Monday, 12 August 2013

One day trip to Genting

Ni trip melayan hati. Ingat nak try buat solo trip before balik Taiping tapi sebabkan jerebu yang teruk kat Malaysia time ni banyak la sekolah tutup untuk hari Isnin. Adik aku yang blaja kat Tangkak tu nak datang dok ngan aku weekend tu sebab Tangkak dah dalam kawasan darurat jerebu.

So terpaksa la bawak beliau. Tapi dalam entry ni xde gambar beliau sebab beliau ada blog sendiri, ko hupload la gambar ko dalam belog ko! hahahaha

p/s: Entry ni banyak gambar syok sendiri.. Layanzzzzz

Mula-mula cadangnya Sabtu tu nak naik bas pagi-pagi kat KL Sentral. Tapi sebab tiket sold out, kami pegi ambik bas kat Putra Gombak. Dapatlah bas kul 10 pagi. Tu pon seat last je.


Aku benci betul kaum-kaum tak pandai beratur nih. Main sebat je ko!

Tak sempat nak tengok wayang 4D kat sini.
Disebabkan dah lari time, wayang terpaksa dipotong dalam plan kali ni. So, terus pegi next place. Muzium Ripley's Believe It Or Not. I have to say, I believe it sebab semuanya facts. Pastu biasa-biasa je.. Bukannya benda dari out of space ke hapa, kan. Semua manusia yang buat. Manusia yang cerdik mahupun manusia gila or gila glamer.
Silalah berkenalan ngan beliau. Beliau suka travel around the world untuk kumpul benda-benda pelik ni.
Hall kat dalam. Mula-mula tu couple Cina ni ngan kami je ada kat dalam ni.
Takut jugaklah kat dalam ni kalau dah takde orang kan. Dah la banyak patung-patung human life size. Creepy siot.

Ada TV kalau nak tengok video
On the dot aku terus google Birger Gang ni.
Torture chair. tapi ada jugak si bengong yang duduk kat sini. Ada rasa cam massage chair kot.
I gave it a miss!
Agak-agak syiling sekupang aku cukup kot nak buat camni kat Uknow Yunho aku.

"Boleh ke menjahit tu ahkak oi?"
Gitu susun buku


Gambar atas ni dibuat dari button ni.




Gambar atas ni dibuat dengan menggunakan paku tekan.



Gambar budak naik swing ni menggunakan setem.


Terrer kan mereka.


Agak excitedlah aku bila jumpa jalan kecik yang banyak paper tampal kat dinding ni. Sebabnya aku teringat videoclip Britney Spear dalam lagu 'Overprotected' pon lebih kurang camni tapi paper tu semua gambar die lah. 

Ye saya, saya peminat Britney Spear.

Salahkan saya sebab lahir tahun 80an.


Best terowong ni. Lupa dah nama die. Aku tak tahan masuk selangkah je pastu pening-pening terus keluar balik. Adik aku tahan lama dalam ni.

Pas keluar muzium ni kami pegi Awana Cable Car sebab nak pegi ke Chin Swee Temple. Temple ni halfway dari Genting ke Awana Resort. Tambang RM3 one way. Cable car agak old fashion. Satu cable car boleh masuk dalam 20 orang. Masa kami sampai tu cable car dah ready nak berlepas pastu dorang suh tunggu next cable car. Dalam 20 minit jugak la menunggu.
Sabar menanti cable car
Ni bentuk cable car. Limited seat.
Aku tak tahu plak kewujudan Cradle Rock/Batu Berayun ni.

Stesen Chin Swee. Bawah sanun stesen Awana Resort.

Keluar je stesen terus nampak ni. Sekangkang kera je ngan stesen.

Big Buddha & pagoda

Time untuk panjat tangga-tangga ni.
Untuk ambik gambar ni..hehe
Adik aku cakap, ngan patung monyet pon nak bergambar.

Dey! Orang yang lahir tahun 80 an mesti tau monyet ni sapa daa..

Then tibalah masanya nak panjat pagoda ni.


Tangga die berlingkar-lingkar. Makin tinggi anak tangga die makin sempit. Tapi selamat je. Time kami naik tu xde orang nak naik sekali dengan kami walaupun ramai je kat temple ni.


View from 9th floor of the Pagoda.
Nak panjat tu mintak nyawa jugak la since kami skip lunch. Tapi Alhamdulillah sampai jugak atas. Pastu cepat-cepat turun sebab nak tunggu cable car or sebenarnya dorang panggil Skyway :p

Tiket one-way RM3.


Sampai kat atas, kami terus ambik cable car nak turun Goh Tong.

Time ni Malaysia dilanda jerebu. Tapi ni bukan jerebu, ini adalah kabus.
See, clear sky.
Sekali sampai bawah, mak aii ramainya orang beratur nak naik cable car. Sampai bawah tangga tu orang beratur. Dah petang kot.


Plan pasni nak pegi strawberry farm. Tapi aku malas nak ambik cab or call shuttle bus strawberry farm tu (dorang ada perkhidmatan ni, just call and ti dorang datang ambik). Aku nak try jalan. Aku google cakap 15 minit perjalanan. Tapi mana adanya. Dengan tak tahu jalan, main redah je. Dalam setengah jam jugak lah berjalan. Nasib baik cuaca tak panas sangat. Tapi memang mintak nyawa lah!


Ada la seketul ni je signboard.
Dah sampai salah pintu masuk plak.


Ni pintu masuknya. 
Bahagian dalam farm
Strawberry yang menunggu untuk dipetik
Dalam tu ada Lavender park. Nak masuk RM3 kot (serius dah lupa). Tapi memang kena bayar! Kecik je tapi ok lah kalau macam aku ni tak pernah tengok Lavender macam mana.

Lavender
Bukan Lavender

On the way out tu ada tempat tanam mushroom. Tapi kami jalan laju-laju sebab bas balik pukul 5 petang dah tinggal setengah jam lagi. So memang tak sanggup dan tak boleh jalan kaki lagi. Ingat nak naik teksi je.


Tapi kami bernasib baik sebab shuttle strawberry farm ni ada. Dah kami je yang naik. Feeling-feeling royal dengan keta berhias ni yang berharg RM2 each.


This is what we bought for this trip. Since beli 1 je, bagilah si Mastura bawak balik sekolah die.

Sedap hokey.


Wednesday, 7 August 2013

Sunday, 4 August 2013

Kingdom of Cambodia - Part 5

Bersambung dari Part 4

Yennadeeyy??!?

Sebenarnya aku bangun jap pukul 8 malam, tengok Ida tido. Solat Jama'. Jeles ngan kenyamanan Ida tido, aku sambung tido balik.

Tido sampai esok pagi nya?

Yennadeeyy??!?

Ida cakap die bangun malam tu tapi tengok aku tido, die pon tido balik..

Sama je dua-dua..

Pagi-pagi tu bangun kul 5 pagi. Solat Subuh dulu then cepat-cepat turun lobi. Sementara Ida bersiap, aku nak guna komputer kat lobi. Pekerja die pon dok tido lagi kat tengah-tengah lobi tu. Mesti beliau berbulu je ngan aku..

Pedulik! Aku nak bayar duit keta ngan kredit kad!

Sampai ke Kemboja bawak hutang piutang..


Sunrise die memang cantik gila pagi tu. Orang pon agak-agak ramai yang beriadah kat situ. Aku tengok ada satu famili ngan anak-anak pon tido kat tepi sungai ni.

Kesian.
Ko hunus pedangmu, aku elak..
 

Sungguh nampak tak ori kan t-shirt aku tu. Tu lah design paling cantik pon. Yang lain-lain tu nampak macam budak tadika yang lukis.

By the way, kat Kemboja takde Hard Rock. Aku tengok kat website die tulis kat Siem Reap maybe siap 2013 (time aku p tu mmg takde lagi) dan kat Phnom Pehn maybe tahun 2014.

Then kami jalan laju2 ke Royal Palace. Jalan laju-laju sebab ada 45 minit je sebelum van datang pick up kami ke stesen bas.


Snap 2, 3 roll, kami jalan laju-laju balik ke hotel. Time ni tak banyak sangat motosikal so boleh lintas jalan dengan berhati-hati.

Tengok kiri, tengok kanan dan tengok kiri balik.

Saja je aku remind pasal ada orang tu sesuka hati beliau je lintas jalan guna kanan kiri kanan, even hari terakhir kat sana..hehe

Kudaku lari gagah berani.
On the way balik, kami jalan macam ada orang gila kejar.

Ada yang cakap, datang Kemboja mesti try tempat ni. Betolkah?
Semalam tak sempat singgah, arini pon tak sempat jugak. So taktau apakah tempat ini..
Sampai hotel pukul 6.50 pagi, tapi pick up tak datang lagi. Tengok Restoren Halal tu bukak terus serbu. Nak makan dalam bas katanya. kami bungkus 2 nasi goreng, 2 teh susu panas. 

Aku xde selera so teh susu je yang abes, even before naik bas lagi dah abes. Nasi tak bersentuh pon.

Budak ni tengah cuci muka, umo dalam 12 tahun camtu, tido kat tempat pembinaan.
Pastu pick up pon sampai, sebesar-besar van yang datang. Kat Kemboja kalau naik bas Capitol, kena pegi stesen Capitol. Macam port die sendiri la. Dekat je ngan hotel tapi kalau suh aku pegi cari sendirik memang tak jumpa la ngan sesak orang ramai, keta motor basikal bagai, dengan jalan bersimpang siur.

Tiket bas ni dapat dari hotel semalam tapi memang standard untuk Capitol Bus

Ni bas yang akan bawak kami ke Battambang.
Port Capitol Bus. Snap dari dalam bas
Keadaan bas adalah memuaskan. Ntah la nak kata selesa sangat pon tak jugak. Pasal kalau naik Konsertium dari KL ke Taiping lagi selesa lah. Dalam bas tu kami je orang luar. Yang lain suma muka tempatan. Tapi orang tak peduli pon pasal muka pon ala-ala je kan.

Perjalanan dari Phnom Penh ke Battambang (sebut Battambung) adalah 6 jam.

Kedai LV kat Phnom Penh ;p
Teksi panjang. Ditarik oleh motor scrambler. Ramai-ramai duduk dalam sampan ni. 
Masjid spotted along the way.
Another Masjid
Kemboja kemarau hokeh.. Panas membahang. 6 jam perjalan semua nampak tanah kering je. Lopak air pon tadak air. Tali air kering. Sawah hijau non hadoo!

Kontang!
Terkontang-kanting!
Macam rumah kat Aklan Island, Philipines. Eh. tapi cam rumah kat kampung aku pon ada jugak!
Rehat dan rawat kali ke-2
Bas brenti 2 kali. Kali pertama berenti kat bangunan separa batu dan kayu. Aku tak turun. Ida turun pegi toilet kat belakang. Die cakap toilet bersih. Kali kedua semua orang turun siap makan bagai. Aku turun sekejap. Ambik nota-nota dalam beg kat bawah. Beg tak muat nak bawak naik atas sebab sempit. Sebab panas sangat masuk jap dalam kedai ni tapi tak ketahuan nak buat apa, terus naik bas balik.

Makcik topi hijau jual katak goreng.

Bersambung ke Part 6

Wednesday, 31 July 2013

Kingdom of Cambodia - Part 4

Bersambung dari Part 3

Lepas keluar dari Russian Market tu, tengok2 si Zamri tu dah takde kat depan. Tadi masa turun dari Tuktuk die tu aku nampak kot mana die pusing, so pusing kot jalan tu nampak lah die tengah dok belek2 motor die tu. Maybe die pon terkejut pasal kami pon sat ja kat dalam tu. Aku dapat la dvd, Ida tak beli apa pon. Dalam tu hangat bai..

Pastu kami mintak die hantar kami balik hotel pasal dah takdak semangat dah jalan2 mata dok katup, ngan tak mandi lagi satu hari. Bangla pon tak buat perangai cam kami ni..huhu

Pastu masa lalu, satu tempat tu Zamri tunjuk la tempat yang die sajes malam ni nak bawak. Tempat best katanya..

Rupanya2 tempat tu macam funfair!

Ida cakap kat aku, "takkan nak suh kita masuk funfair kot. Abang Zul ngan Kak Wan nak pegi ke funfair camni?"

Ntah la, tengok dari luar memang tak menyiurkan pon funfairnya. Maybe malam happening kot.

Zamri cakap ni tugu hadiah dari France. Ntahlah kebenarannya..
Pastu kami lalu lah tepi Royal Palace seberang sungai. Meriah uoll petang2 camni. Orang ramai dok beriadah, lepak2, layan2 bagi burung merpati makan.

Kami ni tahap penat gila babun, si Zamri ni dok tanya nak singgah ke tak? Asyik dok push2 je. Kami ingat malam ti nak datang sendiri. Yelah hotel pon dah dekat sangat dah. Balik mandi dulu, makan, tido kejap pastu datang balik sini tengok suasana malam.

Asyik Zamri ni keja dok pusing belakang je tanya nak stop ke tak, kami pon ye kan jelah.

Tup tup Zamri U-turn kat situ jugak nak masuk kawasan ni. Dengan jalan yang busy petang2 camni. Motosikal banyak bersimpang siur, orang lagi, burung lagi, kat situ jugak die nak U-turn. Menjerit kami dua orang kat belakang macam naik rollercoster.

Takde sivik tol!

Memang cantik tempat ni. Tak rugi singgah.
Kami tak pegi jauh pon. Jalan sampai tengah padang tu sket, pastu stop. Serius penat flight pagi camni. 

Dok tengok-tengok orang, tengok-tengok burung. Pastu layan Ida sambil snap gambar die dalam cubaan beliau menakut-nakutkan burung-burung tersebut.

"Aku kejar kau berkejaran"
"Mana mau larik"
Aku pasti burung-burung tu mimpi ngeri malam ni.



Pastu ada tanda2 nak hujan, so kami pon pegi cari Zamri. Nampak die tengah bagi makan burung. Sampai 2 beg makanan burung die beli kat orang-orang yang jual makanan burung. Ada sorang budak kecik dalam umur 6 tahun approach aku suh beli makanan burung yang berupa jagung kering. Aku tak beli pon tapi aku bagi Cadbury kat die.

Haa baik kan aku...

Sampai kat Hotel, aku cakap kat Zamri yang aku ngan Ida takmoh join malam ni sebab nak g jalan2 tepi Sungai Mekong yang ala2 kemarau tu.

Sebelum ni Abang Zul cakap tambang Zamri USD20. Tapi masa kat The Killing Field Zamri ni naikkan harga lagi USD5 dengan alasan harga minyak mahal.

Sungguh ku tidak berkenan dengan perangai mu, Zamri..

Abang Zul dah bayar USD20 tu, pastu die suh kami bayar balance USD5.

Baikkan Abang Zul ngan Kak Wan..

Kami pesan Zamri kem salam Abang Zul ngan Kak Wan. Elok je Zamri blah, kami serbu kedai makan halal depan hotel ni.
Kedai makan Halal. Namanya tak tahu. 

Aku rasa staf kedai ni tinggal kat dalam kedai ni. Makanan die biasa-biasa je. Tak kena ngan tekak Melayu pure aku ni.

Menu didinding
Aku order Nasi goreng Paprik ayam.

Korang nampak ayam? Dangggsss!
Aku tau la aku kurang sihat, tapi tak payah la bagi sayur je semua kat aku. So terpaksalah garfu aku hulur masuk ke pinggan Ida ambik daging Loklak die.

Walaupon nama tak semenggah tapi sedap bai nasi goreng Loklak ni!



Pas makan kami balik hotel. Mandi, solat dan tido. Jam pukul 6 petang lebih kurang. Kami tido pengsan sampai esok pagi!

Sekian cerita nak jalan-jalan malam kat Riverside!

Bersambung..