Monday, 14 August 2017

Kuih Raya untuk Salina

Alkisahnya Syawal dah berlalu..

Aku takde pun post wish raya kan..hehe

Walaupun dah terlambat, aku nak jugak wish

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR & BATIN

bagi sesiapa yang terasa hati dengan aku, dengan atau tanpa sedar, personally atau melalui penulisan blog syok sendiri ni.

Entry kali ni lebih kepada personal, dekat dihati aku la gitu. Kalau tanak baca pun boleh. Aku tulis untuk masa hadapan kot-kot nak mengenang balik hari-hari lalu.

Phase 1

KUIH RAYA UNTUK SALINA



Siapa Salina ni? Kenapa kuih raya untuk Salina? Dia tak reti buat kuih raya ke?? Tak pon beli je kat mana-mana time bulan puasa, sure ramai yang menjual.

Sebenarnya Salina ni salah seorang kawan rapat aku semasa sekolah menengah. Dia kemudian bertemu jodoh dengan orang jauh nun di Amerika.

Jadi last aku jumpa dia sebelum dia fly on Jan 2016. Aku tak pergi hantar dia kat airport pun sebab aku masa tu ada dekat China berwinter trip.

Sedih jugak la sebab kita tak tahu kan bila nak jumpa lagi. Nasib la sebelum dia fly ke US tu dia lepak kat kampung (Tepen) untuk seketika, jadi boleh la kami hang out bersama.


   Lepak dekat mamak


           

     Trip ke Cameron Highland sebelum dia berangkat ke US


        Gua Tempurung

Dan kali terakhir aku lepak dengan Salina, kami tengok movie Ipman 3.

Aku tak kisah sangat pun dia fly sorang sebab dia ni memang biasa naik kapal terbang dari kecik lagi. Zaman sekolah dulu dia fly sorang pegi London dan dia pun dah beberapa kali pergi US sebelum ni. Cuma kali ni terasa la sket sebab dia pergi untuk menetap, selalu dia fly ke sana, dia mesti balik kan..haha

                     

Kemudian on April 2016 dia pun selamat dinikahkan dengan suami dia. Wakil dari Malaysia adalah parents dia.

Tahun ni dia dah dapat green card & driving license.

Dan tahun ni adalah tahun kedua dia beraya dekat sana.

Cuma tahun ni berbeza sedikit dengan Raya dia tahun lepas, tahun lepas siap melaram baju raya laki bini plus buat hidangan masakan Melayu lagi (dia ni memang terrer masak, setakat rendang & sate tu takde hal lah bagi dia), tahun ni hari Raya dia masih dah process recovery dari pembedahan.

Salina ni ada sikit sakit kat perut dan kemudian dia terus dijadual untuk pembedahan, jadi masa raya tu dia masih process recovery.

Jadinya raya untuk dia tahun ni kuranglah meriah dari tahun lepas sebab dia pun tak boleh bergerak. Ada kali tu luka dia boleh bleeding plak. Cuak la jugak mendengarnya sebab apa boleh buat kan, kitaorang pun berhubung cuma melalui whatsapp dan phone call sahaja.

Tolong berdoa je la boleh.

Alkisahnya terjadi projek kuih raya untuk Salina ni, time bulan puasa. Seminggu sebelum raya tu biasa la rumah kita mesti dah penuh kuih raya kan. Aku ni plak feberet aku adalah si kuih mazola ni. Aku beli sebekas mazola tapi aku p makan time lepas bukak puasa..hahaha takdan nak raya kuih tu (aku end up beli 3 bekas mazola raya tahun ni). Dan biasanya aku dengan Salina ni akan texts each other bila malam hari. Yelah sini malam sana siang.

Ada satu malam tu dengan tiada rasa bersalah aku pegi bagi gambar mazola aku tengah makan tu kan dia, dan dia pun bercerita la pasal kuih raya apa dia suka makan.

Lepas tu touching...hahaha

Dia kan tengah sakit, yang aku plak tak pikir semua tu. Yelah, kami communicate almost everyday. Jadi feeling tu macam dia ada dekat je..hihi

Lepas tu aku rasa bersalah la jugak, jadinya aku pun buat group baru whatsapp dikalangan kawan-kawan rapat sekolah yang berapa kerat je ni (without her), dan cadangkan projek hantar kuih raya kepada Salina.

Since dah nak raya ni, pejabat pos pun dah hampir tak beroperasi dan kawan-kawan pun aku sorang je ada kat Tepen ni, kami decided untuk pos lepas raya.

Kuih raya masing-masing contributes sikit-sikit.

Kawan-kawan semua setuju dan dorang pun concern dengan kesihatan Salina ni, at least ini je yang mampu kami buat, untuk menceriakan dia kat sana yang tengah dalam process baik dari pembedahan tu.

Kawan-kawan pun excited, ada yang terus pergi beli kuih serta merta dan ada yang plan dah nak membaking kuih untuk Salina!

Aku? Aku order lagi Mazola sedap tu lepas tu aku pergi rumah mak aku dan cilok la beberapa jenis kuih..haha



     Kuih raya yang dikumpul dan dilayerkan dengan bubble wrap

Bila tiba raya, kami gathering dan snap gambar guna Polaroid (sebab malas nak pergi kedai gambar) dan kumpul kuih raya.

Sempat jugak aku pergi mintak maruku & kerepek bawang dari kakak aku untuk memenuhkan kotak. Lepas timbang jadi 2 kilo (termasuk box), kawan aku timbang dekat pejabat pos.

Final packing kuih, aku yang buat sebab aku ada banyak bubble wrap (untuk elakkan kuih pecah) dan balut kotak & pos kawan aku si Hajar yang buat.


    Assistance tak boleh pakai!



     Bukannya nak tolong balutkan kotak.

 
     At the end kawan aku tukar kotak untuk lebih daya ketahanan (ready to be campak2)

Tracking system pos Malaysia ni bila dia sampai oversea, dia tulis nama negara je..hahaha

Redho jelah...

Lebih kurang 2 minggu untuk sampai ke tangan Salina.




Since masa posman hantar kat rumah dia, Salina & husband takde kat rumah jadi on weekend dorang pun pergi collect dekat pejabat pos.

Alhamdulillah, selamat jugak kuih raya yang fragile tu sampai ke tangan Salina di US sana nun. Dan oleh kerana projek ini adalah surprise, mendapat la kami gambar2 dia menangis & excited dapat kuih raya dan kebetulan masa tu masih dalam Syawal lagi.

 


Kuih raya masih utuh. Sebelah tu ada kawan aku butt hurt sebab kami terlupa nak polaroid kan dia sekali...haha

Phase 2

Down memory lane

Since zaman dulu-dulu aku takde kamera mahupun henpon canggih, jadi banyak la aku takde gambar lama. Gambar-gambar dibawah ni aku cedok dari fb kawan-kawan lain.

Oklah, boleh simpan kat sini sebagai kenangan.

Graphic warning, gambar-gambar lama yang telah berumur lebih 10 tahun...

hahahahahaha








   Good friends is cheaper than therapy

Salina,

Lets keep this friendship for a long time to come!

#lestraya2018


                     

Salina - walaupun jauh beribu batu, hal2 ditanah air semua dalam gengaman dia. Most of the time dia lagi alert dari kami kat sini.

Semoga terus bahagia di samping suami dan keluarga dia sana.

Semoga success dalam kerjaya.

Nanti sebelum balik Malaysia sila buat list nak makan! Akan aku join!! haha


신정이 구정만 못하다. 

A new friendship does not amount to an old friendship.

3 comments:

  1. Jea.... gambar zaman muda ke....hehehehe ayunya jea macam perempuan melayu terakhir je. Bestnya dapat kengkawan macam jea dan kawan2. Semuga persahabatan berpanjangan hendaknya. Aamiin

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Jea. Blog yg penuh syahdu & bermakna bagi aku. Friendship forever.

    ReplyDelete