Wednesday, 1 January 2014

Halal at Shenzhen & Masjid

Pagi di Shenzhen sebelum ke WoW, kami bercadang untuk mengisi perut dulu. Takut tengah pusing kawasan WoW yang besar tu tetiba lapar pulak kan. (2 tahun lepas aku pusing WoW ni dengan perut lapar : lesson learned!).

Restoren Halal ni tak tahu lah apa nama dia. Sebenarnya plan nak makan di Dongmen Street. Katanya ada beberapa restoren Halal di Dongmen Street. Jadi kami mulakan perjalanan ke Laojie subway Station. Pusing-pusing sambil singgah shopping sambil mata tu melilau cari restoren Halal.

Agak jauh kami jalan, rasa macam dah give up tapi nak patah balik dah tak tahu jalan balik ke subway station. Tetiba kami kami nampak orang pakai kopiah tengah jual roti kat tepi jalan. Kami tak beli pun roti tu sebab nak makan something berat supaya tahan lama sikit perasaan kenyang tu.

..hehe nampak perangai demand tu....

Tanya pakcik tu tapi dia tak pandai cakap English. Senyum je die..

Pastu jalan lagi...

Tiba-tiba! Orang lapar dihidangkan dengan restoren Halal.


Mee Tarik ni sangat sedap

Menu main tunjuk kat dinding je
Dalam kedai, kecik je kedai ni.

 Panduan ke Restoren Halal 'ni

1. Naik metro ke Shaibu Station. Click untuk tengok map Shenzhen Metro.
2. Exit A1. Jalan terus.
3. Jalan terus , jumpa Lee Garden sebelah kiri (sebelah kanan jalan raya).
4. Jalan terus lagi, jumpa Bank of China sebelah kiri.
5. Jalan terus lagi, jumpa Hua Jia Curtain Fabric Plaza sebelah kiri.
6. Sampai je Hua Jia Curtain Fabric Plaza terus belok kiri.
7. Akan terus nampak restoren ni, restoren kedua setelah belok kiri tadi.
8. Jarak dari Exit A1 Shaibu Station ke restoren ni dekat je dalam 100 meter.

Exit A1 (Panduan 1 & 2)
Exit A1 (Panduan 2)
Keluar je Exit A1 akan nampak view ni. Jalan terus ke bawah tangga jejantas ni. Ikut group yang pakai baju putih tu. (Panduan 2)
Lee Garden (Panduan 3)
Bank of China (Panduan 4)

Lalu je Hua Jia Curtain Fabric Plaza ni terus belok kiri (Panduan 5 & 6)
 Muslim Hotel & Masjid

Pelancong suka duduk di Muslim Hotel ni sebab senang nak makan, ada Masjid dan ada kedai runcit Muslim. Senang sangatlah nak dapat supply yang Halal kat sini. Tapi yang tak bestnya kat sini nak ke nearest metro station jauhlah sikit nak menapaknya.

Panduan ala-ala tak berguna sangat untuk ke Muslim Hotel

1. Metro ke Hubei station.
2. Suka hati lah nak exit A,B,C atau D. Tapi masa aku pegi Exit A (yang paling dekat) tengah tutup sebab renovation.
3. Kami ambik exit D kemudian teruskan jalan melalui Xiangxi Road.
4. Kalau ikut titik-titik merah yang macam orang mabuk jalan tu, di Xiangxi Road ni ada sekolah.
    Xiangxi Primary School. Betul-betul depan sekolah ni ada satu restoren Halal. Lupa nak snap
5. Jalan sampai jalan besar Wenjin South Road. Belok kiri (Jangan lintas, tak boleh lintas rasanya       jalan ni)
6. Kemudian mesti nampak bangunan yang ada kubah ni.

Disini aku tepek sikit map yang aku snap kat Metro station.
Titik mabuk merah & tuliasan merah aku yg tulis..


Halal Supermarket. Bangunan putih yang hujung tu Muslim Hotel.


Bangunan yang berkubah tu Muslim Hotel (gambar ambik masa dalam teksi waktu nak balik ke Louhu)


Bawah bangunan Muslim Hotel ada restoren Halal.


Muslim hotel dari arah depan.
Tempat solat untuk wanita di tingkat 8. Naik lift sampai tingkat 7 kemudian naik tangga sebelah kiri ke tingkat 8. Ambik wuduk di tingkat 7 di kawasan solat lelaki. Tak tau lah kalau tempat wuduk perempuan di tempat lain tapi kami cari tak jumpa pun. Kebetulan jemaah lelaki tak ramai jadi kami tumpang ambik wuduk di bahagian lelaki (open space).

Tingkat 8 (untuk wanita)






View dari tingkat 8 Muslim Hotel


Tempat wuduk


Ada toilet jugak di tingkat 7 (tersorok sket. Berhampiran tempat wuduk lelaki)

Selamat Tahun Baru 2014.. Selamat tambah umur!!!

Azam baru  ~~~~~~ Rajin lah update blog!!

Kalau ni lah azam baru aku menangis lagi lah Mak aku... hehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga azam tahun lepas dah tercapai dan mari kita melakar kenangan terindah untuk tatapan masa depan bersama anak-cucu cicit.. In Shaa Allah.

Bagi aku, tahun baru bermakna umur pun baru. 

Itu bermakna mari kita plan Birthday Trip tahun ni!

Tahun lepas aku plan nak angkut adik lelaki aku ikut sama, die tanak pegi, aku pujuk cakap aku bayar semua! Baru die nak pegi. 

Hari nak fly, die tukar RM200 je...

Cettt..

Tulah bayaran bila takde travel buddy yang sekepala or at least 'the other half'.

Tepi cerita-cerita sedih drama TV3 ni semua! Ni cerita seronok! 

2013 aku sambut birthday di Surabaya! 

Dengan pemandangan yang sungguh awesome dan orang-orang yang baik hati, aku bersyukur dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Tiada tandingannya!

Trip ni aku booked tour operator siap-siap, bersama tour guide lagi. Dorang datang pick up kat hotel, ketuk pintu bilik hostel setiap pagi untuk aktiviti seterusnya, join dan bagi explanation untuk setiap tempat yang kami pegi dan bila habis trip dorang hantar terus ke airport. Gila mewah gaya travel aku time tu..hehe

Blue Fire di kawah Ijen. Waktu kat sini asap sulfur yang tebal datang kearah kami dan guide kami di Ijen (Pak Ihm) jerit "elak". Disebabkan ilmu mengelak tak abes belajar lagi aku jatuh terduduk sebab pening kena asap sulfur tu. 
View Ijen yang super duper awesome!
I miss you Bromo!
So mana Birthday Trip aku tahun ni?

SURABAYA!!! 

Again!

Flight ticket dah booked 2,3 hari lepas dengan harga RM190 return.

But this time aku akan buat backpacker style. Public transport all the way.. In Shaa Allah

Beberapa hari lagi kita akan bertemu #IjenBromo

Halal at Hong Kong & Masjid

   
Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Favorite tempat Halal kat Hong Kong adalah di Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre 
yang terletak di Central, Hong Kong.
Di kantin Masjid Ammar, bagi yang nak merasa makan dim sum juga boleh berbuat demikian.

Panduan ke Masjid Ammar
  1. MTR Station Wan Chai (Exit A3).
  2. Terus lintas jalan dan belok kiri.
  3. Jalan straight dan make sure Tram atau laluan Tram berada disebelah kiri. Kalau lintas jalan Tram tu tetiba hilang, cari balik Tram/laluan Tram. Mesti pastikan Tram tu kat sebelah kiri!
  4. Jalan dalam 10 minit, dalam perjalanan tu mesti nampak Watson, McDonald & Starbuck kat sebelah kanan. 
  5. Sebelah kiri ada apa??? ......Tram!
  6. Sampai lah kat New Bangkok Restaurant belok kanan ke Tin Lok Lane. Kalau nak confirm tengok seberang jalan kiri ada Public Bank.
  7. Jalan sepuluh langkah sebelah kanan (Tin Lok Lane), lintas jalan kearah Volkswagen Hong Kong Centre. 
  8. Sebelah Volkswagen Hong Kong Centre ada bangunan The Charterhouse.
  9. Lintas bawah bangunan The Charterhouse (bawah tu ada parking).
  10. Sampai lah kita ke destinasi di sebelah kanan.
  11. Buka pintu, sila masuk dan terus ke kanan. Ada tangga dan juga lift. Pilihan di tangan anda. Kantin di tingkat 5.
      
             Lintas jalan lepas keluar Station Wan Chai (Exit A3). Cubaan Sue untuk kejar kakak yang pakai tudung depan tu untuk tanya arah ke Masjid (Panduan 1 & 2)

      Pastikan Tram sentiasa ada disebelah kiri. (Panduan 3,4 & 5)
 
New Bangkok Restaurant, depan tu sket belok kanan. Masuk Tin Lok Lane. (Panduan 6)
Belok kanan selepas Restoren New Bangkok (Panduan 6 & 7)

Seberang jalan sebelah kanan ada Public Bank (Panduan 6)

Jalan dalam sepuluh langkah kat Tin Loke Lane, lintas jalan ke arah Volkwagen Hong Kong Centre (Panduan 7)

(Panduan 8)

The Charterhouse, lalu bawah bangunan ni (kawasan parking) (Panduan 8 & 9)

Ni parking bawah The Charterhouse (Panduan 9)

Tadaaaa!!! Sampai suda.. (Panduan 10)

Sebagai pemakan tegar spageti, saya rank 10 bintang untuk spageti kat Kantin Masjid ni.. ke lapar?? (Panduan 10)
Dan lain-lain..






Lepas makan, nak solat bagi perempuan sila ke tingkat 3. Lelaki rasanya kat tingkat 2. Lupa nak siasat. Ambik wuduk (plus toilet ada paip, heavennya!) kat tingkat 1. Tapi turun kat tangga belakang. Ada selipar disediakan.







Dalam ni ada telekung bagi sesapa yang tak bawak

Sesapa yang selera lain sket boleh try Kebab ni. Lokasi depan The Charterhouse.
Ebeneezer's (Kebab & Pizza), Ngong Ping Village

Lokasi Ebeneezer's adalah di Ngong Ping Village berhampiran cable car station. Kalau turun dari cable car akan nampak restoren ni diantara yang depan sekali dalam barisan kedai-kedai. Restoren ni berada di sebelah kanan (bagi yang datang dengan cable car).

Kalau datang dengan bas, lepas turun bas jalan ke arah cable car station. Lintas banyak kedai-kedai. Restoren ni betul-betul dekat dengan cable car station.



Aku tak masuk pun kat dalam restoren ni. Tapi ada lah jugak aku hulur-hulur kepala tengok staff dia. Nampak muka dan warna kulit macam rakyat Indonesia. Tapi tak tau lah betul ke tak. Restoren ni ada logo halal kat luar.

Panduan ke Ebeneezer's, Ngong Ping Village

Option 1

1. Naik MTR sampai station Tung Chung
2. Sebelah Citigate Outlate ada station cable car
3. Naik cable car ke Ngong Ping Village. Harga boleh refer sini N360. Kalau nak naik cable car sila datang awal. Kalau dah tengah hari orang ramai beratur sampai ke bawah escalator.

Station Cable car
Option 2

1. Naik MTR sampai station Tung Chung
2. Jalan ke arah station cable car, belok kanan sket ada station bus.
3. Bas ada setiap 30 minit. Masa kami sampai dah terlepas satu bas so meloponglah 30 minit lagi.
4. Harga bas one-way $17.20

  
         
Jadual bas
Tempat tgu bas, blkg sana escalator ke cable car st.
Cable car, Ngong Ping Village
p/s : Aku datang naik bas dari Citigate Outlate kemudian turun menggunakan Crystal Cable car. Datang awal untuk mengelakkan pelancong-pelancong lain. Sebolehnya sebelum cable car start operation (gitu paranoidnya..) View dari dalam bas memang awesome. Then dah abes pusing kat Ngong Ping Village, panjat tangga ke Big Buddha & hike ke Wisdom Path, terus ke cable car station. Waktu ni orang ramai baru sampai dengan cable car. Tapi yang bestnya, takde orang nak balik lagi! So korang dapat enjoy the whole Crystal cable car tu sendiri. Tak payah share-share lagi dengan orang lain. Pose lah gaya 360 darjah pun dalam tu, nak duduk atas lantai ke nak baring ke, takde orang peduli.

Miss India, Ladies Market

Miss India ni terletak kat kesibukan Ladies Market. Kalau tanya exactly kat mana Restoren, memang aku tak ingat tapi kat Ladies Market tu akan nampak orang pegang banner ni besar-besar. At least ada 2,3 orang, boleh suruh dorang tunjukkan kat mana restoren ni. 

Hari tu kami penat lepas tu ingat nak minum. Tapi air kat sini takde gula..hehe Roti canai pun takde kuah. Nak kuah kena order (berbayar). So 3 orang makan, kami order 1 gelas teh susu dan sekeping roti canai (nampak kedekut tak?). Tapi sebabkan semuanya tawar, kami bayar then balik. Tak habis pun teh ngan roti canai tu (dasar tekak melayu).




Tahitian Terrace, Disneyland

Panduan ke Tahitian Terrace

1. Naik MRT ke Sunny Bay, tukar Disney Line.
2. Beli tiket masuk Disneyland (or book online or beli melalui agent)
3. Ambik map dan cari restoren ni.

Hehe.. 




Sunday, 3 November 2013

Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak), Jeju Island

Second last day kat Korea Selatan (dah nak last day? tetiba.. dasar pemalas), misi kami kali ini adalah untuk mendaki menuju puncak Seongsan Ilchulbong untuk menyaksikan matahari terbit.

Gigih! 

5.30 pagi!

Kami pun menapak ke arah Seongsan Ilchulbong ni, wahal sorang pun tak tahu arah mana nak ikut. Jalan sket depan hotel nampak Ahjumma tengah berjalan dalam gelap.

"Makcik, Seongsan Ilchulbong?" Since dorang tak pandai BI buat apa nak speaking bagai kan...

Dah sampai kat gate, kasi ketuk sket cermin tu sebab staff die macam membuta je kat dalam tu.

Hwaiting!!!

Gambar gegor di pagi hari
Kami follow trail yang menegak, bukan apa, tengok semua orang Korea ikut trail tu kami pun follow je.

Akhirnya sampai jugak kat puncak. Pagi ni tak ramai orang.. Mungkin rombongan bas-bas tour belum sampai.

See, takde orang kan...(gambar repeat dr last entry nih)
Gambar dari arah yang berbeza
Lepas duduk 10 minit, hujan!!!

Semua orang bergegas turun. Hujan makin lebat, so terpaksa redha je basah. Kamera balut dengan sweater, gulung-gulung masuk dalam baju.

Berlari dalam hujan, bukan kami.. Kami turun lenggang kak limah.
Hasil mandi hujan.
Kenkonon nak lepak lama-lama kat atas layan matahari terbit tak menjadi, kami lepak-lepak minum kat Dunkin Donut. Tunggu punya tunggu, hujan pun berhenti.

Dan walahhhh!!!

Canteeeekkkkknyeerrrrrrrrr!!!!!


 
Kak Limah dengan baju dan seluar yang basah
Pusing-pusing dua tiga round ambik gambar berguling-guling. Kami pun nak beransur balik ke hotel, tukar baju yang basah. Kami dah berjanji dengan teksi tour pukul 9.30 pagi.

Gambar ambik masa nak balik ke hotel. pagi tadi tempat ni gelap betul, siap ada anjing 3 ekor dok menyalak-nyalak.
Bersedia untuk pergi kerja
Pagi di Seongsan Ilchulbong
Belakang rumah orang
Walaupun staff & servis hotel ni macam hampeh, tapi kami dapat bilik view ini! 
Next year nak kurangkan melancong, nak fokus kepada trip mega 2014.

Eh, mega ke????