Monday, 18 May 2015

Superstar Libra Cruise ke Krabi dan Phuket bersama Geng Secubit Garam ~ Cost & Hari ke - 1


Inilah rupa kapal SuperStar Libra ke Krabi dan Phuket.
Awal-awal lagi dah bentang budget kan.

Seperti yang sedia maklum kalau kita ambik pakej ni mestilah kena buat bayaran dulu sebelum berangkat kan. 

Tapi sebelum kenalkan dengan rakan-rakan Secubit Garam. Ni lah kawan-kawan 3 tahun tidur sebantal di Uitm Jengka dan 2 tahun di Uitm Shah Alam. Kemudian some of us duduk menyewa sama-sama from belajar dan kemudian masuk alam perkerjaan. Dulu sewaktu lepas belajar kami berhubung melalui emel opis. Hari-hari borak kat emel. Kemudian bila dah ada whatsapp ni kami pun bergerak ikut peredaran masa ;p

Hari-hari borak without fail!

Since 2002.
Yang belakang aku tu dok lawan tayang lesung pipit :p
Aku tak ingatlah sapa invented nama group Secubit Garam ni tapi perbualan pasal resepi tu berbangkit jugaklah. Topik borak kami hari-hari mengikut isu semasa yang sedang hotlah. Of kos topik feberet kami sekarang ni adalah tentang politik Malaysia..hehe

Group ni kalau aku bukak topik travel takdenya dorang layan. Aku pun tak tahulah kat mana yang kami serasi berkawan, sebab kami ni serpihan group-group yang terpecah. Dulu kat Uitm semua ada bff masing-masing, siap ada click sendiri. Tipulah kalau korang takde macam tu kan.. Hatta kat sekolah pun nak berpuak-puak..

Group yang aku paling ingat sekali masa diploma kat Uitm Jengka, group AL-ATAS. Atau nama penuh dia Anti Lelaki - Anti Tak Anti Sangat.

Fames group tu..

Anti sangatlah kan.. Tu ketua dia yang duduk sebelah aku tu. Dia yang kawen dulu lepas-lepas grad!

Eh, terkutuk kawan sendiri.

Group aku? Lepas grad hilang semua..

Terpanjang la plak intro..

Berbalik kepada kejadian yang menyebabkan terjadinya trip cruise ni, of course la BUKAN daripada aku! (Incase para suami Secubit Garam ada yang baca ni..haha)

Sebab aku paham, walaupun dorang tu kawan baik aku tapi takkan aku nak pengaruhi dorang dengan lifestyle aku plak kan. Dorang ada suami dan anak-anak. 

Aku ada anak-anak bulus je, yang ada time makan je. Lepas makan, haram pegi mana pun aku tak tahu!

Sambung balik.

Aktivity yang melibatkan laut takde dalam top 10 wishlist aku jadi mula-mula tu aku malas lah nak join sebab aku rasa aku macam tak boleh 'pegi' je trip macam ni.

Cruise??? 

Serius aku tak boleh brain.

Tapi dorang takdenya nak melayan aku. 

Compulsory!

Plan dari hujung 2014, cadangnya nak pergi dalam bulan 7, lepas raya. So kami pun, oklah survey lah groupon la, travel agent la. Nak cari yang paling murah. 

Sekali on Dec 2014 ada sorang kawan kitaorang ni announce berita gumbira. Beliau expecting second baby!

Korang ingat mesti dah cancel kan trip bercruise ni kan..kan..kan..

Nan hado!

Semua setuju on March! 

Hambik ko!

Dari nak pegi lepas raya, terus diawalkan ke bulan 3 terus. Awal bulan plak tu sebab since ada kawan kami ni tak boleh cuti end month. Kemudian tengok date cruise ada yang depart on 1st March.

Mulalah kelam kabut cari pakej-pakej mampu milik.

Trip ni memang cuci tangan dan kaki jelah sebab kawan aku si Len ni yang handle semua. Setelah di survey dan beliau dah contact sana-sini, dia present kat kitaorang pakej paling murah yang dia dapat.

Direct terus dengan Starcruise company ni. Genting Group.

Mostly orang akan ambik dengan travel agent (i.e Malaysian Harmony, Jagung Mas dan sewaktu dengannya), tapi disebabkan kami dah last minute, kami deal terus dengan Starcruise. 

Maka jadinya transportation ke Pulau Pinang tu kena sendirian berhadlah. Kalau guna travel agent tu maybe dorang provide bas ke Pulau Pinang dari KL.

Kemudian on Januari lepas aku balik dari Myanmar tu (ala Myanmar, yang entri aku tak abes-abes lagi tu :p ), kebetulan aku stop jap kat KL, Geng Secubit Garam ni pon telah dibelanja oleh seorang ahlinya di Sime Darby Convec. 

Makan dimsum!

Kat sini dorang bincang nak ke Pulau Pinang tu macam mana. Kebetulan Fireflyz ada sale. Jadinya dorang book return flight dengan harga rm100. Murahlah tu sebab Fireflyz kan include luggage 20kg.

Semua pun transfer duit kepada Len yang buat booking dengan Starcruise tu. Bayar lump sum!

Aku tukar duit rm200 saja untuk cruise ni. Kami setuju untuk kumpul 1,000 baht sorang untuk transportation dan makan-makan seafood di darat nanti (Krabi & Phuket) since kami memang tak guna tour yang disediakan. Mahal nak mampos pakej-pakej tour Krabi & Phuket yang disediakan oleh cruise.

Kalau beli dari travel agent pun kadang-kadang dorang dah prepare tour Krabi & Phuket. Jadinya kami yang sebatang kara ni silalah memandai sendiri nanti.

Rate baht Thailand masa tu. Ni kawan aku bagi sebab aku suh dia tukarkan untuk aku. 
Jadinya balance yang tinggal untuk aku adalah 800 baht sajork. Jadilah, yang lain dah ditanggung beres.

Disebabkan kami berlima (leader Al-Atas adalah cikgu sekolah jadi dia tak boleh join. In Shaa Allah next trip on cuti sekolah yea cikgu) :) kami pecahkan kepada group 2 dan 3. 

Group berdua ambik bilik Oceanview with Window

Group bertiga ambik bilik Inside Stateroom (without window)

Harga kena tengok pasaran semasa. Starcruise ni kalau lambat booking harga pun lama-lama nak menghampiri date depart pun jadi mahal. Kebetulan kami tempah 4 bulan sebelum. Dapat harga boleh tahan jugaklah. Aku ambik bilik yang bertiga (tentulah yang paling murah sekali) - rm1,052.

Bilik yang berdua tu dorang kena tambah lagi rm400 (bahagi 2 oranglah).

Ada kakak yang aku kenal ni dia penah naik cruise ni cakap dia booked dengan Malaysian Harmony, dapat harga rm999. Termasuk bas return KL-Penang-KL.

Huntong lah kan.

Aku?

Naik bas sajork dihari kejadian.

Orang lain naik flight dari KL. Aku naik bas sajork dari Tepen. 
Sampai kat Butterworth dah janji nak jumpa kawan ex-opismate. Tunggu dia kejap kat sini.

Station bus Butterworth. Dekat sangat dengan station keretapi dan terminal ferry.

Laluan berbumbung ke terminal ferry dan station ketapi. Menapak sketlah.
Lepas borak-borak kat foodcourt, Eric ni dengan baik hatinya temankan aku naik feri ke seberang untuk ke Swettenham Pier.

Wefie bersama Eric dalam ferry
Eric ni pun penah join Superstar Libra ke Krabi dan Phuket ni. Jadi dia tunjuklah gambar-gambar dia masa cruising dulu. Dia tanya aku, buat apa naik cruise? Bukan orang naik cruise ni nak gambling je ke..hahahaa

Dah turun feri ni boleh jalan kaki je ke Pier. Nasiblah ada si Eric ni, jadi dia offer bawak beg aku. 

Alhamdulillah...hahaha

Panas kot tengah hari ni kat Penang. Dah sampai kat pier ni nampak ada kapal besar Mariners of The Sea park kat sebelah Superstar Libra. Nampak macam speedboat je kapal Superstar Libra masa tu.

Katanya Mariners of The Sea tu cruising to Hong Kong. 

Say goodbye to Eric then carik kawan-kawan aku dalam ruang menunggu. Dalam menunggu tu sempat kami pegi carik kedai runcit nak beli asam. Penting ni!

Di Swettenham Pier berlatarbelakangkan Superstar Libra
Waktu untuk check in adalah dari pukul 1 sehingga 3 petang. 

Kalau datang dalam group, sorang je boleh beratur untuk setelkan check in bersama health declaration form yang kami isi.  Jadinya kami pun tunggu lah dekat-dekat line depan immigration. 

Dah setel, pentingnya datang awal ketika check in, kami melalui immigratin dan scan beg, kemudian jalan ke arah kapal Superstar Libra!

Sebelum naik tu ada kaunter untuk serahkan passport (passport memang dorang simpan sepanjang pelayaran) dan kami diberikan sorang satu kad. Kad ni bukan saja boleh access bilik masing-masing tetapi bertindak sebagai kad kredit di atas kapal ni.
Kiranya tak payah pakai duit. Swipe je kad ni, dah abes cruise nanti pegi bayar kat kaunter ( i will explain later).

Lepas immi dan kastam, di kaunter ni kami kena serahkan passport dan dapat kad cruise.
Ada welcoming music gitu. Kapal ke sebelah kiri.
Kami pun gerak masuk ke dalam perut kapal. Kena scan beg lagi oleh pihak kapal plak. Elok masuk je ada kaunter lagi. Dorang swipe dulu kad masing-masing. Kemudian kami pun gerak ke bottom of the ship! 

Hall depan bilik kami di Deck 3
Tema kami kali ni, selfie sampai lebam.
Bilik paling murahkan..

Deck 3. 

Paling rendah adalah Deck 2.

Deck 1 katanya bilik untuk staffs.

2 bilik yang kami book tu mengadap satu sama lain. Cuma tu lah, bilik bertingkap dan tanpa tingkap, bezaaaaaaaaa!!

Meh layan view bilik.

Bilik bertiga, apa yang ko expect? Of course lah sempit. Tapi bearable lah bagi aku. Bilik air pun ok. Cuma kedap udara :p

Bilik inside stateroom. Takde tingkap. Bilik muram je memanjang. Sesuai untuk tido sepanjang hari. Katil kiri tu kat atas boleh turunkan 3rd katil.
Ada cermin dan almari. Yang ada tuala tu pintu. Yang sebelah kiri tu pintu toilet.
Flat screen tv
Salah satu chanel tv. Tunjukkan lokasi kapal. Tv ada dalam less than 10 saluran.

Toilet dan shower

Hair dryer disediakan tapi selowww..

Toiletries

Bilik Oceanview with window. Cerah sentiasa tak payah bukak lampu.
Tips day 1;

- Check in awal
- Bawak perfume for toilet 
- Ubat mabuk laut
- Fahami Star Navigator, bawak highlight untuk tandakan aktiviti yang nak join sebab dalam satu masa ada banyak aktiviti. 
- Masa trip kami hari tersebut, di Crystal Court ada jual merchandise/souvenir ada sale. Dari pukul 1-3 ptg. Masa kami ke kedai atas cruise last day, harga memang mahal. Jadi Sebolehnya lepas check in awal tu, pegi membeli belah dulu. 
- Peralatan elektrik tak dibenarkan bawak. Iron baju ke hair dryer ke memang tak boleh. Kalau bawak nanti masa naik kapal kena scan, kemudian dorang akan simpankan. Tuntut balik masa last day.
- Makanan pun tak boleh bawak. Tapi kitaorang dulu lepas je biskut ke roti. Simpan dalam beg.

Friday, 8 May 2015

Mengejar Cherry Blossoms di Korea Selatan ~ Seokchon Lake, Jamsil

Harini kita pegi Korea plak eh. Nak tunggu enty Myanmar tu penat lah korang..hahaha

Kali ni aku nak tunjuk or kata haters 'show off' (puiii sangat), keindahan cherry blossoms di Seokchon Lake di Jamsil, Korea Selatan.

Bukan kat Bangi yea..hehe

Macam mana nak pegi Seokchon Lake ni?

Naik circle line (warna hijau, Line 2). Stop di Jamsil.

Exit 2 atau 3.

Mula-mula sampai tu aku terus masuk Lotte Mall tu untuk ke Hard Rock di tingkat 5. Kemudian kami carik exit 3 dan jalan terus ke Seokchon Lake. Dalam 200 meter macam tu lah. Follow the crowd hokeh. Sebab memang crowded pon :(

Sana tasik tu. View dari tingkat 5, Lotte Mall
Aku pegi sini 2 kali. Sekali on 5 April 2015. Kebetulan kami pegi masa tu tengah ada Cherry Blossoms Festival kat Seokchon Lake ni. Tapi kami tak pegi belah sana yang ada festival tu. Kami pegi ke lake yang sebelahnya.

Sama je kuantiti pokok-pokok cherry ni di kedua-dua belah tasik. Tinggal rajin dan tak rajin je nak menjelajah tasik tu.

Pokok-pokok cherry ni memang awesome sangatlah mekar masa tu.

Tapi kami ni cover tasik tu tak sampai suku pun. Jadilah bergambar statik pastu blah. Buat cukup syarat je kan..

Layan gegambar. Semoga menjadi panduan yang nak mengejar cherry blossoms di Korea next year.

Kami berlegar-legar kat sini je.


Theme park dan tasik dikelilingi cherry blossoms
Hujan renyai-renyai. Tapi view sangat superb!

Theme park kat sebelah tasik


Takde harapan la nak bergambar tanpa entity lain


Memputih! I is suka sesangat!


Layan lagi..haha kot view tasik ni je takde orang. Kat belah-belah sana pun orang ramai jugak.


Hambik lagi gambo bunga.


Nah tengok gambo tuan tanah plak :)


Tepat seminggu kemudian, aku datang lagi ke Seokchon Lake ni. Nah tengok apa yang dah jadi kat pokok-pokok si cantik itew...

12 April 2015

Pokok-pokok dah keluardaun :(
Bunga dah jadik warna pink, banyak yang dah gugur.
Mana pegi pokok bunga memutih minggu lepas???
Macam kenduri ramainya. Kali ni memang tak gerak jauh dah. Snap ala kadar je pastu blah.
Sebab dah kurang cantik, ganti la plak Kwangsoo jadi model :p

Monday, 4 May 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 10) Inwa (Ava) Bridge

Seru DJ, Naz & Bibie jengah Airasia - destinasi Myanmar :)

Dari jauh nampak si Koko ni melambai-lambai. 

Tergelak je tengok..

Memula tu aku nak balik hotel dulu, sebab apa? Nak solat dulu sebab aku yakin sesangat aku tak jumpa Masjid pasni ni, yea serius takde study pun kot-kot ada ke Masjid di Mandalay tu. Ni nama dia malas tahap dewa dewi.

Lagi pun bila aku tanya Koko ni pasal kedai makan halal, harus lah dia pun tak tahu. Aku cakap kat dia, aku nak balik makan dulu lah, makan bekalan yang aku bawak dari tanah air. 

Sudahnya sampai hotel, aku solat jama' dulu pastu tak rasa nak makan pun. Pagi tadi aku buat nestum 3 in 1 (extra gula ;p). 

Tak sampai 10 minit aku dah membonceng dengan si Koko ke destinasi pertama - Sagaing Hill.

Koko dan jalan di Mandalay menuju Sagaing

Dalam perjalanan yang super slow tu, boleh lah usha kiri kanan untuk tengok kehidupan rakyat Mandalay.

Cuaca memang kering dan berdebu. Amat digalakkan pegi Myanmar on winter (Dec- March) sebab cuaca nyaman je. Kalau time yang winter ni jalan pun nampak kering dan berdebu, korang bayangkan waktu musim panas dia macam mana..

Aku penah pegi Kemboja dalam cuaca panas habaq hang, memang tak sanggup lagi dah!

Jalan yang berdebu dan tenang, sekali bas lalu dengan laju rasa macam nak terbang!

Debu sampai ke pokok2
Dalam perjalanan tu nampak orang jual tembikai tepi jalan. Macam-macam jenis plak tu. Pastu banyak giler!

Sapa la nak beli tembikai banyak macam tu kan..
Berjenis-jenis
Tembikai tepi jalan
Koko cakap tembikai tu untuk diekport keluar negara. Dorang tengah tunggu lori datang ambik.

Bodo jugak aku ni kan, terasa kebebalan melampau...

Kat tepi-tepi jalan tu boleh nampak tanaman tembikai seluas mata memandang. Macam bendang sawah padi!

Tanaman tembikai
Sampai kat tepi jalan tu si Koko ni stop jap tepi jalan tunjuk kat seberang Sungai Irrawaddy tu adalah Sagaing Hill. Boleh nampak la banyak temple-temple di serata bukit Sagaing tu. Temple-temple tu mostly warna putih-kuning (or gold).

Kiranya Sungai Irrawaddy ni memisahkan diantara Mandalay dengan Sagaing.

Di sebelah sana Sagaing Hill

Zoom sket 
Bila tiba di Inwa Bridge aku suruh si Koko ni stop jap kat depan jambatan. Takde purpose pun, just macam tempat wajib pose-pose maut je situ.

Depan jambatan ni belah kanan ada tempat untuk berenti.
Inwa ni nama baru, nama lama dia kalau tak silap aku Ava kot. Jarak Inwa dari Mandalay cuma 20 km. 

Boleh jugak ke Inwa Village (Koko ada suggest pagi tadi, tapi aku tolak). Aku tanak pegi sebab situ pon terkenal dengan temple-temple nya jugak. Haruslah I pass sajork.

Stop sini pose maut mcm driver keta tu. Dia bawak satu group mat saleh. Si mat saleh baju biru kat sebelah tu kayuh beskal sajor
Inwa Bridge ni berkepanjangan 1km merentasi Sungai Irrawaddy. Ada 2 jambatan kat sini, satu yang baru dan satu yang lama. Haruslah aku hilang ingatan aku lalu yang mana satu.

Tengok tu! Siti Nurhaliza!!! krik krik krik...

Boleh baca statement kat sini, kalau pandai lah..

View dari atas jambatan


View jambatan plak

ootd #matikk


Moh gerak
Kiranya kalau dah pass jambatan ni dah masuk ke daerah Sagaing.

Kejap je stop depan bridge tu, masa lalu kat bridge tu, dihujung bridge tu ada satu lori tengah parking tepi jalan atas bridge tu. Ada 2 orang kat bawah lori tu, ingatkan dorang tengah repair lori tu ke, yelah atas jambatan kot. 

Sekali lalu dekat, dorang tengah tido!

Bawah lori tu!

Ok dah hampir nak sampai Sagaing Hill

Wednesday, 29 April 2015

Makan Restaurant & Ibu Ari, Itaewon Korea Selatan

Sekarang ni nak kisahkan aku hari ketiga demam, hari keberapa di Korea, aku dah tak ingat.
Itinerary kami untuk hari tersebut salah satunya adalah ke Masjid Seoul.

Tapi sebelum tu kami nak pegi cari makan dulu di salah sebuah restoren halal kat Itaewon ni. Cadangnya nak makan di Eid Restoren tapi tutup pulak hari tu, jadi kami tukar makan di Makan Restaurant  yang berhampiran. Kebetulan di sebelah Makan Restaurant ni ada satu team dari KBS tengah shooting apa ntah kat dalam kedai di seberang Makan Restaurant.

Aku jengok jugak tengok sapa kat dalam (budget kenallah kan), tapi memang tak kenal pun. Tambah plak tengok crew2 dorang muka ganas-ganas takde lah aku aku berani nak jengok lebih-lebih.

Muka demam beribu batu dari katil sendirik kat umah :(
Menu Makan Restaurant 
Samgyetang. Aku walaupun prefer bulgogi tapi nak makan ni sebab demam+selsema. Alhamdulillah selsema aku hilang ajaibnya pas makan ni.

Bulgogi.

Lunch kami. Sebelum

Selepas 
Alhamdulillah berkat makan Samgyetang yang panas-panas tu, hilang selsema aku. Demam tu masih ada tapi memang aku ni kalau travel mesti nak demam tapi selalu tak jadi masalah besar sangat pun.
Kemudian kami pegi ke Masjid untuk solat.

Lokasi Makan Restaurant ni, Station Itaewon, Exit 3. Jalan sampai nampak entrance ke Masjid (macam gambar di bawah), ambik lorong jalan ke kanan tu, nanti akan nampak Makan Restaurant sebelah kanan. Kalau nak ke Eid Restaurant jalan depan lagi melepasi Makan Restaurant. Eid di sebelah kiri.

Jom ke Masjid!
Masa kat dalam masjid tu lepas solat kami duduk lah kat tepi dulu sambil lipat telekung. Kemudian ada satu group student melayu nak simpan sejadah jadi kami bersalamanlah memasing. Masa salam tu, tetiba rasa minah yang last salam ni, lain benar dialeknya.

Kemudian datang satu makcik datang salam dengan kami jugak. Kemudian makcik ni tanya, dah makan ke? Jom pegi rumah makcik makan-makan dulu.

"Eh, takpelah. kami baru je makan tadi".

Dah berborak kejap tu makcik tu ulang lagi dah kali ke-3 ajak pegi rumah dia.

"Dekat di sini aja".

Kawan-kawan aku dah pandang aku, sebab masing-masing dah tak daya lagi nak menolak sebab makcik ni memang ajak bersungguh-sungguh. Bukan ajak-ajak ayam lagi dah.

"Jomlah, bukan ada benda nak dikejar pun"

Kami pun cepat-cepat lah lipat telekung semua, tak dan nak berbedak lagi dah.

Dalam perjalanan baru tahu yang budak last yang salam dengan kami tu dari Indonesia. Dia baru je habis kerja sebab customer dia dah balik. Nama dia Nurul. Dia freelance tour.

Rupanya rumah Ibu Ari ni memang dekat je dengan Masjid. Elok dia bukak pintu pagar rumah dia, aku yang batak ni pon.

"Wah, rumah Ibu ni macam dalam drama lah!"

Bajet tengok drama lah ko kan..

Serius hokeh macam dalam drama. Macam rumah Im Siwan dalam drama Misaeng (hahaha nak mention jugak aku tgk Misaeng 3 episode :p)

Dalam pagar tu ada rumah lain lagi, yang pintu rumah tu kecik-kecik je. Pastu ada jugak rumah yang bilik airnya pintu lain. Takde lah aku nak ambik gambar kawasan rumah. Marah orang tu nanti.

Kami masuk ke dalam rumah Ibu Ari. Ruang tamu rumah ni terus bersambung dengan living room. Pastu ada bilik, dalam bilik ada bilik air.

Kami bersila di meja tengah ruang tamu.

Mula-mula Ibu Ari hidangkan kami dengan kek Tiramisu.

Presentation memang marvelous!

Rasa lah hebat, baq hang!

Kek tiramisu Ibu Ari yang super sedap!
Mula-mula tu si Nurul yang potongkan kek tu untuk semua, last-last masing-masing tambah sendirik :p

Kemudian Ibu Ari hidangkan kami dengan nasi berlaukkan rendang!

Nasi dia macam nasi ayam biasa kita tu, which is i like it sooooo much!

Dah seminggu lebih makan nasi melekit korea.

Makan sambil menangis.. Syahdu, akhirnya dapat makan makanan yang kena dengan tekak Melayu!

Sedap ya amat!
Si Nurul ni dok la bersyukur dia pegi Solat dulu sebelum cari makan, akhirnya berjumpa Ibu Ari ni ajak dia makan.

Yang kami ni sampai awal sebelum masuk waktu Zohor jadi kami pegi makan dulu.

Ibu Ari yang beriya-iya suruh makan sebab mula-mula tu asyik la cakap dah kenyang sebab dah makan tadi.

Sekali ko kena hidang nasi ayam rendang, terus tak tengok kiri kanan dah!

Kemudian Ibu Ari dapat call, ada sorang student Malaysia call dia. Rupanya dia pun dapat offer makan dari Ibu Ari jugak. Tapi Ibu Ari tapaukan untuk dia. Tapi dia pon tergoda dengan kek tiramisu Ibu Ari tu. Layan diri kekdahnya :)
Student jpa bersama Ibu Ari. Terpaksa di blurkan
Nikmat!

Freelance tour guide from Jakarta - Nurul yang super chomel.

Bisnes kad Ibu Ari. Tapi aku add kat fb sampai sekarang tak approve lagi.

Ibu Ari ni ada buat servis penginapan dan jugak katering. Jadi sesapa nak mengoder dengan Ibu Ari ni boleh lah contact dia, cuma Ibu Ari ni tak pandai sangat fesbuk ni semua. Dia harapkan kawan dia yang tolong.

Ibu Ari ni berasal dari Bali. Dia duduk sensorang je kat situ. Dari Ibu Ari ni lah aku tau the dark side tourist from Malaysia yang datang nak buat pelestik surgeri kat korea ni. In fact, si Nurul pun baru je bawak customer from Indonesia yang nak buat 'upgrade' ;p