Thursday, 12 June 2014

Jom Hatyai ~ Khlong Hae Floating Market

Setelah penat bermain air laut  pasir panas di Samila Beach, kami pun cari pak cik driver tuktuk untuk ke destinasi berikut iaitu Khlong Hae Floating Market.

Kat sini bukan semata-mata pasar terapung tetapi banyak jugak gerai-gerai sebelum kita sampai ke kawasan tasik yang ada sampan-sampan menjual ni.

Kawasan gerai-gerai sebelum pasar terapung.



Since aku bukan food tester dan walaupun perut memanggil-manggil mintak diisi, semuanya aku pandang sepi je. Plus, since masih awal lagi, baru pukul 4pm++ camtu kat area ni panas baq hang !

Kawasan tasik dan gerai terapung.






Berapa banyak kalori ni?


Aku setel dengan keawtiaw tomyam dan air apa ntah manis nak mam***. Beli sebab nak bekas tanah liat tu. Cop mohor coca cola lagi..


Dan jugak home made ais krim ni. Pun beli sebab nak bekas berbentuk tuktuk kecik tu.


Kami beli air dan sedikit kudapan untuk pakcik tuktuk, travel buddy aku Ara yang belikan, sebab dia seorang guru yang baik hati (ada makna mention ni..hehe).

Next lepas floating market ni kami akan ke kemuncak acara di Hatyai iaitu Hansa Cabaret Show. Kemuncak la sangat..

Akhirnya siap sudah entry malas aku nih. Dalam malas-malas aku ni ada jugak rajinnya. Kau hadoo puji diri sendiri??

16 comments:

  1. Klau ke hatyai x singgah sini ibarat berak x basuh boleh gitewww
    Eeee pulut mangga x try ke
    Kabaret show? Wowww cam best je cam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi ganas sungguh peribahasa JM ni..huhu

      Beli pulut mangga tu (tapi my friend la yg beli).

      Tengah dok mengarang psl entry cabaret show ni.

      Delete
  2. Walaupun entri malas tapi tetap berisi gitu, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berisi dengan gambar2 makanan kan..hehe

      Delete
  3. Kawasan muslim ke sini jea? Tgk makcik2 tu bertudung je... cantik pulak bekas tanah liat coca cola tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Hatyai ni memang senang nak jumpa makanan Halal sebab ramai Muslim jugak. Lagipun ramai Malaysian suka shopping sini.

      Delete
  4. Aku kalai tengok makanan banyak ni, bermacam2 pula...memang dah xkira kalori. Mau semua aku sapu. Balik Msia kang baru aku poyo nak mengomel dah gemuk, naik kg bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka kalau p jalan-jalan dengan kawan-kawan yg suka makan banyak, boleh aku tumpang sekaki..huhu

      Delete
  5. Wah sushi pelbagai macam best je macam best je. OO air tu free dengan bekas sekali ye.. cantik pulak.. Tenguk macam-macam makanan fuh rambang mata tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu. Kat sini dorg dok offer 'beli bekas tu free air'.

      Datang sini mmg kena bawak perut yang kosong atau tupperware..hehe

      Delete
  6. Bila la nak ada peluang pergi floating market ni huhuhu :D
    Makanan tu semua memang terbaik la.. Bila nak balik Malaysia asyik berjalan jer hahaha :P
    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/pekasam-di-gerik-laksa-pokok-limau-di.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hjg mgu ni pun boleh pegi. Memang ramai Msia buat trip 2 hari 2 malam ke Hatyai ni. Weekend kat sana penuh ngn org kita je.

      Kat Malaysia dah ni ;p

      Delete
  7. teringat2 sushi tu... wlpun kombinasi bahan2nya entah apa2 like mayonis & telur etc, tapi bila masuk mulut macam kena je dgn tekak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sushi tu memang sedap (faktor kebuluran pun ada jugak tu yg sedap extra tu).

      Delete
  8. Salam. Tumpang tanya ye. Berapa harga tuk tuk dari pekan hatyai ke klonghae floating market tu? Dan ada tak motor sewa di pekan hatyai? T.kasih empunya blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuktuk tu kami sewa utk separuh hari. jd boleh buat plan sendiri mn nak pegi. motor sewa ada kot tapi tak jumpa pon :p
      kalau yg style teksi motor (mcm ojek kat indonesia tu) pon ada. nak murah boleh naik bas tp tak ingat dah bas mana.

      Delete