Thursday, 20 July 2017

Laos Part 5 - Vang Vieng (Chang Cave, old airport runway, Phangern Mountain & berkali-kali pergi Nazim dalam satu hari..hahaha)

Hari ni kami bangun dan siap-siap nak check out Khamphone Hotel. Tapi sebelum tu kami turun ke seberang dulu breakfast 3 in 1 dengan biskut bawak sendiri. Haha Khamphone Hotel ni sedia air panas je. Kedek lahai, dah la staf tak mesra alam sungguh.

Dah angkut beg kami ke penginapan seterusnya untuk malam ini yakni Phouna Guesthouse. Di Phouna GH ni kami dapat triple room sebab twin room dah abes, tapi bestnya harga dia lagi murah dari twin room di Khamphone Hotel.

Dapat check in awal plak tu tapi kami letak beg je sebab kami ada destinasi lain nak pegi pagi-pagi ni. Hasil godek map dan bertanya pada staff travel agent tempat kami beli tiket minivan semalam kami pun menapak la ke arah Chang Cave.

Yea pagi ni kami nak pegi gua. Sebenarnya aku tak sure sangat pasal Chang Cave ni ada apa, tapi aku ada satu tempat aku nak tengok kat situ, yang pasti bukan gua lah.

Bila tanya direction dan tengok map nampak macam dekat je dan staff travel agency tu pun kata boleh jalan kaki je nanti nampak la "yellow bitch".

Hahaha

Yellow bitch katanya. KakNor dah nak tersembur gelak. Aku yealah kan aje sebab aku rasa aku tau sapa si bitch tu..hihi


Bayangkan bila bas pelancong lalu sini..haha
Walapun jalan kaki dalam 2,3 km ikut jalan tak berturap, tapi dengan bas rombongan yang ikut lalu dan menyumbang kepada debu-debu ke muka aku, aku yakin kami tak salah jalan.

Tol pertama
Nak masuk dalam area ni pun kena bayar, 2,000 kyat perperson sama harga kalau naik basikal. Naik motor 3,000 kyat. Aku tak sure kalau datang naik basikal tu kena bayar double ke tak (harga perperson plus harga basikal) sebab aku jalan kaki je.

Lepas bayar tiket
Akhirnya berjumpalah kami dengan si bitch!

Yellow ke orange ntah
Dari lepas jambatan ambik ke kiri dan jalan je sampai la ke pintu gua.

ke kiri follow the crowd
Nak masuk gua kena bayar lagi!

Foreigner 15,000 kyat. Untuk rakyat jelata murah sket tapi tak banyak beza pun jadi takde la sakit hati sangat.

Tol kedua
Yang sakit hati tu rombongan sekolah berbas-bas. Rasa macam pergi fun fair plak, wahal nak masuk gua.

Almaklum la hari ni dah hari minggu, rakyat jelata pun nak berlibur jugak.


Exercise pagi
Lepas mendaki tangga ala-ala Batu Caves, kami tiba di pintu gua. Nasib la jugak ramai tadi kan rombongan kat dalam gua tu jadi tak takut sangat. Kisahnya aku dengan Kaknor ni dua-dua tak reti menghayati kejadian macam ni..haha 

Pintu gua
Kat dalam gua ni pun laju je kami jalan, plus singgah la satu dua port ambik gambar ala-ala scene dalam drama pendekar..hahaha

Dalam gua



Di satu termpat ni macam balkoni gua la (ada eh balkoni gua?) boleh tengok view luar. 

the view
Lepas abes pusing sekali je dalam gua ni kami pun turun ke bawah balik, tapi aku tak puas hati sebab tempat yang aku nak tengok kat Chang Cave ni tak jumpa pun lagi. Masa kat bawah tu aku pergi balik kaunter nak bertanya.

"Where is this place?" Aku hulur handphone aku. Aku dah screenshot gambar Blue Lagoon di Chang Cave dan tunjuk kasi staff situ.

Sekali depa tengok dan tunjuk kat belakang kaunter tu je.. hahaha

Tak payah daki tangga setinggi tangga Batu Caves tu masuk gua bagai bayar entrance fee. Kat bawah tu jerrrrr....!!!

Belakang tol kedua je, jadi kalau datang semata nak mandi tapi tanak masuk gua, jadi bayar tol pertama je.
Inilah misi aku di Chang Cave arini. Misi nak mandi pagi. Arini aku sengaja tak mandi pagi sebab nak mandi kat sini.

Ini bukan Blue Lagoon yang fames di Vang Vieng. Blue Lagoon di Chang Cave ni di antara air sungai yang berwarna biru dan banyak tempat ada sumber air berwarna biru macam ni dan Chang Cave adalah salah satu tempatnya.

jadikla syok sorang2
Aku dah bagitau Kaknor awal-awal lagi aku tanak pergi Blue Lagoon yang biasa tu sebab macam jauh sket dari town dan crowded, tetambah plak hujung minggu. Di Chang Cave ni aku mandi sorang-sorang je..hahaha

Kaknor tanak join aku mandi sebab dia dah mandi pagi, ahaks :)

Dah abes selam sebarang dua kami pun beransur. Aku pergi toilet tukar baju dulu kemudian menapak pulang ke Phouna GH.

Lepas bersihkan diri kami keluar untuk lunch di Nazim restaurant.
Nazim Halal sebelah korean mart

coke beli di kmart sebab Nazim tak jual air
Dah abes lunch kami pusing-pusing nak tengok old airport runway di tengah-tengah bandar Vang Vieng tapi dah takde apa sangat dah pun. Kawasan batu kerikir dah jadi tempat orang main ATV.

Old airport runway takde apa pun
Dahsyat!
Dari old airport runway kami masuk town balik sebab nak proceed plan seterusnya tapi macam jauh sket jadi ingat nak sewa basikal. 

Otw nak cari motor nak disewa jumpa perigi ajaib ni, dalam hokeh!

Kaknor awal-awal lagi dah bagitau dia tak reti naik basikal.

Sudah...

Tapi dia gigih nak try dulu tapi bila test duduk je atas seat basikal terus dia surender. 

Baru duduk tu, belum gerak lagi.

Aku pun macam, takkan la aku nak carry Kaknor naik basikal kan. Ni bukan cerita Maria Mariana.

Gagah betis aku nanti.

Nak naik motor, aku plak macam tak yakin nak bawak orang. Solo boleh la. Yelah jadi apa-apa nanti kang.

Tapi tempat nak pergi tu jauh.

Kalau menapak macam ambil masa gak la.

Jadinya terpaksa la kami sewa jugak motor untuk separuh hari. 

Lepas test 2,3 motor aku susah hati betul la naik naik motor ni rasa tak sedap hati tapi sebab option basikal dah kena letak tepi memang motor ni pilihan yang ada sekarang. Nak menapak? Jauhhhhh...

Lepas dah puas hati dengan satu motor ni kami pun naik dan mula-mula tu kena isi minyak dulu. Owner kedai sewa motor dah ada map lukis tangan dan dia pointkan di mana petrol palm. Ada satu je tu pun bapak la jauh kena lintas jalan besar balik, pastu lintas old airport runway. Dah la memasing bawak motor macam puaka (hahaha aku dah lama tak rempit..)

Lepas isi minyak kami pun mulakan perjalanan, kena lintas balik main road.

Dari jalan tar ada satu simpang yang kalau nak ke Blue Lagoon tu memang kena lalu situ, masa nak turun simpang tu (jalan batu kerikir & bukit menurun), kami pun tergolek...hahahaha

Nasib la memang selow-selow je turun bukit tu so dapat la lompat dari motor siap-siap.

Depan tempat kami golek tu ada hotel besar la jugak, guard dia tengok je kami sebab malas nak tolong. Takde apa nak tolong pun kot, sebab motor kami naik tu scooter kecik je so dia pikir 'eh angkat la sendiri, ringan je tu'.

KakNoor ada la calar sket kat tangan, maybe dia tak sempat stunt lompat macam aku kot..hihi

Dan Kaknoor nekad tanak naik dah, so dia pegi jalan kaki ke arah jambatan. Jambatan kayu sempit yang satu keta je muat lalu takleh selisih tapi masih la kena bayar tol.

Lepas jambatan ada 3 simpang dan KakNoor pergi kedai makan tepi jambatan nak tanya direction. Masa ni aku tunggu dia kata atas motor luar kedai. Sekali tu tetiba bunyi kuat gila datang dari belakang aku. Bunyi yang makin lama makin hampir dan makin kuat. Sebab takut sangat aku tak berani nak pandang belakang dan berdoa atas motor tu sambil pejam mata..hahaha

Korang tau bunyi apa tu??? 

Bunyi lembu berlari!!!

Sekumpulan lembu!!!

Dan ajaibnya dorang mengelak aku, kiranya masa dorang lalu tepi aku tu dorang lalu tepi kiri dan kanan aku yang tengah pejam mata tu. Terbang-terbang rambut aku tapi tak rasa disentuh.

Bila aku bukak mata group lelembu tu dah kat depan. 

Bersyukur aku masih selamat.

Aku tengok orang dalam kedai makan semua tengok aku dengan mata terbeliak tak percaya aku survive..hahaha

Lembu-lembu tak bertuan tu masih kat depan dan aku cakap kat KakNoor kita tunggu jap bagi dorang jauh sket.

Since jalan dah kembali bertar (walaupun jalan kecik je kadang-kadang kereta boleh selisih, kadang-kadang tak boleh. Ditambah lagi orang naik ATV la keta go cart la, takut tau),aku suruh je KakNoor naik balik dan bawak dengan berhati-hati.

Since kami pun tak tahu jalan yang benar, ada la silap masuk lorong. Tapi nasib la jalan hutan tu pun masih nak kena tol. Dan orang yang jaga tol tu cakap jalan ni nak ke Big Buddha.

Jadi kami pun patah balik dan cari jalan lain. Akhirnya kami berjumpa jugak lorong yang betul (yakin sendiri jelah since takde signboard). Bila tengok jalan tanah merah nak masuk dalam, kami sepakat tanak pisang berbuah dua kali dan scooter kami sewa tu macam tak boleh pegi je dengan jalan tanah merah turun naik bukit ni), kami pun pegi rumah paling hampir dan mintak kebenaran nak park situ kejap.

Baik sungguh dorang ni sekelip mata je terus suruh park depan rumah bawah pokok.

Dan kami menggunakan kudrat sendiri menapak ke dalam hutan tu. 

Eh, sebelum tu lupa nak cakap, destinasi kami petang ni adalah ke Phangern Mountain.

KakNoor tanya, gunung arini level difficulty dia sama macam semalam ke? Aku cakap tak, lain...hahaha

Pepandai aku je. Yang Kak Nor ni pun satu, aku mana pernah sampai Laos lagi nak tanya.

Nak mendaki bisalah kena bayar entrance fee dulu berharga 10,000 kip. Lepas tu ada sorang budak kecik chubby dalam umur 10 tahun, datang approach mamat yang jual tiket entrance kat kami, budak tu bisik kat mamat tu. Rupanya dia nak jadi guide mendaki kami. Kami tolak sebab kami kedekut..haha

Kaki gunung

Awal-awal trek

Masa dah penat mendaki, bila selisih pendaki yang baru turun, kami rajin la nak bertanya jauh lagi tak? 

Ada satu couple ni cakap lagi 40 minit....

Hoi jauh lagi!

Memang jauh lagi pun, bertabah jelah.

Phangern Mountain ni ada 2 peak yang local sini sediakan kemudahan trek. House 1 & 2.

Kami aim House 1 je, manakala House 2 kena mendaki lagi 300 meter.

Cukup-cukup la naik House 1 je sebab bila dah hampir ke kemuncak, trek hutan jadi trek batu.

Sejarah semalam berulang kembali.

Bertabahlah
Dah nampak bendera, masih ada sinar hari esok! Gembira dah sampai!!!
Kali ni lagi takut sebab awal trek batu, korang akan nampak batu-batu besar yang macam agak scary kedudukan dia (aku kan imaginasi tinggi), yang kalau pada aku kalau dia mengelongsor, kena ko, jadi kertas lah...hahahaha

Bila dah sampai trek batu tajam-tajam tu, memang sakitlah kaki nak memijaknya. Aku plak memang pakai sandal biasa je, manakala KakNor plak pakai croc. Tapi dia lai terasa la pijak batu tajam, atleast tapak kasut aku, keras lagi.

Walaupun local dah sediakan tali-tali bila memanjat, jangan plak kita fully bergantung dengan tali tu. Fikir-fikirlah alternative lain. Pendek kata, mental fizikal kena kuat. Aku nasib dah mendaki, kalau kat bawah dia dah tunjuk slide show macam mana bentuk trek berbatu memang aku patah balik dah.

Akhirnya setelah sejam lebih mendaki, kami pun sampai ke House 1. 

House 1. Jangan tanya pasal House 2..haha
Patutlah nama House 1, ada pondok kecil disediakan.

Masing-masing bila dah sampai pondok tu terus baring ala-ala pengsan...hahaha

Penat hoi!

Penat bawak lemak-lemak tepu.

Dah hilang penat baru boleh enjoy view dan berselfiean. Selfie la sebab Kaknor tanak pegi tepi-tepi curam tu, bahaya. Kaknor lepak dalam pondok je sambil dapat kawan baru dari Morocco.

The view


Mula-mula takde orang di House 1 tapi lama-lama dah makin ramai. Budak chubby guide tu pun ada situ, dia dah dapat client local. Oklah sebab budak tu tak pandai English dan kami tak pandai Lao, kot hire dia tadi, mesti krikkk krikkk krikk je sepanjang perjalanan.

Kawan Morocco Kaknor ajak pergi House 2 tapi kami tolak, lets call it a day..

selfie dulu
Kami turun bawah, jalan balik ke arah rumah yang kami park motor tadi, dan pusing balik ke bandar koboi Vang Vieng.

Balik cari makan
Bila pulang motor, owner tak check pun kot kerosakan or kesan calar. Tapi aku dah check memang takde, lagi pun kami pun jatuh tak teruk pun...hahahaha

Sebenarnya ada kisah aku nak cerita masa kami nak sewa motor awal tadi, kat depan kedai tu ada atleast 10 buah motor dan kami boleh pilih nak naik yang mana pun, then satu group perempuan korean datang. Biasa la koreatown Vang Vieng kan, kisah kdrama mesti ada. 

Diorang baru "we want rent motorcycle..."

Owner tu terus "No, motorcycle!"

Pastu dia buat derk je kat dorang2 tu. Dengan kami bukan main baik lagi, siap bagi maps tanya mana nak pergi, tunjuk jalan lagi.

Mesti ada kes la tu dengan korean. Sekali kami yang bagi kes...hahaha tapi acik tak tahu kan???  hahahahaha

Aku rasa sebab cite ni Vang Vieng jd koreantown. Aku tak tau cite apa ni. Kat board tulis Youth over flowers
Lepas pulang motor kami pergi cari Nazim lagi, masa tengah makan malam tu tiba-tiba blackout sekejap satu town.

Gelap gulita. 

Dinner. Air dari gerai seberang jalan.


Malam Nazim jual air buah


Blackout
Jom balik hostel.
End of day 3.

3 comments:

  1. ok panjang betul.. Penat membaca tetapi berjaya habiskan.. mandi kat kolam biru sensorang tu.. berani yer.. nasibh owner tak check motor kan.. okla sebab korang pun tak de balut2 huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku pun rasa panjang, kena ambik kursus tulis cerpen ni..

      owner moto percaya abes..haha

      Delete
  2. ko byk sgt tgk drama koya ni jea... ha ha ha...

    ReplyDelete