Wednesday, 1 January 2014

Halal at Shenzhen & Masjid

Pagi di Shenzhen sebelum ke WoW, kami bercadang untuk mengisi perut dulu. Takut tengah pusing kawasan WoW yang besar tu tetiba lapar pulak kan. (2 tahun lepas aku pusing WoW ni dengan perut lapar : lesson learned!).

Restoren Halal ni tak tahu lah apa nama dia. Sebenarnya plan nak makan di Dongmen Street. Katanya ada beberapa restoren Halal di Dongmen Street. Jadi kami mulakan perjalanan ke Laojie subway Station. Pusing-pusing sambil singgah shopping sambil mata tu melilau cari restoren Halal.

Agak jauh kami jalan, rasa macam dah give up tapi nak patah balik dah tak tahu jalan balik ke subway station. Tetiba kami kami nampak orang pakai kopiah tengah jual roti kat tepi jalan. Kami tak beli pun roti tu sebab nak makan something berat supaya tahan lama sikit perasaan kenyang tu.

..hehe nampak perangai demand tu....

Tanya pakcik tu tapi dia tak pandai cakap English. Senyum je die..

Pastu jalan lagi...

Tiba-tiba! Orang lapar dihidangkan dengan restoren Halal.


Mee Tarik ni sangat sedap

Menu main tunjuk kat dinding je
Dalam kedai, kecik je kedai ni.

 Panduan ke Restoren Halal 'ni

1. Naik metro ke Shaibu Station. Click untuk tengok map Shenzhen Metro.
2. Exit A1. Jalan terus.
3. Jalan terus , jumpa Lee Garden sebelah kiri (sebelah kanan jalan raya).
4. Jalan terus lagi, jumpa Bank of China sebelah kiri.
5. Jalan terus lagi, jumpa Hua Jia Curtain Fabric Plaza sebelah kiri.
6. Sampai je Hua Jia Curtain Fabric Plaza terus belok kiri.
7. Akan terus nampak restoren ni, restoren kedua setelah belok kiri tadi.
8. Jarak dari Exit A1 Shaibu Station ke restoren ni dekat je dalam 100 meter.

Exit A1 (Panduan 1 & 2)
Exit A1 (Panduan 2)
Keluar je Exit A1 akan nampak view ni. Jalan terus ke bawah tangga jejantas ni. Ikut group yang pakai baju putih tu. (Panduan 2)
Lee Garden (Panduan 3)
Bank of China (Panduan 4)

Lalu je Hua Jia Curtain Fabric Plaza ni terus belok kiri (Panduan 5 & 6)
 Muslim Hotel & Masjid

Pelancong suka duduk di Muslim Hotel ni sebab senang nak makan, ada Masjid dan ada kedai runcit Muslim. Senang sangatlah nak dapat supply yang Halal kat sini. Tapi yang tak bestnya kat sini nak ke nearest metro station jauhlah sikit nak menapaknya.

Panduan ala-ala tak berguna sangat untuk ke Muslim Hotel

1. Metro ke Hubei station.
2. Suka hati lah nak exit A,B,C atau D. Tapi masa aku pegi Exit A (yang paling dekat) tengah tutup sebab renovation.
3. Kami ambik exit D kemudian teruskan jalan melalui Xiangxi Road.
4. Kalau ikut titik-titik merah yang macam orang mabuk jalan tu, di Xiangxi Road ni ada sekolah.
    Xiangxi Primary School. Betul-betul depan sekolah ni ada satu restoren Halal. Lupa nak snap
5. Jalan sampai jalan besar Wenjin South Road. Belok kiri (Jangan lintas, tak boleh lintas rasanya       jalan ni)
6. Kemudian mesti nampak bangunan yang ada kubah ni.

Disini aku tepek sikit map yang aku snap kat Metro station.
Titik mabuk merah & tuliasan merah aku yg tulis..


Halal Supermarket. Bangunan putih yang hujung tu Muslim Hotel.


Bangunan yang berkubah tu Muslim Hotel (gambar ambik masa dalam teksi waktu nak balik ke Louhu)


Bawah bangunan Muslim Hotel ada restoren Halal.


Muslim hotel dari arah depan.
Tempat solat untuk wanita di tingkat 8. Naik lift sampai tingkat 7 kemudian naik tangga sebelah kiri ke tingkat 8. Ambik wuduk di tingkat 7 di kawasan solat lelaki. Tak tau lah kalau tempat wuduk perempuan di tempat lain tapi kami cari tak jumpa pun. Kebetulan jemaah lelaki tak ramai jadi kami tumpang ambik wuduk di bahagian lelaki (open space).

Tingkat 8 (untuk wanita)






View dari tingkat 8 Muslim Hotel


Tempat wuduk


Ada toilet jugak di tingkat 7 (tersorok sket. Berhampiran tempat wuduk lelaki)

7 comments:

  1. kalau ke China tak mkn mee tarik memang rugi...alaaaa..kenapa entri keluar selepas JM balik dari sana..kalau tak leh follow direction tu kalau nk ke restoran halal tu..anyway Jea thanks for the infi leh jadi panduan buat traveller yg lain ;-)

    Ehh..mana tahu kalau JM nk ke sana lagi leh follow direction ni heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ja pegi awal bulan doblas aritu.. JM dah pegi dulu dah..hehe

      Delete
  2. Kak JM terlepas nak buat macam mna.. nasib baik sy belum pergi lagi.. boleh follow direction ni IF pergi ke shenzen nanti :D thanks for the nice and good info :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Happy travelling.. Jeles dgn trip 23 hari dgn budget tersebut..huhu

      Delete
    2. Backpackers always know how to make it the most cheapest way to travel :D
      Nak seribu benda jangan ada seribu macam dalih kan??? jeles jugak dia dah sampai China.. hope one day akan sampai sana jugak :D

      Delete
    3. Setuju!

      Lambat laun sampailah tu ke China ;)

      Delete
  3. terbayang gigih nak mencari muslim hotel ...15 min kata google...owh tidakkk kalau salah jln..best jea, bnyk pahala ko supaya org tak sesatt mencari tmpt solat ;-)

    ReplyDelete