Monday, 16 October 2017

Laos Part 7 - Dari Phonsavanh ke Luang Prabang

Travelog Laos, bersambung dari Part 6

Pagi ni bangun awal lagi, since semalam sampai di Phonsavanh pun dah petang jadi pagi ni aku ingat nak bangun awal dan pusing sket area town ni. Aku ajak KakNoor dia tanak, jadi aku turun sorang-sorang kat bawah buat air dan mulakan misi pagi di Phonsavanh. Semalam masa naik tuktuk ada la aku usha tempat aku nak jelajah. Atleast tahu jalan, ok la sorang pun kan.

Keluar dari Nice Gh nampak para monk ni

Since masih pagi trafic adalah tak busy dan aku pun pergi ke tengah roundabout

Hotel paling dah di Phonsavanh

Pergi tengah roundabout nak ambik gambar ni je

Jalan-jalan di pagi hari.

Jauh jugakla dalam dok pusing-pusing tu aku ada sampai ke statue Kaysone Phomvihane, tapi aku tak tahu apa nama tempat ni, macam dataran pun ada, building belakang ada nampak macam muzium je. Ada la dalam 2km aku berjalan pagi tu nak ke statute ni.

Tak tahu tempat apa ni

Kaysone Phomvihane


Sekali lalu plak bas zaman p ramlee ni hahaha

Masih pagi lagi, ramai orang baru nak memulakan hari.

Abes pose-pose aku nak patah balik ke tempat penginapan, baru je nak melangkah dapat whatsapp call dari KakNoor. 

Sebenarnya pagi ni kami dah booked tiket bas ke Luang Prabang dan macam biasa la ada pick up. Katanya datang pukul 8pagi. Sebab sebelum ni pick up lambat lebih sejam kat semua tempat, aku saja nak tuduh dekat Phonsavanh pun sama la kan..hihi

Sekali dia sharp pulak!

Macam mana ni?? 2 km kot.

Nak kena tinggal dah ke???!

Tapi tiket bas ada dengan aku..haha

Nak tanak, pagi-pagi tu aku dah kena amazing race versi Phonsavanh pulak. 

Jauh lagi nak sampai!!

Naya sungguh. Penat tau berlari pagi-pagi..haha

Nasib baik pick up baik nak tunggu. Dah hujung-hujung trip ni budget tak mengizinkan nak beli tiket bas lain.

Kami pun pergi ke station bas yang agak jauh. Sekali sejam jugak la menunggu bas bergerak. Kiranya semua pun sama je asyik nak delay je. Yang bagus dalam cite ni driver pick up kami je pagi tu punctual. Hakikatnya bas ntah kurun keberapa la dia nak gerak. Mendapat la KakNoor dok ulang alik pergi toilet.

Pick up kami pagi ni yang punctual

Akhirnya bas pun bergerak lepas abes dorang reload bas tu dengan macam-macam hasil bumi yang nak dibawa balik kampung. Oh, ayam pun ada dok dalam kotak.

Para beg

Bas adalah sejenis minibus ada lebih kurang 20 seat. Sebelum bergerak konduktor ada pas plastik. hahaha ini adalah kali pertama dapat plastik bag dalam bas. KakNoor laju je ambik. Aku jarang nak mabuk kalau naik kenderaan darat. Kalau kenderaan laut, acik surrender 5 minit pertama lagi dah.

Halfway KakNoor pun dok buek buek la maybe sebab orang depan start dulu..hahaha


                            
Dalam bas

Singgah simpang tiga ni brenti lunch

Jalan kadang ok kadang ko

Balik sekolah

The view

Perjalanan ambil masa dalam 6 jam camtu dari Phonsavanh ke Luang Prabang. Sampai di Luang Prabang aku tak tahu dia drop kat station bas mana, kami ambik tuk tuk ke penginapan yang kami booked pagi tadi. A Tee Guesthouse.

Basa yang kami naiki di station bas Luang Prabang. Terus naik tuktuk ke penginapan

Penginapan A Tee Guesthouse 

Selesai check in aku dan KakNoor berpecah. Since guesthouse ni dekat dengan Kedai makan Halal Nisha , KakNoor pergi makan sorang, aku pergi ukur jalan.

Aku pergi area Pasar malam, aku ingat nak pusing-pusing dulu mana tau kata Luang Prabang ni kawan dia tak besar sangat pun. Memang jalan kaki pun dah ok. Ada motor jauh sket la boleh pergi tapi traffic lagi dahsyat dari Vang Vieng.

Review pasar malam? 

Mahal nak mampos!

End of day 6.

Tuesday, 10 October 2017

Itinerary dan budget Trip Indonesia 20 - 27 Sept 2017

Itinerary dan budget Trip Indonesia Sept 2017

Route Surabaya --> Madura --> Karimunjawa Island --> Dieng --> Jogjakarta

20 September 2017 (Rabu)

- Flight ke Surabaya pukul 4.30 petang dari Klia2
- Kali ni aku ada selsema jadi dalam flight adalah super tak selesa, macam ada bunyi radio rosak dalam telinga. Dia punya bunyi zinnkkkkk!!!! tu rasa macam nak cabut telinga je.
- Dari Juanda Airport Surabaya ke Terminal Bunguraih naik Bas Damri (rp25,000), rupanya bila check uber lagu murah rp30k++ je. Lagi untung sebab kami bertiga. Dah beli tiket tu kami naik jelah basnya.
- Rupanya Terminal Bungurasih ni nama lainnya Terminal Purabaya. Patutlah check maps tak jumpa Terminal Bungurasih (sebab kami nak mencari penginapan berhampiran terminal bas).
- Sampai di terminal kami bertanya pada driver bas pasal nak beli tiket bas ke Jepara pada keesokkan harinya dan dimana hostel yang boleh kami mennginap pada malam ni yang berdekatan terminal (dalam borang kastam kami main tulis je nama hotel yang terlintas di kepala..hihi)
- Pak driver bas damri bawak kami ke bas yang bakal ke Jepara (dengan bas damri tu dia bawak), tapi kami cakap kami nak naik esok malam sebab feri ke Karimunjawa takde on Tuesday. Nak tanak kami kena spent sehari dekat Surabaya ni.
- Since dah tahu mana nak ambik bas pada esok malam, pak driver bas damri bawa kami ke Hotel Laurent yang berdekatan pintu keluar Terminal Purabaya.
- Hotel Laurent double bed (kongsi bertiga) rp210,000
- Dalam bilik dapat mini pop mie, mineral botol dan kopi paket. Sambil makan pop mie kami layan award apa ntah. Artis jemputan Minho Shinee.

Since 2009 travel buddies Linda & Ana

Damri bus dari Airport ke Terminal Purabaya (bungurasih). dapat plak pak driver yang paling baik, carikan bas untuk kami ke Jepara dan drop ke depan hotel (siap masuk ke dalam lobi hotel lagi).

Hotel yang disuggest pak driver damri, di luar pintu masuk terminal Purabaya


21 September 2017 (Khamis)

- Bangun pagi-pagi walaupun semalam tak lena tidur sangat. Kami check out dan tinggal beg di Hotel Laurent dan pergi ke Terminal Purabaya untuk sarapan.
- Letih usha nak cari menu murah last sekali kena jugak menu paling mahal..haha Sarapan nasi padang dengan pekerja kedai muka kelat gila sebab kami ganggu dia tengok sinetron.
- Kami top up simcard Axis yang aku beli di Padang minggu lepas, kami share hotspot je. Sebenarnya top up hanya untuk buat call since internet minggu lepas di Padang masih boleh guna lagi.
- Kami pesan uber untuk ke Bukit Jaddih di Madura. Dalam apps tulis rp150,000, tapi kami suruh dia tunggu dan bawa kami balik ke Terminal Purabaya jadi dia charge kami rp318,000. Tol ke Madura rp15,000 one way, kami bayar sendiri.
- Sampai di Bukit Jaddih, nak masuk kawasan batu kapur kena bayar rp10,000, lepas tu ada pilihan nak ke Kolam Biru tapi driver uber decided nak naik ke atas bukit.
 Kena bayar lagi rp10,000 nak naik atas.. hahaha Driver uber macam tak puas hati dia cuba argue tapi orang jaga situ cakap tadi bayar masuk je, dalam bayar lain pulak.
- View adalah super awesome. Sini masih tempat melombong yang aktif lagi, jadi cepat-cepat pegi.
- Kami request nak pergi lagi satu tempat menarik di Madura iaitu Bukit Kapur Arobaya, katanya cantik macam Arizona (Amerika nun..hehe) tapi Pak driver uber cakap kereta dia tak boleh pergi situ sebab keadaan jalan yang agak mencabar. Tapi dia ada rekemen kawan dia tapi kami tolak. Biasa la kami stock-stock malas tak tahan panas..hehe
- Kami mintak pak driver uber turunkan kami di Monumen Kapal Selam.
- Kami tak masuk dalam Kapal Selam pun, pose depan pintu je kemudian kami tengok maps ada mall berhampiran, jadi kami berjalan kaki ke Grand City Mall. Di sini kami lunch (kena game dengan budak jual nasi penyet dekat food court, malas nak argue lebih-lebih, takpe lah tempat orang), lepas makan kami solat dan lepak dalam surau buang masa.
- Gugel penginapan di Karimunjawa Island. dalam blog Indonesia banyak suggest Pak Anto, jadi kami call dia. Dia offer bilik ada ekon rp300,000 tapi kami tanya yang murah, jadi dia offer tanpa ekon rp150,000 semalam. Kami book untuk dua malam. Pak Anto cakap nanti dia jemput kami di pelabuhan.
- Luar Grand City Mall di depan dan dalam Convention & Exhibition building ada Auto show, since nak masuk dalam kena bayar, jadi kami usha yang free dekat luar je.
- Ambil uber ke Terminal Purabaya (rp47,500).
- Ambik beg yang ditinggalkan di Hotel Laurent pagi tadi, kemudian kami duduk melepak di ruang menunggu Terminal Purabaya.
- Solat di Musholla Nurul Iman yang terletak di luar Terminal.
- Naik bas ke Jepara (rp105,000 termasuk makan malam), bas ada 3 kali sehari pada waktu malam. Kalau tak silap aku ada pukul 6.30 ptg, 8.30 malam dan 9.30 malam. Kami ambil yang pukul 8.30 malam sebab tak nak lewat sampai Jepara takut kena tinggal feri.
- Beli lampu camping lamp (boleh charge dgn usb jugak dan solar). Cahaya terang gile, sangat berjasa untuk trip ni. Kami panggil camping lamp ni lampu Azhar Sulaiman sebab lepas beli esoknya kawan aku tunjuk ig story Azhar Sulaiman guna lampu yang sama..haha

Jambatan Suramadu menghubungkan Surabaya ke Madura.

Welcome to Madura!

View kolam biru dari atas (tapi tak biru pun kata pak driver uber). Nak ke kolam bawah ni bayar lain, nak naik atas ni pun bayar lain.

Tempat mining batu kapur. Banyak lori keluar masuk

Pastu tipu orang di tanah air, cakap salji on sept! hahaha

Pak driver uber bagus sekali bawak sampai ke atas, kesian abes berbatu kapur kereta dia.

Monumen kapal selam di surabaya.

car show di Grand city mall surabaya. Skrg ni keta pink memang lelaki punya ek.

Jumpa kejadian ni dlam surau Grand city mall. Cukup 4 rakaat budak ni gini. Kalau anak buah aku ni memang kena tempeleng 360 darjah.

Dalam ruang menunggu di Terminal Purabaya.

22 September 2017 (Jumaat)

- Sampai di Terminal bas Jepara. Di luar dah ada angkotan dan beca nak bawak penumpang ke pelabuhan. Memang dari semalam masa bas berenti supper, kami tuduh semua dalam bas tu nak pergi Pulau Karimunjawa.
- Naik angkotan yang bapak penuh lahai (rp10,000)
- Sampai di pelabuhan beratur dengan meninggalkan beg sementara menunggu kaunter buka kami pergi makan pop mie di gerai dan solat subuh di kedai makan yang menyediakan ruang solat (di bangunan kaunter tiket pun ada surau).
- Kawan aku tengok tiket feri express dah sold out, harapan dapat la tiket slow feri ni. Walaupun dah beratur dengan beg, masih la kena potong line bertalu-talu. Siap ada agent yang belikan untuk customer dia boleh cakap customer dia ada dekat hotel lagi, wahal lepas beli tiket terus kena naik feri.
- Harga feri rp74,000 dan kena bayar tiket dinas perwisataan (aku rasa macam tiket untuk marin park kalau kat Malaysia kot), kami dapat harga local rp5,000. Kalau tak harga foreigner rp25,000. Tak tahu la kenapa tapi mostly yang jumpa kami di sana cakap kami stock-stock Sumatera..haha
- Feri 4 jam lebih adalah penyeksaan untuk aku. Aku tengok mat/minah saleh pun bentang tikar baring atas lantai, tapi aku takde tikar dan pening teruks. Jadi aku bentang tuala dan tidur bawah kerusi feri. Ya, pertama kalinya aku tak pedulik mana aku landing..hahaha
- Sampai di Pulau Karimunjawa tengah hari yang bahang dia lagi dahsyat dari bahang kita kat Malaysia. Panas lit lit!
- Lagi panas hati Pak Anto nya tak nampak batang hidung! Sejam tunggu dia okeh!
- Rupanya dia datang lewat as sama dengan arrival fast feri (fast feri 2 jam sajo dari Jepara). Dia ada customer datang naik fast feri jadi dia sekali harung je, mampoo biar kami kena salai tunggu dia??? Memang hati panasssss!!
- Dah datang takdenya nak minta maaf ke hapaa, terus dia bawak kami ke rumah dia a.k.a Salami Homestay. Rupanya customer yang naik fast feri tadi tak stay di situ, dorang cuma sewa motor jeerrrr.
- Pak Anto bawa kami masuk dalam rumah. Elok je melangkah dalam ruang tamu ada sorang perempuan tengah landing elok punya atas tilam di ruang tamu tadi dengan anak dia. Apakah??
- Depan tangga Pak Anto berhenti, dia cakap rumah ni takde bilik kosong. Kena lagi!
- Dia bawa kami ke sebuah rumah atas bukit, rumah kayu, dia kata ni pun rumah penginapan dia punya jugak. Later we found out rumah tu dia jaga je, owner orang luar.
- Since rumah kayu atas bukit yang kiri kanan hutan tu kami takut nak duduk situ tapi dia kata nanti ada couple lain datang duduk bilik kedua (rumah ni ada 2 bilik je). Tapi puas hati la rumah ni memang macam rumah percutian. Tinggal takde swimming pool je..hahaha Selain hutan dikiri kanan kan..
- Pak Anto offer tour halfay mula-mula nak charge rp250,000 tapi bila tengok kami liat je lama-lama diskaun jadi rp150,000 untuk 3 orang. Alah lagipun dia bawak kami pergi 2 tempat je.
- Pergi ke sebuah hotel untuk ambik famili dari Jakarta yang bakal join kami bertour petang ni.
- Lokasi pertama sebuah pantai bernama Tanjung Gelam. Lebih sejam jugak la kami disini. Kalau tahu nak berlama-lama kat sini baik la kami bawak extra baju untuk berenang-renang, sebab air memang jernih giler! Sudahnya kami hanyalah mampu minum air kelapa sajo.
- Lokasi kedua adalah Bukit Love (dorang sebut love bunyi macam loft) rp10,000. Banyak photo opps dan props boleh pose2 kat sini. Cantik untuk tengok sunset tapi kami (termasuk famili dari Jakarta tadi) datang dengan slow feri dan dah penat jadi kami request nak balik je tanak bersunset.
- Kami request Pak Anto untuk drop kami di Alun Alun, konon nak cari dinner. Sudahnya pusing-pusing cari menu yang kena dengan tekak kami takde jugak, walau banyak seafood di situ. Kami tapau nasi goreng di restoren berhampiran dan disini la kami start kenal es sirup! hahaha sedap weh sirup dorang (air sirap kenduri kawen).
- Menapak balik penginapan atas bukit. Berjasa lampu Azhar Sulaiman aku..hahaha
- Dekat rumah ada couple honeymoon dari Bandung. Dorang customer Pak Anto di Salami Homestay tapi dorang kena extend sampai hari ke 4 sebab dorang tak sempat dapat bas ke Bandung kalau balik harini. Kitaorang pun "Ooooo lama tu 4 hari sini", gelakkan orang lagikan pastu mendapat la tulah diraja Indonesia..hahaha Kami dinner nasi goreng dekat ruang tamu beserta es sirup, dorang (ada kawan-kawan dorang jugak join borak kat luar makan pop mie.

Beratur beli tiket pukul 5 pagi.

Feri rakyat - Siginjai

View dari bawah kerusi dalam feri..hahaha

Pantai Tanjung Gelam, Karimun

Wefie kami bertiga happy tapi badan memang penat la naik feri almost 5 jam tu.

Bukit Love

Banyak photo opps di Bukit Love

Lay..hihi

View dari Bukit Love

Pelabuhan depan Alun Alun

23 September 2017 (Sabtu)

- Pagi-pagi bangun tengok couple dari Bandung dah takde, lagi sedih kawan aku cakap pintu pun depa tak tutup.. Naya lahai, dah la dalam hutan.
- Kemudian staff Pak Anto datang hantar pulak famili dari Jakarta semalam, hari ni dorang dah tukar penginapan ke sini pulak. Dorang nak hantar beg je kemudian dorang akan proceed untuk island hopping tour pulak.
- Kami tak pergi island hopping, yang berdua tu tak reti berenang, takut hitam la, aku plak last week dah island hopping dekat Padang, some more takde feeling sangat dengan air laut ni, tapi masih nak bercuti ke pulau kan..haha
- Staff Pak Anto terkejut kami tanak join, dia terus call Pak Anto. Bila ntah kami cakap nak join, ke memang dah mandatori datang Karimunjawa wajib island hopping. Dorang kena pikir jugak ada je pelancong pelik macam kami ni..hahaha
- Semalam aku check kat maps.me ada warung makan kira ala famous jugak dekat area Alun-alun, jadi kami proceed breakfast dekat situ je. Menapak lagi.
- Breakfast dekat rumah makan ibu Ester. Kami tanya staff situ kalau mahu ke wisma apung, dorang cakap nanti dorang call owner tu datang ambik. Sambil breakfast sambil tunggu boat datang.
- Pak Agus datang pick up kami di rumah makan ibu ester, boat dia parking kat sebelah rumah makan ni je.
- Pak Agus manager di Hiu Kencana sebuah rumah apung yang membela ikan yu, atau disana disebut hiu.
- rp100,000 untuk pick up dan drop off, rp40,000 untuk perhead entrance fee. Tapi kawan aku bargain la sket untuk transport tu.
- Di Hiu Kencana ada jugak menyediakan penginapan selain main attraction dia, bergambar dalam kolam dengan ikan yu!
- Since kami datang tu between jadual para tour island hoppping (dalam pakej island hopping ada jugak dimasukkan tour ke Hiu Kencana), jadi masa ni memang takde orang lain langsung dekat sini kecuali kami. Semua staff dorang layan kami. Semua kolam kami masuk!
- Nak masuk tu seram jugak la, ikan jaws kot...hahahaha
- Ikan tu buat derk je dengan ko, dia tak pedulik pun. Tapi bila nak bergambar dorang pancing la dengan ikan suh datang dekat-dekat kita. Memang seram la masa ni, tengok cite Juon pun tak takut macam ni. Bila ikan tu lalu sambil langgar kaki ko, terus brain freeze.
- Lepas bergambar dengan shark kami pergi belakang Hiu Kencana (Hiu Kencana ni dekat dengan pulau Manjangan besar), ingat nak berenang-renang tapi ada rumpai air banyak plak. Air memang jernih giler! Air kat situ jenis, cetek cetek, pastu dalam terus!
- Lepak almost 3 jam situ, kami mintak Pak Agus hantar balik ke Pulau Karimunjawa. Actually dekat je, dari Hiu Kencana boleh nampak dah daratan Karimunjawa, dalam 10 minit naik bot.
- Kami bertanya pada Pak Agus pasal tiket feri (kami bercadang naik fast feri ke Semarang) tapi kami sumpah pening tak tahu mana nak belinya. Dah la feri seminggu sekali ja to/from Semarang. Jadual dalam internet tu takleh percaya. Dorang keluarkan jadual baru tiap-tiap bulan. Jadi kalau pegi kedai makan ada je nampak jadual print bertampal jadual feri untuk bulan berkenaan.
- Pak Agus bawa kami beli tiket terus di dalam feri. Patutlah semalam masa sampai kami ke kaunter tiket dorang suruh beli dalam feri. Mula tu pelik gak tapi memang gitu lah kekdahnya.
- Tipsnya bila sampai tu korang invest la masa sket tunggu feri yang korang nak beli tu sampai, beli tiket dulu pastu baru huha huha (kecuali slow feri Siginjai, beli sebelum naik feri), tak pun booking siap-siap. Kalau fast feri boleh call ahead. Alhamdulillah berkat pertolongan Pak Agus dapat la tiket ke Semarang esok. Rp150,000 - Karimunjawa ke Semarang dengan fast feri 4jam.
- Pak Agus bawak kami naik bot semula ke rumah makan ibu ester, sekali tengok menu lunch dia kau! Sotong ! Ketam! Kami tapau dan menapak balik.
- Lepak sampai malam di rumah penginapan dan yang paling best rumah atas bukit overlooking the ocean adalah view sunsetnya. Tak payah pergi jauh weh dok verandah pun dah super awesome sunsetnya.

Hiu Kencana dan kolam ikannya

Gazebo port terjun laut (dalam tau belah luar ni), port mencandat sotong malam-malam dan port tengok sunrise super awesome.

Aktiviti ni tidak digalakkan sebab pastu aku sakit lengan sampai ke bahu sebab dok lawan menarik dengan ikan.

Group photo ramai-ramai. Kamon ikan hiu!

Kolam ni kami tak turun sebab ikan dia lagi menakutkan dari ikan yu. Sekali dia rebut makanan ada iras-iras piranha..hehe

View Pulau Karimun dari Hiu Kencana

Kami mandi sini cas-cas dugong di belakang Hiu Kencana

Dari verandah ni boleh nampak laut.

Sunset dari rumah penginapan ni paling cantik!

24 September 2017 (Ahad)

- Kami bersiap dan say goodbye kepada housekeeper ibu Ana dan keluarga dari Jakarta dan menapak lagi ke rumah makan ibu ester untuk sarapan sambil tunggu Pak Agus datang pick up naik bot.
- Pak Agus datang dan hantar kami ke fast feri untuk ke Semarang.
- Sepatutnya pukul 11 pagi dah bergerak tapi dah pukul 12 lebih masih ditempat sama lagi.
- Akhirnya nightmare pun berlaku. Kapal rosak dan dorang suruh kami keluar. Separuh dah keluar ke kapal yang bakal bergerak ke Pelabuhan Kartini. Tapi sikit je la yang boleh muat pun dan kapal ke Kartini pun dah blah pastu.
- Kami tak faham sistem dorang kalau kapal rosak, dan macam tak bagi refund ke hotel semalam ke. Pepandai kaulah situ kekdahnya.
- Kami pinjam telefon staff kapal dan telefon Pak Agus.
- Pak Agus datang menyelamat kami dan bagi kami stay di penginapan Hiu Kencana.
- Hari ni kami lepak-lepak layan customer datang bergambar dengan ikan yu (mostly kami gelakkan je dorang..hihi).
- Malamnya Pak Agus dan staff beliau Ahmad ajak pergi makan di Karimunjawa. Masa nak naik bot tu sekali datang sotong besar lengan. Besar weh! Dua tiga ekor plak tu, Pak Agus dan Ahmad cuba nak mencandat tapi tak dapat. Alihnya kami proceed je pergi makan.
- Tidur di Hiu Kencana. Tengah malamnya lampu padam, seb baik ada lampu Azhar Sulaiman, ahaks!

Laluan nak ke rumah penginapan, kena mendaki. Time ni kak limah ingat dah nak balik ke darat.

Sekali kapal rosak.

Rumah penginapan di Hiu Kencana. Semua bilik kosong. Pilih je nak duduk mana..haha

Ahmad sorang je la berani dengan air dalam gini.

Ahmad kata turun la lagi sekali, kami pun mengenangkan hari kedua dah dengan ikan-ikan yu ni cas-cas berani la..haha

Kaklimah pakai bj superman tabik gaya hitler. Bukan, ni tengah menjinakkan ikan (tipu)

Target nak berenang sampai ke pondok sana tapi tengok air dalam, kansellah.

Akibat penampakkan sotong besar lengan.

25 September 2017 (Isnin)

- Pak Agus pergi market kemudian Ahmad the staff datang bawak nasi dengan sotong celup tepung plus sambal...hahahaha terbaik sungguh depa ni.
- Pukul 10 pagi lebih camtu kami dah gerak ke kapal lagi tapi kapal masih rosak. Pak Agus pergi dapatkan duit refund kami dan proceed beli tiket fast feri ke Jepara.
- Naik feri 2 jam ke Jepara. Since fast feri kapal kecik je mabuk dia tu dua kali ganda.
- Sampai di pelabuhan Jepara, solat dan lunch. Kami naik ojek & beca ke terminal bas untuk ambik bas ke Semarang. Dalam bas orang lain dapat tiket kami tak dapat (kena game lagi), konduktor tu tanya destinasi kami dan arrange nak menghantar terus kami ke Dieng dengan kos sangat mahal (deal dengan kawan dia), bila kami tak nak dia diskaun sket tapi kami tolak jugak. rp30,000 bas ke Semarang.
- Sampai di Semarang bas drop kami tepi jalan je, menggagau mencari bas nak ke Wonosobo. Maybe dah kena tipu disini tapi ada sorang ulat tiket hantar kami ke pejabat minivan (yang penuh nyamuk) untuk naik last van ke Wonosobo. rp100,000 van ke Wonosobo. Bayar transport ke pejabat van rp50,000.
- Lalu di old town di Semarang, rasa macam jalan-jalan ke Melaka pulak..hihi
- Van bergerak pukul 9malam. Dia ada pick up penumpang lain tapi aku dah pengsan teruk tak sedar diri.
- Van berhenti makan tengah malam. Sejam kau dia break situ! kami sambung tidur je dalam van tak keluar pun.
- Pukul 2 pagi van sampai ke pekan Wonosobo. Dia drop je kami pukul 2pagi tu tepi jalan.
- Masa di pejabat minivan tadi kami dah gugel dan call sebuah hotel di Wonosobo, dan kami menapak mencari hotel menggunakan google maps & maps.me.
- 15 minit berjalan tapi jalan masih ramai orang melepak dan makan-makan tepi jalan dan siap jumpa para nyah menjual diri (mula tak tahu nyah, sekali bila kami lalu tepi dia bersyair keluar suara jantan).
- Check in, solat dan tidur pukul 3 pagi.
- Hotel Arjuna rp165,000

Sunrise

Abang-abang kawasan masih tidur

Pose-pose sebelum kena hantar ke kapal

Ofkos

Semalam muncung belah sana, arini dah tukar ke belah sini, kami ingat dah ok, sekali tengok staff dia pakai baju biasa je dah tak pakai uniform. Rosak lagi!

Terpaksa tukar plan B ambik kapal ke Jepara

Dari Jepara, naik bas ke Semarang, naik kereta ke office minivan ni. Banyak nyamuk office ni!

Sampai di Wonosobo, minivan tinggal kami di tepi jalan dan kami menapak cari hotel pukul 2 pagi.

26 September 2017 (Selasa)

- Pukul 5 pagi bangun solat dan bersiap nak check out (sebenarnya pukul 5 pagi dah cerah dah sket tapi hari-hari pukul 5 pagi jugak la kami solat subuh, macam tak reti nak bangun awal sket).
- Sarapan dihantar ke bilik (teh panas, toast dan telur rebus).
- Simpan beg di hotel dan bapak staff ajar macam mana nak naik bas ke Dieng. Dekat je tempat basnya dari hotel.
- Naik bas ke Dieng. rp20,000
- Padah makan telur rebus, sakit perut dalam bas, turun bas terus cari masjid, tumpang toilet..hahaha
- Masuk ke kawasan Dieng rp10,000
- Tujuan kami ke Dieng adalah nak tengok golden sunrise di Sikunir tapi since kapal rosak dan buang masa atas jalan semalam, kami terpaksa redha je tapi masih proceed ke Dieng. Dieng sebuah kawasan tanah tinggi yang sejuk.
- Mendaki ke view point Telaga Warna rp5,000. Bayar tapi tak dapat tiket, tiket abes katanya wahal pagi-pagi lagi dah..
- Menapak lagi ke Kawah Sikidang. Beli face mask dengan pakcik di area Candi Bima. Tapi tak masuk ke Candi Bima sebab malas naik tangga yang sikit tu..haha
- Lunch pop mie di Kawah Sikidang. Nak masuk Kawah Sikidang almost kena game lagi dengan entrance fees tapi kami opt untuk bayar macam yang tertera dalam tiket. rp15,000. Banyak photo opps di Kawah Sikidang. Kawahnya ada air menggelegak gitu!
- Dari kawah sikidang kami naik ojek ke Kompleks Candi Arjuna. Ojek rp15,000 sorang. Tiket dah included dengan Kawah Sikidang.
- Solat di Musholla di dalam Muzium (tapi tak masuk muzium, muzium depan pintu masuk kompleks Arjuna.
- Keluar ke jalan besar dan ada minibus baik tunggu kitaorang. Berlari kejar bas. rp20,000 bas ke Wonosobo.
- View dari Wonosobo ke Dieng vice versa adalah super awesome. Banyak tamanan di lereng bukit. Dieng terkenal denan pengeluaran kentang.
- Data internet dah abes, otw ke hotel Arjuna ada nampak van jual simcard. Kami beli 1 simcard. Data 1gb katanya. Sebab esok nak balik dah 1gb pun ok dah kongsi bertiga. Sekali kena game lagi. Simcard takleh guna pun, apa data pun xde. Sim semata.
- Ambik beg di Hotel Arjuna, naik angkotan ke Terminal bas (bas park tepi jalan je pun), naik bas ke Magelang, dari Magelang naik bas ke Jogja pulak. Bas drop tepi jalan je kena naik bas lain untuk ke Malioboro Street. Kami naik uber sajo ke hotel yang ditempat baru tadi melalui booking.com. uber rp33,000.
- Check in The Cabin Hotel Malioboro Street rp270,000.
- Hotel best jugak dalam 400m ke Malioboro street tapi deco banyak patung-patung, i is takut. Dalam bilik ada 2 lukisan penari kecak, sudahnya kami cover dengan tuala je. Bilik air share tapi bersih.
- Letak beg terus ke Malioboro street shoppping pengabesan. Since sepatutnya hari ni kami tour sehari jogja tapi terpaksa cancel dengan supir sebab kapal rosak dan kena stay sehari lagi di Karimunjawa (kami tak complain sebab Karimunjawa adalah best terutamanya di Hiu Kencana), bahagi duit pool dan kami ada duit extra la sket, boleh la pakai untuk shopping baju batik, eh.
- Makan mewah sket untuk last dinner di Legian seafood restoren tapi masih murah dari KL.
Balik hotel naik uber (yang 400meter tu), baru book 2 saat dah datang ubernya rp10,000.

Hotel kami untuk 5 jam

Otw ke Dieng dengan minibus

Kalau nampak sin ni maknanya dah sampai Dieng. Area sini banyak penginapan.

Banyak masjid di Dieng. Cantik-cantik pulak tu. Aku tumpang toilet. Air dia sejuk bedi!

Mendaki tengok view Telaga Warna

Ni paling atas boleh daki.

Kawah Sikidang. Kawah dia yang berpagar sana.

Komplek Candi Arjuna.

Shopping tshirt di Malioboro St
27 September 2017 (Rabu)

- Breakfast dihantar ke bilik. Nasi lauk ayam. Kemudian pegi ke lobi sebab situ ada free flow air 24 hours (Serbuk kopi & coklat)
- Uber ke airport rp40,500 tapi dia hantar ke domestik terminal, kena menapak lagi 200meter ke international terminal.
- Fly balik Malaysia

Ke airport dengan uber

Terbang balik dengan Airasia

Semoga bertrip lagi kita bertiga!


Budget : Kami share sorang 2 juta rupiah. 3 orang dapat 6 juta rupiah. Itu la duit segala mala guna makan, tidur, aktiviti & transport. Sorang akuantan dilantik jaga duit. Yang lain huhahuha je..hehe

Since last day cancel Jogja, dapat la balance balik sorang rp350,000, guna shopping kat Malioboro Street sepantas kilat abes..huhu

Note : Next time nak pergi lagi Karimunjawa. Kali ni nak stay di Hiu Kencana dan malamnya nak candat sotong! Aku nak bawak pes tomyam!! hahahaha