Tuesday, 12 December 2017

Kenangan hampir melanggar Kanggaro

Aku baru fresh balik dari land down under. Berroad trip with 10 orang dalam 2 kereta.

Tapi kali ni nak cerita pengalaman nyaris langgar kanggaroo.

Pendek je nak cerita.

Kisahnya kami dah almost sampai ke resort yang kami booking tapi since dari destinasi ke pertama kami ke resort yang kami tuju adalah lebih 600km, sedia maklum kami drive dari pukul 6 pagi tapi since subuh pun masuk pkl 3.30pagi pukul 6 pagi tu matahari dah atas kepala dah.

Tapi kami singgah 2 tempat dalam perjalanan dan bila dah almost 10km nak sampai ke destinasi kami yakni resort tersebut, matahari dah terbenam.

Australia, memandu dalam town adalah ok pada waktu malam, tapi kalau waktu malam yang mana tengok dalam map kau adalah dalam national park, takde lampu jalan, adalah super scary.

Bukan scary hantu, scary bila sepanjang 600km tu kau nampak almost 20 bangkai tepi jalan kena langgar dan mostly adalah kanggaroo.

Jadi kami taknak menyumbang statistik, maka si pemandu berhemah memandu ikut had laju (dan lagi slow dari had laju yang ditetapkan) dan aku sebagai pemandu arah.

Nasib lah pemandu bawak slow bila.....


Gambar di google...

Tapi kejadian adalah waktu malam...


Kudos untuk pemandu kereta pertama (kawan aku lah), dia punya mengelak tu layak di belanja makan di Menate.

5 orang dalam kereta menjerit sebijik macam dalam movie bila takut dan terkejut tu.

Nasib baik kereta kedua agak jauh dibelakang (tapi dorang pun nampak kanggaroo tersebut) dan tiada kereta lain pada waktu tersebut.

Seriusly mata kitaorang semua kedepan dan kanggaroo tu out of nowhere tetiba je ada depan kereta. Nampak tak jauh dia melompat.

Dan alhamdulillah kami berlima dan kanggaroo tersebut selamat.

Dan kami trauma selepas tu..hehe

4 comments:

  1. Salam owner blog Jea Mohamad.
    Mohon update blog list puan dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah masukkan blog puan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena buat apa ni tak paham..huhu

      Delete
  2. Jea, kan kalau kat Malaysia kan ada signboard lembu kan kat highway. Tapi kita still boleh bawak laju2 lagi. Sana memang kena hati2 betul ya?

    Risau pulak takut terlanggar kangaroo matilanak nak bayar insurans nanti hahah

    Sebab I nak ke sana bulan depan ni tapi berdua jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembu jln slow2, dr jauh kita blh nmpk. kangaroo ni seriously out of nowhere dia tetiba dah ada depan mana. dia punya skill lompat tu mmg dahsyat..haha

      driver kena terer elak. kami passengers ni mmg tau jerit jer lah..

      tp kalau drive dalam town takde kangaroo lah, cuma bila keluar town je bila lalu kawasan national park kena hati-hati.

      insurance kami lagi mahal dari harga sewa keta tp alhamdulillah takde apa berlaku cuma keta mmg lenjan abes kotor..haha

      Delete