Monday, 4 September 2017

Victoria Bridge Kuala Kangsar, Perak


Sabtu lepas aku dan rakan-rakan ke Kuala Kangsar. Tujuan kami adalah nak pergi ke Victoria Bridge semata-mata.

Almaklum la orang Perak born & bred tapi sorang pun tak pernah jejak sini. Bila aku usulkan dalam group whatsapp, dapat la komen "ni tempat dalam cite kaklimah ni"

Lepas tu dok berbalah scene mana jambatan ni dalam cite kaklimah. Last-last cite zombie kg pisang pun dibahaskan jugak.

Tapi aku ada la jugak menyumbang debat, aku vote scene Usin dating dengan Cik Nin. hahaha jauh nau la tekaan aku tu, asal nampak ada sungai je kot.

Direction nak ke sini memang waze semata. Type je Victoria Bridge memang akan keluar "Victoria Bridge, Karai".

Post ni akan penuh dengan gambarahli jemaah jelah sebab kalau outing dengan orang handphone canggih (read : bila ambik gambar, paling memuaskan, read : kulitjadi flawless, jerawat hilang dll), aku memang simpan terus handphone aku.

Dah balik tengok mana gambar view nya. Menyesal!

Ada kawan aku sarcasm dia bunyi "mesti yang paling cantik kat situ, hampalah" 

Tapi bila atas jambatan sungguh takut jadi memang tak mampu nak keluarkan handphone sendiri snap gambar. Nasib empunya handphone canggih tu dia berani, jadi dia la photographer kitaorang..hihi

Jambatan kat blkg. Kat sini mcm tgh buat dataran tapi tak siap lg.

Mintak orang tolong ambikkan gambar since memang ramai gila masa ni. Pengantin je 3,4 couples jugak.


Victoria Bridge is a single track railway truss bridge located in Karai, in the state of Perak, Malaysia. It is one of the oldest railway bridges in the country, having been constructed between December 1897 and March 1900 by the Perak Government Railway as a crossing over the Perak River to serve the local tin mining industry. The bridge was officially opened by the late Almarhum Sultan Idris Shah I of Perak and the British's Federated Malay States Residents-General Sir Frank Swettenham.

The Victoria Bridge remained in use until 2002, when a wider concrete girder bridge built parallel to the old bridge was completed to take over the role of handling rail traffic. The new bridge is significantly wider, with room to support a second track, but in its early life it was only required to handle a single track until double tracking and electrification was conducted between the Ipoh-Padang Besar line during the late-2000s and early-2010s.

While the old bridge is closed to rail traffic, its adjoining footbridge is still publicly open to motorcycles and pedestrians. Attempts have been made to retain the structure, with occasional maintenance having been conducted on it. (wiki)

Belakang tu penuh entiti, kena pandai2 ejas pose. Kalau dah ramai rajin2 la que spot ni jgn potong line.

Agak bahaya jugak since bawah tu takde safety net ke apa. Aku dok kat starting point track ni pun ketaq lutut.
Kat sebelah track ada laluan pejalan kaki ni tapi share dengan basikal & motor jugak. Bila selisih tu taku jugak la
Ada satu tiang kat jambatan ni bawah tu ada cover lantai batu gitu jadi kami berani la sket naik atas track balik pose2

Yang ni tak takut sebab bawah tu ada batu kat tiang jambatan ni.

Kawan aku ckp ce hang p jauh sket, memang idak le aku..haha



Yang sorang tu ajak jalan sampai lintas sungai tapi akhirnya dia yang give up sebab gayat.
Kami pun beransur sebab dah nak gelap, lagipun cuaca pun gloomy je. Nasiblah tak panas sangat.
Plan nak cari makan sebab dah lapar tapi bila google semua macam tak berkenan (mampu lagi demand time lapar tu), sudahnya kami balik ke Tepen cari makan, nasib dekat..hehe
Singgah ambik gambar je

Singgah solat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
 Boleh refer blog En Khairuddin Lim juga untuk Victoria Bridge.

2 comments:

  1. Klasikyaaa jambatan ni. Selalu denar dan baca kat blog prang tapi diri sendiri tak pernah menjejak lagi hehe

    ReplyDelete