Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Favorite tempat Halal kat Hong Kong adalah di Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre
yang terletak di Central, Hong Kong.
Di kantin Masjid Ammar, bagi yang nak merasa makan dim sum juga boleh berbuat demikian.
Panduan ke Masjid Ammar
- MTR Station Wan Chai (Exit A3).
- Terus lintas jalan dan belok kiri.
- Jalan straight dan make sure Tram atau laluan Tram berada disebelah kiri. Kalau lintas jalan Tram tu tetiba hilang, cari balik Tram/laluan Tram. Mesti pastikan Tram tu kat sebelah kiri!
- Jalan dalam 10 minit, dalam perjalanan tu mesti nampak Watson, McDonald & Starbuck kat sebelah kanan.
- Sebelah kiri ada apa??? ......Tram!
- Sampai lah kat New Bangkok Restaurant belok kanan ke Tin Lok Lane. Kalau nak confirm tengok seberang jalan kiri ada Public Bank.
- Jalan sepuluh langkah sebelah kanan (Tin Lok Lane), lintas jalan kearah Volkswagen Hong Kong Centre.
- Sebelah Volkswagen Hong Kong Centre ada bangunan The Charterhouse.
- Lintas bawah bangunan The Charterhouse (bawah tu ada parking).
- Sampai lah kita ke destinasi di sebelah kanan.
- Buka pintu, sila masuk dan terus ke kanan. Ada tangga dan juga lift. Pilihan di tangan anda. Kantin di tingkat 5.
Lepas makan, nak solat bagi perempuan sila ke tingkat 3. Lelaki rasanya kat tingkat 2. Lupa nak siasat. Ambik wuduk (plus toilet ada paip, heavennya!) kat tingkat 1. Tapi turun kat tangga belakang. Ada selipar disediakan.
Dalam ni ada telekung bagi sesapa yang tak bawak |
Sesapa yang selera lain sket boleh try Kebab ni. Lokasi depan The Charterhouse. |
Ebeneezer's (Kebab & Pizza), Ngong Ping Village
Lokasi Ebeneezer's adalah di Ngong Ping Village berhampiran cable car station. Kalau turun dari cable car akan nampak restoren ni diantara yang depan sekali dalam barisan kedai-kedai. Restoren ni berada di sebelah kanan (bagi yang datang dengan cable car).
Kalau datang dengan bas, lepas turun bas jalan ke arah cable car station. Lintas banyak kedai-kedai. Restoren ni betul-betul dekat dengan cable car station.
Aku tak masuk pun kat dalam restoren ni. Tapi ada lah jugak aku hulur-hulur kepala tengok staff dia. Nampak muka dan warna kulit macam rakyat Indonesia. Tapi tak tau lah betul ke tak. Restoren ni ada logo halal kat luar.
Panduan ke Ebeneezer's, Ngong Ping Village
Option 1
1. Naik MTR sampai station Tung Chung
2. Sebelah Citigate Outlate ada station cable car
3. Naik cable car ke Ngong Ping Village. Harga boleh refer sini N360. Kalau nak naik cable car sila datang awal. Kalau dah tengah hari orang ramai beratur sampai ke bawah escalator.
Station Cable car |
Option 2
1. Naik MTR sampai station Tung Chung
2. Jalan ke arah station cable car, belok kanan sket ada station bus.
3. Bas ada setiap 30 minit. Masa kami sampai dah terlepas satu bas so meloponglah 30 minit lagi.
4. Harga bas one-way $17.20
Jadual bas |
Tempat tgu bas, blkg sana escalator ke cable car st. |
Cable car, Ngong Ping Village |
p/s : Aku datang naik bas dari Citigate Outlate kemudian turun menggunakan Crystal Cable car. Datang awal untuk mengelakkan pelancong-pelancong lain. Sebolehnya sebelum cable car start operation (gitu paranoidnya..) View dari dalam bas memang awesome. Then dah abes pusing kat Ngong Ping Village, panjat tangga ke Big Buddha & hike ke Wisdom Path, terus ke cable car station. Waktu ni orang ramai baru sampai dengan cable car. Tapi yang bestnya, takde orang nak balik lagi! So korang dapat enjoy the whole Crystal cable car tu sendiri. Tak payah share-share lagi dengan orang lain. Pose lah gaya 360 darjah pun dalam tu, nak duduk atas lantai ke nak baring ke, takde orang peduli.
Miss India, Ladies Market
Miss India ni terletak kat kesibukan Ladies Market. Kalau tanya exactly kat mana Restoren, memang aku tak ingat tapi kat Ladies Market tu akan nampak orang pegang banner ni besar-besar. At least ada 2,3 orang, boleh suruh dorang tunjukkan kat mana restoren ni.
Hari tu kami penat lepas tu ingat nak minum. Tapi air kat sini takde gula..hehe Roti canai pun takde kuah. Nak kuah kena order (berbayar). So 3 orang makan, kami order 1 gelas teh susu dan sekeping roti canai (nampak kedekut tak?). Tapi sebabkan semuanya tawar, kami bayar then balik. Tak habis pun teh ngan roti canai tu (dasar tekak melayu).
Tahitian Terrace, Disneyland
Panduan ke Tahitian Terrace
1. Naik MRT ke Sunny Bay, tukar Disney Line.
2. Beli tiket masuk Disneyland (or book online or beli melalui agent)
3. Ambik map dan cari restoren ni.
Hehe..
1. Naik MRT ke Sunny Bay, tukar Disney Line.
2. Beli tiket masuk Disneyland (or book online or beli melalui agent)
3. Ambik map dan cari restoren ni.
Hehe..
bestnya
ReplyDeleteBab makan memang best..hehe
Deleteahaaa...senang lah nati kalau nak cari makanan HALAL ata Hong Kong...Terbaek! lahh...suka2 :-)
ReplyDeleteIn Shaa Allah senang..hehe
DeleteJea.. memang terbaekk la info nie.. senang hati lepas ni kalau nak jalan2 sana :D
ReplyDeleteThanks! Kenyang perut senang hati..ahak
DeleteSalam kenal dik, terbaik info adik nak gi masjid Amar ni. Siap ambi gmbar cam tu.
ReplyDeleteTerima kasih bebanyak..kak ambi ni utk penunjuk jln kak dlm misi memburu makanan kat sna nnti. Insya Allah.
Sekali lgi TQ
Terima kasih sebab singgah blog ni.
DeletePanduan ni untuk diri sendiri jugak sebab ni dah kali kedua pegi tapi masih tak ingat jalan jugak..hehe
salam, nak tanye.. MTR Wan Chai ni bukan yg dalam Time Square tu kan??
ReplyDelete