ballooning
Zipline
Dan macam macam jenis cave dan gunung boleh teroka. Kayak pun boleh.


  Hari keempat

Hari ni kami menunggu pick up sambil breakfast. Pick up lewat almost 40 minit. Kami akan meneruskan perjalanan ke Phonsavanh. Perjalanan dari Vang Vieng ke Phonsavanh ambil masa dari 6 ke 8 jam dengan minivan.

Fullhouse. Dari Vientiane aritu beg diletakkan di atas tapi kali ni beg letak dalam, mau semak nak bernafas. Tapi aku selesa je sebab aku dok depan.

Banyak la pit stop kencing dalam belukar. Nasib sekali tu dia ada brenti kat stesen minyak, kalau tak sesak gak la menahan. 

Gaung dia jangan buat main weh. Sejuk kaki nengok. Aku dok depan memang takleh lelap tengok corner gini. Tapi mulut tak brenti mengunyah la. Tips naik kenderaan atau kapalterbang kalau kita tak boleh access beg sendiri masa perjalan, sila bw beg kecik yg dalam tu dah lengkap ada, makanan, air, neckpillow, earphone,powerbank.

minivan brenti lunch. 

Aku ada baca kata perjalanan macam ni tak boleh dilakukan pada malam hari. Dah di haramkan oleh kerajaan Laos atas faktor keselamatan. Yang ni aku memang setuju sangat. Tapi bila tengok dekat travel agensi ada je overnight bus. Bagi aku baik elak je. Siang boleh layan view gaung..hahaha

Sesudah sampai di Phonsavanh, kami check in dan mintak owner carikan tuktuk untuk kami pergi ke site Plain of Jars. Kami pergi site 1 je sebab kesuntukkan masa dan operation hours pun dah hujung hujung dah. Lagi pun esok nak kejar masa untuk gerak ke Luang Prabang pula.

dasar malas aku screencap dari post kat IG je (IG jeamohamad)


ada yg kecik dan ada yg besar
 Tempat yang menarik boleh dilawati di Phonsavanh

Selain Plain of Jars ada banyak lagi cave dan air terjun. Sila baca sendiri Wikitravel Phonsavanh

 Hari kelima

Hari ni sebelum pick up datang, aku pergi merayau dulu jalan kaki di sekitar Phonsavanh ni. Yang aku target nak terjah adalah Statue Kaysone Phomvihane.

Jauh jugak la nak menapak ni, lepas tu aku ingat nak pegi Fresh Market tapi on the way tu Kaknor call cakap pick up dah sampai. Giles awal plak pick up kat Phonsavanh ni..Berlari aku balik hostel takut kena tinggal. Tapi tiket bas kat aku..hahaha



naik minibas yang super lama giles ke Luang Prabang. Dalam bas siap edarkan plastik bag lagi, patut la laju je Kaknor pegi ambik, ada hasil rupanya..hehe
view biasa
Dah sampai di LP, kami naik tuktuk ke hostel kami. Arini takde aktiviti apa, tapi malam ni aku berpecah dengan Kaknor, dia pegi cari Nisha restoren untuk dinner, aku pegi ukur tanah.



Hari keenam

Pagi ni aku bangun awal sebab aku nak tengak alms giving ceremony tapi tak tahu nak tengok kat mana. Kaknor tanak tengok (sleeping beauty la tu) jadi aku gerak sorang sorang. Turun bawah tengok gelap lagi, aku bukak lampu bukak kunci pintu pastu sendiri bukak gate depan.

Ada aku nampak post kat BBM kata hostel dia ada curfew. Curfew ke? aku pedulik...hehe

tips nak mencari para monk ni adalah cari kat area mana banyak wat kat situ la dorang keluar nanti. Aku pegi area tapak pasar malam je.
Mendaki Mt Phou Si



Jambatan berbayar Khan River
Tengahhari pulak kami pegi ke tapak pasar malam lagi untuk ambik share tuktuk dengan mat dan minah saleh lahanat lain untuk ke Kuangsi waterfall. Trip ke Kuangsi waterfall akan lebih bermakna kalau pegi tanpa mat minah saleh lain...hahaha

Dan kalau boleh sila pegi awal takde la ramai macam kenduri kawen siti nurhaliza sangat.

kolam biru sebelum jadi kolam padat dengan org berbikini speedo.


serius lawa. Pastu kat tengah tu lalu plak bikinis..haha
Tat Kuang Si Bear Rescue Centre


 Petangnya aku pegi tepi sungai untuk cari bot nak tengok sunset. Share bot dengan Swiss couple yang keja kat Malaysia. Kaknor tak join sebab beliau penat.


Sambung terus dengan pegi pasar malam paling mahal dalam dunia.
Tempat menarik di Luang Prabang boleh terjah disini, wiki travel LP, jangan malas malas..

 Hari ketujuh

Harini tak buat apa since flight balik pun pagi. Tempah tuktuk dengan hostel siap siap. Airport dengan town pun tak jauh mana tapi kalau nak jalan kaki tu better gerak sama dengan monk nak pegi alms giving ceremony..hahaha


ini kita namakan gigih..
Nanti aku update penginapan dan budget plak ok tapi yang pasti bukan tiga kupang la.. Seminggu kot. Naya aku nak cut cost semata, bukan tiap tiap bulan pegi Laos.

8 comments:

  1. Cantiknya air terjun dia.... Apasal pasar malam dia paling mahal.... memang duit dia mahal ke barang dia mahal... si kwang soo tu bukan main lagi menyandar naik bot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik air terjun tu and air mmg biru sggh. Pasar malam tu target market dia pelancong. Harga tak munasabah sggh.

      Haha kwangsoo layan sunset katanya..

      Delete
  2. jea kenapa kau tak pegi blue lagoon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mmg plan asal tanak pegi pun. Lgipun nak pegi yg kat chang cave tu, situ takde org lgsg.

      Delete
  3. rasa macam eh ... peasl tujuh hari satu entri je nih ...??!
    rasa macam tak cukup ....:))

    ReplyDelete