Sunday, 14 May 2017

Laos Part 3 - Sehari di Vientiane

Lepas keluar surau kitaorang lepak jauh sket dari gate, sesambil leka tu sekali tengok dalam hall dah takde orang kau. Gelabah la sekejap.

Flight dari lcct awal pagi pkl 640 am. Mengambil masa selama 2 jam 45 minit untuk sampai ke Vientiane (8.25am local time). Selesai immigration di airport Vientiane cari money changer tapi masih belum bukak. Ada satu kaunter money changer Bank Phonsavanh je dah bukak, tu pun ramai orang beratur. Join je la beratur lagipun ada 2 kaunter dalam tu.

Phonsavanh Bank dalam airport yang dah beroperasi di awal pagi
Btw aku bawak usd200, tuka siap-siap dari Ringgit ke usd di Malaysia. Tapi bila aku tanya kaunter tukar duit di airport Vientiane ni dorang cakap dorang terima je Ringgit. Pilihan di tangan anda.


Keluar airport ni jalan terus je ke jalan besar.
Dah dapat duit, kami keluar dari airport dan menapak ke jalan besar. Sepatutnya boleh naik bas atau tuk tuk dari jalan besar (lintas jalan kalau nak ke downtown). Tapi kami berpendapat nak jalan kaki je sebab dalam map tulis dari airport ke penginapan kami pada hari ini cuma 4km sahaja.

Bila dah jalan almost 1km, peluh mula membasahi muka dan ketiak. Panas nau matahri pagi di bulan Febuari ni. Ada satu gerai aku stop jap nak tanya direction, aku sebut la landmark paling dekat dengan penginapan aku "Wat Mixay", aku sebut "Mix-xay", depa buat muka pelik. Aku bukak handpon tunjuk map yang aku screenshot, tala kat depa..

"Ooo Mi-saiiiii"

Misai ok..haha

Depa suh naik bas je murah tapi yang banyak cuma tuktuk je, ada bas lalu tapi kodi sangat bas tu sampai takut nak tahan.

Naik tuk tuk dan sampai depan Mixay kami diturunkan dan jalan kaki ke belakang Wat untuk ke penginapan kami. Malam tadi (dalam pukul 2 pagi) masa melepak di lcct aku book dekat booking.com, penginapan kami untuk malam ni. Jadi la asal boleh isi alamat peninapan dalam arrival form..hahaha

Aku book di Funky Monkey Hostel. Location wise, center la jugak plus dekat dengan dataran Sungai Mekong. Masa nak check in pagi tu staff kat situ upgrade plak kami ke Hoel baru buka berhampiran. Siap cakap lagi "my new hotel".

Alhamdulillah kami dapat menginap di hotel baru sebulan rasmi. Memang beza gila la dengan Funky Monkey Hostel tadi, penuh dengan backpacker melepak saja situ. Bangunan pun nampak lama. 

Hotel baru kami nama dia Memory Hotel. Sila check Laos Part 2 untuk list hostel kami di Laos.

Selesai check in (early check in), kami bersihkan diri dan rehatkan diri (tidur). Penat tau kalau flight pepegai ni pastu overnight kat airport plak.

Dalam satu peta je dari mekong river ke Patuxai. Semua jalan kaki je.

Dah bangun tidur, kami pun memulakan operasi ukur tanah Vientiane. Tempat pertama kami tinjau adalah Masjid Jama' Vientiane. Kami berlegar kat luar je la dengan harapan ada kedai makan halal di sekitar masjid. Tapi takde rezeki plak, sebab tak nampak pun tempat nak makan, maybe ada tapi kami tak nampak.

Masjid, di area belakang Ibis Hotel

Nam Phou Fountain. Masa ni aku potong line 2 korean sebab dorang sibuk nak pacak tripod nak setting henpon. Panas ko tau tak...hahaha 
Kemudian kami menapak lagi, kali ni kami ke That Dam.



Dari That Dam kami teruskan untuk ke ikon Vientiane iaitu Patuxai. Dalam perjalan ternampak plak bangunan Maybank. Jadi maybe kita ada option lain kalau nak ke Laos? Withdraw je kat sana, ye dak?

Maybank Vientiane di jalan besar ke arah Patuxai
Dah menghampiri Patuxai, matahari terik habaq hang lahai. Beware la sesapa pegi bukan dalam bulan yang sejuk, aku datang Februari pun panas berdenting! 

Dah nampak Patuxai, tapi tak daya nak melangkah lagi. Lagipun nak ke Patuxai kena lintas jalan ke tengah. Jadi singgah dulu beli ice blended..hahaha

Di Patuxai ni kita boleh naik atas untuk tengok view bandar Vientiane. Ada small fee la 3,000 Kip.

View dari atas. Hujung sana straight ke dataran mekong

Arah lain
Dari Patuxai, since kepanasan melampau kami malas nak singgah lagi. Ada a few wat berhampiran, macam Wat Sisaket tapi kami jalan straight je. Muzium pun tak masuk sebab :

1. Aku tak minat muzium 
2. Kaknor pun tak nak masuk. 

Haha Untung la dapat travel partner sekepala ni. Keputusan dibuat dalam masa 2 saat je..

Tapi kami sempat plak singgah Talad Sao Shopping Mall untuk tumpang aircon. Banyak jual emas je kat dalam ni. Ada la 2 tingkat je yang aktif, nak lepak pun segan. Takde tempat lepak sebenarnya pun dalam mall ni. Dah sejuk sikit kami keluar dan di belakang Talad Sao Mall ni ada market tapi barang pun macam agak mahal jugak la market biasa pun.

Dari Talad Sao Shopping Mall kami pun cari jalan ke arah dataran Mekong. Niat dihati nak mencari makan sebab lapar, dari pembacaan dari blog Supermeng Malaya dan Muncity ada Restoren Halal along Dataran Mekong.

Memula tu jumpa Fathima Restaurant tapi bila tengok menu macam tak memikat plak (mampu lagi nak demand kan). Sebenarnya macam tak lapar pun sangat lagi.

Jadi kami jalan-jalan di Dataran Mekong dulu dengan harapan nak datang later nak tengok sunset.

Jadinya kami pun cari jalan balik ke Hotel.

Sekali kau rupanya bila sampai lorong nak ke Hotel yang kitaorang stay tu ada 2 halal restoren. New Delhi (Indian Restaurant) dan Nazim Restaurant. Yang best tu Nazim Restaurant tu seberang jalan je dengan Memory Hotel. Macam mana la dari tadi tak nampak...

Nazim Restaurant

Kitaorang pun nak makan ke tanak eh, makan la.

Lepas makan, kami balik bilik tidur. Hahaha Penat macam kena menapak dari Malaysia ke Laos je..

Dah time nak bersunset kami pun keluar balik ke Dataran Mekong tapi sunset nan hado. Orang punya la ramai kat situ siap arobik lagi.

Dataran Mekong

Banyak cantik ko punya kaki tayang sini..haha
Ingat nak pergi sampai sungai tapi nampak macam jauh sangat plak lagipun dah gelap. Simpan angan-angan itu untuk esok je la.

Kami sekali lalu kat pasar malam tapi takde apa yang menarik pun. Otw balik hotel sempat aku beli air oren dan Kaknor tapau roti canai depan Nazim.

Roti canai Nazim

Balik layan tv. Masa ni tengah kalut pasal Trump travel ban to US

End of day 1


No comments:

Post a Comment