Saturday, 13 May 2017

Laos Part 2 - Penginapan sepanjang di Laos ( Vientiane, Vang Vieng, Phonsavanh & Luang Prabang )


Fuhhh!!!

Buang sawang dekat blog...

Sebenarnya aku layan blues sangat dua tiga menjak ni. Semua diplan tak menjadi. Aku kena buat pengorbanan, which is for the family.

Lepas tu ada kejadian tak puas hati sket dengan kawan (hahaha ni aku sensitif sendiri je takde la sampai gaduh, cuma lepas ni takde lagi la dialog 'hoi jom lepak'). Ketahuilah sahabat yang bila family problem tu stays around family je. As for my family la. Aku tak tahu family orang lain macam mana, family kau macam mana. Maybe kau selesa berdoa di sejadah facebook/instagram. 

Husnozhon, maybe kau nak orang pun doakan kesejahteraan orang yang sakit yang ko postkan di media sosial tu, kan???

Bagi aku yang primitif ni hal keluarga nak share pun hanya dalam whatsapps group keluarga je. Aku memang tak cerita kat orang lain, apatah lagi di media sosial. Mak, arwah bapak & opah aku berkampung di ward hospital, memang aku tak post di fb tapi tak bermakna benda tu semua tak berlaku. Berapa lama arwah bapak aku warded sebelum meninggal? Memang aku tak warwarkan, hatta kawan-kawan rapat pun tak tahu ( Aku tak cerita, orang tak tanya). Kisahnya mak & opah aku sakit, kami share around family je. Yelah kami keluarga besar. In Shaa Allah cukup kami kongsi bersama-sama kami je.

Aku harap kawan-kawan diluar sana lebih prihatin dengan orang sekeliling. Orang tu senyap bukan maknanya dia takleh problem. Itu cara dia. 

Tapi sungguh la aku bangga dengan kawan aku si mulut lazer ni, at least aku tau dikalangan kawan-kawan aku ada jugak yang family dia jenis immortal #pandanglangit 

Panjang gile mukadimah..


*****************************************************************************

Kali ni aku bawak korang ke Laos part 2. Part 1 adalah versi itinerary (klik here).

Part 2 versi penginapan plak sepanjang aku dengan Kaknor di Laos pada bulan Feb yang lepas. Semuanya aku booked di booking.com kecuali Phousi GH.

Vientiane

Memory Hotel

Chao Anou Road
Vientiane, Laos

Lokasi memang strategik abes bagi aku la. Dekat dengan dataran Mekong (dan pasar malam). Hotel baru buka (as Feb 2017). Breakfast provided. Dan yang paling best tu lokasi hotel ni betul-betul depan Nazim Restaurant (Halal). Selang berapa buah dari Memory Hotel ni ada New Delhi Restaurant (Halal).

Landmark paling dekat kalau naik tuktuk/teksi dari airport adalah Wat Chan atau maybe boleh je guna Nazim Restaurant.

Kalau naik tuktuk yang share dari jalan besardari airport tu jadikan Wat Mixay as landmark nak mencari, ok.

Twin room
Menu breakfast



View dari depan hotel

Lobby
Vang Vieng

Khamphone Hotel

Ban Viengkeo Vangvieng District Lao,
01000 Vang Vieng, Laos

Khamphone Hotel ni bukan terletak di tengah-tengah town, belah luar sikittapi Van Vieng town tu kecik je lahai, semua jalan kaki je.

Masa memula sampai dari Vientiane naik minivan, kami di turunkan di Malany Villa 1. Malany Villa 1 ( ada beberapa Malany lagi), memang tengah-tengah town tu. Jadi kami hilang arah jugak la mana nak cari Khampone ni kan. Jadinya kami ke travel agent offce berhampiran (ada banyak di seluruh Van Vieng, hatta seluruh Laos pun), sambil pura-pura cari transport untuk next part of our trip. Takde la pura-pura sangat sebab kami pun memang kena cari transport untuk ke destination cuma nak tengok mana offer lagi murah. 

Sesambil usha riang tu tanya la "do you know where is Khamphone Hotel?" Haha pepandai la nak hidup kan..

Khamphone Hotel ni ada banyak building. Masa aku pegi tu ada 4 building. Takde breakfast. Tapi ada disediakan air panas dan kopi di main building. Building aku duduk tu seberang jalan, nak pulak rumah local belakang buildingaku duduk tu ada baby kecik. Mendapat la tidur malam dibuai dengan baby nanges..haha Belum masuk anjing menyalak halau hantu lagi (rekaan semata-mata, takkan la anjing tu saja test suara kot kan).

Khamphone Hotel ni dekat dengan Nazim Restaurant & guesthouse. Tapi yang versi tak halal la. Nazim Restaurant yang Halal ada dekay tengah-tengah town sana. Jangan risau, dekat je, jalan kaki suda..

Twin room

Ada tv

Selesa bangat untuk aku

Building aku duduk yang adasign kuning tu. Sebelah tu pun dia jugak

Main building & recep counter

Vang Vieng

Phouna Guesthouse

01000 Vang Vieng, Laos

Since kami ni semua pun last minutes baru nak decide apa nak buat, kami bersatu hati nak stay semalam lagi di Vang Vieng, tapi Khamphone hotel takde bilik kosong lagi dah. Kebetulan plak dah hujung minggu mostly hostel yang dalam budget dah sold out (booking.com). Jadinya semalam kami dah pusing-pusing nak walk in je memana yang available. Dan kami berjumpa la dengan Phouna Guesthouse ni. Phouna GH takde dalam booking.com (as May 2017).

Yang ada pun cuma triple bed tapi kami sebat je since harga macam Khampone Hotel yang twin room tu. Takde breakfast dan kena masuk lorong sket.

Kalau dari town, sampai simpang ke Khamphone Hotel belah kanan, Phouna GH ni sebelah kiri.

Lorong ke Phouna GH dari jalan besar. Belakang Phouna Gh ada hotel lain lg. Phouna GH sebelum sign kuning tu, sign kuning tu dah hotel lain.

Triple room kami di tingkat atas

 Sumber air panas ada disetiap floor

Phonsavanh

Nice Guesthouse

209 Ban Phonsavanh, Muang Phonsavanh
01000 Muang Phonsavanh, Laos

Aku ambik address ni di booking.com, awat la poskod sama je dengan vang Vieng..hahaha

Memang central gile GH ni. Kalau arrived by minivan, station tu dekat je, infactbila minivan tu belok kiri nak masuk station korang boleh nampak Nice GH sebelah kanan (sebelum minivan tu belok la).

Walaupun dekat dari minivan station tu boleh jalan kaki je ke Nice GH tapi still akan ada tuktuk yang siap dengan nama korang datang berjemput. Eh, bila aku booking pick up ni?? hahaha marketing je tu, dorangtau korang datang mesti nak tengok Plain of Jars kan, nanti korang boleh deal la dengan driver tuktuk tu. Kalau korang tanak sewa motor la kan. Pilihan masing-masing.

Tapi kalau korang naik bas, stesen bas memang jauh gile (as Feb 2017). nak tanak memang korang kena naik tuktuk jugak untuk ke Nice GH.

Owner fasih berbahasa Inggeris. Staff pun boleh sikit-sikit speaking London.

Kami datang Phonsavanh ni on Feb, dan Phonsavanh ni adalah kawasan tanah tinggi. Sejuk dia mak ai. Menangis aku yang takde sweater ni. Nasib la ada selai baju aku tebal sket, memang dua hari pun pakai baju tu je. Sampai bawak ke tidur. Agak tak selesa la dah belasah baju tu nak pakai tidur sekali tapi takde pilihan. 

Tiba-tiba...

Malam-malam masa tengah berperang dengan kesejukan ada orang ketuk pintu bilik, bila bukak ada 2 staffs Nice GH tengah bawak satu bakul besar. 

"Do you want extra blanket?"

Saya bagi awak 10 HA!

Nisha Restaurant (Halal) walking distance je. Note: Nisha Restauran bukak bukan main lewat lagi. Masa kami datang tu pukul 5 or 6 ptg kot (lupa). Dia baru bukak pintu (info as Feb 2017).

Nice GH di Phonsavanh

Bilik twin.

Sejuk gile Phonsavanh tp Nice GH ada sediakan hot shower

Tv tak tengok pun tapi biar on je acah-acah meriah.haha

Extra blanket, Thank you Nice GH

Bilik kami di tingkat 2
Luang Prabang

A Tee Guesthouse

Ban Visoun, 06000 Luang Prabang
Laos

A Tee Guesthouse ni terletak agak jauh dari Sungai Mekong. Di area sungai sana banyak yang hi end hotel je. Nak budget punya susah sket la. Ada jugak tapi bila baca review macam tak best plak. Jadinya kami booked di A Tee Gh dengan harga yang agak berbaloi.

A Tee GH ke pasar malam paling mahal di doniya cuma walking distance je. Dan banyak wat untuk kita pilih nak stalk monks esok pagi.

Takde breakfast tapi ada kopi free.

Kena menapak kedalam sket kawasan perumahan local, dan kalau balik malam tu ada parttaku gak (as aku adalah si takut itu). Tapi kalau aku takut tapi still survive, korang sado mesti takde hal la kan.

Wifi paling laju!. Kat hotel lain, signal wifi pun tak wujud. Tapi aku pakai local simcard jadi tak heran sangat..haha

Nisha Restaurant (Halal) adalah berdekatan sahaja.

Twin room. Bilik selesa bangat

Extra blanket memang dah ada dalam bilik tpi since tak sejuk sangat memang tak pakai pun

Luas. Boleh kuak lentang dalam bilik air

Pagi-pagi, pintu ni la aku kopak nak pegi tengok elms ceremony sensorang.

Aku sangatsuka dia punya wooden stair

Kawaasan makan megi

Jenis rumah banglo 2 tingkat, dan owner punya rumah kat sebelah.

4 comments:

  1. Tenkiu bebanyak utk entry ini..2-3 bulan lagi harap ko bersabar melayan soalan2 aku hehehe

    ReplyDelete