Tuesday, 22 March 2016

Jea ke Korea ~ Achasan Mountain

Kelas kan bunyik mountain tu..haha

Wahal macam naik Broga je. Tapi menjerit mintak nyawa jugak la.  Total hiking turun naik dalam 3 jam. Sebab aku ingat aku start dari pintu keluar train pukul 3 ptg sampai balik ke train station pukul 6ptg. Sempat jugak la aku masuk minimart kat situ carik air manis.

Sebenarnya aku sesaja mencarik bukit-bukit atau gunung-gunung peringkat manja di sekitar Seoul untuk didaki. Dan staff J Guesthouse cadangkan pegi ke Bugak Mountain. Tapi bila study balik rasanya tak sempat kot nak pergi Bugaksan (san - mountain) sebab aku ada separuh hari je.

Jadi dorang suggest aku pegi Achasan je. Sebab boleh naik train dan track dia tak susah sangat. Jadi aku study la sesikit dengan gugel. Tengok masa yang dianggarkan untuk sampai puncak adalah 1 jam 30 minit.

So meh kita ke Achasan!

Direction


Turun di Gwangnaru subway station exit 1. Nak turun kat Achasan station pon boleh tapi tu sendiri study la
Main map


A

B
Extra pic after B. Kalau nak cofirmkan boleh carik signboard tulis Achasan Goguryeo Historical Road
C - Ni nama dia Gwangjang Middle School. Lepas pagar sekolah ni terus belok ke kiri

D

Di laluan D ni boleh tengok mural-mural sepanjang jalan. Mural-mural tu ada aku snap sket yang berkenan dihati boleh ketik sini

E - Kat sini sila la belok kiri. Aku jalan straight je memula tu. Pastu lepas umah ahjumma tu jalan mati. terpaksa patah balik. Siap ahjumma tu hulur kepala kat tingkap lagi tengok aku masuk kawasan umah dia..hihi
Lepas tu dapat view ini. Belum sampai lagi ni yea kawan-kawan. Walaupun aku tersadai la sekejap kat sini..

Lintas jalan ni ikut anak panah. Sebelah kanan ada kolam. Lepas tu jumpa parking. then bersedia la masuk ke dalam park ikut suka hati pintu mana pon

Kolam sebelah kanan

Map Achasan Mountain

Aku memula tu tak sure jugak nak ambik trail mana. Banyak sangat trail sampai confius jadinya

Selection trail sila refer sini Visitkorea dan Visitkorea

Pastu aku suka suki je lah ambik yang memana pun sebab memang banyak trail situ. Memulanya memang track lawa. Pastu aku jadi confius lagi so aku mark Achasan Mountain jelah.









Time track berkayu memang la tak penat pastu bila sampai one point tu nampak view bandar budget dah sampai top la kan.



Padahal belum lagi. Jauh lagi. Dari track berkayu tu boleh naik atas ikut track berbatu plak. Since aku pegi semalam on Monday jadi aku race dengan ahjumma dan ahjussi je lah.

Di track berbatu tu aku tak sure sangat laluan mana nak ambik. Jadi from one ahjussi to another ahjussi aku follow rapat je..haha





Tapi takleh rapat sangat sebab dorang ni ramah plak nak ajak borak, wahal diri sendiri tercungap-cungap mintak nyawa. Dorang rileks je takde benda pon.

Pastu bila aku slow, laju je dorang tinggal. Aku kalau penat plak buat-buat ambik gambar. Wahal cover penat!

Then ada satu ahjussi ni tengok aku dok follow dia, dia pun macam jaga la aku. Kejap-kejap tengok belakang. Dia suh follow ikut ke puncak.



Walaupun aku slow dibelakang, aku akan pastikan tahu kat mana dia pegi. Track pun dah jadi berbatu mencanak naik dah.

Then kat satu point ahjussi tu pon hilang completely. Aku dah tak jumpa dia lagi dah pastu.

Aku naik la sensorang, tapi tak risau sangat la sebab mesti nampak ahjumma dan ahjussi lain yang turun naik Achasan ni.





Bila sampai satu point ni aku ingat dah sampai top pastu siap ada ahjummas tengah dok merileks berborak. Ada sorang ahjussi tengah tidur kat swing yang ada kat platform situ.

Sekali tengok belakang, ada lagi track naik ke atas. Aku pun naik la jugak.

Ce teka sapa ambik gambar aku?
Alkisahnya dorang sediakan cellphone stand ni. Aku takde henpon jadinya aku letak la kamera kat sini. Bagus tol tiang ni.
Tak kisah la ko ambik laluan mana-mana pun janji kalau agak-agak belum sampai ke puncak tu, just keep on going je.













Di puncak Achasan
Tapi once dah rasa paling tertinggi tu tak payah teruskan track menurun plak sebab track menurun tu pergi arah lain plak. Kadang-kadang akan nampak hikers/ahjumma/ahjussi datang dari arah bertentang sebab dorang start dari point yang lain.







Bukak bekal nasi lemak kat sini.



Dah sampai atas tu aku ingat before keluar tu aku nak pergi tengok Achasanseong Fortress plak. So aku turun tak ikut route yang aku naik tadi.

Sana bukit yang ada Achasanseong Fortress
















Sampai kat fortress tu dah hampir pukul 6ptg dan orang ramai pun dah beransur pulang. Kadang-kadang je aku selisih dengan orang lain.

Achasanseong Fortress yang berpagar
Unfortunely Achasan Fortress tak boleh masuk sebab berpagar. Jalan lepas snap sekeping dua aku pun turun ikut track yang menuju ke bawah. Aku main agak je lah sebab dia menurun kan..







Sekali nampak putih2 ni. Apakah tandanya??

Spring is in the air!
Rupanya aku dah cut banyak dah dari pintu masuk aku mula-mula tadi tu. Dekat area kolam. Tapi cuak jugaklah sebab nampak semua tak familiar.

Ntah la apa kebendanya ni..

Seb baik ada host angin ni. Hilangkan pasir2 melekat kat kasut & seluar
Turun bawah terus aku ambik train balik ke J Guesthouse Sinchon. Kena buat transfer sekali. Dalam train memang membuta la penat lahai...

Follow my fb page untuk tempat-tempat menarik di Seoul.
Whatsapp 0143622157 untuk guide di Korea
Aku menginap di J Guesthouse Sinchon


23 comments:

  1. satu yg aku kagum dgn ahjumma dan ahjussi di Korea, semangat kental derang..time winter pun gigih dok panjat gunung, terbaoik sungguh! aku siap berangan nak cari partner sorang mcm derang ne..kot bosan2 di hari tua, boleh teman aku panjat memana gunung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, yg langkah slow2 tu pon gigih mendaki.

      In Shaa Allah berjumpa pasangan yang seswai. Tak seswai buat apa nak pilih ye dak?? hihi

      Delete
    2. hahaha

      nak tau sesuai ke idak, time nikah harus buat di puncak gunung Jea :D

      Delete
    3. Tu dia.. aku tepung tawar dari bawah gunung la giteww..

      Delete
  2. woww...Jea ke Korea lagi!!! acah acah je kan mountain tu..achasan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kalau dtg masa terdekat ni roger lah tau..

      Delete
  3. ambo rasa lah kan..view lg cantik on spring or autumn kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, datang sekarang mcm hutan baru lepas kena bakar, eh

      Delete
  4. kwangsoo teman ko Jea..mgkin kah kwangsoo yg tlg ambik gambar ko tu hahahha..x pun ahjussi yg ko follow dari belakang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiang yang tolong ambikkan gambar..hehe

      Delete
  5. Cantik...jeles le teman. Bila mana nak sampai entah le.

    ReplyDelete
  6. Jea lama ke kat KOrea tu...

    ReplyDelete
  7. Asik asik kwangsoo jek... Bila nk bawak aku? Hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ajak jugak tp tgk ko busy dgn xian tu aku biar jelah dulu, takut lari plak title sejarawan ko tu :p

      Delete
  8. cantiknya view !!! kalau amek gambo pastu print besau besau, framekan pun cantik babe >,< btw I tak penah panjat broga pun. tengok gambar pun I macam mengah dah hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mintak nyawa mendaki ni.. Pastu jeles dengan ahjumma & ahjussi climb lagi laju..

      Delete
  9. memang gigih ko mendaki kan....
    aku entah bila hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak berguling ke bawah pastu..haha

      Delete
  10. wah pertama kali tgk handphone stand...ni kang kalo ada kat malaysia...belum sempat ambik gmbr, hp dah hilang....

    ReplyDelete
  11. ingatkan tangga itaewon je aku dah seriau. ni lagi nak hiking. terus jatuh serpih serpih lutut aku

    ReplyDelete