Wednesday, 19 September 2018

Open Trip 2019

Open trip untuk kawan- kawan pada tahun 2019
Small group & semi backpack (trolleypack pun boleh)
Whatsapp Jea 0143622157 untuk harga dan details.
Trip ni dah ada ahli cuma nak menambahkan korum. Dah penuh akan ditutup sebab small group sajo.









Wednesday, 4 July 2018

Kembara 3 sahabat ke India - Intro

Fuhhhhhh tolak habuk kat blog.

Alhamdulillah bulan 3 yang lepas aku dan 2 lagi rakan berjaya ke India.

Route yang kami pilih adalah fly in ke Kalkota, Varanasi, Agra, Jodhpur, Jaisalmer dan balik melalui Mumbai.

Kisahnya India ni kita boleh plan je, nak ke dia jadi macam kita plan tu miracle lah sangat.

Contohnya :

- Train cancel
- Train delay
- kena tipu di siang hari
- harassment dalam pelbagai bentuk

Lagi best bila Airasia pun join menambahkan kesensaraan kitaorg bila dorang tak bawak beg kawan aku yang dah di check in ke India. 

Lepas tu hantar email suh datang ambik beg kat airport, beg takde..

Esoknya hantar email lagi suh datang lagi. 

Akhirnya hari ke 4 di India, masa tu kat Varanasi dah, baru kawan aku dapat balik beg dia. Bayangkan 4 hari pakai baju sama je beliau...hahaha

Kalau cerita train delay, macam makan cekedok je dengar. Delay 10 jam? Biasa sangat dah kat sana. Train cancel? Jangan nak jadi hulk, terus je cari alternative lain. Sebabnya ko akan compete dengan seribu orang lagi. Jadi takde masa nak emo2 sangat.

Serik dengan India? Haruslah tidak. India cantik lahai. Unik. Jumpa pulak orang-orang yang baik. Even masa dekat sana lagi kami dah plan nak datang lagi India, cover belah lain plak.

Harga visa naik 60%... yang tu I is serik dengan India...


Gangga. Gembira walaupun kena game dengan airasia time ni

Tren delay menyebabkan kami ada short time je kat Agra tapi masihlah mampu check in hostel..haha

Bila ddk dalam kelas rakyat marhean, pemandangan ini adalah biasa. Bawah ni kawan2 aku dok berhimpit dengan local, aku kat atas tukang gelak je..hehe
In Shaa Allah ada kerajinan Iol sambung sepantas boleh..

Friday, 2 February 2018

Trip Seoul, Korea Selatan musim bunga & musim luruh 2018



Sesiapa nak join trip musim bunga atau musim luruh 2018 boleh email jeasuju@gmail.com

Nak cukupkan korum group yang ada.

Thanks.

Add fb or ig Jea Mohamad

Tuesday, 12 December 2017

Kenangan hampir melanggar Kanggaro

Aku baru fresh balik dari land down under. Berroad trip with 10 orang dalam 2 kereta.

Tapi kali ni nak cerita pengalaman nyaris langgar kanggaroo.

Pendek je nak cerita.

Kisahnya kami dah almost sampai ke resort yang kami booking tapi since dari destinasi ke pertama kami ke resort yang kami tuju adalah lebih 600km, sedia maklum kami drive dari pukul 6 pagi tapi since subuh pun masuk pkl 3.30pagi pukul 6 pagi tu matahari dah atas kepala dah.

Tapi kami singgah 2 tempat dalam perjalanan dan bila dah almost 10km nak sampai ke destinasi kami yakni resort tersebut, matahari dah terbenam.

Australia, memandu dalam town adalah ok pada waktu malam, tapi kalau waktu malam yang mana tengok dalam map kau adalah dalam national park, takde lampu jalan, adalah super scary.

Bukan scary hantu, scary bila sepanjang 600km tu kau nampak almost 20 bangkai tepi jalan kena langgar dan mostly adalah kanggaroo.

Jadi kami taknak menyumbang statistik, maka si pemandu berhemah memandu ikut had laju (dan lagi slow dari had laju yang ditetapkan) dan aku sebagai pemandu arah.

Nasib lah pemandu bawak slow bila.....


Gambar di google...

Tapi kejadian adalah waktu malam...


Kudos untuk pemandu kereta pertama (kawan aku lah), dia punya mengelak tu layak di belanja makan di Menate.

5 orang dalam kereta menjerit sebijik macam dalam movie bila takut dan terkejut tu.

Nasib baik kereta kedua agak jauh dibelakang (tapi dorang pun nampak kanggaroo tersebut) dan tiada kereta lain pada waktu tersebut.

Seriusly mata kitaorang semua kedepan dan kanggaroo tu out of nowhere tetiba je ada depan kereta. Nampak tak jauh dia melompat.

Dan alhamdulillah kami berlima dan kanggaroo tersebut selamat.

Dan kami trauma selepas tu..hehe

Wednesday, 29 November 2017

Kashmir Trip Sep 2018



I'm posting this on behalf of my best friend yang mencari penambahan ahli untuk join trip trip ke Kashmir 2018.

Sebenarnya ahli trip yang dicari dah cukup (small group only) dan dia dapat request untuk tambah ahli jemaah sebab dapat sambutan yang hebat.

Jadi dia tanak kecilkan hati yang request nak follow tapi dah cukup orang, maka dia mencari sesiapa yang nak join this trip untuk memenuhi the last few remaining seat.

Konsepnya first come (bagi deposit), first serve.

Dah cukup ahli, terus tutup tanak bukak-bukak lagi.

About this trip :

Tarikh : 21 - 28 September 2018

5 hari di Kashmir (1 malam menginap di Houseboat)

Trip Delhi sighseeing

Trip ke Agra (Taj Mahal & Agra Fort)

Ini adalah tailor-made plan untuk kawan-kawan dan itinerary adalah untuk kepuasan ahli jemaah dan maybe ada peluang naik India train.

Trusted person? :

I vouch for this person, dia antara kawan baik aku ( dah almost 9 years kenal) dan aku every year travel dengan dia..hehe

Jadi untuk sesiapa nak join, tailor-made trip ke Kashmir - Delhi - Agra ni boleh contact no diatas (no aku dan no kawan aku, by the way nama dia Farhana) untuk lebih terperinci.

Di ulangi konsep nya nak penuhkan jumlah ahli (limited member lagi pun), bukan group besar, trip untuk kawan-kawan je.

Oh ya, date sampai Malaysia adalah 29 September 2018 (pagi). Apa yang include, boleh refer gambar diatas.

Terima kasih.

Wednesday, 22 November 2017

Pengalaman aku pergi tengok kpop live show di S.B.S. #kpop #mood #on

Rentetan blogpost aku sini pasal iklan di KTO fb page pasal free ticket untuk menyaksikan rancangan S.B.S. The S.h.o.w.

Nampak tak aku titikkan nama show? Kisahnya bila kau kat dalam tu dorang memang beri amaran keras tak boleh ambil gambar apatah lagi record. Kalau di tangkap, dorang ambil telefon/kamera korang dan dorang delete. Tu kalau tengah baik hati, sebab rulenya kalau ditangkap kena halau. Security dia mak ai, garang nak mampos!. Yang perempuan keding dia pun muka bengis. Agaknya sebab fans dorang pun gila...hahaha

 Since aku dapat email Isnin lepas mention aku selected untuk pergi program ni, aku macam nak pergi ke tidak? Aku bukan kenal pun sapa-sapa yang buat show tu. Aku tengok listing dia, eh sapa-sapalah ni kan..hahaha

Actually aku tau dalam listing tu ada group E.X.I.D, aku tau up & down tu je dan tentunya dorang dah tak nyanyi lagu tu lagi la kan.

Pastu aku cite kan dormates aku dorang kata since KTO yang offer ni if aku tak pergi maybe pasni maybe KTO akan blacklist aku.

Aku pun pasrah la, dah la esok programnya, memang bagi invitation last minutes sungguh dorang ni.

Pastu kat dorm sebelah ada Chinese Malaysian (actually dia dah lama menetap kat Taiwan), dia datang Seoul semata nak kejar group Kpop Astro (bukan Astro tv tu). Hari-hari dia kejar group tu (dia sign up as fan club member), ikut jadual group Astro. Siap bawak tangga kau! Jangan tanya fungsi tangga tu ok, sometimes dia bawak small stool).

Minah ni tengok listing sapa yang buat show dan pointkan satu group ni In2it ada ahli dari Malaysia. Eh, aku tak tahu plak sekarang dah ada Malaysian yang dah join Kpop di Korea ni..hahaha

Jangan tanya aku yang mana ahli si malaysian tu..

Ok fast forward, hari Selasa.

Dalam email cakap aku kena berada di meja pendaftaran pukul 5.30 pm since show start pukul 6.30 pm.

Masa dekat hostel, aku lepak commonhall, masa tu pukul 11 pagi lebih camtu, pastu budak-budak kpop chaser ni halau aku suruh aku pergi cepat-cepat.

Hello, baru tengahhari ni, dalam email cakap pukul 5.30petang. Atleast aku nak tunggu Asar dulu baru gerak.

Dorang cakap fans berbaris since pagi. Sebab since berbelas group artis akan performce, jadi maybe each fanclub dalam 10 orang je boleh masuk.

Tapi aku pergi under KTO, bukan melalui fanclubs..haha

Lagipun S.B.S. ni dekat Mapo, jadi 1 station je dari Hongik University (aku di Hongdae). Aku tengok map subway 6 minutes je lahai. Abes tu aku nak tercangak situ cari apa awal-awal.

Sudahnya aku mengelak budak-budak kpop fans kat hostel...hahaha

Since Asar masuk pukul 3 petang, aku siap-siap la lenggang kangkung sebab banyak masa lagi, tapi tiba-tiba polis ramai-ramai datang kat luar hostel. Yang muat masuk dalam hostel ada la 3,4 orang. Sesak!

Routine check katanya.

Aku pun cepat-cepat angkat beg dan blah.

Baru 3 lebih wei. Kpop level berapa aku ni pergi awal-awal. Tapi since sejuk sangat aku pun nak cepat-cepat sampai.

Dah sampai sbs aku pun eh, sini tempat Runningman lah..haha Ada episode race yang Jaesuk jadi mc, guests nya kumpulan 2in1 dengan 2pm pastu ada 1 lagi group aku lupa. Dorang race around the building.




Since awal lagi dan kat luar sejuk gila walaupun ramai fans dah beratur kat luar, aku masuk dalam dan duduk di kawasan common hall dia. Aku bukak e-book Harry Potter 2nd book.

Security dorang kemain lagi, tegas!


Dalam pukul 4.30 petang, ada staffs KTO datang bawak banner KTO dan rupanya kena beratur dekat luar. Aku beratur agak depan la jugak sebab datang awal kan..hahaha

Staffs KTO datang check nama sorang-sorang dan bagi survey form dan free pen kaler pink yang chumel.

Akibat datang awal dan nak tunggu kena panggil masuk tu almost 2 jam beratur kat luar!

Sempat la aku buat kawan dengan budak Vietnam depan aku. Dia jadi Kpop guide aku. Siap gugelkan sapa member dari Malaysia dalam group In2it tu.




Line untuk peserta dari KTO.


Dari cerah sampai gelap la beraturnya. Maghrib atas jalan kekdahnya..

Sejuk gile plak tu!

Dalam pukul 6.15 camtu ada security datang dan bawak kami masuk, naik tangga paling tinggi. Semua orang tak sabar dah, naik tangga punya laju!

Aku suka lah sebab dah masuk dalam means dah tak sejuk..hahaha

Sampai dalam, security tunjuk mana seat untuk peserta dari KTO dan aku rasa bertuah jugak join KTO ni sebab dapat seat priority, walaupun ko tak minat pun nak berkpop sangat, bagi aku datang untuk pengalaman.

Bila dah dekat dalam studio ni, korang takleh keluar. Hatta nak ke toilet pun!

Aku sanggup tahan tak minum air tapi masih la nak terkucil..hahaha

Dan gambar-gambar dekat bawah ni budak Vietnam ni lah yang ambilkan, aku tukang cover..hihi



Studionya kecik je dan kat bahagian standing tu boleh masuk dalam 100 orang je.

Since ada artis yang busy (termasuk EXID) dorang buat recording siap-siap sebelum live show. So masa tu memang ahli fanclu dia je yang dorang panggil masuk.

Ada artis yang buat show seminit je pastu kena panggil turun sebab dorang pun dah record siap-siap beforehand. Jadi datang tunjuk muka kat fans je kot.

Tapi most of the group nyanyi sampai abes lagu dorang.

Ada group nama Lovelyz nyanyi sampai 2 lagu. 

Bosan I tak minat you, nyanyi banyak-banyak plak...hahaha

Ni antara yang aku tengok dan fames katanya..hahaha

ASTRO (아스트로) - Crazy Sexy Cool (니가 불어와)


This is the one yang ada Malaysian (Isaac, jangan tanya aku yang mana satu dia, aku tak tahu)

IN2IT(인투잇)


더쇼 몬스타엑스 드라마라마 / MONSTA X DRAMARAMA 


Ni je yang aku rasa nak cari kat youtube. Banyak girlgroup tapi aku tak kenal,  eh semua pun aku tak kenal. Infinite mana????? hahaha

Line up lain:

Dongwan (Shinhwa) solo album
Gugudan
Kim Sohee
NRG
Lovelyz
Samuel
dll..hihi


Minah Vietnam yang berjanji nak ajar bahasa korea kat aku kalau aku datang balik nanti..hahaha


Host 3 ketul ni betul-betul depan mata aku..Gambar ni aku ambik kat youtube jugak.

Dah abes tu aku keluar dengan perasan tak tahan sungguh nak pergi toilet tapi building SBS ni dah tutup plak, tangga siap terus keluar building lagi, keji nau.

Pastu budak Vietnam ni ajak aku pergi building sebelah sebab dia nak ambil gambar dengan building tempat program Produce 101. Kat sini memang banyak bangunan tv lain. Yang aku nampak kat sebelah tu bangunan MBC.

Lepas aku tolong dia ambik gambar depan bangunan tu kami pun bye2 dan baru aku tanya nama dia apa..hahaha

Masa lintas balik SBS ni memang ramai la orang dok tunggu kat luar tu. Tunggu artis dorang keluar.




Dan yang paling sporting sekali adalah Dongwan Shinhwa keluar jumpa fans dia yang nak celebrate birthday dia. Siap nyanyi-nyanyi lagi. Aku rasa fan service artis senior ni lagi bagus dari artis baru-baru gini.


Tapi aku tak lalu nak tunggu dah, tak tahan nak terkucil. Jalan laju-laju pergi subway station cari toilet..

Sampai sekarang aku takleh buang lagu Samuel..haha Asyik melekat dalam kepala.

Samuel(사무엘) _ Candy(캔디)