#doauntukMH370
Sebelum apa-apa aku nak bagitau yang ni bukan recent trip aku. Aku pegi Filipines awal tahun lepas. Cuma sekarang bila tengok masalah melanda laptop lama, aku pikir baik aku upload gambar kat sini, untuk kenangan masa depan. Lagipun ni internet diary aku kan..
Diary untuk tatapan umum gitu..
***********************************************************
Aku ke Boracay ni bersama-sama Ayu dan Intan. Kami naik Airasia ke Clark. Kalau tak silap aku masa tu Airasia belum fly ke Manila lagi. Kami dapat return tiket RM122. Murah kan?
Ke tak?
Kemudian kami naik teksi dari Clark Airport ke Manila Airport dengan harga melambung kelangit! Kami dah takde option lagi dah masa tu sebab kami sampai Clark after midnight dan flight ke Caticlan dengan Cebu Pacific dari Manila adalah pukul 6 pagi. Dah bayar harga teksi kelangit tu pun ada hati mintak extra! Tapi kami blah, lari-lari buat tak tahu. Nasib lah airport Manila ni pukul 3, 4 pagi pun meriah je. Then kami terus check in masuk boarding hall pastu tido.
Nasib lah Intan tak tido kalau tak memang kena tinggal!
Naik flight ngan muka baru bangun tido..
Nak ke Boracay ni ada 2 airport.
Kalibo : Ni airport besar. Semua jenis kapalterbang boleh landing sini. Perjalanan ke Boracay ambik masa 2 jam. Ada perkhidmatan teksi/van/bas kat airport ni untuk ke Boracay.
Caticlan : Ni airport kecik. Kapalterbang kecik-kecik je landing sini. Dari Manila ke Caticlan kami naik Cebu Pacific yang seat 2-2 tu. Kapalterbang kecik comel je. Naik naik flight ni kena naik penimbang dulu bersama-sama beg yang dibawa. Dah sampai Caticlan, bayar segala terminal fee, (apa lagi ntah fee aku lupa), termasuk fee untuk tricycle. Turun flight, naik tricycle ke jeti. Naik bangka ke Boracay Island. Yang ni semua dah included dalam segala fees yang bayar kat airport tadi. Airport pun kecik je, ada landasan pastu sebuah bangunan kecik giles dan dalam tu akan ada orang approach suh bayar fees tu semua. Dah sampai Boracay cari tricycle ke hostel.
Kami pergi melalui Caticlan balik melalui Kalibo. Sebab apa? sebab tu je route Cebu Pacific yang murah time tu. Beli tiket pun asing-asing. Beli pegi dulu, kami fikir kalau tak dapat beli tiket balik dari Boracay kami cancel je pegi Boracay. Jalan-jalan Manila je. Tapi Kak Limah tangkas cari jugak..
Kembang kempis hidung...
Tiket return ticket Cebu Pacific, Manila-Caticlan-Kalibo-Manila dengan harga less than RM200.
Dah sampai Boracay kami terus cari hostel yang dibook awal-awal melalui Agoda.com. Nak check in tak boleh lagi sebab masih awal dan bilik tak ready lagi. Kami pun terus angkat beg pegi pantai. Tak sabar dah ni!
Kat tepi pantai tu kami di approach oleh sorang mamat ni untuk promote aktiviti-aktiviti kat Boracay. Kami setuju ambik 2 aktiviti. Zorb & head diving.
Kali ni aku fokus aktiviti Zorb dulu.
Lepas lunch, ada 2 orang dah tunggu kami kat hostel.
Kami naik satu kenderaan ni, yang macam ketapi versi pendek dalam Zoo Taiping. Ntah la apa nama dia..
Ni driver yang bawak kami ke Zorb Park
Suasana pekan(?) Boracay
Aku rasa T-Ara dengan lagu Loly Poly dapat ilham dengan baju sekolah dorang ni..ahaks!
Kaunter kat Zorb Park. Yang cap merah tu Jan tour guide kami.
Tibalah masa untuk masuk dalam belon ni. Aku share belon ni dengan Ayu.
Tips: better naik sensorang je...hahhahhahaaha!
Aku dengan Ayu. Nanti benda bulat biru tu dia sumbang untuk tutup belon tu. Dalam tu ada air sket dorang letak.
Dah tutup dah. Ready!!!
Gempa bumi, tsunami semua ada dalam tu!
"Houston, kami akan mendarat"
"Arrrggg tidak!! Kami diserang alien!"
"Mendarat di Marikh"
Berlaku hal kecemasan dalam belon bulat yang kecik tu..hahahahaahaa!!!
Aku selamat keluar, pastu kenkonon tolong Ayu keluar...hahahahaha!!!
Sebenarnya Zorb ni tak sesuai naik berdua. Setiap kali aku teringat kisah ni aku mesti nak gelak. Sampai sekarang pun rasa kelakar lagi!
Mintak ampun Ayu!!!
Dalam Zorb tu kami digolekkan dari atas bukit sampai ke bawah masuk dalam kolam. Tapi antara bukit dengan kolam tu hanya Allah swt je tahu. Terguling-guling, tercampak. Dan secara tak sengaja masa landing dalam pool tu, kaki aku kat kepala Ayu!
Dan yang bestnya aku landing dengan enaknya atas Ayu!
Dan Ayu landing kat...
Kat dalam lubang tempat bola biru (penutup Zorb) dan bola biru tu pun dah ke mana hala dah.
Aku tau Ayu panik masa tu, terkapai-kapai suh aku tarik dia, tapi aku pun panik gak.
Ok sebenarnya aku nak gelak.. dan aku gelak sambil tarik dia. Dan semua ni berlaku dalam Zorb tu, yang mana aku aku tak boleh nak balancekan diri sambil tarik dia. Nasib baik brader kat luar tu tolong tolakkan.
Tips naik Zorb : Naik sensorang!!!
Aku dan Ayu mengenang kejadian tadi di tepi kolam
Ni si Intan punya turn plak.
Muka konpius anjing ni dengar kami cakap Melayu.
Sebenarnya aku macam pelik jugak masa tu bila tengok gambar dalam kamera aku, kenapa semua sudut ada dalam kamera tu. Dari bawah, dari atas, dari tepi, dari atas balik. Senang kata 360 darjah lah ada. Kamera ada satu je. Dan kamera tu aku bagi si Jan tu pegang.
Rupanya Intan dan Ayu cakap si Jan ni berlari-lari ambik gambar, kejap panjat bukit kejap turun balik pastu naik balik.
Bak kata servis baguslah budak Jan ni!
Lagi gambar Zorb Park.
Lapuz Lapuz I Boracay
Hmmm...mampus tak paham...
belon tu menariksss...aku nmpk dlm runningman ade game guna belon tuu
ReplyDeletemmg menarik, rasa nak angkut 1 bwk balik umah.
Deletemamat kt simming pul tu tgh ready sambut korang ke.
ReplyDeletekacak ke.
tibeee
aku pun rasa macam tak sesuai naik berdua...
sah sah lintang pukang kaki tangan...
Lupa nak tgk kacak ke tak tukang sambut tu.
DeleteMemang mcm dalam mesin basuh dah bergelumang dalam tu.
Jarak nya x jauh ek nk sampai ke pool tu ke waktu duduk dlm belon pastu golek2 mesti rasa lama. Mana best naik roller coaster ke masik belon ni. Hahsha jm dpt bygkan mcm mana rupa jea dan member tu ahaha mesti dh mcm kena uli
ReplyDeletediuli dan dicanaikan..hehe
Delete2,3 minit yg plg lama rasanya.
Dairy Internet.. dan mampu memberi maklumat kepada orang lain yang membaca :D
ReplyDeleteRM 122.00???? murah nyer... ni nak marah ni kenapa tak ajak aku hahaha..
Zorb tu belon ikan buntal rupa nyer hahahaa.. macam best jer.. macam nak jer main hahaaa..
Dulu dulu dulu tak kenal hangpa lagi..huhu
DeleteHaruslah best, macam kena basuh dalam mesin basuh..hahaha
Teringat kt kawan2 tagaloq..
ReplyDeleteJericho Rosales??
Deletehahahaha habis penyet ayu ko kerjakan jea.... hahahaha tapi nampak macam best je. Kenapa kena golek hala ke pool?
ReplyDeleteNaseblah dia...hehe
DeleteTamo lah kena golek ke jalan raya, Notie...hehe
Zorb Park ni jauh ke dalam, bukan area tepi-tepi pantai. Kalau tak silap dekat2 kawasan pelupusan sampah (depan tempat sampah ni ada fun fair)
Oh my! You finally experienced that zorbing xtvt! Always wanted to zorb as well. Bile la agaknya!
ReplyDeleteKat tepi2 pantai banyak pakej dorg offer, since dah lewat untuk island hopping, kami try test Zorb ni.
DeleteSgt best, harus cuba try!