Thursday, 12 June 2014

Jom Hatyai ~ Hansa Cabaret Show

Bersambung dari Khlong Hae Floating Market kami hop on tuktuk kami dan terus kembali ke pekan Hatyai. Pakcik tuktuk yang baik hati terus bawak kami ke Hansa Plaza. 

Dah sampai Hansa Plaza tu keadaan macam tak busy langsung. Kami jadi was-was betul ke tempat ni. Tapi memang nampak macam area entertainment dengan building and billboards semua.

Pakcik tuktuk kami mintak tiket kami pastu dia lah yang pegi tanya-tanya kat orang sekeliling. Kami? Fefeeling lady bos atas tuktuk tu..

Bukan apa, pakcik tuktuk tu yang tak bagi turun, sebab dia nak confirmkan dulu betul ke tak tempat ni yang kami nak tuju. Baik sungguh pakcik.

Lepas tanya-tanya orang, pakcik tu bagitau kami, ntah la apa yang dia bagitau sebab tak paham. Kami angguk kan je. Pastu dia start enjin tuktuk dia dan jalan depan sket dia berenti betul-betul depan tangga Hansa Plaza. Ada la dalam 3 meter dari tempat kejadian.

Terlampau baik sangat pakcik ni.  

Hansa Plaza dan tangga kejadian lepas show.
Kami setel payment ngan pakcik tuktuk pastu bersawadikap semua, pakcik tuktuk pun meninggalkan kami.

Kami naik tangga tu dan masuk Hansa Plaza. Kat depan tu ada kaunter reception. Staff situ ambik tiket kami dan suh ke kanan. 

Untuk tahu lebih details kat mana kami beli tiket Hansa Cabaret Show dan harganya ni boleh la refer sini, Chan Travel.

Kami masuk ke dewan tempat show akan berlangsung.

Rupanya kami terlebih awal ! Takde orang, lebih haru staffs tengah dok menyapu lagi. Kami tengok dorang, dorang tengok kami. Kami lepak-lepak dulu kat meja paling dekat dengan pintu masuk. Lepas tu tengok ada toilet. Ini sudah bagus. Badan pun dah rasa melekit-lekit masin dah.

Kemudian dah rasa wangi, keluar toilet pastu staff kat situ escort kami ke meja. Meja kami sikit punya strategik, kat tengah-tengah. Tak depan sangat tak belakang sangat. Pilih je mana nak duduk sebab bukan ada orang lain pun lagi ;p

Kami dapat meja kat tengah-tengah
Ada sungai tepi meja kami. 
Dah duduk ada pelayan datang 2 orang tanya nak minum air apa, 'orange juice or coke?' Semua pilih orange juice. 

Minum je dapat sebab kami beli tiket tanpa dinner.

Tak lama pastu ada 2 couple Thai datang duduk meja dekat-dekat pintu masuk, pastu tukar meja dekat-dekat ngan kitaorang plak. Yang lelaki siap bertatoo dan berrantai emas. (Kadang-kadang aku ada wild imagination jugak pikir tu bapak ayam, sebab aku tengok diam dan tunduk-tunduk je girlfriends dorang). 

Makan besar plak tu dorang ni. Berselang-seli pelayan datang hidang, siap berkodi-kodi bawak botol arak.

Kami? 

Dapat coke je sorang satu sebab orange juice 'finish' katanya. 'Finish' apakebenda nya, kami ni dah la first customers. Kalau dah 'finish' yang ko ambik order tadi buat apa..

Air coke complimentary
Ini adalah rungutan orang lapar..

Tanak kalah (dan sebab perut pun lapar), kami pun bukak bekal! Yea, kami dah tapau bekalan dari Khlong Hae Floating Market tadi. Menyesal pastu, menyesal tak tapau banyak-banyak!

Ntah apa la aku beli ni. Telur+segala macam dalam ni.
Sushi Pae+Ara pun aku sapu jugak.
Pas makan-makan ni bateri kamera aku pun drop dead. Jadi simpan je lah kamera dalam beg, keluarkan henpon. Tipu..

Semua gambar show ni adalah dari henpon baru Pae.

Letih dan rengsa jugak la dari pukul 6.30 petang nak tunggu show pukul 8 malam. Dah la perut pun lapar, penat plak tu. Pastu tengok mat salleh+minah salleh meja belakang kami sedap je makan nasi goreng. Malas la nak order sebab tak yakin.

Dah sampai pukul 8 malam show pun bermula. Bagi yang tak tahu, Hansa Cabaret Show ni adalah show yang dipersembahkan secara miming oleh para lady boy sekalian alam.

Ada yang aku tengok macam perempuan betul (ke memang perempuan?) dan 70% lagi memang nampak nau tak real. Muka orang tarik keta pun ada. Jantan sungguh!

Stage dan group lelaki dapat meja vip kat depan tu.
4 kerat ni memang watak lelaki dalam kelambutan sepanjang show. Ada sorang tu muka sebijik Zulhuzaimy.
See, ada yang cantik dan ada yang masih belum cantik.
Dayang-dayang pun keluar menari
Ni yang paling cantik kot sebab banyak lagu dia lead.
Ni pun dia jugak.
Mula-mula persembahan tu aku tengok yang keluar semua yang macam sopan-sopan je dressingnya. Pastu macam dah warming up sket keluar lah true kaler lady boy show ni.

Kupu-kupu malam keluar dah.
Saja je aku suh Pae zoom gambar ni sebab aku tengok 'minah' ni bukan nak tarik bra dia tu, galak nak tunjuk.
Macam biasa la show camni kalau takde lagu 'Dikir Puteri' memang tak sah!

Pastu aku jadi boring, aku bangun nak pegi toilet. Ara nak ikut jugak. Tinggal la Pae layan sensorang. Masa aku nak ke toilet tu kat atas stage tu ada sorang 'amoi' menyanyi lagu cina. Pas kami balik dari toilet, Pae cakap 'amoi' tadi turun stage pegi ke meja vip yang ada lelaki-lelaki tu sambil selak baju dia. Tunjuk breast!

Nasib la aku p toilet..

Dalam sejam jugak la show ni. Pastu bab tak boleh blah bila show dah abes, tetiba semua para dancers ladyboy ni terus meluru ke luar, sebelum orang lain keluar.

Kami ni yang selow melow ni sibuk la dok kemas beg, mana beg shopping kat floating market tadi, mana beg plastik sampah dok makan tadi nak p buang. Pastu sibuk la nak ambik gambar dalam dewan tu sebelum keluar (wahal masa dok menunggu show tadi dah berkoyan-koyan berposing Tyra Bank).

Sudahnya kami last keluar.

Sekali masa kat luar tu para ladyboys sekalian alam tengah tersusun kat tangga menunggu ko!

Oh mak terharu nyah! Rasa dihargai sangat..

Kami terus turun sambil di asak bagaikan artis. Eh sapa yang buat show ni?

Aku tunduk je sambil turun tangga laju-laju. Dalam pada tu aku dengar jugak dialog "tips, mam".

Tapi aku buat dono je. Aku bayar tiket kot bukan tengok free. Tapi kesian jugak la, cuma ni jalan yang ko pilih kan. 

Kami terus ke tuktuk berhampiran yang tengah menunggu. Tak susah pun nak cari tuktuk sebab memang dorang dah tunggu ramai-ramai kat parking area. Dorang charge 40 Bath sorang untuk ke Lee Garden Plaza.

Dalam tuktuk kami dok bergelak je pasal kejadian kat tangga tu. Rupanya Pae ada salam ngan sorang ladyboy ni (ok la dia pakai glove pengantin). Pas salam tu kena bagi tips!

Tapi Pae tak bagi pun. Pae ingat sebab ladyboy tu saja-saja feeling artis nak salam ngan peminat. Bergelak gumpita la kami atas tuktuk tu.

Asalnya kami dah plan dari mula nak bergambar dengan sorang ladyboy yang pakai custom paling cantik. Duit tips pun dah sedia untuk itu. Tapi dah gini gaya semua orang dok tarik-tarik ko mintak tips. Acaner nak bergambar bagai..

Aku malas nak komen pasal sesuai ke tak bawak budak-budak tengok cabaret show ni sebab show ni rated 'U'. Dan memang ada yang bawak budak malam tu.

Korang sebagai ibu bapa, korang la decide.

Kalau bawak budak maybe banyak yang nak kena explain kot..

Sambung balik kejadian malam tu. Tuktuk kami tu tak la berenti kat depan Lee Garden Plaza sebab ada pasar malam kat area tu. Ini sudah bagus!

Perut lapar hoi!!

Driver tuktuk tu berenti kat satu lorong ni dan tunjuk suh jalan straight untuk ke Lee Garden Plaza. Rupanya lorong tu yang ada Chan Travel, betul-betul area depan Lee Garden Plaza dan hotel kami malam tu. 

Gerai-gerai tepi jalan. Penuh dengan rakyat Malaysia. Thanks Pae for this photo :)
Kami tapau segala makanan dan air untuk makan kat bilik.

Esok hari last sini..

Jom Hatyai ~ Khlong Hae Floating Market

Setelah penat bermain air laut  pasir panas di Samila Beach, kami pun cari pak cik driver tuktuk untuk ke destinasi berikut iaitu Khlong Hae Floating Market.

Kat sini bukan semata-mata pasar terapung tetapi banyak jugak gerai-gerai sebelum kita sampai ke kawasan tasik yang ada sampan-sampan menjual ni.

Kawasan gerai-gerai sebelum pasar terapung.



Since aku bukan food tester dan walaupun perut memanggil-manggil mintak diisi, semuanya aku pandang sepi je. Plus, since masih awal lagi, baru pukul 4pm++ camtu kat area ni panas baq hang !

Kawasan tasik dan gerai terapung.






Berapa banyak kalori ni?


Aku setel dengan keawtiaw tomyam dan air apa ntah manis nak mam***. Beli sebab nak bekas tanah liat tu. Cop mohor coca cola lagi..


Dan jugak home made ais krim ni. Pun beli sebab nak bekas berbentuk tuktuk kecik tu.


Kami beli air dan sedikit kudapan untuk pakcik tuktuk, travel buddy aku Ara yang belikan, sebab dia seorang guru yang baik hati (ada makna mention ni..hehe).

Next lepas floating market ni kami akan ke kemuncak acara di Hatyai iaitu Hansa Cabaret Show. Kemuncak la sangat..

Akhirnya siap sudah entry malas aku nih. Dalam malas-malas aku ni ada jugak rajinnya. Kau hadoo puji diri sendiri??

Wednesday, 21 May 2014

Easy mistake ~ 3 jam tersadai di Guangzhou-Shenzhen Train Station

Korang pernah terlepas pandang masa atau tarikh pada tiket ? Tak kisah la tiket bas ke tiket ketapi ke tiket kapalterbang ke tiket teater ke tiket masuk zoo ke..

Aku pernah !

Kisahnya masa trip aku ke Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou dulu tu, aku dan kawan-kawan (Pae & Sue), siap-siap beli tiket ketapi dari Shenzhen ke Guangzhou di Shenzhen Train Station. 

Kami beli Guangzhou return tickets terus kat situ. 

Kisahnya untuk rakyat luar kena beli tiket di kaunter (walaupun sebelum tu kami dok godek-godek mesin kat luar tu). Tunjuk passport cakap destinasi dan tarikh. 

Nasib lah staff kat kaunter tu walaupun agak berumur boleh jugak berbahasa Inggeris. Sikit-sikit la janji boleh faham dia cakap apa dan dia faham kami nak apa.

Mula-mula tu kami settlekan dulu tiket pergi (staff tu yang buat camtu, kami follow jelah). Ada jadual kat cermin tingkap kaunter tu so tunjuk je jam berapa yang ko nak naik train tu.

Bayar kemudian dapat tiket. Selesai tiket pergi.

Sekarang nak beli tiket balik plak.

Bagi date (setel)

Tunjuk jadual jam berapa nak kat cermin tingkap tu (setel)

Bayar (setel)

Dapat tiket. Joget jap pastu...hahaha

Abes tu apa yang mistakenya?

Masalah dunia adalah ketiga-tiga kami ni fail baca jam 24 hours tu !!

Bajet genius lah jejari runcing masing-masing tu tunjuk kat jadual pukul 2200 hours pastu dialog busuk :

"pukul 8 malam ok lah kot".

Korang-korang ni tak boleh masuk askar !

Askar pun tanak korang 3 !

Fast forward di Guangzhou, since kami bajet train kami kul 8 malam, pukul 7 kami dah terpacak depan gate Guangzhou-Shenzhen Train Station.


Pastu dok tunggu-tunggu kenapa kami (ticket holder) tak dipanggil masuk waiting room lagi ? Pastu duduk depan-depan gate tu.

Sekali pastu tengok train yang lewat dari kami pun dah dipanggil masuk. 

Kali ni dengan penuh yakin (keyword : yakin!, walaupun salah), kami masuk jugak walaupun kat screen takde lagi train kami. 

Tapi sebelum tu kena check/scan beg dulu.

Sampai autogate tu, scan tiket, tak lepas ! Autogate pun tak bagi kami masuk.

Ada sorang pakcik staff ni datang tengok tiket kami pastu buat sign tangan kibas-kibas camtu. Macam nak bagitau kami belum boleh masuk lagi.

Pastu kena keluar balik. 

Sekali... "Tiket kita pukul 10 lah !" 

Pastu gempak gempita gelakkan diri masing-masing.

Why arr? Tiket masing-masing pegang. Kenapa semua tak cerdik secara berjemaah ni ??

Nasib la mistake macam ni tak bawak apa-apa effect since waktu tu takde kejar apa-apa pun. 

Kami pun setel lagi 2 jam setengah kat KFC pastu..


Buat apa time boring ? Tengok gambar-gambar, layan henpon takde line. Pastu aku pinjam Pae punya Magic Scarf yang dia beli kat Beijing Lu.

Tak tahu apa tu Magic Scarf ? Meh tengok sini.


Ni versi orang mengantuk+letih (dan bengong..hahahhaa)


 Easy mistake kan...

No ??

Peace y'oll

Friday, 16 May 2014

Tasik Meromiktik, Taman Negara Pulau Pinang

Alhamdulillah, last week aku dan kawan-kawan dapat trekking di Taman Negara Pulau Pinang. Tujuan kami trekking kat sini adalah untuk tengok fenomena Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut.

Trip kali ni adalah berbeza dengan trip ke Pulau Pinang yang lepas, sebab trip yang lepas semata-mata nak hunting Penang Street Art.

Tapi kali ni kami ke Pulau Pinang lagi, beserta sorang lagi bestfriend kami, Aja, bersama-sama kasut sukan dan tracksuit !

Kenapa nak tengok Tasik ? Tasik Meromiktik ?

Apa itu Meromiktik ?

Meromiktik adalah bermaksud fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terbentuk di tepi pantai akibat tindakan angin dan ombak. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang masuk ke dalam tasik (dibawa oleh ombak dan angin) hingga membentuk lagun bermusim.Kiranya lepas terbentuknya beting pasir di tepi pantai tadi, air laut yang masuk ke tasik tadi dah tak boleh keluar ke laut balik.

Macam mana air laut dan air tasik dalam tasik ni ? Bercampur ke ?

Air laut dan air tasik mempunyai suhu dan ketumpatan berbeza. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas.

Dalam tasik ni ada 2 jenis air dan dua air tu tak bercampur antara satu sama lain. Kalau kita dalam tasik tu kita akan dapat rasa di bahagian bawah panas dan bahagian atas sejuk.

Hebat kan!

Sebenarnya fenomena Tasik Meromiktik ni berlaku cuma pada peralihan musim monsum Timur Laut yakni (November - Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei - September). Kalau lain-lain masa datang sini, tasik ni kering dan berlumpur.

Walaupun kami datang pertengah bulan Mei, beting pasir masih belum 'siap' sepenuhnya. Jadi air laut masih masuk ke dalam tasik. Jadi fenomena Tasik Meromiktik masih dalam pembinaan la kiranya. Tapi ada jugak aku lompat masuk dalam tasik (belah yang cetek la). Air kat bawah memang panas !

Letih dah story pakai words (sebab tak berapa nak pandai), meh nak story pakai gambar plak.

Jarak dari pintu masuk ke Pantai Kerachut (yang ada Tasik Meromiktik ni) adalah 3405meter. Kalau kat map ni cakap 1 jam 20 minit. Kami ambik masa 2 jam untuk sampai ke Pantai Kerachut ;p

Anak panah merah tu route untuk trekking ke Pantai Kerachut.
Bila dah trekking 2 jam nampak Jambatan Pantai Kerachut ni maknanya kita dah sampai !

Sebelah kiri tu tasik
Ada part cetek ada part dalam dan masih boleh nampak daratan di dalam tasik ni.
Akhirnya ! Boleh cross dalam list dah :)
Laluan air laut masuk ke dalam tasik. Beting pasir masih in the making.
Tasik dari atas jambatan


Pantai Kerachut di tepi Tasik Meromiktik. Pasir kat sini lain sket.
Air laut masuk ke dalam tasik
Jambatan Pantai Kerachut


Spotted obor-obor. Kalau Tasik Meromiktik ni dah terjadi sepenuhnya tiada hidupan boleh hidup dalam tasik.

Rakan trekking, walaupun dugaan melanda sampai jugak kita kat sini ek ;p

Cara nak ke Tasik Meromiktik, Taman Negara Pulau Pinang :

1. Trekking ke Pantai Kerachut. 3405 meter, 1 jam 20 minit.
2. Naik bot dari pintu masuk. Banyak kaunter bot di depan pintu masuk.
   ** boleh trekking pergi dan balik atau trekking pergi balik naik bot (or vice versa) ataupun  pergi balik naik bot terus, takde hal.