Friday 26 September 2014

10 RANDOM FACTS ABOUT ME -- WHEN I AM TRAVELLING (setelah ditag oleh Nanatron)

Post syok sendiri ni kalau buat 100 random facts pun aku boleh...hahaha

Post setelah i'oll di tag oleh Pn Nana. Sorry lambat...hehe

*********

1. Tanpa sedar suka bawak t-shirt yang sama ketika travel. Kat umah tak pakai pun t;shirt ni. Seolah-olah t-shirt ni dah sign contract pakai untuk traveling je.

Sket je aku korek gambar t-shirt sama ni karang org ckp aku tasteless plak (hmm mmg pong..)
 2. Kalau boleh nak mingle jugak ngan local.

Pantai Pasir Putih, Surabaya. Kalah orang local sebab time ni satu hari suntuk aku tak mandi...huahuahuahua!!
 3. Say NO to animal tourism.

Lain orang lain gayanya kan. Bagi aku In Shaa Allah ni future aku sebolehnya akan mengelak:

a) Menunggang
b) Tengok show yang melibatkan haiwan-haiwan (no demand no supply, ye dok?)
c) Pegi tempat yang haiwan kena kurung atau berantai
d) Haiwan yang kena drug


4. People watching.

Aku rasa semua orang buat ni kan?? Banyak cerita-cerita best kalau kita dok tengok gelagat orang ni. 

Macam kat gambar bawah ni, aku tengah melepak kat Henderson Waves pastu one group budak sekolah lalu (yang pakai baju biru tu). Pastu ada dialog busuk, budak pompuan Melayu ni pegi herdik kawan dia. Terdiam kawan tu.

"Don't speak Malay with me!!"

Motif la kau, walaupun ko pakai seluar katok tetapi kulitmu berkerak jugak...hahahaha

Berselipar je aku memana pon...
 5. Tak kisah pasal makan atau tempat tido.

Ada satu masa tu aku tak booking hostel, dah sampai baru nak cari. And guess what, my travel partner nak hotel yang ada kolam renang & garden.****nanges..

Makan apa pun takpe sebab bukan habis pun aku makan (read: tekak Melayu)
 6. Big NO to travel sambil mengadap henpon (tweet, FB, whatapps dengan peminat2 di tanah air).

Aku seteress dengan species ni, like SERIOUSLY!!

Kalau nak update media sosial pun cari lah masa yang sesuai. Aku pun mengapdate di FB jugak tapi tak perlulah setiap komen perlu dibalas on the spot. Kalau nak berwhatapps dengan kawan-kawan dalam group pun buatlah pada masa senggang. Balik ti muka tu jugak ko hadap. Bukan time on the road or bila travel partner need your opinion in decision making. Pastu ko jawab "suka ko lah, aku ikut je" (sambil muka mengadap henpon).

Haa memang ko ikut je la kan, kalau cenggitu baik aku travel ngan tiang letrik je kan...

I'oll dengan imej mak lampir mmg tak penah jauh.
Mak lampir tgh melayan peminat dari alam mistik.
 7. At least mesti ada 1 aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Ti boleh la riak ngan anak cucu di masa depan. "Ko pegi situ tapi tak buat #@#$???"

"Pondan sangatlah ko ni, cu"...hahahaha


8. Gelang-gelangan

Selain FM dan keychain (T-shirt kalau ada extra budget) aku suka beli gelang-gelang bermanik ataupun dari seashell. 


9. Furr friend..

Perlu explain ke why..

Kucen putih kucen Boracay. Gambar kecik kucen Nami Island.
 10. Travel attire

Selain berimej mak lampir, berselipar naik flight, pakai baju ulang-ulang dengan harapan nak travel light, aku kenkadang bawak jugak baju kurung. Why not??

Tapi memang aku sorang-sorang je sebab takkan ada sesapa nak join aku.

Baju kuning kasut pink. Tapi aku improve sket kat Kemboja.
See, baju matching selipar...hehehehe
Thanks Nana sebab tag.

Nice knowing you.

Thursday 25 September 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam. Sepetang di pantai Boracay

Bersambung sini.


Setelah penat beraktiviti di tengah hari tersebut kami pun balik ke hostel. Setelah mandi dan solat, kami pun terus keluar untuk berjalan-jalan di tepian pantai.

Cuaca pun baik pada petang tersebut.

Dari hostel kami di Station 2, kami terus ke berjalan ke arah kanan. Tujuan kami pada petang ini adalah untuk melihat Willy's Rock secara lebih dekat. Willy's Rock terletak di Station 1. 

Sambil berjalan-jalan di tepi pantai sambil tengok gelagat orang ramai.

Sekarang ni tetiba angin malas pun bertiup (sekarang, bukan time kat Boracay..huhu). Sila la layan gambar je...









Dalam perjalanan kami singgah jap dekat D'Mall market.





Dekat Willy's Rock ni kami bergambar dari jauh je. Malas nak merentas air tengah pasang tu. Almaklum la baju seluar tengah kering (read: baju/seluar pun tak bwk selai dua je).



Dari Willy' Rock Station 1 kami menuju ke jalan besar untuk naik tricycle balik ke D'Talipapa di Station 2 sebab dah malas nak menapak balik.

Nak naik tricycle ni make sure tunggu kat signboard tricycle sebab kalau tak dia tanak berenti!

Lepas ni kami nak makan besar di D'Talipapa, bersambung...