Sunday 29 June 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam - Manila Airport ke Caticlan Airport ke Boracay (Rumusan hari pertama)

Selamat berpuasa (Ramadhan pertama)!

Tadi layan 'Gila-gila Remaja' kat tv3, best! Saya peminat Faizal Hussein dulu, kini dan selamanya!!

*******************************************************************************

Bersambung dari sini..

Bagi preview gambar dulu..hehe


Pagi tu aku bangun dari tido diatas kerusi besi keras nak mampos, tapi lena, setelah dikejutkan oleh kawan aku si Intan.

"Aku dengar pengumuman tadi sebut no. flight yg kita nak naik"

Nasib la ko tak sama-sama tido jugak. Kalau tak berBoracay dalam mimpi jelah kita..hahaha

Dengan muka sememek, kami keluar gate, check boarding dan kami naik shuttle bus untuk ke pesawat yang parking agak jauh disebelah sanun airport.


Flight Cebu Pacific yang bawak kami ke Caticlan Airport adalah yang jenis kecik tu, Wallahualam aku tak tau jenis flight apa. Seat 2-2. Sama macam Fireflyz yang aku penah naik dari Pulau Pinang ke KL. Dikhabarkan hanya domestik flight je yang turun kat Caticlan Airport. International flight landing di Kalibo Airport yang kemudian 2 jam perjalanan lagi ke Boracay Island.

Perjalanan dari Manila Airport ke Caticlan Airport hanya ambik masa 1 jam.




Setelah turun flight semua orang pun diarahkan untuk masuk ke bangunan nan satu ni untuk register nama dan bayar segala fees. Aku tak ingat fees yang lain tapi yang masih segar dalam ingatan aku adalah Terminal fee & tri-cycle. 

Keluar je dari banguan airport 1 teres ni, akan ada tri-cycle akan bawak kita ke jeti (duit tri-cycle dah bayar sekali tadi). 

Di jetty, semua orang naik bot yang dipanggil 'bangka' untuk ke Pulau Boracay. 


Sekali tengok air laut, jernih baq hang!

Semua orang pun dok 'waaa' 'wee' 'wuu'.. Takjub sangat dengan kejernihan dan kehijauan air laut (eh air laut biru kan).

Dalam 10-15 minit camtu kami pun sampai ke jeti di Pulau Boracay. Kat sini kami ambik tri-cycle lagi (tri-cycle adalah medium pengangkutan utama di Boracay). Tapi yang kali ni kena bayar sendiri la. Driver pertama yang kami approach tak tahu lokasi hostel yang kami booked. Kemudian dia refer kepada driver kedua. Nasib la dia tahu dan kami pun naik tri-cycle tu dan meluncur melalui kawasan perkampungan. Syok weh naik tri-cycle nih!


Driver tri-cycle kami ni turunkan kami disebelum D'talipapa market. Dia suruh kami jalan kedalam sebab tri-cycle tak muat nak jalan ikut lorong tu. Tapi dengan confident dia tunjuk tangan straight. Suruh jalan terus. Kami pun menapak la ikut lorong-lorong kecik tu tanpa arah yang tepat. Kiranya main hentam je lah. 

Tapi! Ada tapinya..

Driver tri-cycle tu betul. Walaupun kami dok was-was lagi dengan kebenaran beliau, kami belok kiri belok kanan, pastu nampak sign hostel yang kami cari tu, Amigos Beach Resort. 

Bukan la resort pun..  

Akan diblogkan kemudian. 

Little that we knew yang hostel ni strategik nak mampos!

Sekangkang kera je dari D'talipapa dan sedepa je dengan beach (takde view beach la tapi). Wahal masa nak booking kat Agoda sebelum tu, plan asalnya biar dekat dengan beach dan MURAH!

Sebab apa suka kalau dekat dengan D'talipapa market? Sebab sini tempat shopping souvenirs murah (compared dari D'mall market) dan kat sini ada kedai makan halal yang tawar. Tawar pun tawar la kan, janji makan, plus harga pun murah.

Disebabkan masih awal dan bilik pun tak ready lagi, kami pun tinggal beg dan pegi cekidaut beach yang ohsem itu.

Tapi staff situ bagi kami check in pukul 11 pagi setelah dia dengar kisah kami tido kat Manila Airport semalam..hehe 

Di tepian pantai, kami tak buang masa lagi dah, terus cari pakej-pakej yang bakal kami buat untuk hari ini jugak! Tak boleh buang masa, esok dah nak fly out dari sini dah.

Keywords : 3 hari 3 malam!





Kat sini semuanya nak kena tawar menawar. Nasib la ada kawan-kawan sebab kalau aku memang fail bab-bab mintak kurang ni.

Kami ambik 2 aktiviti saja. Sebab kami nak start tengah hari nanti. Mungkin jugak sebab kami dah letih dan tak cukup tido jadi bila dengar dorang dok offer island hopping tu kami pandang sepi je. Wahal itulah aktiviti utama kat mana-mana pulau pun, kan.


Lepas tu dorang janji nak jemput kami di hostel pukul 11.30pagi.

Kami tinggalkan pantai yang cantik menarik tertarik kau memang dabom itu untuk ke D'talipapa market dengan misi untuk mengenyangkan perut.



Kami jumpa kedai #74 yang halal tapi tawar tu dan makan dengan bersyukur...



Kemudian kami kembali semula ke hostel dan walaupun baru pukul 10 pagi tapi staff situ bagi kami masuk jugak sebab bilik dah selesai dikemaskan.

Setelah bersihkan diri dan berehat sikit-sikit, pukul 11.20 pagi kami turun ke bawah dan tengok dah ada yang menunggu kami.

Aktiviti yang kami ambik dengan dorang adalah Zorb & Helmet Diving. Disebabkan aku dah blogkan sebelum ni, korang boleh ketik link berikut:



8 comments:

  1. Ya allah cantiknya pantai dia. Bestnya suasana dia. Tapi tak tahan tu tenguk kedai sovenir berderet2.. huhuhu sungguh mengoda u... Salam Ramadan jea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramdhan Notie.

      Memang best membeli kat sini, bracelets, rantai & earing pun handmade dan murah2 jugak. Bila stori pasal Boracay ni rs mcm nak repeat..hehe

      Delete
  2. D'Talipapa..ingatkan ikan talapia..mcm2 namanye..yg pasti kalau JM pun lompat bintag kalau dpt 'resort' yg dekat dgn segala bagai ni. Ya Ampun..pasir putih..nampak halus, sejuk je pasir tu...masih 'suci' ke pasirnya heheheeh

    Selamat berpuasa Jea.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang je nama pun, lagipun situ ada pasar basah mungkin boleh jumpa talapia jugak..hehe

      Memang best sangat pasir putih kat sini.

      Selamat berpuasa jugak JM.

      Delete
  3. Catniknya pantai...apa2 pun sekali memang best...

    ReplyDelete
  4. rindu pantai pinoy...cantik mulus macam org pinoy gak > < eh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh jugak...hahaha

      Aku tak jumpa pun yg cantik mulus, selalu yg aku jumpa jenis2 yg berkepit ngan mat saleh lalu mintak dicerca..hahaha

      Delete