Layan Iklan dulu

Saturday, 21 May 2016

Mingalabar Myanmar ~ (Part 21) - Pagi di Inle Lake

Bila aku terpikir nak repeat Myanmar, aku pikir buat apa p sorang-sorang lagi. Jom ajak kenkwan, biar dorang tengok dengan mata dorang sendiri macam mana Myanmar ni. Tapi aku ni jarang la nak ada kawan-kawan yang nak travel ke tempat rare macam ni.

Jadi aku open tu pembaca di blog yang tak seberapa ni, dan

WOW! ramai yang berminat :)

Untuk my next trip ke Myanmar, sila refer sini.

*********************************************************************************

Pagi tu aku bangun terus pegi main building, Aku stop jap tengok board share boat tour Inle Lake, masih nama 2 korean tu. Bini owner cakap kalau aku nak join nanti pukul 9 datang lobby.

Lepas tu aku pun jalan kaki keluar dari Remember Inn, nak menyewa basikal pusing-pusing Nyaung Shwe. Aku nampak semalam sebelah Remember Inn ni ada kedai sewa basikal tapi pagi ni tak bukak lagi.

Dari Remember Inn aku belok kiri nampak ada tempat sewa basikal di kawasan rumah local ni. Dia ada 2 basikal je pun tapi takpelah janji dia dah bukak.

sewa basikal kat sini. ada 2 besikal je
Sewa basikal ni aku dah lupa berapa harga tapi tak mahal pun dan sewa kira sehari terus.

Since semalam dah jalan kaki jadi dah tau sket geografi Nyaung Shwe ni, jadi kayuh dengan yakin!

Pagi ni sejuk sesangat!

Bernafas keluar asap ok, aku ni dah la tak penah travel time winter kat negara bersalji, jadi bila bernafas keluar asap ni, aku jadi jakun la skit.. 

Jakun banyak!!

Keadaan sekeliling pun berkabus tebal, jalan clear boleh nampak 2,3 meter kehadapan je. Kalau ada kereta datang dari depan memang kekadang boleh terkejut gak la tapi nasib la orang-orang Myanmar ni kurang aktif diwaktu pagi jadi jalan tak busy sangat.

kabus tebal

independent monumen macam kat maha bandula park di yangon. ni versi mini. kabus tebal smpai takde view blkg dah
Dari main road aku aku follow tali air masuk ke kampung-kampung. Banyak bot-bot kat situ boleh riki-riki harga. Dari pembacaan aku, kalau nak murah tour Inle ni jangan pegi kat tali air kat main road yang semalam aku tanya sunset tour tu. Masuk kampung disepanjang tali air tu, nego harga dengan pemilik bot orang kampung

beskal pepagi masuk kampung
kabus tebal. ada brader bot offer boat tour tp aku tolak sbb sorg2 tetiba rasa tak berani plak

beskal dan view sunrise nan hadoo
stop kat depan temple ni sebab sini ada org lalu lalang, dlm temple ni takde orang
mencari sunrise yang tiada. kabus tebal sangat, even gunung ganang kat belakang tu ditutup kabus pagi

Since takde apa yang boleh aku achieve kat sini, aku pun gerak balik ke Remember Inn untk breakfast. 

Tempat nak breakfast kat tingkat paling atas. Aku naik tangga, semput terus!

Tingginya, sampai hati dera aku yang mencarik sepinggan nasik..

Refer sini untuk review penginapan Remember Inn
Masa breakfast aku nampak 2 korean, jadi aku saspek dorang la yang empunya nama kat board nak share boat tu.

Lepas breakfast aku turun ke lobby, kat situ ada lagi 3 korean plak. Dorang pun nak join share boat jugak. Dah jadi 6 orang total. Bila owner boat datang, bini owner guesthouse tanya boleh tak 6 orang naik satu bot. Owner boat bolehkan je. Jadilah kami berenam sama-sama join satu bot tu.

Dari Remember Inn kami follow je si tukang bot pergi ke bot dia di tali air. Siap lintas tempat aku turun bas semalam pastu masuk kampung celah-celah rumah orang. Dalam 10 minit jalan sampailah kami kat bot. 

Masa jalan ke arah bot tu aku jalan paling belakang sekali. Korea bertiga paling depan. Korean berdua kat tengah-tengah. Aku last. Saja je jalan slow..

grup bertiga kat depan sana, grup berdua kat tgh, aku mmg jenis blkg sekali
Sampai kat bot, ada makcik jual topi. 

Penting hokeh topi ni kalau korang nak pegi Inle Lake ni!

Sila bawak topi!

Menyesal kemudian hari tiada berguna...

bot yg bakal bwk kami, siap ada kerusi 
bergerak dr tali air ke inle lake
hotel tepi tali air
inle lake adalah satu satu tempat bird sanctuary
rileks2
aku suka tengok view gini. bot ni lalu sambil tabur makanan jadi seagul ni kejar bot tersebut
Seriously aku jenis tak suka air laut ke air sungai ke apatah lagi air tasik besar nak mampos ni..

Jadi aku agak boring plus takut bila bot memulakan perjalanan dari tali air masuk ke kawasan Inle Lake.

Dalam otak aku dok terbayang, bujang senang melompat lintas bot sambil buat aksi akrobatik.

matahari terik habaq hang

besau habaq hang lake nih. takde penghujung
(tipu)

sana ada show
jalan lupa saksikan show ni yg ada cuma kat inle lake ini oleh nelayan Intha 
one of the resort mewah di tengah2 lake
tengah2 lake
Dalam 15minit perjalanan, kami stop dia taman bunga atas air. Kira macam ajaib jugak la, sebab tanah luas, tapi dorang buat taman bunga ni atas air kan.

Aku memang against semua aktiviti yang berkaitan air ni..hahaha

Bila masuk kawasan taman bunga ni bot pun stop sekejap, budak-budak korea tu dok ambik gambar, aku dok tengok dalam air, kot-kot nampak 2 bijik mata merah balik pokok-pokok underwater tu.

Teruks!

boleh nampak pokok2 dalam air kat bawah bot tu buat aku rasa seram
masuk taman bunga atas air
Taman bunga pun sendu je sebenarnya, takde bunga sangat. Maybe bukan musim kot.

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan. 

orang kampung atas air dengan aktiviti harian mereka
perkampungan atas air
ni kedai runcit cum pejabat pos
Owner bot ni tak boleh cakap english, jadi tak banyak komunikasi terjadi diantara kami dan beliau.

Jadi bila sampai satu jeti dia selamba je suruh kitaorang turun, pastu tangan tunjuk straight.

Follow the flow kekdahnya.

pose rileks kat jeti
cantik walkway nih
busy
bot parking sana, kami jalan kaki masuk kampung
sekolah di tepi inle lake. bangunan baru
sekolah di tepi inle lake. bangunan lama
aku tak tahu lah mana nak pegi ni. katanya ke pasar. aku follow dorg je. nampak minah korean tu kejap2 check aku kat blkg. stress hokeh
masuk hutan..haha seb baik org ramai kalau tak mmg aku nak patah balik je
akhirnya sampai jugak pasar pagi ni
byk berjualan
Tewas gak aku kat sini. Terguna jugak kyat aku untuk aktiviti yang sangat jarang aku lakukan, yakni shopping. Tapi aku tak beli untuk diri sendiri, aku beli untuk kawan-kawan.

Bersambung..

Wednesday, 11 May 2016

Jom join Trip Myanmar 2.0 (11-15 Jan 2017)

Calling for sesiapa yang nak join trip ke Myanmar pada Januari 2017 (tahun hadapan)

5 hari trip akan cover Yangon dan Bagan

Yangon

- Circular train (3 jam pusingan - wajib naik)
- Mahabondala Park (Independent Monumen)
- Masjid Benggali Sunni Jameh (harap maklum di Myanmar ni ada komuniti shiah)
- Shwedagon Pagoda
- Sule Pagoda
- Bogyoke Aung San Market / Scott Market (tempat wajib shopping, tak pecaya sila tanya Nora Danish, eh..
- dan ofkos the fames ames Nilar Briyani Restaurant 

Bagan

- 2,000 pagodas to explore (either with e-bike atau kereta kuda)
- Sunrise over the pagoda untuk tengok hot air balloon (tengok je, nak naik tepuk dada tanya poket)
- Sunset (optional)

Budget RM1,700

Aku akan handle dari A-Z, termasuk

- Flight (tanpa luggage & meal - tapi boleh request)
- Visa (aktif passport sila bagi pada saya pada Disember untuk apply visa
- Hotel, Tour dan overnight bus (Yangon-Bagan-Yangon) 
- Hotel (double / twin sharing)

Tak termasuk

- Makan dan shopping
  (Makanan Halal hanya boleh didapati di Yangon sahaja, di Bagan boleh la kita cari vegetarian restoren atau berkungfu memasak sendiri)

Nak join sila whatsapp +60143622157 atau emel jeasuju@gmail.com

Limited tempat since aku nak bawak small group je..

In Shaa Allah Myanmar ni selamat dan dorang welcome tourist. Sepanjang aku kat sana dulu tak penah rasa terancam atau rasa bahaya. Siap tengok wayang balik malam sorang-sorang.

English widely spoken kat Myanmar terutamanya dengan budak-budak sekolah. Budak-budak yang jual poskad tak payah cite la dorang speak fluent english dan beberapa bahasa antarabangsa lain.

Wilayah yang dirasakan tak selamat even rakyat tempatan pun tak boleh pergi apatah lagi orang luar. Boleh tengok sendiri macam mana kehidupan rakyat tempatan beragama Islam di Yangon.

Yangon International Airport
Bogyoke Aung San / Scott Market 
Jalanan di Yangon
Circular train - 3 jam
Anak Myanmar beragama Islam
Naik circular train ni 3 jam memang tak pegi mana-mana. Just pusing 3 jam untuk tengok kehidupan rakyat Myanmar di dalam dan luar bandar melalui tingkap train
Overnight bus yang sangat selesa
Sunrise over Bagan
hot air balloon
Hot air balloon dari bawah..huhu
Bagan - Over 2,000 pagodas to be explore..mampooo


Pasni kalau emel ke wasap ke cakap aku tak ajak, memang aku sekeh..

Saturday, 30 April 2016

Mingalabar Myanmar ~ (Part 20) - Penginapan di Inle Lake, Remember Inn, Nyaung Shwe

12 Jan 2015


Bangunan utama Remember Inn. bilik aku kat belah taman sana. paling atas tempat breakfast
Remember Inn, Nyaung Shwe

Address:
Haw Street, Nandawon quarter,
Nyangshwe (Inle Lake),
Southern Shan State,
Myanmar

Phone: +95 081 209257, 09 521 4070 , 09 49 360044
Fax:    +95 081 209257


map. dari yang bulat oren tu tempat bas dropkan aku tadi. yang kaler biru tu tali air ke Inle Lake. Remember Inn yang no,4 tu.


directori
remember inn sebelah kanan dari main road
(bus station)
Since today birthday aku, jadi aku ingat kat Nyaung Shwe ni aku nak up la sket penginapan aku. Treat diri sendiri kekdahnya.

Aku tak tahu jenis bilik aku ni apa. Superior kot. Dapat harga 30,000 kyat pernight. Oklah tak lari sangat budget since hari-hari sebelum ni aku dah dapat bilik murah je.

Dah sampai Remember Inn aku pergi ke lobby untuk check in. Aku di check in kan oleh bini owner. Selalu tengok orang Myanmar ni kurus-kurus je tapi bini owner ni sihat plak orangnya. Belum tengok anak-anak lagi. Tapi jenis anak-anak orang kaya ni spoil abes. Jenis membuli je. Rasa macam nak tangankan anak orang je time tu, eh..

lobby check in. tangga ke atas untuk ke tempat breakfast.
Staff Remember Inn ni aku rasa 90% budak-budak perempuan. Ada la aku nampak sorang dua lelaki. Yang budak-budak perempuan ni la yang mengangkut beg guests dan buat itu ini. Yang nak kena dibuli dek anak-anak sehat owner pun dorang jugak la.. eh ter emo plak..

Masa check in tu aku dapat segelas air betik. Tapi sebab aku overdose penat naik bas dan diperkotak-katikkan oleh si driver tuktuk, aku mintak bawak ke bilik je air betik tu. 

On the way tu tumpah plak kat kasut separuh gelas. Dem sungguh!

dari lobby keluar lintas taman untuk ke bilik aku
Bilik aku ni jenis lot gitu. Dan aku dapat corner lot depan taman. Terkejut aku dapat bilik gini dengan harga 30,000 kyat.

bilik aku pintu belah kanan
Siap ada chandelier sebijik. Terkejut omak, omai aku mampu duduk bilik gini dengan duit sendiri..hahaha

katil yang besau
tv wajib on 24 hours
belah kanan pintu masuk, belah kiri pintu toilet
toilet & shower
Lepas settledown buat yang wajib, aku gerak keluar balik. Saja nak tengok keliling dan usharin bot untuk tour Inle Lake esok.

Yang pastinya sejak sampai tadi aku takde idea kat mana Inle Lake ni. Kata besau nau, mana ni aku tak nampak pun.

Pastu nak pegi claim tiket bas balik ke Yangon esok yang telah dibeli di Guesthouse di Bagan tempoh hari.

Aku pegi main building pastu nampak map kat tepi building ni. Ok lah nampak gambaran kasar sket. Tapi masihlah takde lake..

map Nyaung Shwe
Aku masuk dalam jumpa bini owner guesthouse, aku bagitau dia aku nak pergi Odyssey office untuk ambik tiket bas aku. 

Bini owner  tu pun bagitau macam mana nak ke Odyssey office tu, dia cakap jalan kaki pun ok, since kalau nak sewa basikal pun dah lewat sangat dah ni, rugi je.

Kemudian aku nampak pasal sharing boat untuk Inle Tour kat board. Dia bagitau kalau aku nak join aku tulis nama kat situ atau esok pagi aku tunggu kat situ kul 9pagi. Satu bot kos dia 18,500 kyat. Aku tengok dah ada 2 nama Korean kat board tu. Jadi kalau aku join, 3 orang bahagi la 18,500 kyat tu kepada 3 orang.

Tapi aku tak tulis pun lagi sebab aku tak tahu apa yang aku nak lagi masa tu, maybe aku nak mencarik sendiri bot di Inle Lake nanti. Masa tu tak tetap pedoman lagi...hahaha

keluar dari Remember Inn belok kiri jalan straight je mesti terus sampai ke tempat bas turunkan aku tadi.
tapi aku saja belok kiri, sebab dari map tu nampak lebih dekat
ada wat di dalam perjalanan
gini je jalan tak bertar. ni dah masuk bandar sket. aku jalan kaki je ni
Odyssey office. ambik tiket kat sini. esoknya pun naik bas kat sini
Aku jalan kaki ikut direction bini owner Remember Inn tu. Berjumpa jugaklah aku dengan Odessey Office ni. Dapat tiket pastu dia offer pick up plak. Kena bayar 1,500 kyat.

Aku pun terima jelah, sebab takdelah dekat sangat pun dari Remember Inn pastu pikir nak angkut beg lagi.

Dah bayar duit pick up aku tengok map, jumpa tali air tu aku ingt nak p situ dulu lah. 

gini lah rupa tali air nak ke Inle lake. Inle lake nun disana seteraight lagi, naik bot..haha tak boleh nampak Inle lake dari sini yea, Jea..
hotel betul2 depan tali air
Sampai kat tali air tu baru aku tau yang itu laluan kalau nak ke Inle Lake. Inle Lake nun jauh kesana. Naik bot dari tali air tu dulu untuk ke tasik sebenar.

Hahaha gitulah kalau dah bengong abadi...

Ada makcik-makcik kat situ yang dok promote bot untuk tour esok. Satu bot dia charge 21,000 kyat. Boleh share la berapa orang max to 6 people.

Bot pun cantik ada kerusi dan life jacket.

Aku tanya dia adatak tour sekarang ni untuk sunset.

Sunset hogah ko makcik tu jawab. Dah maghrib ni lagi mau tanya sunset kan..hahaha

sign pasar malam
pasar malam yg mengecewakan sebab aku takleh beli apa2..hehe
Sudahnya aku pun patah balik ke jalan yang benar. Dah gelap dah, pastu nampak plak sign pasar malam. Pasar malam yang membuli. Banyak sangat makanan yang dijual buat aku teringat aku tak makan apa pun for today. Nak makan biskut tiger kat rnr tadi pun dah kena pow. Nak minum air betik pun dapat separuh je.

dapat ice cream je today
Aku singgah kedai runcit beli ais krim milo, makan sambil balik Remember Inn. Walaupun dah gelap aku rasa ok je selamat sebab ramai je orang lalu-lalang dalam perjalanan balik.

Since Myanmar ni birthday trip aku, sapa yang whatsapp aku wish birthday aku mntak address dorg dan poskan poskad ni. since memang dah ada kan..


Esok pagi-pagi aku bangkit terus pegi dapur. Lapar yang membuak-buak tak makan seharian semalam. Sekali dapat menu rasa nak semua je, tapi dia bagi pilih satu je. Sedih!


pilih menu mana nak. Aku pilih no 5. nak nasik, please, Burmese style.


lepas ambik order aku dia bagi jus strawberi ni. aku nampak kat dapur tu dorang blend strawberi ni. segar dari ladang!


nasi goreng yang bapak lahai sedapnya. tengok jus strawberi aku dah abes sekelip mata


p/s : jeles ngan Fida Jacob yang dekat Myanmar sekarang.