Thursday, 17 April 2014

Jom Hatyai ~ Perjalanan bersama KTM

Terkejut bangun pagi tengok berita pasal feri karam di Korea Selatan. Ada jugak terdetik nanti kalau nak ke Korea nak try feri Busan ke Jeju. Jaja a.k.a Kak Ros pernah try so aku rasa why not? Sekarang tak tahulah nak go on ke tak sebab trip pun lambat lagi. Biarlah keadaan yang menentukan..

Semoga dapat la jumpa semua penumpang-penumpang.

Pray for all..

Pray for MH370..

******************************************************************************

Ni adalah trip boring-boring dok saja tadak buat apa. Pastu mula la keluar idea-idea berjalan ni. Memula tu nak buat trip ke satu pulau di selatan. Alih-alih ke utara kita.

3 minggu sebelum bertolak beli tiket train kat KL Sentral. Ni travel buddies aku la beli (exhousemate dan rakan baik beliau). 

Dorang tanya aku nak naik kat KL ke?

Takde keja aku..

Walaupun aku naik kat Taiping tapi tiket boleh di beli di KL Sentral. Kenkonon tanak duduk jauh-jauh la kan. Kemudian kawan aku pos tiket ke Taiping.

Stesen sepanjang perjalanan
Pukul 3.15 pagi sampai Taiping. Ingat nak parking keta kat Hospital Taiping kemudian lintas jalan sebelah belakang ke stesen ketapi. Tapi takut kalau gate belakang dorang tutup, jenuh plak aku nak bertawaf satu hospital ti.

Terpaksa la hari kejadian aku booked adik aku untuk hantar dan ambik dari stesen ketapi.

Stesen ketapi KTM Taiping
Panjat katil nampak ni..hehe
Dapat katil atas. Selesa jugak tapi bab panjat dan turun katil tu yang malas sket. Selalunya kami bagi orang lain keluar dulu baru kami turun. Masa tu boleh la buat aksi-aksi spiderman.

Turun bontot dulu ka, perut dulu ka..hihihi

Capture ngan tab ja, gambo gegor..
Dok ataih ka dok bawah ka
Aku ikat beg tanak bagi dia golek-golek.
In Shaa Allah selesa.
Dalam sleeper coach aritu disertai oleh geng kakak-kakak dan makcik-makcik buat persidangan nuklear dalam tu. Sampai bersila kat lantai la nak masuk forum.

Nak solat subuh boleh ke gerabak L4x, ada tempat solat. 

Sampai Kedah suda.. 
Sampai kat Immigration Padang Besar pagi tu, semua kena turun dari keretapi. Boleh tinggal beg dalam train. Mula-mula beratur kat Immigration Malaysia dulu pastu isi borang, kemudian beratur plak kat Immigration Thailand. Dalam building yang sama.

Tapi kami plak turun ketapi terus pegi toilet, cuci muka semua bagai. Pas keluar dari toilet tengok orang lain dah takde. Ada sorang pegawai kat situ tegur kami.

"Cepat pegi cop passport, kang pegawai immigration balik"

Buleh plak..

Dah setel cop mengecop passport ni kami disuruh naik tingkat atas. Kat atas tu ada kedai makan. Lepak jap situ sementara ketapi tukar kepala.

Nasi lemak tu sungguh tak cukup untuk aku..hehe
Lepak sini plak charge henpon.
Dalam pukul 10 pagi (waktu tempatan) kami pun sampai ke Hatyai. 

Stesen Hadyai
Dari luar
Fast forward kami balik pun naik KTM jugak. Tapi kan dah namanya beli tiket lewat, dapat la seat duduk. No more sleeper coach.

Sebagusnya kalau nak secure sleeper beli tiket 2 bulan sebelum, tapi takde lah namanya last minute trip kan kalau dah beli tiket 2 bulan sebelum. Tapi ikut keadaan la sebab kami pegi tu pun time cuti sekolah. Tu yang sold out kot.

Selesakan diri anda.

Coach-coach KTM ni tak tutup lampu sepanjang perjalanan. Kalau kat sleeper coach tu ada tirai kat each sleeper jadi takde masalah.

Kalau coach duduk macam ni, bawak la apa yang patut nak cover mata.

Aku tak tidur sebab nanti aku turun kat Taiping pukul 1.15pagi. So aku layan henpon, tab, mp3 dan jugak budak-budak berlari-lari sepanjang coach.

Satu stesen lagi nak sampai Taiping ada staff datang remindkan kita.
Jangan lupa bawak selimut & bantal untuk keselesaan..hehe

21 comments:

  1. kete api dr kl sentral ke hadyai tu bertolak kul brape yerk..? awal jgk korang smp dlm kul 10 pagi yerk.. zura mmg ada plan nk g hatyai ujg tahun ni..masih berkira-kira lg nk g ngn tren atau drive kete trus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap pukul 9 lebih camtu. tak ingat la sebab sy naik kat Taiping pukul 3 pagi.

      Mmg nampak banyak keta dari Msia kat sana.

      Delete
  2. best kan naik tren ..
    rasa ada sikit sesal lepaskan peluang gi Sapa sbb ada involve tren > <

    hatyai ada apa? sambung !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada rezeki blh plan ke sana lagi kan :)

      Nak sambung la ni..

      Delete
  3. Jm pernah ke hatyai naik ketapi dr kl central rasa cam nk pegi lgi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa blog JM selalu saya terjah masa nak plan ke Hatyai ni. Tengkiu bebanyak JM!

      Hah jom repeat!

      Delete
  4. Naik train selesa tapi ya amat la lama perjalanannya..saya ada pengalaman pahit payau perit naik KTM ke hadyai huhuhu..ketapi boleh rosak tgh jalan, tgh2 mlm buta dlm pukul 1.30 pagi waktu tgh syok2 tido kat katil yg empuk tu tiba2 kena kejut disuruh hangkut semua beg naik bas..ok fine ingatkan dah naik bas terus la sampai padang besar, rupanya disuruh pulak turun bas kat satu stesen keretapi dan kena tunggu train yg tadi sbb katanya dah repair..lps subuh baru train tu sampai kat stesen yg kami tunggu tu..berejam2 kami tunggu train..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai teruk sungguh bab2 rosak tgh jalan ni. Atleast hantar la terus ke destinasi, motif la nak suh naik balik tren tu.

      Delete
  5. jelly amat ni
    tgk tiket sleeper berth memanjang sold out
    sedih ah. sobs
    kene cuba lagi skali mgkn kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hatyai je, jgn nak jejeli sgt..

      ***larikkk

      Delete
  6. waahh.. baru plan dengan member nak buat weekend trip naik ketapi ke hatyai, tapi tak tau bila.. huhu.. tup2 awak dah balik pun.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu mmg org buat weekend trip je sini. Kalau pegi 3 hari 2 malam boleh cover banyak tempat. Kalau 2 hari 1 malam je kena pilih2 la tempat nak pegi..

      Delete
  7. wah bestnya..saya pun x pnah try lagi baru duk survey kat blog2..
    owh kalau nak tmpat slepaing tu kena book 2 bulan awal.. ok take note..
    bguslah rupanya bleh naik kat taiping ..senang2 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik kat Tepeng dorg tak check tiket. Yg naik tadak tiket pun ramai. Tapi xde seat la, maybe short journey boleh kot..

      Delete
  8. sekarang tiket KTM hanya boleh beli 1 month earlier sbb ada perubahan jadual waktu katanya.
    insyaAllah, nak p Hat yai by train jugak next month :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy traveling!

      Syok naik ketapi ni rupanya, mcm teraddict plak..

      Delete
  9. turun montot dulu lagi sng dari trn perot...aah aku pun rasa addict naik train tuuuuu...yokkk lagi

    ReplyDelete
  10. Klu blik dr htyai bese train kol bpe yer?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Mr / Mrs
    We (Kyrantrans) as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta participated promotion ...
    The units are offered:
    Suzuki Apv
    Toyota Avanza
    Inova
    Toyota Hiace
    Isuzu short Elp
    Isuzu long Elp
    Amenities:
    Latest vehicle / manicured + friendly and experienced driver.
    Kyrantrans as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta, which has been used to take tourists inside the country and abroad are ready to take you for a tour around enjoying the beauty of the city of Bandung and Jakarta.
    For more details please Mr. / Mrs ask us about the history of the sights and inexpensive place to shop:
    Call: +6281312767300
    +6281573307300
    WA: +6281809692300
    Fb: Kyrantrans
    Email: Kyrantrans@gmail.com
    Website: Kyrantrans.com
    Kyrantrans will give the price according to the budget of Mr. / Mrs.
    "Do not be Fooled by TOUR & Travel Cheap price"

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Mr / Mrs
    We (Kyrantrans) as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta participated promotion ...
    The units are offered:
    Suzuki Apv
    Toyota Avanza
    Inova
    Toyota Hiace
    Isuzu short Elp
    Isuzu long Elp
    Amenities:
    Latest vehicle / manicured + friendly and experienced driver.
    Kyrantrans as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta, which has been used to take tourists inside the country and abroad are ready to take you for a tour around enjoying the beauty of the city of Bandung and Jakarta.
    For more details please Mr. / Mrs ask us about the history of the sights and inexpensive place to shop:
    Call: +6281312767300
    +6281573307300
    WA: +6281809692300
    Fb: Kyrantrans
    Email: Kyrantrans@gmail.com
    Website: Kyrantrans.com
    Kyrantrans will give the price according to the budget of Mr. / Mrs.
    "Do not be Fooled by TOUR & Travel Cheap price"

    ReplyDelete