Wednesday, 8 January 2014

Wisdom Path, Ngong Ping Village, Hong Kong


Senang je kalau nak trekking ala-ala manja ke Wisdom Path ni. Pertama sekali kita haruslah pergi ke Ngong Ping Village terlebih dulu. Macam mana nak pegi Ngong Ping Village ni? Boleh rujuk entry Halal at Hong Kong ni.

Dah sampai Ngong Ping Village dah moh cari signboard "Wisdom Path". Laluan ke Wisdom Path ni adalah melepasi Big Buddha yang besar kat atas bukit tu. Since last year dah mendaki ke Big Buddha tu jadi jalan laju-laju ke laluan Wisdom Path.

Sebab kami adalah antara yang awal tiba di Ngong Ping ni, suasana ke Wisdom Path adalah sangat sunyi. Sepanjang kami berjalan memang takde orang. Memang rasa macam takut jugak tapi dah sampai jauh-jauh camni takkan nak give up kot. Kann...

Awal trek.
Jangan risau kalau ada simpang mesti ada sign board
Hutan ko..Kalau sorang-sorang mau patah balik ni..
Simpang lagi. 
Tea Garden Restoren yang tak tau la beroperasi ke tak. 
Suasana kat area ke Wisdom Path ni sunyi pagi-pagi ni. Tak tahulah kalau memang dah takde orang tinggal kat sini ke.. Tempat ni nampak terbiar. Ada ladang teh dan kami nampak sorang makcik tua yang tengah kutip daun teh. Tapi sebabkan makcik tu tak gerak-gerak dan kami cuma nampak bahagian belakang dia je jadi kami pun diam kan jelah sambil terus berjalan. Tambah scary kat sini bila ada 2,3 rumah terbiar.

Villa Nabila
Villa Nabila versi teres
Ladang Teh
Lepas Tea Garden Restoren, jalan sket lagi
Kemudian sampailah kita ke Wisdom Path. Sampai kat sini baru nampak 2 orang hiker tengah dok tengok peta. 

Belakang tu route untuk orang hike. Memang tak rugi hike kat sini. View pun cantik.
Wisdom tak? Ntah la sebab tak paham pun.
Meh nak tunjuk jalan kalau nak tengok view dari tempat tinggi kat Wisdom Path ni. View yang sangat awesome.

Mula-mula panjang tangga mengelilingi Path ni. Sampai atas sekali stop, jangan pusing path ni (turun ke bawah)
Kat atas sekali tu akan nampak semak-samun tapi ada laluan sket untuk menuju ke atas.
Dah abes berjuang kat semak-samun tu ti akan nampak 2 batu ni.
View disebalik batu-batu tadi. santeek kan???
View arah lain. Yang putih tu trek untuk hiking.
Meh panjat batu.
Posinglah ala supermodelmefemmefataleversiscarletplus..
 Dah abes 3 roll filem, meh kita balik sebelum matahari terpacak atas kepala.

Mokcik kayoo!!
Mat saleh depan tu patah balik sekerat jalan..Takut ler tu..ahak

Kenangan trip 2013

Entry untuk kenangan masa hadapan.

Januari 2013 - Surabaya & Yogjakarta, Indonesia

Borobudur Temple
Februari 2013 - Bandung, Indonesia

Kawah Putih

Februari 2013 - Boracay & Manila, Philippines

Boracay
March 2013 - Singapore

Mt Faber
April 2013 - Krabi, Thailand

setelah mendaki 1,237 anak tangga. Tiger Cave Temple (Wat Tham Sua).
May 2013 - Phnom Penh, Battambang & Siem Reap

Sunset at Phnom Bakheng, Siem Reap
Ogos 2013 - Brunei

Gigih selfie. Kg Air (#ihatetravelalone)
September 2013 - Jakarta & Bandung, Indonesia

View dari train Jakarta-Bandung
September 2013 - Seoul, Sokcho & Jeju, Korea Selatan

Abai Village, Sokcho
Disember 2013 - Shenzhen, Guangzhou & Hong Kong, China

Shamian Island, Guangzhou
The best photo ever!! #akupilihakuvotesendiri

Bersama Miss Krabi..Isn't he beautiful..hehe #ilooklikecrap!

Monday, 6 January 2014

Halal at Guangzhou & Masjid

Restoren Halal di Shanxianjin Pedestrian Street

Panduan

1. Naik Guangzhou Metro ke Changshou Lu station.
2. Exit D
3. Jalan kesebelah kanan 
4. Dalam 50 langkah boleh nampak signboard hijau di seberang jalan (kiri).
5. Lintas jalan.

Signboard hijau di seberang jalan setelah keluar Exit D


Lorong masuk ke restoren (Gambar dari restoren)


Depan restoren


Dalam restoren




Menu didinding






Selepas makan, luangkan masa anda dengan shopping di Shanxianjin Pedestrian Street.


Masjid Huaisheng & restoren Halal disekitarnya

Boleh tahan mencabarlah jugak nak mencari Masjid ni. Selepas keluar Metro kami ambik kanan wahal kena ke kiri. Tapi takde lah sesat sangat sebab bila kita jalan terus ke kanan, mesti jumpa satu restoren Halal ni. See, ada jugak kebaikan bila salah ambik jalan (wahal nak sedapkan hati). Jadi, kami pun bertanya dengan  pekerja restoren tu macam mana nak cari Masjid.

Restoren Halal Exit C ke arah kanan
Panduan ke Masjid Huaisheng

1. Metro ke station Ximenkou.
2. Exit C (kalau tengok kat web suh exit B), tapi kami ni kes salah jalan.
3. Kalau nak cepat makan (kes lapar sangat) boleh ambik kanan dan jalan terus, nanti nampak 1         restoren Halal kat seberang jalan (sebelah kiri). Tapi di kawasan Masjid pun ada banyak restoren     Halal.
4. Pusing kiri setelah Exit C. Jalan terus. 
5. Sampai simpang 4, lintas jalan (terus/straight).
6. Jalan terus lagi sampai jumpa lagi simpang 4.
7. Kali ni jangan lintas jalan lagi dah, belok kiri ke arah Guangta Lu

Ginilah panduan dari google map.


Sebelah kiri gambar pintu masuk Masjid Huaisheng

 




Bangunan utama


Ruang solat Muslimah di sebelah kanan




Mud Wall




Ruang masuk ke dalam Masjid




Dari arah pintu depan


Di sekitar kawasan Masjid terdapat beberapa restoren Halal dan pembekal daging Halal. 





Satay dah abes...huhu