Saturday, 20 May 2017

Korea Selatan - Healingtrip ke Pulau Muuido bersama... sorang diri (sila sedar diri)

Muuido Island

Pulau Muuido terletak di Incheon yang tak jauh dari airport. Aku dah lama plan nak pegi tapi bila berada di Seoul aku rasa macam jauh gile la plak nak ke Incheon sana nun.

Aku dah study (dengan bantu staff di KTO) route bas dari Seoul sebab nak jimat la kan tanak naik airport rail tu, pastu rasa macam eh sempat ke aku nak balik since feri tamat servis pada waktu petang, takut tersadai plak kat Muuido nanti. Staff KTO siap call owner beach hut untuk tanyakan rate tapi harga 40,000 won satu malam rasanya macam mahal sangat la plak untuk aku sorang. Kalau ada kawan mesti best.

Jadinya tergendala la plan aku nak ke Muuido. Simpan dalam buku segala notes dan letak bawah bantal.

Then ada saru ketika waktu di tanah air asyik melayan kpop Infinite di youtube, ada la satu episode dalam variety showtime depa ada healing trip yang each member pegi. 

Infinite Myungsoo (L) memilih untuk pegi ke Muuido, sebab dia pernah pegi shooting kat situ. Jadi dia ingat nak pegi tengok sunset di Hanagae Beach.

Kebetulan aku ada trip ke Korea shortly after that, jadi aku pun, ok aku nak pegi Muuido!

Muuido here I come!!

Since flight aku sampai petang di Incheon Airport. Aku pun riki penginapan area Incheon. Semua pun macam tak berkenan, jadinya aku lepak la dekat Tingkat 4 (agak tersorok sikit). Sesambil tengok flight take off. Port dating rupanya sini..hahaha

Mendapat la aku tidur di Incheon airport. Dalam banyak-banyak airport yang aku kena mereput, Incheon airport adalah antara yang best nak overnight. Soft seat lagi, aku siap tidur sambil charge handphone. Beg tu pepandai la jaga. 

Airport paling best nak overnight mesti la Klia2..hahaha 

Dah siang dan breakfast (kfc colonial burger beli kat TBS semalam) aku pun gerak ke gate 7 untuk ambik bas ke Jamjinnaru Ferry Terminal. Bas no 222 atau pun 2-1.

Sejuk gile kat luar ni (musim luruh), dari semalam aku sampai tak keluar pun aku dari airport. Sekali sejuk bedi kau..

Dalam banyak-banyak bas yang datang bas ni je la paling lama nak tunggu. Aku sempat borak dengan sorang pakcik ni. Dia nak pegi hiking kat Muuido. 

Aku tak paham betul dengan ahjussi korea ni, soalan wajib selalu ahjussis nak tanya kat aku (lepas tanya dari mana? dengan siapa?) mesti nak tanya,

"Namja chinku isseoyo?"

Opsoyooooo!!!

Motif la soalan semua seragam je. Nak buat menantu ke??? hahaha

Sebenarnya ada lagi mode transportation boleh guna. Since sekarang dah ada Maglevtrain di Incheon ni, boleh je naik dari airport ke station Yongyu. Lepas tu kena menapak dalam 15 ke ferry terminal. Aku naik bas tu nampak la station Yongyu tu tapi tang menapak tu 15 minit masa untuk korean, untuk malaysian maybe darab 2 la kot. Baik naik bas je.

Sekarang mari kita ke Muuido mengikut healing trip Myungsoo. 

Ka ja !

Dah turun dari bas nanti make sure masuk building putih ni dulu, jangan pegi feri dulu.
Sebenarnya aku lupa harga tiket feri (return) 3,000 won kot.
Lepas tu baru pegi ke arah feri. Tiket bagi dekat brader depan tu.
Kat area feri terminal ni banyak orang jual keropok udang. kalau nak layan seagul boleh la beli. 
Dah sampai sini, aku kena jerit dengan pakcik bas sebab selow (read: orang paling last keluar dari feri pastu siap nak ambik gambar lagi). Haha pakcik tu baik je cuma dia suruh aku cepat orang lain dah tunggu dalam bas yang aku dok hegeh lagi. Ada beberapa bas di situ. Cakap je kat pakcik tu nak pegi Hanagae Beach
Ini la beach huts tu. Time ni macam takde penghuni je.
Since aku datang air surut jadi takde la dapat tengok ombak macam Myungsoo ni
Tulis nama atas pasir
Selfie dengan background laut di Hanagae Beach
Orang hensem ambik gambar kaki cekam je pun still orang kata hensem kan #modedengki
Masa aku datang tu masih awal pagi, dia punya angin tu sejuk teruk nau. Aku tak tahu mana nak menyorok jadi aku lepak dekat area tower apa ntah. Nak kata untuk lifeguard, ada wayar untuk zipline plak.

Tapi takde orang la kat tower tu. Ada beberapa family dan ada orang yang mencari kepah di kawasan air surut.

Ada askar tengah training. Ni je yang tak best sebab dorang ambik route yang aku nak hiking kat situ. Jadinya aku bermalasan la kat situ (makan colonial burger lagi sambil baca novel) - ini semua alasan!

hahahaha

Nak pegi Hanagae Beach ni kena bayar entrance fee 2,000 won. Makcik jual tiket tak percaya aku datang sorang.
Air surut. Aku try jugak jalan ke arah air laut tapi kasut basah plak, jadi patah balik.
Tanak kalah dengan Myungsoo. Nak tinggal jejak jugak
Sesejak jalan sorang ni memang aku rajin selfie je..
Serius aku tak tahu wujud rumah ni kat sini. Rumah pantai dalam drama stairway to Heaven. Cite korea yang aku tengok lepas Fullhouse. By the way rumah fullhouse pun di pulau ni jugak cuma rumah dia dah dirobohkan sebab rosak kena taufan.

Plannya nak treakking kat bukit belakang tu. Katanya ada tempat shooting 'my love from the star'. 

Jom balik Kwangsoo. Next time kita datang balik bawak mode rajin. Hwaiting!

4 comments:

  1. wah rumah pantai stairways to heaven tak tahu pulak tempat yang sama....yang rumah full house tu dah pergi juga sayang je kan dah roboh. Tak tahu pulak hanagae beach tu cantik wah macam kena ripit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah teringin nak pegi rumah fullhouse tu sebab tu cite kdrama pertama saya tgk. cite stairwaysto heaven ni cite kedua jd happy la jugak.

      Delete
  2. kalau saja2 tempat ni berbaloi tak nak pergi ? out of five stars ? hehe.. CT suka gak ada tempat2 macam huts tu rare la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk free time boleh la pegi. tempat ni best cuma jauh dr seoul. byk mode of transport kena ambik plak tu dan org2 dia takde yg speaking english.tapi best sini, kalau ada geng boleh la stay sini tepi laut betul..

      Delete