Sunday, 22 June 2014

Jom Hatyai ~ Hari terakhir sebelum balik.

Malam tu sebelum naik ke bilik kami pusing-pusing area pasar malam depan-depan Grand Plaza Hotel dengan Lee Garden Plaza je. Tak pegi jauh-jauh pun sebab dah lapar+penat.

Dah dapat makanan sikit-sikit kami naik ke bilik dan bersihkan diri. Dah setel mandi+solat+makan, kami masing-masing terus baring atas katil sambil mengadap henpon/tabs masing-masing layan free wifi yang sangat laju.

Aku nak cerita jugak dialog busuk aku ngan Pae malam tu sebelum tido..hehe

Aku rasa Pae tengok youtube RunningMan kat henpon dia.

Aku layan youtube 2PM dengan lagu baru dorang ADTOC. Semua video yang ada lagu tu aku tengok. Almaklum la imaginasi tak tinggi sangat nak tengok video-viedo lain.

Pastu aku terperasan, eh kenapa Junho 2PM dalam video ni macam hensem plak?? Saja je aku google Junho pastu tengok lain la muka dia dulu dengan dalam video-video ADTOC tu semua.

Aku cakap kat Pae, "aku rasa ni muka baru Junho la..hahaha!"

Pae balas, "takpe lah atleast dia tukar muka, bukan tukar yang kat bawah".

Porno sungguh komen mu itu...

*****

Pagi esoknya kami keluar dalam pukul 9pagi dengan misi cari breakfast. Since Hatyai ni senang dapat makanan Halal so kami takde lah target specific restaurant. Aci main redah je mana jumpa.

Takde la kodi sangat Hatyai ni.
Dapat makan lupa nak snap gambar kedai, ini je yang dapat nak tunjuk.
Kami jumpa Rocky Muslim Restaurant ni dan masing-masing order roti canai sorang sekeping. Macam tak cukup je kan..

Dah makan kami masuk semua kedai-kedai kat area Lee Garden Plaza tu. Aku je masuk Lee Garden Plaza sampai 2 kali. Paling best Pae dengan Ara shopping kat Odean punya la lama. Yelah semua murah-murah time tu. 






Dah abes shopping kami pegi balik ke Rocky Muslim Restaurant untuk makan tengahhari. Kali ni kami makan besar sebab petang ni dah nak balik dah.

Dah makan kami ambik tuk tuk ke Kim Young Market. Tuktuk charge sorang 20 Bath. Wahal boleh je jalan kaki tapi kami macam takde arah tujuan mana nak jalan. Jadi ambik lah jalan mudah. Kat Kim Young Market ni kami dok la pusing-pusing, singgah sana sini tapi takdelah rancak sangat membeli sebab rasanya kat area-area Lee Garden Plaza tadi lagi syok menyoping.




Tapi yang best tu masa dok pusing-pusing kat Kim Young Market tu dengar bunyi bising-bising kat jalan. Terus aku p ushar.

Rupanya ada 'flashmob' jugak kat Hatyai ni. Tapi yang ni yang manja-manja punya, bukan macam kat Bangkok tu (masa kami p Hatyai ni, kat Bangkok tengah 'berflashmob'). Sampai sekarang kan 'flashmob' kat Bangkok tak abes-abes lagi, kan?






Masa aku kat tepi jalan tu nak ambik gambar, ada sorang minah tu tetiba dia lari dok kat sebelah aku. Pastu dia tiup wisel kuat-kuat sambil jerit-jerit pastu tepuk-tepuk tangan macam ada konsert kpop kat tengah jalan tu. Sokongan tidak berbelah-bagi lah tu.

Pastu bila 'flashmob' dah kedepan sket, dia pun lari pegi lagi depan sambil buat benda yang sama macam tadi. Bila aku tengok-tengok balik rupanya ramai je penyokong yang 'fungsi' dia macam tu. Tiup wisel, bersorak & bertepuk tangan kat tepi-tepi jalan sambil ikut konvoi. Wahal memang dorang dalam konvoi tu pun. Menghangatkan suasana gitu.

Dah abes tawaf market tu kami ambik tuktuk ke hotel balik untuk ambik beg-beg yang kami tinggal kat lobby hotel. Dari hotel pun kami tuktuk ke stesen ketapi sebabnya beg-beg dah terberanak. Tambang fixed kot 20 Bath sorang setiap perjalan short distance.

Berakhirlah sudah perjalanan kami di Hatyai ini.

Budget aku kat Hatyai? RM250 untuk 2 hari 2 malam termasuk tiket ketapi pergi balik, hotel semalam di Grand Plaza Hotel, tiket show Hansa Cabaret Show, bayar tuktuk, makan dan shopping ala kadar.

Cerita-ceriti trip Jom Hatyai:






Next trip kita p selatan pulak ek..hehe

10 comments:

  1. Memang best nyoping kat Hat Yai ni... barang2 pun agak murah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah syok tengok barang-barang murah.

      Delete
  2. Hah Rm 250 je...... hish hish murahnya.... kalau akak.... huh beg beranak entah kembar 3 ke 4 tak tau le. Sebab waris walat ramai hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedek macam saya ni jadi la dapat keychain 1 ngn FM 1.

      Org2 kat umah dah paham sangat dah mmg dorang takkan dapat apa2..haha

      Delete
  3. Waduh waduh rm250 all in klau Jm nyer budget mau rm500 dlm tangan. Ishh x pandai budgetlah. Ajar skit :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawak rm500 lagi la best nak menyoping, JM :)

      Delete
  4. ko soppink ape Jea...konfiden bwk RM250 aje?? show sket brg soppingan...
    murahnya macam mana ek?
    means ko soppink inside Lee Garden atau sekitarnya .. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ni berkira, kalau nak membeli mesti nak pikir pro & cons, pastu last2 tak beli pun. Kwn2 aku pun tensen ngn aku..hehe

      Aku beli keychain satu 10 Bath dgn FM satu 19 Bath (beli dalam Lee Garden design lawa2 sket dr tepi2 jalan).

      Meh aku bagi contoh, selipar kalau standard kita rm10 kan? kat sana jual 50-60 Bath. Yang murah dalam Lee Garden & Odean Supermarket. Ada jugak lorong-lorong jual tapi kena bargain. Kalau makanan harga macam kat tempat kita jugak, kadang-kadang lagi mahal.

      Delete