Wednesday, 31 July 2013

Kingdom of Cambodia - Part 4

Bersambung dari Part 3

Lepas keluar dari Russian Market tu, tengok2 si Zamri tu dah takde kat depan. Tadi masa turun dari Tuktuk die tu aku nampak kot mana die pusing, so pusing kot jalan tu nampak lah die tengah dok belek2 motor die tu. Maybe die pon terkejut pasal kami pon sat ja kat dalam tu. Aku dapat la dvd, Ida tak beli apa pon. Dalam tu hangat bai..

Pastu kami mintak die hantar kami balik hotel pasal dah takdak semangat dah jalan2 mata dok katup, ngan tak mandi lagi satu hari. Bangla pon tak buat perangai cam kami ni..huhu

Pastu masa lalu, satu tempat tu Zamri tunjuk la tempat yang die sajes malam ni nak bawak. Tempat best katanya..

Rupanya2 tempat tu macam funfair!

Ida cakap kat aku, "takkan nak suh kita masuk funfair kot. Abang Zul ngan Kak Wan nak pegi ke funfair camni?"

Ntah la, tengok dari luar memang tak menyiurkan pon funfairnya. Maybe malam happening kot.

Zamri cakap ni tugu hadiah dari France. Ntahlah kebenarannya..
Pastu kami lalu lah tepi Royal Palace seberang sungai. Meriah uoll petang2 camni. Orang ramai dok beriadah, lepak2, layan2 bagi burung merpati makan.

Kami ni tahap penat gila babun, si Zamri ni dok tanya nak singgah ke tak? Asyik dok push2 je. Kami ingat malam ti nak datang sendiri. Yelah hotel pon dah dekat sangat dah. Balik mandi dulu, makan, tido kejap pastu datang balik sini tengok suasana malam.

Asyik Zamri ni keja dok pusing belakang je tanya nak stop ke tak, kami pon ye kan jelah.

Tup tup Zamri U-turn kat situ jugak nak masuk kawasan ni. Dengan jalan yang busy petang2 camni. Motosikal banyak bersimpang siur, orang lagi, burung lagi, kat situ jugak die nak U-turn. Menjerit kami dua orang kat belakang macam naik rollercoster.

Takde sivik tol!

Memang cantik tempat ni. Tak rugi singgah.
Kami tak pegi jauh pon. Jalan sampai tengah padang tu sket, pastu stop. Serius penat flight pagi camni. 

Dok tengok-tengok orang, tengok-tengok burung. Pastu layan Ida sambil snap gambar die dalam cubaan beliau menakut-nakutkan burung-burung tersebut.

"Aku kejar kau berkejaran"
"Mana mau larik"
Aku pasti burung-burung tu mimpi ngeri malam ni.



Pastu ada tanda2 nak hujan, so kami pon pegi cari Zamri. Nampak die tengah bagi makan burung. Sampai 2 beg makanan burung die beli kat orang-orang yang jual makanan burung. Ada sorang budak kecik dalam umur 6 tahun approach aku suh beli makanan burung yang berupa jagung kering. Aku tak beli pon tapi aku bagi Cadbury kat die.

Haa baik kan aku...

Sampai kat Hotel, aku cakap kat Zamri yang aku ngan Ida takmoh join malam ni sebab nak g jalan2 tepi Sungai Mekong yang ala2 kemarau tu.

Sebelum ni Abang Zul cakap tambang Zamri USD20. Tapi masa kat The Killing Field Zamri ni naikkan harga lagi USD5 dengan alasan harga minyak mahal.

Sungguh ku tidak berkenan dengan perangai mu, Zamri..

Abang Zul dah bayar USD20 tu, pastu die suh kami bayar balance USD5.

Baikkan Abang Zul ngan Kak Wan..

Kami pesan Zamri kem salam Abang Zul ngan Kak Wan. Elok je Zamri blah, kami serbu kedai makan halal depan hotel ni.
Kedai makan Halal. Namanya tak tahu. 

Aku rasa staf kedai ni tinggal kat dalam kedai ni. Makanan die biasa-biasa je. Tak kena ngan tekak Melayu pure aku ni.

Menu didinding
Aku order Nasi goreng Paprik ayam.

Korang nampak ayam? Dangggsss!
Aku tau la aku kurang sihat, tapi tak payah la bagi sayur je semua kat aku. So terpaksalah garfu aku hulur masuk ke pinggan Ida ambik daging Loklak die.

Walaupon nama tak semenggah tapi sedap bai nasi goreng Loklak ni!



Pas makan kami balik hotel. Mandi, solat dan tido. Jam pukul 6 petang lebih kurang. Kami tido pengsan sampai esok pagi!

Sekian cerita nak jalan-jalan malam kat Riverside!

Bersambung..

No comments:

Post a comment