Saturday, 27 July 2013

Kingdom of Cambodia - Part 3

Bersambung dari Part 2

Dah abes kat The Killing Field ni, kitaorang agreed untuk pegi hotel. Yeye oo je pegi hotel. Hotel pon tarak. Tapi Zamri cakap die tau satu hotel kat area Riverside and dekat ngan kedai makan halal.

Sebut je kedai makan, kami terus setuju.

Zamri beli face mask. Si kecik tu tukang jual.
Dengan jalan macam ni, facemask adalah wajid. Even rakyat die pon berfacemask jugak
Zamri hanta Abang Zul ngan Kak Wan ke hotel dorang dulu. Kat New York hotel ni ada kedai makan halal Wau (Malaysian & Cambodian food).


After hantar Abang Zul ngn Kak Wan kat hotel dorang, Zamri hantar plak kami ke hotel yang die bagitau kat kami earlier. Hotel Indocine II.

And kedai makan halal tu depan hotel ni je. Hotel ni bukan mengadap Riverview tapi acceptable la dekatnya. Nantilah aku buat review.

Pas settle beg2 semua, aku bergegas turun dulu sementara Ida turn die masuk toilet plak. Kena cepat takut Abang Zul ngan Kak Wan menunggu. Dah la menumpang, the last thing I want is for them to wait for us. Plus, aku nak beli tiket bas ke Battambang untuk keesokan hari.

Aku nak ambik bas paling awal, so decided ambik Capitol Bus pukul 6.45 pagi dengan harga tiket 7USD. Pastu receptionist ni cakap pukul 6.45 pagi sold out, kena ambik pukul 7 pagi. Leh, 15 minit je. And guess what, pick up akan datang pukul 6.45 pagi kat hotel.

Receptionist ni asyik dok push aku suh ambik service Golden Bayon. Boleh awal sejam katanya. Harga 10USD. Naik van instead of bus.

Tapi bertolak pukul 8.30 pagi.

Apakah?

Pastu beliau malu sendiri.


Pas Ida turun, kami gerak ke Hotel New York di Phnom Penh untuk pick up Abang Zul ngan Kak Wan. Then of we went to Central Market.

Central Market ni bagi aku besar jugak. Berpusing2 kami kat dalam tu. Ida beli shawl 2 lai, aku beli kemeja selai.

Pastu kat dalam tu ada plak gerai orang jual air tebu. Maka kami pon tarik kerusi meramaikan majlis. 2 gelas air tebu 1USD.



Aku tebu die tak la sesedap mana. Harapan jelah. Orang ramai jugak kat situ. Lebih kepada rasa air gula je. Ida kata air tebu die rasa limau.

Dok minum2 tu nampak kedai jual buku2 ni.



Buku Lonely Planet tu siap berbungkus plastik bagai sebab die photostat je. Jangan tertipu. Bab edition keberapa tu tak tahu lah update ke tak.

Then kami pusing2 lagi kali keberapa ntah. Peniaga kat situ asyik dok panggil je. Syok je shopping kat sini, semua ada kat dalam satu tempat ni. Orang pon tak ramai. Keja ke hapa dorang ni sebab hari ni Hari Pekerja. Sambutan global kot.

Bahagian dalam Central Market.
Ada jual Gemstone. Tatau la tahap keoriannya.

Imitation pon ada
Ida tengah pilih shawl. Eh aku lupa Ida angkut berapa. Gaya pilih macam banyak..;p
Kasut & beg2
Pinggan mangkuk juga ada.
Periuk belanga
Pakaian penting.. Snap macam nak spy.
Baju tidur adalah fashion paling hip sekali kat sana. Dipakai sesuka suki kemana saja.
My fav!! Serius menyesal tak borong banyak. Kat Siem Reap baru nak beli dah tak byk pilihan dah.
Aku tak penah tgk org pakai baju ni live depan mata..huhu

Kedai2 bunga jual kat paling luar Central Market. Depend pintu mana anda masuk.
Kedai2 tshirt ni pon kat bahagian luar. Kedai ni bongok sket. Aku mintak baju HR yg kaler hitam tu tp nak size kecik sket pastu die bg tshirt warna coklat (design pon lain). Pastu bila aku tanak, pegi bantai marah aku "It the same!'.
The same hangguk hang!

Layan katak goreng best sket dari layan orang buta kaler, buta design..
Ni kedai yg Zamri rekemen. Abang Zul ngan Kak Wan bsila panggung kat sini. Pastu kami pon join menyoping jugak. Wahal baru touchdown pagi td, tp beg dah berat dah.
Ni bukan muka boring. Ni muka orang tak sihat + tak mandi pagi + tak cukup tido.

Masa sibuk membeli tu, minah tukang jual kat situ dok sibuk cakap muka aku cam muka kawan die. Aku dah selalu dah dengar mcm ni sebabnya aku muka bersepah kan??

Pastu kami pon membelahkan diri dari shopping bersungguh2 di Central Market.

Keadaan jalan raya di Phnom Penh
Abang Zul dengan Kak Wan nak balik hotel dulu berehat2 dan dorang akan jalan2 balik pada malam hari. Yelah dorang ada 3 hari kat Phnom Penh ni buat apa nak taram habis semua tempat dalam masa 1 hari, ye dok? 

Kami ni memang ada 1 hari ni je.

Zamri ada sajes 1 tempat yang seswai pada waktu malam. Aku lupa nama tempat tu. Mula2 macam nak join jugak sebab dengar macam best je.

Pas hantar Abang Zul ngan Kak Wan kat hotel dorang, aku suh Zamri bawak kami ke Russian Market. Russian Market ni macam Central Market gak tapi Central Market tu dah upgraded dan ada ekon. Russian Market ni still berpapan dan bercuacakan kepanasan kemarau Kemboja.

Gitu ayat...

Aku berjaya membuktikan kat Ida yang baju 'Same Same' ni fames.
See, rakyat marhaen pon pakai baju ni gak.
Berdindingkan papan, berbumbungkan zink. Russian Market yang dianaktirikan...
Baru nampak orang jual kain2. Kat Central Market tadi aku pusing 2,3 kali xde pon nampak fabrik.
Xde lah pulak nampak yang berkenan dihati.
Baju Raya, anyone?
Kedai ni jugak yang aku tuju. 
Aku beli Supernatural Season 6 & 7 tapi banyak episod xde.. Dangggs! 

Nasib la die bagi free CD BSB.

Eh, aku yang mintak!

Bersambung...Part 4


Friday, 19 July 2013

Kingdom of Cambodia - Part 2

Bersambung dari  Part 1

Then kami keluar dari epot tu nampaklah driver Tuk Tuk ni. Nama die Zamri. Boleh cakap Melayu slang Kelate sebab pernah belajar kat sana dulu. Ada one time tu die siap bukak lagu nasyid lagi tapi semua orang tak pernah dengar pon lagu tu. Maybe lagu nasyid masa kegemilangan Zaiton Sameon kot (oh, i luv you Kak Ton, bukan Kak Ton chomel tu).
Aku rasa lagu nasyid tu lagu Indonesia punya kot. 

Abang Zul cakap Tuk Tuk ni sewa USD20 sehari. Zamri bawak motor 125cc je. Tuktuk lain bawak Scrambler and pakai uniform. 

Pastu kami pon berbincang. Nak pegi jalan2 dulu ke pegi hotel dulu. Abang Zul ngan Kak Wan dah booking hotel. Dorang stay kat New York Hotel. Kami belum ada hotel pon lagi. Aku plan nak dok dekat ngan Riverside. Senang malam2 nak bersosial gitu..

So, berbalik pada cite tadi, kami tak kisah pon pegi mana-mana dulu.

Then Zamri cakap pegi The Killing Field dekat Kg Choeung Ek.

Sedikit ceduk dari wiki:

The best known monument of the Killing Fields is at the village of Choeung Ek. Today, it is the site of a Buddhist memorial to the victims, and Tuol Sleng has a museum commemorating the genocide. The memorial park at Choeung Ek has been built around the mass graves of many thousands of victims, most of whom were executed after they had been transported from the S-21 Prison in Phnom Penh. The utmost respect is given to the victims of the massacres through signs and tribute sections throughout the park. Many dozens of mass graves are visible above ground, many which have not been excavated yet. Commonly, bones and clothing surface after heavy rainfalls due to the large number of bodies still buried in shallow mass graves. It is not uncommon to run across the bones or teeth of the victims scattered on the surface as one tours the memorial park. If these are found, visitors are asked to notify a memorial park officer or guide.

Gitu kan..

Kalau jumpa tulang or gigi mangsa kat tanah, sila pengsan..

Tinggi bertingkat2 dorang susun tengkorak.
Kaunter tiket
Nak masuk sini kena bayar sorang USD5. Sebenarnya aku malas masuk. Tapi pusing kiri kanan kat luar tu, rasa cam tak selesa la plak nak tunggu kat luar. Dah la naik Tuktuk, kalau tunggu dalam keta ok jugak. Lagipon kalau buatnya dorang lama2 kat dalam tu, mau tak bosan menunggu. Ko jangan main2 ngan Ida pasal sejarah ni. Die marah aku kat dalam ni tau sebab tak perlahankan suara. Menghormati orang mati katanya. 

Kalau menghormati orang mati, kita tanam. Bukan buat pameran. 

Camni.

Don't put the sign. I wouldn't dare!

Lepas tengok tengkorak, boleh tenangkan perasaan bawah pokok nih.
Ada kolam besar kat dalam ni, then aku ajak Ida pusing.


Kat luar pagar ada budak tengah jual air. Memanggil-manggil. "Akhak tak selera minum dalam ni, dik ooi".

Oh kulitku terbakar dari Krabi minggu lepas.
Kat luar pagar tu ada budak 2 orang mintak sedekah. Umo maybe dalam 6, 7 tahun. Comot je.

"Some moniee" sayu je sora.

So kami mulakan misi kemanusian kami. Bagi Cadbury sorang satu bar. Aku rasa dorang prefer duet. Tapi kami tanak menggalakkan bagi duet so kami beli Cadbury & Cocopie banyak2 sebagai ganti.

Pas kami jalan tu dorang attack Chinese Girl belakang kami plak. Aku rasa Chinese girl tu pon bagi snack jugak.

Menara tengkorak dari dalam. Kawasan ni lah aku dengar tour guide sorang tu cakap kalau pas ujan boleh nampak tulang ngn gigi keluar dari tanah. **tour guide group lain, kami tak guna tour.

Ida menghayati pokok dimana bayi dihempas ke pokok ni untuk dibunuh. 

Ada Muzium. Kami tak masuk pon.
Kami keluar dan tunggu Abang Zul ngan Kak Wan kat Tuktuk. Rupanya dorang lagi awal dah setel. Dorang pegi kedai souvenir kat tepi pintu masuk.

See, tempat ni ada kedai souvenir, hokeeyy.


Ni lah Tuktuk yang kami share for that day.
Akan bersambung di Part 3

Wednesday, 26 June 2013

Zhafran ~ now and then

Zhafran dan Aunty Jea. Masa ni baru sari balik dari Kota Kinabalu. 25 Dec 2012 cuti Krismas.

Date gambar : 25 Dec 2012. Location: Rumah mak bapak Zhafran. Kak Limah & Zhafran
Rambut kusut masai, kaki sakit, jalan sedikit pelik dan super slow. 

Date gambar: 26 June 2013. Location: sama as gambar atas. Zhafran & Kak Limah
 Nampak penyangkut kunci kat dinding (bentuk small gongs) tu? Gambar first takde kan gong tu. Sebabnya gambar first tu kitaorang tengah tunggu Aunty Huda datang jemput kitaorang untuk makan2 kat Madam Kwan KLCC sebab ada yang nak belanja. 

Dan kitaorang ada tukar2 hadiah. Bukan sebab bagi hadiah sempena Krismas. Just tetiba memasing ada benda nak bagi so kitaorang setuju nak jumpa and bagi hadiah time tu. Aku kebetulan g Sabah, belilah something yang keSabahan untuk dorang.

Nilah small gongs tu dari aku. Gambar dari Whatsapp Aizul.
And nilah rupa meja makan kami kat Madam Kwan tu. Aku punya hadiah yang bungkus warna biru belah kanan tu. Aku balut guna pembalut 'Wedding Day'. Tu je yang ada kat umah. 

Yang 3 kat depan aku tu, bungkus pakai kain tudung! Kau mampu?? Bunga2 tu bunga telur terextra kenduri kawen beliau.


Haa spesel tak Jewellery box ni dari Mak Zhafran?? 

Gambar dari Whatsapp Aizul

 Lagi spesel bila aku tak dapat!

Sebab mak Zhafran tersilap kira!!!!!! Danggg mu...

Thursday, 13 June 2013

After Earth & Epic 2013

So la not in the mood nak tulis panjang2. Tunggu waktu pengganguran lah baru buat karangan. Arini aku baru submit karangan untuk Newsletter dengan harapan dapat RM300.. hahaha
 Cita2 nak tinggi sajo, karangan cam budak tadika. Tapi agak sedihlah sebab tak dapat pon reply dari dorang. Cett...

Mai la hiburkan hati dengan cite kat wayang yang bagi aku best gile. Dan sebab best aku tengok 2 kali cite ni.

Epic 2013


    
Comel je Leafman ngan burung2 dorang, kan..



Ni watak faberet aku, suara die memang sedap weh..







I'm so going to buy the figuras

Santeeknya Queen...Sora pon sedap...Wuuuu...

Waaaa....

Epic 2013

Apa kelas tengok satu movie je, yea tak?? Alang2 banyak sangat masa selalu terbuang, teruslah marathon kan..hahahaha
Yang bestnya cite Sci-Fi... Suka sangat cite yang tak terpikir dek akalmu camni. Tapi After Earth ni takdelah spaceship lawan2 kat angkasaraya bagai. Kapal Angkasa Will Smith ni cantik sket je dari bilik store opis aku tu. Spoil betul..


Kitai the lembik son of Will Smith