Friday, 9 June 2017

Hongdae Street Performance (Hongik University Station - by subway)

Once upon a time aku duduk almost 2 months dekat Sinchon, jadi every weekend without fail (kalau aku takde customers that weekend), aku suka melepakkan diri di Hongdae.

Aku menapak sajo dari Sinchon ke Hongik University then baru pergi ke area tempat di mana para street performers ni berkumpul.

Setiap minggu dari hari Jumaat ke hari Ahad pada sebelah malam memang happening gila kat sini.

Berkumpul di jalan yang sempit ini.
Aku tak sure start pukul berapa tapi aku pegi pegi lewat petang, boleh la tengok foreigners pun ada take part kat sini. Tapi foreigners ni more to cari duit naik continue traveling, manakala yang Korean street performers ni datang untuk tunjukkan skills dorang either menyanyi, menari, rapping, main alatan muzik, melukis dan lain-lain.

Busy Hongdae street on weekend
Bila dah waktu malam (aku selalu pergi after Maghrib), spot hot di sepanjang jalan ni kena bagi laluan untuk regular groups yang memang tiap-tiap minggu wajib buat show kat sini.

Jangan terkejut kalau tengok group-group ni ada ramai fans. Dorang bukan artis tapi fans base dorang mak ai, terkejut dengan sokongan dorang ni!

Fans base yang kuat.
Selain mendapat donation dari pengunjung yang menikmati persembahan dorang, mereka-mereka ini jugak berharap agar mereka di 'temui' oleh scout talent agents.

Memang dorang ni kalau bab-bab nak jadi artis tu tak main-main lagi dah..haha

Dan sometimes ada mereka yang buat persembahan kat sini yang dah ada album sendiri dan dorang jual album tu sesambil buat free show.

Ni group dari Ehwa University
Ada satu group tu aku paling suka group ni consist of 3 rappers (lelaki) dan sorang penyanyi perempuan. Memang terkejut la kau tengok standard hebat gini nyanyi tepi jalan je (walaupun ada dorang nyanyi lagu Ariana Grande tu aku tak paham pun englishnya..hahaha), dengan penonton yang sporting, rasa macam dekat stadium tengok concert.  Tapi tu lah sekali je dorang ada situ, lepas tu dah takde lagi dah. Maybe dah jadi trainees dah kot di entertainment company, hehe.

Dorang perform tak lama, kenkadang sejam pun dah abes terus dorang blah. Yelah kalau yang menyanyi tu memang dorang nyanyi live ko, tak daya dia nak nyanyi lama-lama. Yang menari plak non stop menari selama sejam tu. Mintak nyawa jugak la macam mana fit nya kau tu pun. Lain la kau dah fames tu miming je buat concert 3 hari straight pun takpe kan, eh. 

Jangan risau, after group 'prime time' ni beransur akan ada group-group lain yang agak-agak suam suku akan take over.

Kalau kau belum fames, show kau kena lambatlah sket
Pengunjung pun bukan setakat local je tetapi jugak tahap antarabangsa.

Lepas dorang nak bersurai tu ringan-ringan kan buat donation kepada dorang dan ada sesi selfie bersama para performer. 

Hahaha tak kuasa aku...


4 comments:

  1. hehe banyaknyaaa tips Korea kat sini.. ok CT bookmark and noted.. will be back nak baca..
    dulu pegi pun ada lots of places tak terjah lagi. boleh korek2 info kat sini =)

    salam aidilfitri.. maaf zahir batin..
    have a blast syawal =)

    ReplyDelete
  2. Hai ratu korea nie.. kalau tulis pasal korea mmg seronok baca hahahahaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tengkiu baca walau pun io konfirm mengarut..

      Delete