Tuesday 28 July 2015

Mengejar Cherry Blossoms di Korea Selatan ~ National Assembly

Date : 9 April 2015

Time ni aku tak keluarkan kamera pun, just enjoying the moment. Tetiba time nak post entry ni baru carik2 kat folder yang kawan2 setrip whatsapp.

Kalau sumber kamera aku, non hadoo :(

Chinese mainland punya ramai time ni. Berbas-bas. 

Perangai nauzubillah!










Date : 16 April 2015

Malangnya time ni dah tak ranum dah. Time aku rajin nak keluarkan kamera. Hampeh la plak..
Nak tengok pon tak best :(


Seberang jalan last week yg super best. Tapi arini dah suram.

Beza giller!!

Kalau tak best kita letak Kwangsoo jadi model :p

Di sini aku letak gambo compare kat tempat yang sama diff time (one week diff). Beza sangatkan?


Actually both time pun kami tak pegi yg dekat Hangang River tu, main pusing-pusing National Assembly building ngan KBS je sebab memang tujuan nak ke KBS pun.

















Sunday 26 July 2015

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Jea Mohamad

Mencabar hokeh...

Aku join photo challenge ni sebab suka suki dan aku tak penah pun join apa-apa contest. Maybe sebab aku ni pemalas.. Masalah besar sangat ni.

Pastu takde geng nak merengkan diri ni. Mula-mula tu first gambar aku ajak kawan aku. Dia pun terpaksarela. Satu gambar je pastu dia pun serender..

Tinggal la aku terkontang kanting sensorang.

Turn out, takdelah susah sangat pun..

Enjoy lagi ada..

Lagi best masa dok mengedit gegambar, boleh plak aku tergelak sensorang. Apokobondo eden buek ni... :p

Ok, jom layanzzzzz......!!!

Mula-mula sekali kita tengok syarat-syaratnya...

3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA! 

Setiap gambar MESTI ada BLOGGER.


- Kali ni aku wakilkan my childhood bestfriend yang jadi ganti aku. Nasiblah aku pilih beliau sebab ini solo project kan, sapa nak pose2, sapa nak snap..

Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".

- Done

Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yang motif raya la)

- Penat hokey, satu malam di bulan Ramadhan aku jahit baju raya ni. 

 Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!

To the serious part (serious ke??)

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT! 


Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya. (Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)

Kurusss tak saya?? :p

Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)

This is Raining Town. Dah sampai tempat kejadian, hujan plak.
Pose dalam kereta je lah.
Even Barbie look bad wearing pelikat :p

Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. (Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)

I save Japan from Godzilla's attack

and fail....

Another risky thing i did during Ramadhan...

Swim with sharks in deep Indian Ocean

Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak. (Lagi kreatif, lagi bagus.)

Homemade? Non hadoo...

Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih. (Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)

Kuih batang buruk je mampu di offer ke Amil KwangSoo

Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)

Kami nak serang rumah Ken

Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.) 

Sebabkan ni first photo yang aku ambik, aku tak perasan rules. Jadi aku tempek je kat gambar.
Lokasi: Shell Giant Taiping.

Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)

Hitchhiked lorry balik kampung. Nak jimat jangan balik kg katanya.. Haaokkk!!

Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. (Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)

Aku tinggal sket lagi nak mencarut susun kasut ni. Asyik la roboh je..

Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. (Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)

Queen of England. Tua la kan??? :p

This is solely just for fun. To prove i'm a fun person (???)..

Aku tunjuk kat kawan aku certain pic, kawan aku tu komen. 

"Jea, Barbie ni sebijik perangai ko, tak reti sikat rambut!"

Erkkk...

Ok nak tamatkan entry ni, from all my not so much of a collection...


And from me, untuk kawan-kawan yang sudi baca this blog yang tak seberapa ni..



Wednesday 22 July 2015

Mengejar Cherry Blossoms di Korea Selatan ~ otw to Seoraksan National Park

Date : 13 April 2015
Lokasi : Sokcho

Sebenarnya niat ke Sokcho cuma nak pegi Seoraksan National Park dan Abai Village (lokasi Autumn in My Heart). Tapi nya alang-alang dah pergi Sokcho aku cuba la gugel-gugel tentang spring di Sokcho.

Sekali terbaca bahawasanya di Sokcho, on the way dari simpang jalan besar masuk ke arah Seoraksan National Park (lebih kurang 8 kilometer), during springtime ada tunnel of cherry blossoms!

Tunnel hokeh!

Excited!

Pastu aku suarakan pada kawan Korean aku masa keluar makan di Seoul, aku cakap nak tengok cherry blossoms di Sokcho. 

Pastu dia cakap, cherry blossoms di Sokcho lambat sket dari Seoul dan kebetulan masa tu Seoul tengah full blooming.

Macam awal sangat untuk cherry blossoms di Sokcho..

Tapi di hari kejadian, aku dan travel buddies naik bas dari town ke Seoraksan National Park. Elok je bas turn right untuk ke Seoraksan dari jalan besar. Melilau jugak mata aku cari pokok2 sakura ni. 


Mula-mula tu memang takde di kilometer pertama. 

Pastu...

Tunnel of cherry blossoms!

Serius ada!!

Walaupun time ni takdelah blossom sangat tapi masih cantik jelita!

Layan gegambo dari dalam bas jelah sebabnya takde pon nak turun sebab aktiviti kami arini agak padat.















Aku rasa kalau orang banyak masalah. Tensen. Stress, boleh jalan-jalan sini untuk release tensen tu. Berbunga-bunga je rasa lalu sini. Kami yang atas bas tu sibuk la pusing kiri kanan depan belakang dok snap sana sini.

Masing-masing senyum je dapat lalu bawah 'Tunnel of Cherry Blossoms'


Ni pokok bunga dekat-dekat kaunter tiket di Seoraksan National Park. Bunga without dedaun.

Sunday 5 July 2015

Mengejar Cherry Blossoms di Korea Selatan ~ Daesong-Ri

Date : 15 April 2015
Lokasi : Daesong-Ri

Mana celah Daesong-Ri ni kan. Kalau nak ke Nami Island by train memang akan lalu station Daesong-Ri ni. Kebetulan masa tu kami nak ke Nami Island, otw tu ternampak la plak cherry tengah berbossoms.

Memang terus simpan hajat nak singgah hala balik dari Nami nanti.

Nampak ni dari dalam train. 


Zoom dari station lagi

Keluar dari station, gerak ke kiri sket. Sampai bawah fly over (track train) lalu bawah tu, tadaa... sampe!!!

Jemaah

Tempat ni tepi Sungai Bukhangang dan orang adalah boleh dikira dengan jari. Ada photographer yang usung kamera besar, ada family with 2 kids tengah main bunga2, couple dating dan ahjummas.

Jom explore!


Pose2 poyo




Dari sini kami keluar ke tepi sungai untuk patah balik ke station. Lagipon dah almost Maghrib.

Blob jump yang fames dlm rm di seberang sungai. Cherry blossoms everywhere.

Lagi pose poyo :p


Ok dah jom balik KwangSoo