Wednesday 22 July 2015

Mengejar Cherry Blossoms di Korea Selatan ~ otw to Seoraksan National Park

Date : 13 April 2015
Lokasi : Sokcho

Sebenarnya niat ke Sokcho cuma nak pegi Seoraksan National Park dan Abai Village (lokasi Autumn in My Heart). Tapi nya alang-alang dah pergi Sokcho aku cuba la gugel-gugel tentang spring di Sokcho.

Sekali terbaca bahawasanya di Sokcho, on the way dari simpang jalan besar masuk ke arah Seoraksan National Park (lebih kurang 8 kilometer), during springtime ada tunnel of cherry blossoms!

Tunnel hokeh!

Excited!

Pastu aku suarakan pada kawan Korean aku masa keluar makan di Seoul, aku cakap nak tengok cherry blossoms di Sokcho. 

Pastu dia cakap, cherry blossoms di Sokcho lambat sket dari Seoul dan kebetulan masa tu Seoul tengah full blooming.

Macam awal sangat untuk cherry blossoms di Sokcho..

Tapi di hari kejadian, aku dan travel buddies naik bas dari town ke Seoraksan National Park. Elok je bas turn right untuk ke Seoraksan dari jalan besar. Melilau jugak mata aku cari pokok2 sakura ni. 


Mula-mula tu memang takde di kilometer pertama. 

Pastu...

Tunnel of cherry blossoms!

Serius ada!!

Walaupun time ni takdelah blossom sangat tapi masih cantik jelita!

Layan gegambo dari dalam bas jelah sebabnya takde pon nak turun sebab aktiviti kami arini agak padat.















Aku rasa kalau orang banyak masalah. Tensen. Stress, boleh jalan-jalan sini untuk release tensen tu. Berbunga-bunga je rasa lalu sini. Kami yang atas bas tu sibuk la pusing kiri kanan depan belakang dok snap sana sini.

Masing-masing senyum je dapat lalu bawah 'Tunnel of Cherry Blossoms'


Ni pokok bunga dekat-dekat kaunter tiket di Seoraksan National Park. Bunga without dedaun.

20 comments:

  1. Time aku pegi Sokcho End Winter yg lepas... Dah macam Zombie Kampung Pisang... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa?? ko jadi zombie?? hehe

      tgl ranting je ke time tu?

      Delete
    2. Pokok semua bogel... Keh Keh Keh...

      Delete
    3. udah time winter yg ko pegi nya pon..

      Delete
  2. Wah cantiknya kalau ber bollywood kuch kuch hota hei bawahnya... bestnya... tak tergeliat ke pinggang dok pusing 360darjah...dapat bayangkan adegan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. jakun sgt ms tu. nasiblah dlm bas pon tak ramai org sgt :p

      Delete
  3. Kalau tak salah bunga putih tu bunga Magnolia... harum semerbak baunya...

    ReplyDelete
  4. suka cherry blossom ni.. dulu kat universiti saya pun banyak .. bestt.. berbunga-bunga hati iolss. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kat u byk bunga. u aku byk rama2 mati je bergelimpangan.. tempat jin bertendang kekdahnya :p

      Delete
  5. Lawa hoi!! Aku rasa Sokcho ni semua musim dia ada tarikan. Tapi summer xtaulah rupa dia macamana kan.

    ReplyDelete
  6. jeles pula tengok cherry blossom blooming macam tu, nampak sangat saya tak ada sangat rezeki hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk gaya mcm kena ada next time la plak kan..hehe

      Delete
  7. Cantik giler bunga sakura di Sokcho..next time mesti kena repeat jgk trip bunga sakura tp xtau bila!Hahaha

    ReplyDelete
  8. fuhh cunnnnn tunnel tuh...jeles aku hoih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, ko dpt king crab menari zapin kan..hehe

      Delete
  9. hoiiii cantiknyeee!!!
    terkesima aku tengok view ni

    ReplyDelete