Aktiviti kedua kami pada hari tersebut adalah Helmet Diving. Sebenarnya aku tak ingat nama aktiviti ni jadi aku bagi nama sendiri dengan harapan betul lah nama dia tu..hehe
Dari Zorb Park, kami dihantar ke tepi pantai dan sebuah bot menunggu kami. Kemudian kami memulakan perjalanan ke pelantar yang kedudukannya tak jauh dari pantai.
I'oll tak suka naik bot..
Pelantar dilautan. Dekat je boleh nampak darat kat belakang tu.
Boat yang membawa kami
Nampak kat tengah tu ada lubang, turun kat sini. Kasut getah disediakan. Yang warna kuning tu nanti dorang letak atas kepala kita.
Lubang untuk turun ke bawah. Nampak tiub udara berselirat kat dalam air tu?
Masa mula-mula tu kami dibriefingkan dulu. Tapi minah ni jenis hafal skrip, pok pek pok pek, abes dah tinggal lah kami ternganga.
"Pardon me.."
Kita akan diajar sign untuk, 'ok', 'not ok' & 'excuse me, i is nak naik atas'.
Ada lagi jenis-jenis sign tapi kami hafal 3 ni je, sebab rasanya ni yang paling penting.
Bila nanti dah pakai kasut getah tu, kita turun melalui lubang tu. Elok je bahu ko dah cecah air, nanti staff akan letak 'sarung kepala kuning' tu (serius aku tak ingat nama dia apa), atas kepala korang. Sarung kepala ni ada tiub bersambung dengan tong oksigen. Sarung kepala tu berat dia kalau tak salah aku dalam 5kg tapi once dah dalam air memang tak rasa berat. Cuma kena pegang kat besi depan untuk balance kan dalam air.
Meh nak cite, masa staff dorang ni nak letak benda alah atas kepala ni lah ramai yang mengalah tanak.
Pengalah!
Kami tengok group depan kami ni ada sorang minah ni 5,6 kali staf tu nak letak benda alah tu atas bahu dia, nanti dia menjerit terus panjat naik atas balik.
Kami pun sengih-sengih, wahal dalam hati cuak ya amat!
Aku la tu..
Last-last minah tu give up. Semua ahli group dia dah kat bawah dah. Tinggal dia sorang je kat atas tu.
Pastu staf tu panggil kitaorang plak. Haruslah aku terus pegi belakang..
Intan turun dulu.. Dia memang budak berani..
Intan turun dulu. Kebuk kuning tu dah tunggu depan dia. Belakang tu tong oksigen.
Smooth je si Intan ni turun. Ayu pun.
Aku pun terus gundah gulana..
Dah macam-macam dah aku dok baca. Doa janganlah aku mengalah. Rugi! Naik 2 kapal terbang nak sampai sini!
Alhamdulillah, aku pun berjaya turun dengan tanpa masalah. Aku tak ingat macam mana & masa bila staff tu letak kebuk tu atas kepala aku. Aku rasa time tu aku black out or aku block memory tu sebab panik sangat!
Tau-tau aku dah kat dalam air.
"Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah!"
Ada staff kat bawah tu merangkap jurugambar. Pakej Head Dive ni disertaikan dengan sekeping CD. Ti dorang ambik gambar dan rakam video kita.
Staff tu tarik kaki aku ke bawah. I is ringan sangat ke sampai tak tenggelam ni? hihi
Air kat bawah tu so-so je. Boleh la nampak sekor dua ikan.
Meh kita posing-posing alien..
Sebenarnya aku ni bukanlah peminat laut dan pantai.
Bukan lah macam si Ratu Air Masin tu. Berderet-deret trip kelaut dia..hehe
Kalau kat sungai, I is takot buaya, kat laut... ikutlah imaginasi masing-masing...
Tapi, kadang-kadang tu kat laut pun aku takut buaya...
Aku ni layak mandi kat bilik air je...hehe
Intan dan satu2 view yang lawa kat situ.
Karam Singh Walia??
Gosip Hanez Suraya..
Group photo. Jenuh jurugambar dok kumpul kami, semua orang bawa haluan masing-masing.
Group sebelum kami pun masih kat bawah tu, time dorang dah tamat so dorang pass tapak sulaiman yang dorang jumpa ni kat Ayu.
Walaupun aku last turun, tapi aku first mintak nak naik dulu. Pastu ti dia bawak kita ke tangga ke pelantar tu. Dah sampai tangga tu ti ada orang dah siap pegang nak angkat kebuk atas kepala kita tu.
Pastu Ayu plak naik.
Si Intan ni tak naik-naik.
Lama jugak tunggu dia pastu baru dia naik. Dah naik tu pun dia cakap tak puas lagi!
Kami tunngu jap untuk gambar-gambar dan video kami di burn ke CD.
Si Jan tour guide kami tengah tunggu CD di burn. Sempat jugaklah dia tengok gambar pastu tengok kami pastu gelakkan! Kureng hasemmm!
Kemudian dah dapat DC kami pun di anta ke pantai oleh bot tadi.
Dah sampai pantai si Jan ni teman kami berjalan balik ke hostel.
Tapi kami tak balik hostel pun, jom mandi tepi pantai!
Bot nyer kecik..seriyau nak naik..
ReplyDeleteKiranya..boleh bernapas camtu je lah ek..
berjalan bawah dasar laut u olus..tak dalam sgt kan..tak nampak pun ikan dan batu karang yg cantik2
Boleh bernafas mcm biasa. Kat area tu nampak air kelabu sket, tapi Boracay air mmg jernih tapi tak tau lah kenapa air kat sini tak lawa.. Kadang-kadang tu seram jugak, tapi i is mmg penakut..hehe
Deleteini helmet diving namanya kakak...
ReplyDeleteaku tak sempat buat ni time kat Boracay..
ikan sikit eh?
hehee klako plak stetment "layak mandi kat bilik air je" hihi
lagi? apa lagi uols buat kat sana? ada fefeeling sunset naik bangka bot ?
Ya itulah jawapan yang dicari! Tengkiu Nana!! nampak tak disitu kemalasan aku nak mengugle perkataan tersebut.
DeleteBanyak yang aku tak buat sebab aku p Boracay 2 hari 1 malam je, percaya tak?? hehe
Turun ke dasar laut tu ada tali ke yg ikat kita?kalau yg xpandai berenang boleh tak try helmet diving ni
ReplyDeleteTakde tali tapi tiub udara bersambung ke pelantar. Turun bawah pelantar tu je. Tak payah berenang, jalan-jalan tak bergerak je..hehe Ti nak naik atas balik ti ada staff yang tarik ke atas.
DeleteSalam datang jenguk blog akak... dok lyn cerita korea terus smpai ke boracayy haaa hehehe. Ida ade buat aktvti ni masa kat pulau di sabah. Nama org sane panggil seawalking.. hheee~
ReplyDeleteNak pigi mandi laut kat Sabah...**nanges tepi bilik air
DeleteTengkiu singgah sini :)
Berape ye buat helmet diving tu
ReplyDelete