Tuesday, 30 May 2017

Laos Part 4 - Dari Vientiane ke Vang Vieng & mendaki Pha Poak Mountain.


Sambung lagi edisi mereput, dari sini

Pagi-pagi ni kami bangun dan oleh kerana hotel ada sediakan breakfast kami pun rajinkan diri ke lobi. Sebenarnya bilik kami ni kat aras sama dengan lobi je, tak gaduh nak naik tangga. Aku lupa la hotel ada lif ke tidak.

Lepas breakfast, kami ke dataran Mekong lagi. Kali ni tujuan kami adalah nak pegi ke tepi sungai. Biar cecah air sungai. Petang semalam tengok dari jauh je. Di sebabkan masih awal jadi lalu lintas adalah masih terkawal lagi, nak melintas tu senang sikit. 

Agak jauh jugak la dari dataran nak ke sungai. Tapi di tepi sungai ni memang syok la layan angin pagi.
Dari tepi jalan nak menapak ke sungai sana. Letih gak la.

Tanah kering di tepi sungai

Ada kerusi kat situ, pose2 homey..haha

Mekong river
Dah abes tawaf kami pulang ke hotel sebab ada pick up datang pada pukul 8.30 am. Katanya lah..

Semalam masa kami pusing-pusing cari kedai makan halal, kami sempat juga survey tiket untuk ke Vang Vieng pada hari ni. Vang Vieng destinasi seterusnya kami di Laos. Dapat lah kami tiket menaiki minibus yang berharg 50,000 kip sorang. Ni paling murah yang kami dapat. Kami beli di sebuah travel agent office, DD Travel & Ticketing berhampiran Mixay.

Beli tiket automatik akan dapat free pick up dan katanya pick up akan datang pada pukul 8.30am as tertera pada tiket. Sekali tungu punya tunggu pukul 9.30am baru dia datang. Bayangkan la cuak dia macam mana kan lewat sejam kau!

Tiket minivan & resit
Dah sampai kawasan tepi jalan tempat bas dan minibus berkumpul, memang tepi jalan je pun takde station bagai, memang kami paling last sampai la kan dah kau pun datang lambat nak ambik kitaorang. Sekali tengok minibus (van) dah penuh dah. Eh takkan nak letak kitaorang atas bumbung van dengan beg semua tu.

Pastu ada staff ni dia pun pelik, tengok tiket kitaorang betul dah pastu dia pun pegi van tu dia check tiket sorang-sorang. Rupanya ada satu couple saleh ni tiket dorang vip bus, tersalah masuk situ.

Minibus = Van
Vip bus = Bus

Jangan salah bas ok. Dah dikeluarkan si pesalah kitaorang pun pas beg ke staff dia ikat beg tu atas bumbung dan kitaorang pun naik van dan tidur, as letih fly semalam tak abes lagi kan..haha

Separuh dalam van ni Korean. Dalam van pun selfie depa bjuta. Laki pompuan sama je..haha

Pit stop, ini VIP Bus
Minibas ada buat 1 pitstop untuk pegi toilet dan makan-makan. Dalam 5-6 jam kemudian kami pun tiba di Vang Vieng, sebuah koreatown...hahaha

Takde lah Koreatown pun cuma after ada satu variety tv datang Vang Vieng ni memang penuh orang-orang depa ja sini. Siap ada korean minimart dan korean restaurant.

Van dropkan kitaorang dekat Malany Villa 1 dan dari situ kami lintas jalan nak ke travel agent office sebab nak meriki harga tiket ke Phonsavanh, destinasi kami seterusnya di Laos. Kami tumpang bertanya direction nak ke penginapan kami dan kemudian menapak la mencari.

Lepas check in di Kamphone Hotel kami mula mengatur langkah nak mencari sesuap nasi. Ada satu restoren halal ni Vang Vieng iaitu Nazim Restoren. Pastikan cari Nazim yang halal sebab berdekatan dengan hotel kami ada 1 lagi Nazim Restaurant & Guesthouse tapi yang ni tak halal.

Since Nazim Restaurant takde air, aku pegi stall depan order air potong kaki ni..haha

Nazim Restaurant. 
Lepas makan kami pun menjelalah pekan Van Vieng ni dengan kuasa kaki. Lintas sungai untuk ke seberang sana plak. Takde hala tujuan pun. Lepas tu ingat eh jom la cari port sunset. Kalau layan malas kami ni mau sampai hotel bantai tidur lagi la ni.

Suasana di kedai-kedai di Vang Vieng

Kalau di Korea ada Hollys Coffee, di Laos ada Hallys Coffee..haha

Lepas lintas sungai pastu nampak macam banyak bukit bukit berbatu dan jauh sket banyak gunung. Macam port cantik nak bersunset.

Kayak, aku merinduimu. Bila yang boleh beraktiviti gini.
Silap salah jalan lagi masuk satu resort mewah ni sebab nak ke belakang sana. Keluar balik dan pusing resort. Belakang resort tu nampak pulak ladang bunga matahari. Masa kami pegi ni awal Feb jadi masih dalam musim bunga matahari. Walaupun bunga tak banyak di ladang ni tapi size dia besar!

Ada je jalan lain tapi kami redah je belakang resort nak ke belakang sana.

Dari ladang bunga matahari nak ke bukit bukau di belakang sana.
Lintas ladang bunga matahari lagi nak kebelakang ada ladang terbentang luas tapi kosong. Lepas tu eh macam takde apa-apa je, kemudian nampak couple saleh ni jalan laju-laju ke arah gunung-gunung (lintas ladang kosong). Kami pun yang dah patah balik tu terus follow dorang.

Jalan-jalan lagi baru nampak ramai je orang ke arah satu bukit batu ni. Ada yang menapak macam kami, ada yang naik motor dan ada yang berbasikal.

Ikut je semua orang dan trek yang ada sampailah kami ke pintu masuk Pha Poak Mountain.

Lintas padang ni nak ke sana, walaupun tak tahu ada apa tapi gigih nak pegi jugak.
Pha Poak Mountain ni menawarkan bird view untuk tengok Vang Vieng. Kena bayar tiket masuk sebanyak 10,000 kip. Sebenarnya ada route yang orang-orang sini dah sediakan, tangga kayu, tali semua tu memang takkan sesat la. Tapi awas! Bukit ni memangtak sesuai untuk orang gayat. Eh memang tak sesuai langsung la untuk semua orang, sebabnya, batu-batu dia jenis yang tajam-tajam. Tangga kayu dia plak yang kalau ko jatuh, jatuh plak atas batu tajam tu memang takde can hidup la...hahaha Gitu aku warning orang lain. Tapi aku still degil naik jugak. Almaklum la dekat bawah takde pun batu tajam-tajam tu, halfway baru nampak. Masa tu pikir loh takkan nak patah balik kot.

Harapkan Kak Nor tak marah la dengan aku..hahaha

Lepas bayar tiket masuk nampak tangga ni. Ini manja lagi nih.

Ini laluan ke puncak.

Tangga dia memang hebat. Gayatsss

Tabahlah nak mendaki batuan gini.
Sebenarnya nak mendaki Pha Poak ni until pukul 6 petang je, masa kami sampai tu dah 5.30petang. Tapi degil kan naik jugak. Maghrib-mahgrib layan bukit bergua. Eh ada gua kat sini tapi kami tak masuk sebab dah gelap gua tu, takuuuutt..

Selfie gegar sebab takut jatuh. Kaknor dah bising aku pegi hujung sket, tak sampai hujung pun tapi mmg skeri la kalau jatuh..haha 

View dari Puncak Pha Poak Mt

Muka penat kaknor sambil di photoboom oleh minah saleh yang kehulu kehilir kat Vang Vieng pakai giteww jeerr..haha
Kami turun sebelum sempat bersunset sebab tak berani nak tunggu lama-lama situ nanti gelap acaner nak turun ikut tangga dan batu tajam tu. 

Nak turun ikut batu-batu ni, takut tak? hahaha

Kaknor dah laju turun, aku stop jap tgk hot air ballon nan satu ni.
Kami bersunset di ladang bunga matahari je yang lagi amazing sunsetnya celah-celah gunung. Siap ada jambatan di tengah-tengah ladang.
Layan sunset di jambatan ladang bunga matahari. 


Lintas jambatan nak bali ke hotel. Banyak kedai makan atas sungai.
On the way balik ke hotel dan start gelap pun dan orang mulai ramai di restoren / gerai makan atas sungai. Kami singgah di kedai Telko untuk beli simcard untuk tujuan internet. Jarang sungguh aku nak buat perangai berinternet waktu travel ni tapi aku rasa macam perlu plak kali ni since jadual kami tak fixed dan kenkadang kena google on the spot for info sebab hotel semuanya internet macam siput sedut. Kadang-kadang whatsapp pun tak masuk dia punya slow tu. Almaklum la dok hotel budget..hehe

Bebudak ni datang naik beskal je beli henpon 

Aku ambik UNITEL utk 5 hari walaupun ada 6 hari trip lagi sebabnya hari last flight pagi. Aku bayar 30,000 kip utk simcard & data.


4 comments:

  1. scarylah mountain tu..kalau travel partner aku gaduh nak naik, aku pass dia kat tour guide ke hape ke hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik kena hati2, mmg sedikit scary la

      Delete
  2. Saa emang sukabtravel. Bla jumpa entry ni teruja saya. Nak baca dari part 1. Tapi tak sempat baca sekarang sebab kat RnR. Malam nnti baca.

    ReplyDelete