Dah sampai guesthouse aku pulangkan e-bike kat depan dulu. Makcik tu cakap nak recharge bateri dulu sebab e-bike pun nampak buruk memang tak tahan bateri kalau pakai seharian. Since aku sewa untuk satu hari, nanti nak guna aku datang ambik balik ebike tu.
Lepas tu aku singgah breakfast dulu kat guesthouse sebelum naik ke bilik. Lepas lepak sejenak dan mandi ala kadar sebab sejuk nak mampos, aku turun balik dengan niat cukuplah sekali trip ni je aku nak jelajah ke Old Bagan. Tengah hari nanti aku balik tanak keluar lagi dah.
Sewa e-bike dan basikal depan guesthouse je. Dari luar nampak macam rumah tgl je, aku penah masuk dalam tu tapi keluar balik, seram.. |
Sejuk angin pagi walaupun dah almost 10 am.
Aku naik ebike tu sampai nampak gate Old Bagan. Dah masuk dalam kawasan Old Bagan tu aku main terjah je mana pagoda/temple yang aku rasa nak pegi.
Tempat wajib ambik gambar :p
|
Ni namanya jalan besar, sila bayangkan jalan belakang plak macam mana..
|
After a while semua pagoda dah nampak sama je..
Hahahaha
Tak syok kan bertrip dengan aku.
Aku rasa ni dah di New Bagan jadi aku patah balik takut sesat. |
Rupanya aku masuk ikut gate belakang. Belum park e-bike lagi dah kena kerumun. Dorang jual poskad, ada yang jual buku-buku pasal pagoda di Bagan.
Aku dah cakap elok-elok tanak beli. Pastu aku jalan sampai gate depan dan lepak luar jelah dah jadi retis cenggini kena follow je malas dah aku nak bergerak. Pastu aku patah balik ke e-bike. Budak-budak tu pelik tanya kenapa tanak masuk dalam?
Aku snap je sebab tengok muka model coke ni ala pinoys |
Yang kecik tu umo dalam 10 tahun, tetiba pegang tangan kiri aku sambil tunjuk bracelate aku kat tangan.
"Can i have this?"
Hadik oii, bracelate/gegelang ini jelah yang ahkak aim dulu kalau travel, tak dapat barang belian lain pun takpe, janji dapat gegelang ni ahkak puas hati sangat dah. Yang kau mintak ni ahkak beli nun di Kuria. Hatta anak buah ahkak mintak pun ahkak boolayan je..
"No..."
Penyayang tak ahkak?? :p
Pastu dia pindah plak ke tangan kanan aku.
"Can i have this one?"
Dia tunjuk plak gelang jade yang aku beli kat Bogyoke Market di Yangon tempoh hari.
"I bought this here, in Myanmar", gigih la aku nak explain bagai ngan budak kecik. Masa tu niat dihati memang nak bukak bagi je, sebab aku yakin nanti aku boleh jumpa lagi gelang jade tu di mana-mana.
Tetiba budak-budak berjualan yang lain lagi 2 orang dah kat keliling aku. Maknanya dah 3 orang kat belakang tu.
"But I want this", tangan aku masih tak lepas.
Aku rasa macam 'sudah..' nak kena paw ke aku nih.
Tempat kejadian hampir di 'paw' oleh kanak2 |
Aku pandang muka budak-budak lain, yang kecik dan remaja sket. Muka semua kelat je.
Ada je pelancong lain, tapi maybe sebab aku sorang-sorang jadi dorang berani sket dengan aku, walaupun hakikatnya budak-budak lagi je tu.
Aku pegang tangan budak tu untuk lepaskan tangan aku. Baru aku perasan kuat jugak dia paut kat tangan aku tu.
"Sorry I cannot give you this. I bought this for myself", berlagak aku, kalah drama Melayu kat tv3.
"But I want this! You give this to me" Sambil tunjuk gelang Kuria tadi balik.
Korang ni kan.. kecik besar kecik besar je aku nampak..
Sebelum dorang mintak plak jam aku, baik aku blah je.
Aku jalan ke e-bike. Sambil jalan, aku pusing belakang tengok. Semua tengok aku. Aku sengih je tengok dorang. Ada pakcik mat saleh kat guesthouse malam tadi cakap, dengan budak-budak berjualan ni kena garang sket, sebab kadang-kadang dorang aggresif.
Ni bukan tahap agresif lagi dah, ni samseng kampung dusun!
Tak tahu lah aku ni sebenarnya takut ke tidak ngan budak-budak ni, sebab aku tengok memang bebudak sangat jadi macam nak takut sangat tu takde lah jugak.
Ke urat takut aku ni kurang bersambung masa kat Myanmar..
Aku tolak e-bike aku ke jalan tar sebab situ pasir tebal.
Kebetulan ada satu e-bike couple mat saleh baru nak park.
"Please be carefull here", sambil toleh budak-budak poskad tu.
Couple mat saleh tadi tak jadi berhenti terus pusing balik. Sambil si lelaki tolak e-bike dorang patah balik tak jadi singgah situ. Eh, kenapa plak korang ni??
"What happen?"
Aku cerita la apa yang berlaku. Pastu dorang plak cerita pasal kawan dorang pun penah kena paw secara berjemaah kat Bagan ni. Kawan dorang siap kena bagi duit lagi.
Patut la dorang waspada sangat sampai tak jadi singgah pagoda tu.
Dorang tanya aku, aku bagi apa?
Aku bagitau la tak bagi apa-apa.
Dorang gelak-gelak sambil cakap aku berani betul.
Well, thug life...hahahaha
Nasiblah keras kepala aku ni tak bawak bencana kepada diri sendiri. Lepas ni kena lebih beware dengan surrounding. Jangan nak husnuzon sangat dengan orang lain.
Maybe pagoda tu jauh sket dari jalan besar. So budak-budak ni jadi berani nak peras pelancong lain.
Couple mat saleh tadi ajak aku pegi pagoda lain. Kami main terjah je masuk jalan mana hala. Ada pagoda besar kat dalam tu dan dari jauh aku nampak ada orang kat atas tu jadi kami pun tanak kalah.
Kat luar memang banyak sellers. Aku dah paham sangat seller2 nih kalau dorang baik hati sangat nak simpankan kasut (nak masuk pagoda mostly kena bukak kasut, jadi pakai selipar di Bagan ni pun should be ok), jangan melayan sangat. Nanti time nak pick up balik kasut tu nanti dia paksa ko suruh beli barang jualan dia.
Jadi aku buat tak layan jelah sellers tu panggil-panggil aku nak 'tolong' jagakan kasut aku. Eh, aku pakai selipar je..
Aku letak selipar aku kat opposite side dari sellers tu semua. Banyak je kasut-kasut tak 'terjaga' kat situ.
Dah naik kat atas sket, ada plak budak kecik pompuan menjual. Couple mat saleh tadi naik atas, aku stop kat budak pompuan ni sebab tertarik nak beli tanaka..
Mampuuu???
Budak yang mulut tak berenti-renti cakap. |
Aku pilih2 yang murah-murah je sebab nak beli banyak. Aku beli yang macam bentuk sabun hotel bulat tu, dah selamat dah bagi kat orang lain. Nak pakai dia kena tenyeh ngan air jugak la. Macam pakai bedak sejuk.
Budak pompuan ni bukan main promote lagi, siap giling kayu tanaka tu, tempek kat pipi aku.
Eh tak rasa cantik macam Kak Nora pun :p
Tapi serius cakap, sejuk pipi aku!
Salah satu function tanaka ni pun adalah macam sun block. Cuma aku dengan sun block tu macam kutub utara kutub selatan lah. Dah gelap tu, buat cara orang gelap la kan...
Dah setel buat bayaran tu, budak kecik ni tunjukkan aku lorong tangga nak naik atas.
Budak ni speaking english fluent gila!
Nak naik tangga ni tengah2 tu boleh plak jem. Dah la sempit, gelap gulita plak tu. Aku stop jap bagi orang turun dulu, mesti bengkek je budak-budak belakang aku sebab dorang kalau boleh nak pulun jugak bersesak-sesak gitu.
Naik atas tu aku terus selfie tab letak atas batu. Biar ada bukti aku pakai tanaka di Myanmar. Pengalaman mahal sangat tu, but free!
Me not Myanmar!! |
Then aku tengok eh lawa la view sini, cuma nak selfie letak tab atas batu, batu pun takde nak letak. Aku nampak minah saleh couple tadi jadi aku suruh dia tolong snapkan.
Sambil kesat-kesat tanaka kat pipi.
Sekali tetiba wet tisu bertukar tangan, minah saleh ni siap tolong lapkan tanaka kat pipi aku.
Suwitt sangat kan... hahahaha
Letih nak menunggu la tuh..
View yang buat aku rasa aku dalam movie Indiana Jones |
Jauh hati dah aku ngan Bagan ni. Memang aku cancel je nak jelajah New Bagan tu. Nak ke New Bagan pun nak kena lalu Old Bagan. Sedangkan Old Bagan ni pun aku dah rasa jauh.
Tengah melepak tu datang sorang budak laki ni. Kecik je, tunjuk poskad yang dia jual kat aku. Ada je spesis korang ni dimana-mana kan..
Tapi budak ni sesuatu sangat.
Muka dia sedih je, English takde langsung. One word je dia tau sebut, 'poskad'.
Aku rasa dia baru berkecimpung dalam kerjaya menjual poskad ni kot.
Aku tanak beli pastu dia pun sayu je blah. Tak push pun. Pastu aku tengok dia pegi kat sorang minah saleh ni. Minah saleh tu pun reject dia jugak.
Dia duduk balik batu, lindung dari matahari yang dah terik.
Kesian plak lahai..
Aku panggil dia dan beli poskad sedozen dengan harga 3,000 kyat. Sikit pun tak mintak kurang kan..hehe
Tapi ada kejinya jugak aku nih, siap mintak tukar-tukar lagi sebab ada gambar aku rasa kurang sesuai untuk bagi dekat kawan-kawan.
Mintak maaflah pada kawan-kawan yang dapat poskad Myanmar dari aku nih. Bukan niat aku nak bagi poskad gambar temple kat korang. Cuma niat nak tolong budak ni je.
Senyum je budak ni bila aku dah beli poskad dia.
Tapi aku perasan dia dok tengok je keychain gajah hijau kat beg aku yang aku letak kat tepi. Tapi dia tak mintak pun.
Aku bukak jelah bagi. Keychain tu ahkak ada 10 lagi kat umah. Tak kisah sangat pun.
Dapat je keychain gajah tu budak ni suh aku ambik gambar dia. Pastu dia nak tengok hasil, sambil tengok tu sambil senyum-senyum. Lepas tu dia terus pergi balik batu tadi. Nak tau dia buat apa? Dia main ngan keychain gajah tu.
Sedih la aku tengok dia gitu. Budak-budak will always be budak-budak. Mungkin sebab tekanan hidup kot dia kena jual poskad.
Budak jual poskad dan gajah hijau |
Tangga nak naik keatas pagoda. |
Aku dengar orang panggil, aku pusing belakang. Rupanya makcik seller kat situ dah ambik selipar aku simpan kat tempat dia berjualan.
Hampeh..
Aku pakai selipar tu sambil cakap tengkiu tanpa mempedulikan makcik tu dok suruh aku beli barang jualan dia sambil mengungkit dia 'tolong' jagakan selipar aku, aku beredar buat tak reti.
Sudah lah korang!
hahaha. kelakar kau jea.
ReplyDeletepart berkelah bawah pokok sebab ebike tersangkut tu memang akan berlaku.
kelah biskut kering + air kosong je mampu.. haha
DeleteBtw, awat macam hazab sangat trip ke Bagan nie? Siap kena pau bagai! So far, masa kitorang kat sana ok je kot. So far so good except e-bike kitaorang rosak kat tepi jalan. Pas tue berkejar tgk sunset. Dah otw balik, e-bike Fahd plak battery flat. Lepas satu, satu. Sudahnya kena tow e-bike tue dalam gelap! Gigih gile kitaorang nak sampai ke New Bagan tue. Pengalaman sungguh!
ReplyDeleteKan.. aku sampai satu tahap tu tawar hati sangat. Tapi view mmg ohsem!
DeleteAku e-bike takde prob sbb balik tukar 2 kali. Tapi org2 berjual dia annoying sgt kot..hahaha
nak beli postcard kat mynmar ne pun kena hati2...kwn2 aku haritu beli kat boyake market, 10 keping berapa hengget tak lupa..tak kira giler murahlah..sekali bila belek2, rupanya gambar kalendar..derang kerat dan gam cantik2 atas cardboard..mmg menyumpah berbakul lah kena sumpahan jarak jauh...
ReplyDeletemmg genius sgt menipu nih..
Deletebogyoke market tu kali kedua aku pegi tanpa zara & husband , aku tak berani masuk. takut la situ..huhu
Jea kayu tanaka tu untuk putihkan kulit ke? Sampai Nora danish pun masuk iklan. hehehe Sian pulak kat budak yang jual poskad tu tapi hangin pulak yang dok minta-minta ramai-ramai tu. Takut pulak ahkak. Kalau dia minta cara baik mungkin kut kita jadi terusik hati nak bagi tapi ni eh paksa-paksa pulak. Lepas tu ramai-ramai dok kerumun emmm memang tinggal le.
ReplyDeleteRasanya tanaka tu mcm sunblock. Pastu sejuk je kalau pakai di tengah hari terik tu.
DeleteTu lah budak2 ni agresif sgt. Nak kesian pun tak jadi..
kalau budak2 jual2 ni memang otomatik rasa kesian walaupun memang taknak beli (penyayang tak aku?)
ReplyDeletebedak tanaka yg ko beli tu, pakai ke idok bila balik mesia?
Haruslah tak pakai..hahaha
DeleteKo memang kakak penyanyang (ada komisen tak tolong promote? :p )